Your Magic Blog: IMAJINASI LIAR BIASA

Wednesday 3 July 2019

IMAJINASI LIAR BIASA



Realiti adalah apa yang kita fikir benar, kita rasa benar dan kita yakini benar.

Seorang teroris berfikir bahawa apa yang dia lakukan itu benar, dirasakan benar, dan diyakini benar.

Pahadal kita fikir itu salah, merasa itu salah, dan yakin itu salah.

Seorang kanibal berfikir bahawa makan orang itu benar, dirasakan benar, dan diyakini benar.

Orang hidup miskin itu jadi miskin kerana berfikir, merasa dan yakin bahawa hidupnya benar-benar miskin.

Orang sakit itu jadi sakit kerana berfikir, merasa dan yakin bahawa dia sakit.

Hidup kita adalah Realiti yang diciptakan oleh mental kita, yang dipengaruhi oleh budaya, agama, dasar kerajaan, dan pola pemikiran dunia sejagat.

Hidup ini sebenarnya hanyalah konsep yang dibuat-buat.

Sebenar dan sebetul manapun suatu realiti, ia tetaplah suatu rekaan. Ciptaan dari dalam diri. Projeksi dari mental.

Tuhan itu kan ikut prasangka hamba-hambaNya.

Bahagia bermula apabila kita menyedari bahawa realiti itu boleh diciptakan, dan kita ada daya untuk menciptakannya.

Jadi untuk mengubah Realitimu, kau harus mengubah Fikiranmu, Perasaanmu, dan Keyakinanmu.

Imajinasi_Liar_Biasa

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...