Your Magic Blog: TEKNOLOGI CAHAYA

Tuesday 7 August 2018

TEKNOLOGI CAHAYA

Teknologi Cahaya
.
.
*Cahaya di atas Cahaya*
.
.
Aura adalah bahasa moden, kata ganti bagi cahaya. Bezanya, perkataan aura bermakna lebih luas iaitu, “Warna-warni cahaya”.




Cahaya terbina daripada Photon, dan photon ini bergerak dalam bentuk gelombang elektromagnetik. Ada berbillion photon dalam satu gelombang cahaya.Photon memiliki panjang gelombang yang berbeza, dan inilah yang menghasilkan spektrum warna.

Cahaya terhasil daripada pergerakan elektron mengelilingi neutron di dalam sebuah atom. Elektron yang sedang dalam ‘ground state’ mendapat bekalan energi akan mengalami ‘exited state’, pergerakan elektron akan menghasilkan energi dalam bentuk photon (cahaya).

Prinsip ini diaplikasikan di dalam semua bab lampu. Energi elektrik disalurkan melalui gas, lalu elektron pada gas tersebut menyerap energ elektrik tadii lalu mengalami ‘excited state’ dan kemudian menghasilkan pancaran photon.

Misalnya lampu kalimantang di rumah anda, ia menghasilkan cahaya melalui atom gas merkuri. Energi elektrik yang mengalir melalui gas merkuri akan di serap oleh elektron-elektron atom merkuri lalu menghasilkan cahaya ultraviolet bergelombang pendek. Cahaya ini kemudian diserap oleh lapisan fosfosur pada dinding dalam lampu dan jadi bersinar terang.

Mata fizikal kita manusia mampu melihat cahaya dengan panjang gelombang antara 390 - 700 nanometer sahaja, frekuensinya sekitar 400 - 800 Thz. Di bawah atau di atas daripada kadar ini sudah tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata fizikal kita.

*

Mengikut hukum sains, iaitu Law of Quantum Physics menyatakan bahawa:

EVERYTHING IS ENERGY.
SEGALANYA ADALAH ENERGI.

Ini sangat benar.

Semua ciptaan di alam ini, samada dalam bentuk pepejal padat, cecair mahupun gas, adalah terbina dari susunan atom-atom. Berbezanya kepadatan objek-objek di alam ini adalah kerana berbezanya kekuatan ikatan atom-atom pembentuknya.




Jika anda zoom sebuah obek, anda akan menemui atom-atom objek tersebut.

Jika anda zoom atom tersebut, anda akan menemui partikel sub-atom iaitu neutron, proton dan elektron.

Jika di zoom lagi, maka yang tinggal hanyalah gelap yang kosong, atau Void, Zen, atau Kefanaan yang tanpa batas.

Zoom badan anda, akan nampak organ-organ.
Zoom organ-organ anda, akan terlihat sel-sel.
Zoom sel-sel anda, akan terlihat organel-organel.


Zoom organel, tersingkaplah atom-atom, lalu partikel sub atom, lalu KETIADAAN.
Inilah proses KEMBALI, atau MIKRAJ, mengembalikan semua ke hakikat iaitu KEKOSONGAN.


Kosong atau Gelap adalah Cahaya Zat Yang Maha Hidup. Maka apapun di alam ini kembali ke energi sebagai asal-muasal semua kejadian, dan energi pun akhirnya fana di dalam Gelap, iaitu Cahaya Zat Sang Hidup.

Tapi tulisan saya ini tidak mahu membahas soal ending of everything. Saya ingin stop di tahap energy sahaja.

Di mana tahap energi itu? Itu yang tadi tahap partikel sub-atom, yang ada neutron, proton dan elektron. Masing ingat kan? Pelupa betul kau ini bro, mesti banyak makan semut ni… ahhakzz

Seperti di awal tulisan tadi saya sebut bahawa, energi adalah hasil loncatan elektron dari ‘ground state’ ke ‘excited state’. Itu adalah energi-energy yang tahap ‘visible light’.

Manakala energy-energy super halus adalah ‘string’ yang muncul dari alam kekosongan melalui ‘vortex’ energi.

Energi-energi super halus ini bersedia membentuk kejadian-kejadian baru mengikut ‘suratan’ yang dipanggil Qada’ dan Qadar. Qada’ itu waktu ia terbentuk, Qadar itu spesifikasi pembentukannya. Ehh melalut pulak ke hal lain.

Jadi, sains dan kerohanian itu sepakat dan harmoni. Tiada percanggahan. Percanggahan itu hanya dari pemikiran-pemikiran sombong yang menyempitkan ilmu Tuhan pada batas apa yang bisa dibaca olenya dari teks-teks zahir.

*
Teknologi Cahaya




Kalau ada energi, maka adalah cahaya, kerana cahaya adalah pancaran ‘spark’ dari energi. Energi dan cahaya (aura) tidak boleh terpisah, kerana ia saling memerlukan. Bukan energi kalau tiada auranya, dan tiada aura kalau tiada energi.

Semua cahaya ada frekuensinya. Apa itu frekuensi? Iaitu jumlah gelombang cahaya yang melalui satu ruang pada suatu masa.

Oleh kerana semua ciptaan adalah energi mengikut Hukum Quantum Fizik, maka semua ciptaan memiliki frekuensi.

MAKA, dengan mengubah frekuensi suatu ciptaan, akan mampu mengubah suatu ciptaan!
Mengubah ertinya, memperbaiki atau merosakkan, membina atau menghancurkan…… Di sinilah kelebihan Teknologi Gelombang Cahaya.

Sampai sini saya stop dulu tulisan, kerana kalau diteruskan saya akan kelaparan memandangkan saya tiada bersarapan pagi wkkkkkkk ðŸ¤£

Bersambung............

... Love no Limit ...

~ from Qi with Love

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...