Your Magic Blog: Deria Batin - Kembali Ke Unlimited Original Version

Tuesday 11 June 2013

Deria Batin - Kembali Ke Unlimited Original Version

Salam semua pembaca budiman :)

Jasad fizikal yang kita miliki ini adalah penzahiran akhir bagi aspek spiritual kita. Proses penzahiran aspek spiritual kita menuju keluar ke dunia zahir mencipta batasan atau hijab kemampuan yang mana bermakna semakin keluar menuju penzahiran maka semakin terbatas power semulajadi aspek spiritual tadi. Mata spiritual memiliki kemampuan melihat tanpa batas, ketika ia masih berada pada dimensi wujudnya yang asli. Namun semakin ia keluar menuju penzahiran, kemampuannya semakin terbatas kerana untuk mampu terzahir di alam dunia frekuensi getarannya harus semakin rendah sehingga separa dengan objek-objek zahir. 

Mata spiritual menzahirkan dan memperlihatkan wujudnya melalui kedua mata fizikal kita. Mata spiritual ini juga yang kita kenal sebagai mata ke 3 (mk3) sepertimana yang saya ajarkan pada kursus mk3 di blog ini. Ada 7 dimensi penzahiran bermakna ada 7 level frekuensi. Pada 7 dimensi ini, Mata ini dilapis 7 kali sehingga lapisan terakhir iaitu kedua mata fizikal ini agar Mata ini boleh terlihat bekas wujudnya oleh manusia. Ini bermakna kemampuan penglihatan asli Mata ini telah diturunkan sebanyak 7 kali. Apa yang anda mampu lihat melalui mata fizikal anda hanyalah objek-objek zahir. Jika Kesedaran anda naik satu dimensi ke atas maka satu hijab terbuka dan mata spiritual anda boleh melihat lebih. Jika Kesedaran anda naik lagi ke atas satu dimensi, maka satu lagi hijab terbuka dan kemampuan penglihatan anda meningkat satu level sehingga anda mampu melihat alam-alam yang lebih tinggi. Begitu seterusnya sehingga akhirnya penglihatan itu kembali ke fitrahnya, iatu 'unlimited original version of vision'.

Seluruh tubuh fizikal anda adalah jejak-jejak kewujudan aspek rohani anda. Sufi menyebutnya sebagai jejak-jejak cinta ilahi kerana penzahiran aspek spiritual menuju alam zahir didorong oleh cinta ilahi yang ingin dirinya dikenal oleh semua.Telinga fizikal anda adalah penzahiran pendengaran  spiritual anda. Ertinya, sebenarnya anda memiliki pendengaran super sebagaimana penglihatan spiritual tadi. Begitu juga dengan deria rasa, deria sentuh, deria bau, kaki dan tangan semua adalah penzahiran kemampuan-kemampuan aspek spiritual anda. Di sini anda mungkin akan mula terfikir... I am not who I think I am. Im more than what I think I am. I am more than this... Who I am?????????

Soalan ini akan membawa anda untuk mencari jawapan tentang hakikat diri anda. Sekarang anda memang tidak tahu. Ilmu yang anda miliki sekarang ini adalah ilmu yang terbatas. Padahal Ilmu anda ketika Kesedaran anda masih 'unlimited original version' adalah Ilmu yang benar-benar  unlimited. Ilmu ini jadi limited hanya kerana proses penzahiran yang terjadi pada aspek spiritual anda sebelum ini. Ketika Kesedaran anda kembali ke atas, kembali menuju 'original version' maka semua kemampuan sifat anda menjadi unlimited.

Kembali ke Unlimited Original Version, adalah usaha menuju pencerahan. 
Mengembalikan, Inabah sebagai mana dalam ungkapan Inna Lillahi... Aku dari Allah yang bermakna 'Aku dari yang Unlimited'... Wa inna ilaihi roji'uun... Dan kepadaNya (Allah) aku kembali yang bermakna... 'Dan kepada yang Unlimited aku kembali'....

Mulanya Unlimited.... Lalu terzahir jadi Limited... Kemudian kembali menjadi Unlimited, the Original Version.

Bagaimana???????????????????????

Latihan spiritual...Istiqamah.... Kembangkan kesedaran anda sehingga menjadi Unlimited Original Version. 

Caranya?????????????????????????

Zikir..... Kembalikan dan lekatkan fikiran anda pada Allah yang Unlimited, sehingga kesedaran anda juga kembali ke Unlimited. 

Sin ilahi-Sin Hu adalah salah satu kaedahnya yang merupakan satu metod zikir kepasrahan mengembalikan dan melekatkan kesedaran pada Allah yang Unlimited dengan harapan bahawa Kesedaran diri ini akan kembali ke fitrahnya yang Unlimited dengan semua sifat dan kemampuannya turut kembali menjadi Unlimited.

Sekian dulu. Salam makrifah, sukses dan kasih sayang semoga sentiasa melimpahi anda :)


~ from QI with Love

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...