Your Magic Blog: AURA GOLDEN WAVE 2019

Wednesday 21 August 2019

AURA GOLDEN WAVE 2019



ALHAMDULILLAH YA, SAYA CANTIK.

Tahukah anda, semakin banyak anda melakukan aktiviti luahan perasaan, anda sebenarnya sedang MEYAKINKAN molekul dalam tubuh, dan secara berterusan akan benar-benar menjadikan kerunsingan serta kerisauan anda semakin teruk dan bertambah.

Sebagai manusia biasa, anda berhak untuk meluahkan perasaan dan melepaskan rasa marah daripada terus menjadi beban dan racun dalam badan.

Eeh, mana satu ni?
Mula-mula bilang meluahkan perasaan tidak bagus.
Kemudian melepaskan perasaan bagus pula?
Bagaimana ini?

Hahahaha.

RASA MU, ADALAH DOA MU.

Ini hanyalah frasa yang saya pinjam dari Master Trainer Vibration Quantum, Arif RH.

Teman-teman sekalian...
Ketahuilah bahawa doa yang paling mantap itu bukanlah doa yang paling terpanjang dan paling berbunga-bunga bahasanya.
Tetapi doa yang mantap dan berkesan itu, adalah DOA YANG DISERTAI DENGAN RASA DAN EMOSI.

Ramai diantara kita, yang mederita kerana doa yang TERSALAH SANGKA.
Kita menyangka bahawa Tuhan itu mendengar doa-doa yg panjang, padahalnya bukan itu yang jadi ukuran.
Andaikata Tuhan itu HANYA mendengar ayat siapa paling terpanjang, sungguh kasihan dan teraniaya lah orang-orang yang pekak dan bisu kerana doa mereka tidak didengari oleh Tuhan.
Tidak begitu?

Yaaaa, alam semesta adalah SEBUAH MEDIUM yang diciptakan oleh Tuhan, sebagai PERANTARAAN untuk melaksanakan kuasa NYA kepada hamba.
(Menurut kepercayaan Muslim, mustahil untuk Allah turun ke bumi bersalam dengan anda secara peribadi, dan mengenalkan diriNya Tuhan, bukan?)

Dan sifat alam semesta ini, ia melaksanakan perintah Tuhan untuk menjadikan doa dan permintaan anda dikabulkan, SECARA TELUS DAN TULUS TANPA PREJUDIS TIADA TAPISAN.
Semua kaum, bangsa dan agama akan didengarinya dan dijalankan secara saksama atas prinsip "Semuanya adalah ciptaan Tuhan yang sama."

Naaaah, here comes a tricky part.
Disebabkan hanya manusia saja yang berkomunikasi secara verbal, maka kita mula menyangka bahawa lidah dan mulut adalah alat universal yang boleh dipakai dimana sahaja.
Lalu kita terlupa, bahawa alam semesta tidak berkomunikasi dengan kita melalui mulut.
Alam mendengar doa dan hajat kita, melalui PERASAAN-PERASAAN DAN EMOSI KITA.

Perhatikan setiap kali kita berdoa. Apakah kita benar-benar menjiwai DOA KITA sendiri?
Ataukah kita hanya sekadar membaca tulisan atas kertas?

Ketika kita meminta kekayaan, adakah kita benar-benar yakin sudah MERASAKAN KEKAYAAN ITU.
Dan adakah jiwa kita merasa tenang seperti diberikan JAMINAN?

Ataukah sebenarnya kita memancarkan perasaan MISKIN, SAKIT, TERANIAYA DAN TERBIAR, lalu MASIH TETAP WAS-WAS pada jaminan Tuhan?

Mengakulah. Kita masih was-was ketika berdoa, malah lebih yakin kepada boss kita dalam berjanji kan?

Ketika kita meminjam wang, atau dijanjikan bonus oleh boss, hati kita sungguh tenang, bahagia dan gembira, WALAUPUN duit itu belum dapat ditangan, atau dibayar pada hujung bulan.
TETAPI, adakah sama situasi emosi, mental dan keyakinan kita sebegitu, setelah selesai berdoa meminta pertolongan dan bantuan dari Tuhan?

Naaaah, baik mengaku. Saya sendiri masih begitu. Hahaha

Ketika kita berdoa meminta perlindungan, atau meminta diselamatkan, adakah kita betul-betul merasa selamat, ataukah semakin risau dan takut berterusan tidak diselamatkan oleh Tuhan?

Alam semesta ini mempunyai mekanisma pengaturan yang unik, dimana ia tidak memproses data secara verbal berpandukan arahan lisan. Sebaliknya ia menurut perintah emosi dan fikiran.

Dalam konsep ilmu quantum metafizik, telah dikatakan bahawa..
ENERGY FOLLOW THOUGHT.

Dan di dalam hadis ada dinyatakan firman Tuhan bahawa..
"Aku mengikut sangkaan Hamba-hamba ku."

Berpandukan konsep ini, kita dapati bahawa sebenarnya selama ini, kita banyak berdoa secara salah.
Para Nabi dan Rasul, alim ulama, sufi dan ahli spiritual, MENANGIS DALAM IBADAH kerana cintakan Tuhan, rindukan Tuhan, inginkan bersama dekat dengan Tuhan.

Tetapi kita hari ini, disuruh menangis kerana harta yang sedikit, kerana hutang yang banyak, dan masalah yang bertimbun dan kerana marah sakit hati kepada musuh kita.
Tangisan kita DIEMFASISKAN seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gula, serta marah kerana orang buli kita.

TIDAK SALAH MENANGIS CARA BEGINI.
Silakan menangis mengadu-ngadu pada Tuhan. Adukan semuanya sesedap rasa dan hati anda.
Namun jangan lupa, ubah rasa, emosi dan mentaliti anda selepas itu.

Begitu juga dengan kata positif.
Pujian kosong, atau afirmasi yang tiada emosi tidak akan memberikan spark pada hati nurani anda menjadi bahagia.
Ketika anda mengatakan anda senang dan gembira, tetapi dihati anda menyimpan beribu pendaman emosi dan perasaan, alam semesta akan semakin mengamplify dan menguatkan lagi kejadian-kejadian yang menambah perasaan itu semakin banyak.

Kerana doa mu adalah rasa mu.
Banyak ORANG BAIK, menderita dan mati awal bukan kerana perbuatan jahat orang, tetapi atas IZIN dirinya sendiri melalui doa (Rasa) nya yang termakbul.
Bukan silap alam semesta, tetapi silap kita yang lalai dari menerima dan memancarkan informasi kepada alam semesta.
Sebab itu orang dahulu kala, mempelajari dan mahir dalam ilmu GERAK RASA atau DIVINATION.

(Akan ditulis dalam posting berlainan, insyaallah)

Lalu ada yang bertanya..
"Jadi kalau emosi kita adalah doa, kenapa musuh-musuh Islam atau diri saya sendiri, sampai hari ini belum ada yang mati-mati, dan menderita sedangkan saya sentiasa doakan mereka dengan penuh emosi dan perasaan selepas solat?"

Naaah, disana lagi silapnya.
Doa mu sudah temakbul, tapi kau LUPA, bahawa yamg MEMANCARKAN DAN MENERIMA HASIL DOA ITU SENDIRI, adalah DIRIMU.

Manusia itu walau berasingan dan berpisah secara zahir, SEBENARNYA masing-masing adalah bersambung.
Ketika kita mendoakan seseorang bahagia, jadi kaya, dan sihat, sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri.

We are the MAGNET of what we THINK and FEEL.

Ketika kita berdoa, kita memancarkan frekuensi atas apa yang kita rasakan, dan menarik serta memanifestasikan apa yang ada dalam diri kita sendiri berdasarkan rasa dan emosi kita.

Semakin baik doa kita, semakin baik-baik kehidupan kita.
Semakin buruk doa kita, semakin buruk-buruk kehidupan kita.
Semakin kita berdoa supaya orang lain makin kaya, smakin kaya kita jadinya.
Semakin kita berdoa orang lain musnah, binasa dan menderita, maka begitu juga dengan kehidupan kita.

Malah semakin yakin kita merasa diri kita teraniaya, maka semakin benar kejadian itu dizahirkan dalam hidup kita.

Ada yang tanya..
"Adakah ikan emas juga dikabulkan doanya melalui emosi?"

Ya, binatang dan tumbuhan juga dikabulkan permintaan mereka melalui emosi. Dan kerana binatang mengamfasiskan sifat binatang, sebab itulah binatang menjadi mangsa kepada binatang yang lain dalam rantaian makan yang berterusan selama-lamanya.

Ini berkaitan juga dengan hukum law of abundance dan law of karma.

Ahhhhhh, ini kita sambung saja di kelas..

GOLDEN AURA WAVE.
GOLDEN AURA WAVE.
GOLDEN AURA WAVE.

Untuk menangis, kita juga HARUS PROFESIONAL.
Ketahui rahsia emosi, fikiran, dan perasaan dalam menjadikan dunia anda menjadi seperti apa yang anda inginkan.

Adakah selama ini anda merasakan doa anda belum termakbul?
Ataukah rupa-rupanya sudah dimakbulkan, tetapi dalam bentuk berlainan?
Dan betulkah anda sudah berdoa dengan cara yang betul, atau masih merasa teraniaya dan yakin diri anda masih terus menderita, walaupun sudah dijanjikan bantuan dan pertolongan dari Tuhan?

Sebarang pertanyaan mengenai kelas Aura Golden Wave, bolehlah menghubungi Hotline QI dibawah.

SENYUM RILEKS PASRAH

Anda berminat untuk mengikuti sesi Kelas Online seperti ini? Atau mendapatkan Terapi Gelombang Aura untuk apa juga penyakit? Atau 'cleansing&shielding' harta benda anda daripada 'black magic & bad aura'?

Hubungilah crew kami di Qi Center, utk temujanji kelas, atau terapi.

Selamat berbahagia selalu.....

With Lots of Love
- Qalam Ilahi Wellness Center

1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||


    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...