Your Magic Blog: KEKAL KAYA DI SAAT SEGALANYA KELIHATAN BEGITU SEMPIT, SUSAH DAN MISKIN

Friday 14 April 2023

KEKAL KAYA DI SAAT SEGALANYA KELIHATAN BEGITU SEMPIT, SUSAH DAN MISKIN


Gambar produk bambu, hiasan sahaja

Allah sungguh Maha Kaya, dan kekayaanNya diletakkan dalam bentuk wang dan material-material lain di tangan para hamba-hambaNya.


Kekayaan Allah Maha Berlimpah, tidak pernah berkurang. Segala benda material yang padat terhasil daripada energi murni. Hancur Kembali menjadi energi murni, kemudian terbentuk lagi menjadi benda material padat, tanpa henti. 

Mencipta menjadi objek, lalu musnah kembali menjadi energi murni. Berulang terus menerus. Dia lah Yang Maha Menciptakan dan Maha Menghancurkan. 

Energi murni itu berlimpah tanpa batas di seluruh alam. Semua benda yang zahir di alam 3 dimensi ini datang dari energi murni tersebut.

Selagi manusia masih ada, keperluannya akan dipenuhi. Rezekinya dijamin. Energi murni akan terus-menerus membentuk benda material padat untuk menyokong keperluan yang ada. Tanpa henti.
.

Udara untuk bernafas

Minuman dan makanan untuk nutrisi badan

Pakaian untuk menutup badan

Kediaman untuk tinggal

Kenderaan untuk bergerak

Hasil tani dan hasil bumi untuk kegunaan manusia

Wang untuk belanja

Aksesori untuk hiasan

Apa yang Allah tidak berikan untuk manusia?


Allah yang berikan kekayaan dan kekuasaan kepada sesiapa yang Dia inginkan. Kekayaan dan kekuasaan itu adalah untuk kegunaan dan kemaslahatan umat manusia. Orang kaya dan orang berkuasa menjadi ejen-ejenNya untuk menyampaikan manfaat-manfaat tersebut

Jika ejen-ejen ini berlaku khianat, maka kuasa yang menaikkan mereka tadi, itu juga kuasa yang sama yang akan menurunkan mereka kembali ke bawah.

Kekayaan Allah Yang Maha Berlimpah wujud dalam bentuk energi murni yang sentiasa sedia untuk termanifestasi. Dan… telah banyak yang sedang wujud dalam bentuk benda-benda material yang padat, dimiliki oleh para hamba-hambaNya dalam jumlah yang berbeza-beza.

Apa syarat-syarat diperlukan untuk kita dapat bahagian daripada kelimpahan kekayaan Allah ini?
.

Step 1:

Sedar dan Yakin bahawa kekayaanNya benar-benar belimpah di sekeliling kita. Ini adalah sebuah hakikat. Mata kita mungkin nampak kesempitan dan kemiskinan di sekeliling, dan fikiran logik kita pun sama memikirkan betapa sempit, miskin dan susahnya keadaan.

Namun gunakanlah mata hati untuk melihat kebenaran, bahawa dalam semua keadaan, di semua tempat, pada setiap masa Allah Maha Kaya Tanpa Batas. Energi hanya belum terzahir menjadi kekayaan-kekayaan harta benda padat yang boleh dikesan dan dicerna oleh 5 pancaindera kita.

Zikirlah sebanyaknya agar hati kita benar-benar beriman terhadap kekayaanNya. Juga agar kita beriman bahawa Yang Maha Kaya adalah Dia semata, bukan hamba-hambaNya.

Sifat Maha Kaya itu adalah milikNYa, tak mungkin dimiliki oleh manusia. Apa yang ada pada manusia itu hanyalah pinjaman atau loan sementara yang ada terms & conditions masing-masing.

Di level ini ramai yang fail, padahal inilah perkara yang paling funfamental. Mengisi iman di dalam hati untuk meyakini betapa Maha Kayanya Dia dalam semua keadaan, di semua tempat dan pada setiap masa.

Makanya kalau kita beriman kepada kekayaanNya, kita tidak akan pernah merasa takut dan berdukacita lagi.


Takut dan berdukacita yang ramai kita alami sekarang ini adalah akibat, tidak yakin dengan limpahan kekayaanNya.

Usahakan hati dan iman kita, maka seluruh ketakutan akan masa depan yang tidak pasti akan bertukar jadi penuh harapan, keberanian dan keyakinan yang sangat teguh. Serta segala sedih dan dukacita tetang masa lalu akan terubat menjadi ikhlas dan redha.
.

Step 2:

Memiliki keinginan, impian dan cita-cita besar.

Kekayaan Allah wujud untuk melayan dan memenuhi keperluan dan keinginan manusia, kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaanNya.

Dari satu perspektif, takut berimpian dan bercita-cita besar adalah seumpama meremehkan kelimpahan kekayaan dan kekayaanNya. Seolah kekayaanNya tidak dapat menampung besarnya impian dan cita-cita kita.

Kemajuan peribadi kita akan semakin advanced seiring dengan semakin besarnya impian dan cita-cita kita. Sebab, semakin berat misi hidup kita, semakin kita akan berusaha lebih, beramal lebih, dan bertawakkal lebih.

Kalau impian dan cita-cita kita kecil, pressure yang kita alami kecil. Kita duduk manis di zon selesa, tiada pertumbuhan peribadi yang bermakna. Tiada apa yang push kita untuk berusaha lebih, beramal lebih dan bertawakkal lebih.

The bigger your dream, the bigger you become!
.

Step 3:

Rajin dan kosisten sharing manfaat.

Step 1 dan 2 kita focus membina diri dan membesarkan Value diri kita. Dari situ kita akan memiliki ilmu, kefahaman dan skil-skil yang yang sangat diperlukan dan boleh dikomersilkan.

Harta kekayaan Allah yang Dia letak di tangan para hambaNya hanya boleh bertukar tangan jika kita menukarnya dengan sesuatu yang bernilai dan memberi manfaat kepada mereka.

Be a man of Value!

Kekayaan tidak akan bertukar tangan jika kita tidak memberikan nilai manfaat kepada orang lain. Hanya perompak dan pencuri yang ambil kekayaan orang lain tanpa memberikan apapa pertukaran yang ada nilai.

Kita hanya boleh memberika sesuatu yang kita miliki. Perompak ni tiada apapa yang bernilai dia nak bagi kepada orang lain sebab itu dia main rampas sahaja.

Membina dan membangunkan potensi diri jadi sangat penting. Sebab hanya dengan begitu kita mencipta nilai tinggi pada diri kita. Kita jadi mahal. Samada ilmu pengetahuan, pengalaman atau kemahiran kita.

Inilah yang orang lain sanggup 'beli' dan kekayaan Allah pun bertukar tangan.

Pada step ke 3 ini kita kena rajin sharing value value kepada orang lain. Setiap pagi ketika bangun pagi niatkan di hati untuk berbagi manfaat kepada seramai mungkin orang.

Sebelum melangkah keluar rumah, niatkan untuk bantu seramai mungkin orang selesaikan masalah mereka, dan mudahkan urusan kehidupan mereka.

Di sini kita akan mula belajar sebarkan manfaat, bahasa moden panggil sebagai ilmu Marketing. Kita juga akan mula melakukan Networking. 

Gunakan semua saluran online media sosial yang ada. Beranikan diri untuk jumpa ramai orang, berkawan-kawan dan tanam budi kepada orang lain untuk meluaskan jaringan perkenalan kita.

Poin utamanya, capai seramai mungkin orang. Sebarkan value yang kita ada melalui produk atau servis kepada mereka.

Dalam proses kita bergaul dengan ramai orang, akan banyak celah di mana kita mungkin aka mula lalai dan alpa, lalu hilang arah. Di sinilah ujian bermula.

Kunci utama untuk kekal selamat dari luatan penuh gelora, adalah kekalkan konsisten beramal. The moment amalan kita mula kendur, kita kompromi dengan rasa malas serta nafsu yang merajai hati, di situlah kita akan mula mengalami hal-hal yang menghilangkan kebahagian.

Harta, Takhta, dan Wanita akan sentiasa menguji keteguhan peribadi kita. Ini ujian regular anak-anak adam. Samada lelaki atau wanita. Mesti akan mengalami ujian ini.

Hanya hati yang sentiasa ikhlas dan pasrah kepada Allah akan sentiasa selamat daripada kelicikan jeratnya.

Tapi no worry, Allah yang bagi ujian tu semua. Allah juga yang akan guide kita untuk melepasinya dan menguasainya.

InsyaAllah.. Alhamdulillah


Cheers, coffee for you 😊










No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...