Your Magic Blog: PERLUKAH PEMBUKTIAN?

Monday 22 July 2019

PERLUKAH PEMBUKTIAN?



Tidak perlu buktikan kehebatan diri kita kepada sesiapa.

Sebab yang akan kagum cuma sedikit, lebih banyak yang akan dengki dan meluat.

Itu sifat manusia... Normal.
Tidak perlu dipersoalkan.

Yang perlu adalah,

Kita buktikan kepada diri kita sendiri, bahawa setiap hari kita boleh jadi dan mencapai lebih baik daripada apa yang kita jadi dan capai kemarin.

Tentang orang lain,

Kebaikannya biar jadi motivasi, keburukannya biar jadi pengajaran. Cukuplah begitu.

Apabila kita hidup untuk memenuhi pandangan orang lain, disitulah kita menderita.

Kita kecewa kalau orang tidak pandang dan kita bangga bila kita dipandang.

Maka jadilah kita hamba hinaan dan hamba pujian orang lain.

Orang yang bijak, dia berbuat baik kerana kebaikan itu memang selaras dengan hukum alam, dan selaras dengan kehendak tuhan.

Bukan sebab mahu di kata orang, atau takut di cerca orang.

Tiada yang lebih baik selain berbuat baik...

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...