Your Magic Blog: Evolusi Kesedaran

Tuesday 2 July 2019

Evolusi Kesedaran



Anda mahu percaya atau tidak,

Makin meningkat kesedaran anda, makin anda tidak lagi terlalu berminat untuk dapat wang yang terlalu banyak, rumah terlalu besar, dan kereta-kereta terlalu mewah.

Fokus akan beralih lebih kepada keperluan berbanding kenginan.

Yang penting rumah selamat dan selesa untuk keluarga, wang mencukupi untuk semua keperluan, dan kereta selesa untuk ke mana-mana.

Kenapa boleh begitu?

Kerana kesedaran anda sudah bergeser daripada ego yang ingin unggul, kepada kebijaksanaan yang ingin bahagia.

Seperti kata billionair melayu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari,

"Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?".

Jika kesedaran kita tentang kekayaan masih di level ego, maka kita akan diperhambakan oleh kerja. Kerja, kerja dan terus kerja demi memenuhi keinginan-keinginan yang tiada bertepi.

At the end of the road, kita akan mula sedar, bahawa kekayaan itu bergantung kepada KESEDARAN ROHANI kita, bukan pada kerja fizikal kita.

Dan biasanya... Ketika kesedaran mula mengabaikan keinginan, dan merasa cukup dengan keperluan, masa itulah pula kelimpahan berdatangan.

Kenapa ya?

Sebab..... Waktu kita fokus bekerja untuk memenuhi keinginan, ada bahagian di kesedaran kita yang merasa 'aku ini sedang kekurangan, makanya aku harus kerja keras siang malam agar kekurangan ini terpenuhi".

Ini perasaan 'bawah sedar' yang menjadi Law of Attraction kepada kekurangan rezeki terus menerus. Ini level Desire, energi rendah 125.

Manakala, ketika kesedaran mula bergeser mengabaikan keinginan, dan fokus hanya pada keperluan, di level kesedaran yang dalam kita sudah tumbuh perasaan 'cukup, syukur dan yakin akan jaminan rezeki dari Tuhan'. Ini level energi tinggi, di atas skala 200.

Kita jadi lebih santai. Berkerja dan berkarya dengan riang tanpa harus terpaksa mengejar suatu target, seperti yang dibudayakan di dunia sekarang.

Di sini, yang menarik kelimpahan datang bukan lagi kerja fizikal, tapi KESEDARAN ROHANI.

Tapi itulah..... Hal begini hanya untuk orang-orang gila. Tidak sesuai untuk orang yang waras.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...