Hanya dengan meditasi atau tafakur, membiasakan gelombang otak di
tahap alfa, maka sel-sel otak kita akan aktif dan terhubung dan
cakrawala pemikiran kita jadi luas, dan daya jiwa kita menanggung beban tekanan jadi meningkat.
Meditasi atau tafakur itu inti utamanya membiasakan gelombang otak di
tahap alfa, itu intinya. Anda mahu mengakses alfa level melalui solat,
dengan mengaji, dengan zikir, dengan yoga, dengan tai chi, atau apapun
kaedahnya itu sepenuhnya ikut keselesaan anda.
Tanpa membiasakan
gelombang alfa, agak susah untuk membuka dan mengaktifkan sel-sel otak
baru untuk menguatkan mental dan rohani.
Tolong bezakan antara ibadah dan kaedah.
Kapasiti otak kita berbeza, sebab itu cara pemikiran kita tidak sama.
Kapasiti otak ditentukan oleh kadar sel-sel otak yang aktif dan terhubung.
Kadar aktif sel-sel otak ditentukan oleh kerajinan menggunakan fikiran untuk berfikir dan menganalisis.
Memang makanan dan kadar tidur memberi kesan besar pada kadar keaktifan
sel-sel otak, namun meditasi atau tafakkur yang membiasakan gelombang
otak di tahap alfa apatah lagi theta akan lebih mengaktifkan lebih
banyak sel-sel otak.
Makin banyal sel otak aktif dan terhubung
makin banyak hal rumit, misteri dan eksklusif yang kita fahami dan makin
banyak kemahiran yang kita akan kuasai.
Sayangnya ramai orang
kurang memahami perkara ini. Mereka anggap meditasi atau tafakkur itu
kurang berguna bahkan tidak perlu dimasukkan dalam rutin harian mereka.
Kalau anda tanya saya, apakah meditasi atau tafakkur paling baik, maka
jawapannya adalah, yang paling mudah membuat gelombang otak anda masuk
ke tahap alfa, dan bertahan lama di gelombang itu.
Jadi ritual atau kaedahnya terserah, yang kita pentingkan adalah intinya.
Dengan sel-sel otak banyak aktif, kita tahu beratus cara untuk menyiapkan suatu kerja.
Kita tahu beratus kerja untuk mencari rezeki.
Kita tahu beratus kerja untuk mencari rezeki.
Banyak perkara kita akan tahu
kerana sel-sel otak yang baru dapat mengakses data informasi baru dari
akashic record/perpustakaan alam semesta. Banyak kemahiran baru kita
kuasai.
Bekalkan energi
besar ke otak melalui meditasi/tafakur, agar sel-sel otak aktif
terhubung. Maka anda akan mula melihat banyak jalan untuk menyelesaikan
satu masalah.
Dinding-dinding pembatas antara kita dan kejayaan, kesihatan, rezeki berlimpah, serta kebahagiaan hanya ada di dalam kepala kita.
Apapun, jika anda baca ini, anda hanya akan mengerti, ataupun tertarik untuk mengerti jika sel-sel otak anda yang membaca sama frekuensi dengan gelombang otak saya yang menulis.
Jika tidak, informasi ini tidak bakal bermakna apapa untuk anda. Sebab tiada receiver yang sesuai kat situ.
Kalau kita cerita wang, pasti ramai orang respon, kerana sel-sel otak berkenaan wang pada diri manusia sudah aktif ratusan tahun lalu.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:
Post a Comment