Your Magic Blog: Pemantapan Mk3

Wednesday 12 June 2013

Pemantapan Mk3


Salam kasih sayang untuk anda semua para pembaca budiman :)

Artikel ini khas ditujukan untuk para pelajar mk3 saya, namun boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan serta penambah khazanah ilmu bagi semua pembaca.

Pertama sekali, anda harus memahami tentang gelombang minda. Berikut adalah jenis-jenis gelombang minda yang kita akses setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Gambarajah saya ambil dari internet sebagai rujukan bersama.











Mk3 yang telah diaktifkan hanya berfungsi jika state of mind anda minima berada pada Alpha Wave. Umumnya minda kita berada pada gelombang ini apabila tubuh kita sedang rileks dan mula khayal. Latihan meditasi yang rutin diperlukan untuk membuat kita boleh mengakses dan berada pada gelombang minda ini secara stabil. Pada awalnya agar sukar bagi pelajar untuk mengakses Alpha Wave ini, namun semakin kita rajin latihan maka semakin cun daya kawalan minda sehingga hanya dengan niat gelombang minda boleh masuk ke keadaan Trance. 

Jika anda sudah menerima pengaktifan mk3 dari saya, namun penglihatan anda masih kabur, layar minda kurang jelas, hanya ada satu masalah anda iaitu, anda masih belum cun untuk mengakses dan stay secara stabil pada gelombang minda Alpha tadi.

Ok... Mari kita mendalami kaedah untuk mengakses Alpha Wave.

1. Duduk dengan rileks. Pejam mata. Bersandar ke sofa yang empuk dengan tetap menjaga tulang belakang agar tidak bongkok. Jangan lakukan latihan ini dengan berbaring kerana saya pasti anda akan tertidur.

2. Alihkan kesedaran anda pada tubuh fizikal anda. Ini proses yang panggil sebagai Penyatuan Jiwa dan Raga. Rasakan setiap inci tubuh anda dari ubun-ubun turun ke bawah sehingga ke jari-jari kaki.  Kendurkan semua otot-otot anda, khasnya otot yang anda otot PC (Pubococcygeus) anda, iaitu otot yang digunakan ketika menahan kencing. Pastikan otot ini benar-benar kendur. Sebenarnya ada rahsia yang tersimpan pada otot ini secara spiritual, kemudian hari saya akan bahaskan.

3. Bernafas dengan tenang dan normal. Apabila kesedaran anda memasuki Alpha Mindwave bola mata hitam anda akan mula naik ke atas dan stabil posisinya. Jika bola mata anda anda masih bergerak-gerak itu tanda anda belum rileks, fikiran anda masih celaru. Usahakan untuk lebih rileks. Lakukan regangan otot dan kemudian start semula dari arahan no 1.

4. Untuk benar-benar rileks dan stabil di Alpha Mindwave, anda memerlukan minima 5 minit atau bahkan sampai 15 minit bergantung daya kawalan minda anda. Stay cool, dont rush... Slowly u will get there.

5. Jika anda merasa sudah benar-benar rileks, baru anda mulakan NIAT untuk melihat sesuatu dengan mk3 anda seperti yang saya berikan panduan pada manual mk3.

Sekali lagi, jika mk3 anda masih belum berfungsi dengan baik dan memuaskan, masalah anda hanya satu iaitu anda belum mahir untuk mengakses dan berada stabil pada Alpha Mindwave. Rajin meditasi adalah kunci untuk ke sana.

Sekian dulu tulisan pada kali ini, semoga memberikan manfaat berganda untuk anda. Salam makrifah, salam sukses dan salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk anda semua :)

~ from QI with Love





2 comments:

  1. mantap tn master! Kalau sudah ada Sin Ilahi perlu lagi ke ambil utk pengaktifan MK3? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. trma kasih tn anthony... SI melatih semua cakra secara harmoni manakala pengaktifan mk3 kita hanya fokuskan pada fungsi cakra yg berkaitan dengan penglihatan batin. Ada 3 cakra yg berkaitan mengikut level2 mk3, bukan ajna semata :)

      Delete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...