Your Magic Blog: MENGGAPAI KEAJAIBAN HIDUP MELALUI ZIKRULLAH

Saturday 15 April 2023

MENGGAPAI KEAJAIBAN HIDUP MELALUI ZIKRULLAH

Menggapai Keajaiban Hidup Melalui Zikrullah.


'



Allah berfirman di dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28 tafsirnya : ''(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan 'zikrullah' (mengingati Allah Subhanahu Wata'ala). Ketahuilah dengan 'zikirullah' itu, hati menjadi tenteram.''

Zikrullah adalah suatu amalan yang sangat unik.

Pengalaman saya mengamalkan zikrullah, ia benar-benar ada suatu daya untuk 'mencuci' dan membersihkan kotoran-kotoran fikiran dan hati.

Dulu saya pernah mengalami tekanan mental yang sangat dahsyat sehingga mengalami anxiety. Sekitar tahun 2000.

Saya baca dalil di atas tadi, dan saya pun cuba mendapatkan ketenangan melalui amalan zikrullah.

Fasa awal berzikir tu, perasaan saya bukan semakin tenang tapi semakin kacau rasanya. Di dalam hati mula muncul keraguan. Saya jadi tertanya-tanya, takkanlah firman Allah tak betul.

Sebahagian hati saya ragu, sebahagian lagi kekal masih mempertahankan secebis iman yang masih ada walaupun tinggal setipis kulit bawang merah.

Saya sudah tidak ada lagi cara lain. Tinggal ini sahaja kaedah yang menjadi tempat akhir untuk saya berpaut dan menggantungkan harapan. Apapun ceritanya, krisis jiwa kacau ni kena selesaikan.

Sebab saya takkan mungkin mendapatkan kejayaan dan  kebahagiaan kalau jiwa rapuh dan tidak tenang.

Jadi dengan harapan penuh saya teruskan berzikir. Hari pertama, jiwa masih kacau. Hari kedua, jiwa semakin kacau, sampai rasa mahu berhenti ketika itu juga.

Hari ketiga teruskan dengan optimis, jiwa sudah tidak berapa kacau, dan saya dalam kondisi yang benar-benar desperate berharap Allah bagi suatu respon.

Hari ke 4... MaasyaAllah, dalam zikir tu tiba-tiba hati saya merasa terharu sangat. Seperti ada gumpalan tenaga yang sedang berkembang di tengah dada ni.

Air mata saya mengalir, benar-benar tumpah. Rasa sebak yang tidak pernah terasa. Timbul dari rasa rindu kepada Allah. Rasa tu berkembang menjadi rasa cinta, rasa pasrah, rasa ikhlas dan macam-macam lagi rasa yang indah.

Lama kemudian baru saya mengerti kenapa pada hari pertama sampai hari ke tiga zikir tu jiwa saya tidak tenang. Ternyata segala perasaan negatif yang pernah saya alami sebelum ini dibongkar keluar.

Bukan zikirnya gagal. Ia berjaya, cuma pada peringkat awal ia melakukan proses pembersihan lebih dulu. Kerak-kerak hati tu dibersihkan dulu. Kemudian barulah hati tu diaktifkan dan dibangkitkan potensinya, berupa perasaan-perasaan indah dan memberdayakan.

Apabila hati kita diselimuti kotoran perasaan negatif, hati kita mati. Seumpama lampu neon yang diselimuti lumpur hitam, dan bekalan elektrinya pula terputus.

Zikrullah adalah satu amalan yang sangat ajaib. Ia adalah roh segala amalan. Semua amalan wajib atau sunat, intinya adalah untuk zikrullah, atau mengingati Allah.

Apabila kita konsisten berzikir, semua kotoran hati akan luntur sirna. Kemudian kekuatan hati akan aktif. Kita akan mula merasakan semua perasaan indah, bahagia dan membantu ke arah kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Profesor Dr. David R. Hawkins menulis satu buku psikologi dan self-develpment fenomenal yang bertajuk, Power Vs. Force, The Hidden Determinans Of Human Behavior.

Di dalam buku ini beliau senaraikan golongan perasaan yang membuat kita gagal, dan golongan perasaan yang membuat kita berjaya dan bahagia. Menariknya, kajian beliau ni dia buat selama lebih 20 tahun, dan melibatkan sangat ramai orang untuk mengumpul data yang tepat.

Buku juga yang menjadi ilham untuk menulis ebook/buku Loncatan Energi. 

https://qiwellnesscenter.org/product/loncatan-energi-upgrade-diri-dari-mencari-rezeki-kepada-dicari-rezeki/

Secara ringkas, ada 8 jenis perasaan yang mana kalau kita 'pelihara' di dalam diri kita akan menarik kita ke arah kejatuhan, penyakit dan kegagalan hidup.

Manakala ada 9 jenis perasaan yang akan membuat kita sihat, kuat, berdaya, berjaya dan bahagia kalau kita benar-benar menjadikan ia sebagai asas keperibadian kita.

Selama ini, saya berusaha membuang 8 perasaan-perasaan negatif itu, dan install serta surburkan 9 perasaan-perasaan positif tersebut.

Terus terang, ia adalah suatu usaha yang sangat penuh perujuangan. Kadang boleh, namun tidak konsisten dan tidak 'deep'.

Namun, melalui zikrullah, saya dapati bahawa membuang segala perasaan negatif mazmumah itu jadi mudah dan natural.

Manakala perasaan-perasaan positif mahmudah itu pula tidak perlu di install pun. Sebab ia memang sudah sedia ada di dalam hati kita. Cuma ia tidak aktif, kerana kekuatan hati kita tertidur dibalut oleh lumpur-lumpur perasaan negatif mazmumah tadi.

Sebab itulah, saya mengistilahkan, cara termudah dan terlengkap untuk meningkatkan skala energi dan kesedaran kita adalah melalui 'heartwork' iaitu ZIKRULLAH!

Bukan melalui 'mindwork' di mana kita berusaha dengan fikiran-fikiran kita. Daya fikiran kita tidak sampai ke level 'rasa', kerana memang itu bukan wilayah tadbirnya.

Zikrullah itu benar-benar ajaib.

1. Ia membersihkan segala fikiran dan perasaan negatif.

2. Lalu ia menghidupkan hati, mengaktifkan perasaan positif dan memberdayakan seperti keberanian, keyakinan, optimistik, rasional, pembukaan ilmu dan kebijaksaanan, rasa cinta dan peduli, rasa syukur an gembira, rasa tenang dan damai, dan lain-lain lagi, yang tidak mungkin kita dapat rasakan secara deep kalau tidak melalui jalan zikrullah.

3. Mengubah hidup daripada lemah kepada berdaya, susah ke senang, sempit ke lapang, gagal ke jaya, sakit ke sihat, jahil ke ilmu, dan segala macam lagi kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Apabila perasaan-perasaan positif, mahmudah dan powerful aktif di dalam jiwa kita, maka kita melihat masalah begitu kecil dan mudah diselesaikan, serta impian dan cita-cita jadi begitu indah, mengujakan dan mudah dicapai.

Begitulah ajaibnya Zikrullah!


... Love no Limit ...




No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...