Your Magic Blog: APA YANG KITA JALANI SELARAS DENGAN APA YANG KITA SEDARI

Sunday 23 April 2023

APA YANG KITA JALANI SELARAS DENGAN APA YANG KITA SEDARI

 TERHUBUNG MELALUI KESEDARAN





Selepas solat Subuh tadi, seperti selalu rutinku, aku zikir menyebut namaNya Yang Maha Indah, penuh kerendahan dan rasa pengagungan kepadaNya.

Ya Allahhhhh........ Ya Allahhhh...... Ya Allahhhh....
Ya Allahhhhh........ Ya Allahhhh...... Ya Allahhhh....

Sungguh nikmat menyebut namaNya.

Nafas automatik menjadi dalam dan panjang.
Badan tersa begitu segar terisi tenaga.

Kesedaran jadi begitu luas, lepas dari attachment dunia kebendaan, dan masalah-masalah duniawi yang menyesakkan dada, yang memicu hormon stres kortisol, menimbulkan rasa tetang dan tidak nyaman di badan.

Allahu ya Allahhh..... Nikmat menyebut namaNya adalah nikmat tertinggi yang ada di kehidupan ini, tiada kenimatan yang sama dengan level ini.

Kesedaran kita jadi sempit apabila terhubung dengan dunia sempit ini. Dunia kebendaan ini adalah kumpulan fekuensi padat yang bergetar pada frekuensi yang sangat rendah. Kesedaran kita mudah terhubung dengannya melalui pancaindera.

Apa yang kita lihat, kesedaran kita terhubung dengannya. Apa yang kita dengar, kesedaran kita terhubung kepadanya. Begitu juga dengan apa yang kita hidu, rasa dan sentuh.

Oleh kerana kita sangat bergantung kepada pancaindera untuk terhubung dengan dunia luar, maka semakin lama kesedaran kita pun stuck di frekuensi kebendaan ini.

Maklumat yang kita ada, kita tahu dan kita faham, hanyalah dunia sebatas yang mampu dicapai oleh pancaindera.

Kesedaran kita stuck pada dunia kebendaan. Fikiran dan perasaan kit bergelut dan berselut dengan segala masalah dan persoalan dunia kebendaan tanpa kita dapat melepaskan diri darinya.

Hati jauh dari Allah Yang Maha Luas, umpama ikan yang terkeluar dari lautan yang luas, hidup di dalam botol yang sangat kecil, atau bahkan terus terkeluar dari air.

Kita jadi sempit, sesak, penuh tekanan, banyak penyakit, tidak merasa pun indahnya hidup, bahkan hilang semangat hidup. Hidup jadi meaningless.

Mengembalikan kesedaran kepadaNya, melalui zikrullah memandu kesedaran ke alam yang luas tanpa batas, di mana kesedaran bebas terbang berlegar. Umpama ikan yang kembali ke lautan luas.

Hidup akan jadi penuh makna dan hikmah. Setiap masa jadi terasa nikmat yang berlimpah dariNya. Hati merasa begitu ringan, nyaman, hening, dan damai.

MaasyaAllahhh.......

Dalam tempoh 24 jam, berapa lama kesedaran kita terhubung dan melekat kepada dimensi kebendaan yang rendah?

Majoriti kesedaran manusia melekat 24 jam kepada kebendaan. Apabila kita 'tune' kesedaan kita kepada dunia material, maka fikiran kita akan dibanjiri dengan infomasi tentangnya, samada sisi positif atau negatifnya.

Kemudian dari pemikiran itu akan tercetus pula beragam perasaan samada positif atau negatif, sama kualiti dengan pemikiran yang mencetuskannya.

Perasaan menghasilkan aksi, dan aksi pula membuahkan reaksi. Maka kita pun mengalami hidup selaras denga aksi yang kita lakukan, dari emosi yang kita rasakan, yang dicetuskan oleh fikiran yang kita layan, yang puncanya dari kesedaran yang kita hubungkan tadi.

Fikiran yang lemah akan cenderung berfikir negatif berbanding positif. Majoriti manusia begitu.

Entah kenapa, fitrah manusia sangat kuat tarikannya untuk memikirkan masalah dan kekurangan. Ada guru bagitahu, kerana tarikan unsur tanah yang rendah pada badan, ditambah dengan tumpukan toksin yang diserap oleh badan daripada makan, minum, nafas dan kulit.

Fikiran jadi ligat berputar menjadi overthinking, menghasilkan perasaan negatif yang membuat dada terasa berat, dan ketegangan di badan yang tidak selesa yang mana lama kelamaan tumbuh menjadi penyakit-penyakit yang bermacam bentuknya.

Begitu ramainya orang yang tidak tahu mahu buat apa. Kesedarannya melekat di dunia material, tidak dapat melepaskan diri.

Penjara sebenar kehidupan adalah apabila kesedaran kita melekat kepada dimensi rendah, dan perasaan kita diisi dengan emosi-emosi kasar yang mana kita pun tidak tahu macam mana nak melepaskannya. Lalu kita melakukan-tindakan yang seolah tidak dapat kita kawal, dan menghasilkan penyesalan tanpa batas.

Kita mencuba bermacam kaedah 'mindwork'. Usaha berfikir positif setiap hari, serta segala tips dan trick mengawal dan meng-hack minda. Namun fikiran tetap kembali memikirkan masalah dan persoalan. Dada tetap terasa berat seperti dihimpit benda berat.

Kenapa?

Kerana kesedaran belum meningkat ke dimensi yang lebih tinggi. Fikiran dan perasaan hanya mengikuti kesedaran. Hanya dengan meningkatkan kesedaran, maka fikiran dan perasaan akan mula mengalami perubahan objek fikir dan rasa.

Apapun yang namanya kebendaan dan konsep-konsep pengetahuan pasti memberi persoalan yang difikirkan oleh fikiran, dan masalah yang dirasakan oleh perasaan.

Namun, ketika kesedaran mula diarahkan kepada Allah melalui zikrullah yang rutin dan konsisten, penuh rasa rendah hati dan kepasrahan kepada rahmat dan kasihNya, maka perlahan-lahan, kesedaran mula mampu lepas daripada keterikatan dengan dimensi-dimensi rendah, lalu terbang bebas menuju keluasan tanpa batas.

Hanya Allah Yang Maha luas tanpa batas. Dengan berzikir kepadaNya, hari demi hari, kesedaran mula menjadi semakin luas. Fikiran pun rehat, kerana tiada apa yang dapat fikirkan dan dikonsepkan di dimensi ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci.

Perasaan jadi lapang selapang-lapangnya, tiada lagi ledakan-ledakan emosi yag membebani dada dan menyesakkan nafas.

Dari situ kita mula memahami... Bahawa Allah berikan kita daya untuk menghubungkan kesedaran kita kepada apapun yang kita inginkan.

Jika kita hubungkan kesedaran terhadap masalah, maka fikiran kita akan memikirkan masalah, perasaan kita akan merasakan beratnya masalah, dan kita pun mengalami kejadian penuh masalah.

Sebaliknya, ketika kita bersyukur, kita menghubungkan kesedaran kita terhadap nikmat-nikmatNya, lalu fikiran kita pun akan penuh dengan pemikiran tentang nikmat dan anugerah, perasaan kita merasakan asyiknya nikmat dan anugerah dari Allah, dan di kita pun mengalami peristiwa-peristiwa yang penuh nikmat dan anugerah.

Akhirnya kita memahami firmanNya, pada Surah Ibrahim ayat 7,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Wa idz ta’adzdzana robbukum lain syakartum laazidannakum walain kafartum inna adzabi lasyadid

Ertinya:

Dan (ingatlah) tatkala Pemelihara kalian mengumumkan bahwasanya jika kalian bersyukur, maka sungguh Aku akan tambah untuk kalian (akan nikmat), dan jika kalian kufur, sesungguhnya siksa-Ku sangatlah pedih.

Subhanallahi wabihamdihi... Maha Suci Allah dan segala puji untukNya.




Usahakan Hatimu, Allah yang akan usahakan Hidupmu.
Baiki hatimu, Allah yang akan baiki hidupmu.

Itu ucapan Amirsab yang sering aku dengar ketika join dengan jemaah tabligh ketika remaja dulu, keluar 3 hari atau 7 hari belajar mengusahakan iman di hati, stay di mana-mana masjid di sekitar Sabah.

Apabila belajar ilmu frekuensi, aku jadi memahami kata-kata itu dengan semakin baik. Fikiran logikku tidak lagi tertanya-tanya, apa, kenapa, bagaimana. Keyakinan tidak lagi bersandar semata kepada 'blind trust', namun ada dasar ilmu yang boleh difahami.

The vast ocean of energy interconnects everything, thus it is crucial to carefully choose the frequencies with which you wish to align yourself, as they always come with a set of associated consequences.

Alhamdulillah... barokallah.

Semakin aku merasa tahu, semakin Allah hadirkan kejadian yang akan memaksa aku untuk merasa tidak tahu apapa.

2 Syawal 1444H


Love Endlessly




1 comment:

  1. Tulisan yg memberi kesan, terima kasih master, lama sdh sy ndak baca artikel² panjang kayak gini

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...