Your Magic Blog: Bahagia Itu Soal Rasa.

Tuesday 16 July 2019

Bahagia Itu Soal Rasa.



Ada orang rasa bahagianya digantungkan pada nilai-nilai material iaitu status kerja, pangkat, jumlah wang, nilai aset dan sebagainya.

Bahagia jenis ini ada tahap bosannya juga nanti.

Peribadi yang sudah matang, rasa bahagianya adalah pada nilai-nilai yang lebih tinggi iaitu seperti ilmu, kedekatan dengan tuhan, persahabatan, kerukunan rumah tangga, keharmonian keluarga, kesempatan berkumpul bersama keluarga dan lain-lain sepertinya.

Kelimpahan rezeki, kesihatan yang optimum, hubungan cinta nan elok, dan kualiti-kualiti baik adalah ekspresi energi dari rasa bahagia yang terpancar dari hati.

Rasamu adalah doamu.
Rasalah bahagia untuk mencipta hidup yang indah. Jangan tunggu hidup jadi komplit baru kita mula rasa bahagia. Tapi rasalah bahagia untuk menghasilkan hidup yang komplit.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...