Your Magic Blog: Senyum-Rileks-Pasrah (SRP)

Saturday 17 August 2013

Senyum-Rileks-Pasrah (SRP)


Salam semua pembaca budiman :)

Ini adalah artikel pertama di yg saya tulis dalam bulan bulan syawal... Jadi saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahi dan batin utk anda semua. Minal aidin walfa'izin, maaf zahir dan batin :)

Senyum, Rileks dan Pasrah (SRP)... Prinsip yg sentiasa sy tekankan utk stp pelajar QI samada yg bljr Sin Ilahi~Sin Hu, Reiki, Tenaga Dalam mahupun apa saja disiplin ilmu metafizik.

Emosi adalah ejen utama dalam Law of Attraction. Apabila emosi kita bergetar pada frekuensi negatif spt malu, kecewa, rasa bersalah, sedih, putus asa, ego, marah dan sekelasnya ia akan menarik frekuensi yg serupa ke dalam hidup kita. Ketika anda sedih, semua manusia dan peristiwa yg dtg dlm hidup anda semakin mnguatkan kesedihan anda. Ketika anda marah semua org dan peristiwa yg dtg terasa menjengkelkan. Proses ini bertali arus sehingga anda putuskan emosi tadi dgn kesedaran anda sendiri.

Emosi adalah 'jin aladdin' dlm diri anda yg sentiasa taat menarik manusia dan peristiwa2 yg segetar dan sekelas dgn emosi yg anda aktifkan itu melalui hukum alam yg dikenali sbg Law of Attraction.

Ya, mmg Allah yg maha kuasa mengatur segalanya. Namun harus anda fahami bahawa 'kuasa' itu telah diterapkan ke dalam sistem hukum alam atau Sunnatullah yg begitu sistematik sehingga alam memiliki mekanisme yg berfungsi dgn adil dan kreatif. Manusia akan beruntung jika memahami dan bertindak harmoni dgn hukum alam dan akan rugi jika bertindak sebaliknya. Semua teknologi yg kita nikmati pd hari ini adalah atas usaha manusia memahami dan harmoni dgn hukum alam.

Kapal terbang blh terbang kerana harmoni dgn hukum graviti. Kereta brgerak dijalan kerana harmoni dengan hukum geseran. Handphone blh buat kita berkomunikasi jarak jauh krn harmoni dgn hukum getaran. Tidak ada satupun yg 'terkeluar dari kuasa Allah' bahkan semuanya berfungsi di dalam 'liputan kuasa Allah'. Kita harus memahami dan bertindak harmoni dgn hukum alam jika ingin lucky. Bgtu adanya dgn Law of Attraction.

Senyum, Rileks dan Pasrah adalah sikap yg simple namun bgtu berupaya utk meningkatkan getaran emosi anda ke level yg positif dan menarik perkara2 positif ke dalam kehidupan anda. SRP akn membuat semua cakra anda terbuka dgn harmoni sehingga aura anda bersinar terang dan hidup anda semakin bahagia fizikal, mental dan spiritual

Salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk seluruh penghuni alam :)


~ from QI with Love

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...