Your Magic Blog: PRIORITI DALAM BELAJAR

Wednesday 17 July 2019

PRIORITI DALAM BELAJAR



Mempelajari Hakikat diri kita sendiri adalah prioriti utama dalam hidup ini.
Kenapa?

Kerana sang diri inilah yang berfikir dan merasakan semua yang ada diluar sana.
Kerana fikiran dan perasaan inilah yang menghasilkan kehidupan.

Kerana kehidupan sebenarnya adalah apa yang difikir dan dirasa.

Sebab itu kalau orang sudah mati, tiada fikiran dan perasaan, maka sudah tiada kehidupan dunia baginya.

Dia masih hidup, tapi di kehidupan lain, dengan fikiran dan perasaan yang berbeza dimensinya.

Manusia adalah diri individual bagi diri universal.

Kalau diri universal itu sifatnya Wujud Tanpa Batas, Pengetahuan Tanpa Batas, dan Kuasa Tanpa Batas, maka manusia sebagai penzahiran versi diri Individual, sifatnya adalah, Wujud Terbatas, Pengetahuan Terbatas, dan Kuasa Terbatas.

Diri Universal dan diri Individual ini sama sifat, hanya beza kadar dan ukurannya.
Seperti air selautan dan air setitis. Sama wujud dan semua sifatnya, namun berbeza kadar dan ukurannya.

Di alam ini yang paling mempengaruhi keadaan diri Individual adalah hukum-hukum alam semesta.

Faktor-faktor lain seperti numeorologi, planetary, feng shui, pakaian, batu-batuan, kristal dan lain-lain adalah aksesori sampingan yang hanya sedikit mempengaruhi badan fizikal, dan eterik.

Tubuh astral dan ke atas sudah tidak terpengaruh kerana sudah bukan lagi frekuensinya.

Tapi hukum-hukum alam adalah aturan mutlak yang mempengaruhi semua level, kecuali level Diri Sejati, Diri Universal, atau Supreme Being.

Bagaimana diri Individual boleh memanfaatkan informasi ini untuk hidupnya?

Iaitu ketika dia mula sedar.... Bahawa wujudnya, ilmunya dan kuasanya yang terbatas ini boleh menjadi mutlak melalui 'jalan rahsia' untuk terhubung secara harmoni dengan diri Universal.

Hubungan yang... Satu tapi tidak menyatu. Dua tapi tidak terpisah.

Seperti setitis air tadi, ketika dia jatuh ke lautan, tiba-tiba wujudnya dan semua kemampuannya telah menjadi selautan.

Tulisan ini dibaca sebagai inisiasi mengaktifkan potensi pengetahuan tinggi yang memang sudah sedia ada di dalam dirimu.

#CoretanTengahMalam
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...