Your Magic Blog: PERSEPSI SIHIR

Sunday 7 July 2019

PERSEPSI SIHIR



Minggu ini, saya menemui beberapa pesakit saya mendakwa dirinya disihir.

Mereka menceritakan pengalamannya. Saya mendengar dengan tekun.

Saya harus merespon mengikut kadar kefahaman pesakit saya. Tidak semua orang bersedia menerima kebenaran.

Sebiji ubat yang diberikan, jika dia menyangka itu sebagai racun, maka ubat itu benar-benar menjadi racun bagi badannya.

Sihir benar ada. Tiada penafian. Tapi efeknya kepada orang yang dikenakan, ini perlu diteliti, benar seperti didakwa atau wayang semata.

Pernahkah kita terfikir, kenapa negara kita yang begitu 'hebat' para penyihirnya tetap dijajah orang barat selama beratus tahun?

Anda tahu?

Mahu jadi penyihir itu perlukan fokus mental yang super. Makin banyak teknologi seperti tv, radio, apatah lagi smart phone sekarang ini makin susah kekuatan mental untuk fokus melakukan sihir.

Dulu sangat kurang gangguan fokus daripada teknologi, tapi para dukun tetap gagal menyihir para penjajah. Penjajah tetap sihat dan makmur dengan menggarap hasil bumi kita.

Inikan pula sekarang..... Di mana para dukun sudah pandai main facebook dan bermain whatsapp, sihir sudah tumpul habis!

Tahun 2013 saya melakukan aura healing di pedalaman Sulawesi. Berbagai cerita seram tentang dukun sihir diceritakan orang kepada saya.

Waktu sedang deal, pesakit saya menceritakan betapa super duper dahsyatnya sihir yang dia alami. Kalau tidak kuat hati, pasti hati bergetar dengan seramnya kisah-kisah sihir yang mereka ceritakan. Ada juga rasa kecut. Saya terhipnosis oleh mereka haha

Tapi alhamdulillah..... 1 bulan saya menjelajah di sana, saya gagal menyaksikan semua kisah berkenaan seram dan ganasnya sihir yang mereka alami. Sama sekali tiada.

Apa yang saya lihat adalah..... Level pemikiran yang berbeza. Persepsi dan anggapan semata. Ratusan pesakit saya jumpa mendakwa dia disihir, yang saya saksikan hanyalah fenomena 'what u believe is what u get'.

Ciri-ciri kes semua sama. Pasti didahului oleh stress. Stress rumah tangga, stress cinta, stress kerugian wang, stress rebut tanah, dan macam-macam jenis stress. Dan dari stress inilah munculnya khayalan-khayalan tentang sihir.

Banyak juga saya jumpa objek-objek sihir. Ada yang disimpan di bawah tangga rumah. Ada yang disisip di pokok bunga, ada yang ditanam di bawah pagar, macam-macam lokasi, posisi dan bentuk.

Akan tetapi..... Saya dapati, yang buat pesakit saya sakit bukanlah objek-objek sihir itu. Itu semua hanyalah kesan psikologi yang menjadi 'snowball effect' kepada kecurigaan dan keyakinannya.

Pesakit saya sakit oleh PERSEPSI nya yang dikuatkan lagi oleh stressnya.

Bahkan beberapa pesakit saya pemilik restoran mendakwa dirinya kena sihir kerana menemui gula-gula getah yang melekat di bawah meja nya.

Itu kerja budak-budak nakal!
Tapi dicurigai dan diyakini olehnya sebagai objek sihir!

Jika minda kita banyak 'file' sihir, maka apapun kita nampak, dengar dan alami pasti dikaitkan dengan sihir.

Bukan kebetulan..... Hanya orang-orang stress dengan masalah yang mendakwa mengalami sihir.

Belum pernah dalam pengalaman hidup saya ada orang yang selalu ceria dan happy mendakwa dirinya kena sihir never!

Kategori 'mangsa sihir' paling utama adalah,

Nombor 1!

Stress rumah tangga.

Nombor 2!

Stress kewangan, khasnya yang mengalami kerugian dan muflis.

Nombor 3!

Stress persaingan kerja.

Kebenarannya........   Jeng jeng jeng!

Orang kita tidak mahu 'dituduh' gagal dalam rumah tangga, atau tidak mahu dituduh gagal jaga pasangan, atau tidak mahu dituduh jadi anak dara tua, atau bujang lapok disebabkan oleh kesilapan dan kekurangannya.... Maka sihirlah jadi kambing hitam sebagai penutup kelemahan.

Orang kita tidak mahu dikata gagal dalam bisnes atau tidak pandai urus bisnes. Penyakit ego takut malu. Maka sihir, dukun, dan jin lah selalu jadi kambing hitam disalahkan.

Di tempat kerja.

Orang tidak mahu dituduh malas, tidak produktif, lembab, penjilat bos. Itu kelamahan yang memalukan. Maka apabila prestasi kurang, produktiviti menurun, sihirlah jadi kambing hitam. Lagi lagi kambing hitam. Tiada kambing lain, sebab habis kena sembelih semasa raya haha

Sifat kita manusia banyak sangat sifat rendah. Ego, takur malu, tidak mahu alas tanggungjawab. Lebih suka lepas tangan. Kan enak budaya kita.

Kita tidak pernah salah. Sihirlah yang salah. Jin yang salah. Jembalang yang salah.

Kita harus berani mengaku! Ini hakikat masyarakat kita. Ini pengalaman saya bertahun dibidang healing. Bukan teori buta.

Tamadun bangsa lain berbeza. Kalau salah mereka mengaku. Kalau lemah mereka mengaku. Kemudian berusaha baiki. Jadi bertanggungjawab, kreatif dan produktif.

Ok, ini salah saya. Ini kelamahan saya. Isteri saya lari, salah saya kurang mendidik. Bukan sebab si Abu sihir dia.

Ok. Ini kelemahan saya. Saya lemah mengurus bisnes. Saya lemah dalam visi. Saya lemah pengurusan kewangan. Bukan saya jatuh sebab Macik Bedah sihir atau Pacik Mail santet.

Kita gagal melihat. Bahawa kita ada kuasa istimewa di dalam diri kita. Iaitu fikiran dan perasaan kita. Persepsi fikiran dan perasan kitalah yang menjahanamkan kita. Bukan sihir!

Percayalah, sihir tiada daya apapa terhadap diri kita. Tapi persepsi kitalah yang ada kuasa pada diri kita sendiri.

Tapi itulah..... Seindah apapun bahasa pencerahan diberikan, fitrah manusia akan hanya percaya sebatas vibrasi energinya.

Ini bukan rahsia........

Kalau anda masuk ke gelanggang bola tampar, anda terikat dengan rules permainan bola tampar. Jika anda masuk padang bola sepak, maka anda terikat dengan rules bola sepak.

Dipadang bola sepak, jika tangan anda tersentuh bola maka anda didenda. Tapi tidak begitu digelanggang bola tampar. Pegang dan sentuh bola dengan tangan tu wajib,

Sama seperti gelanggang sihir. Ada undang-undangnya. Undang-undang mental, dan undang-undang energi.

Sihir itu gelombang energi yang sesungguhnya sangat lemah. Saaaaaaangat lemah. Ia hanya mempengaruhi energi orang-orang yang berada di bawahnya.

Akan tetapi, dalam banyak kes yang saya tangani selama 15 tahun di bidang ini, saya menyaksikan bahawa PERSEPSI manusia jauh lebih dahsyat kesannya daripada sihir.

Kakak saya pernah sakit di sihir. Itu terjadi di awal-awal saya baru belajar ilmu energi. Saya sekeluarga pun mengalami kondisi 'salah faham' yang sama. Itu dulu. Pencerahan itu terjadi, step by step.

Ayah saya seorang perawat, atuk saya perawat, moyang saya perawat, generasi-generasi di atasnya juga perawat. Fenomena sihir, jin dan macam-macam fenomena paranormal seperti makan nasi harian. Bukan hanya teori.

Kasihan masyarakat kita. Salah faham akibat PERSEPSI itu seperti penjara. Fikiran, perasaan dan suasana hidup kita akan stuck di wilayah itu dan itu juga sampai bila-bila.

Kasihan kita terlalu mengagungkan kekuatan sihir dan jin. Padalah itu semua syirik yang nyata. Di hati kita hanya boleh Allah yang ditakuti. Sedikitpun rasa takut kepada yang lain dariNya, itu syirik.

Kita hanya belum kenal diri dengan benar. Sebab itu kita salah faham. Dan diarena salah faham itu, kita berasa benar. Apatah lagi dengan begitu banyaknya orang memahami salah faham yang sama.

Kalau anda sudah baca buku Loncatan Energi anda akan faham rahsianya. Ini bukan promo, jauh sekali. Saya bagitahu apa adanya.

Be different. Even the rest of the world against you. Truth is always truth. Even it covered by thousands of lies.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...