Your Magic Blog: JANGAN BERHARAP APA-APA....?

Thursday 18 July 2019

JANGAN BERHARAP APA-APA....?



Pesan guru bijaksana,

"Desire nothing, and you shall have everything".

Bahasa Melayunya,

"Jangan INGIN-kan apapa, maka dirimu akan memiliki segalanya".

Orang yang kaya adalah orang yang telah punya segalanya, dan sudah tidak INGIN apapa.

Manakala orang miskin adalah yang masih begitu banyak ke-INGIN-annya, dia sedar begitu banyak dia TIADA dan KURANG.

Alam semesta merespon kesedaran kita.

Jika kesedaran kita telah merasa CUKUP dan BERLIMPAH, maka alam meng-adjust situasi dan kondisi agar setara dengan kesedaran kita. Iaitu, kita jadi benar-benar CUKUP dan BERLIMPAH.

Jika kita masih INGIN macam-macam, itu menandakan bahawa kita TIADA dan KURANG akan banyak hal. Maka alam pun meng-adjust kondisi dan situasi setara dengan kesedaran kita sehingga kita pun mengalami KETIADAAN dan KEKURANGAN.

Jadi... Sangat bijaksana jika kita melatih kesedaran kita agar sentiasa merasa cukup dan melimpah. Bagaimana? Dengan selalu BERSYUKUR.

Bersyukur mengelakkan kita untuk INGIN macam-macam. Oleh kerana INGIN adalah tanda MISKIN dan KURANG, maka BERSYUKUR mengelakkan kita jadi MISKIN dan KEKURANGAN.

Selepas membaca tulisan ini, kita pun jadi INGIN untuk BERSYUKUR kerana INGIN mengelak MISKIN  dan KURANG.... Masih juga ada INGIN 😅

Begitulah permainan kesedaran. Begitu halus perangkap dan lencongan-lencongannya.

Semoga kita jadi IKHLAS.

Mari kita latih terus kesedaran kita, biar benar-benar matang, bijaksana dan penuh kelimpahan.

~ Umar Paranorms, hamba yang masih banyak ke-INGIN-an.

... Love no Limit ...

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...