Your Magic Blog: Minta Sihat, Dibagi Sakit.

Tuesday 2 July 2019

Minta Sihat, Dibagi Sakit.



Banyak orang berdoa minta sihat, tapi diberikan penyakit.

Barangkali... Tuhan mahu menyedarkan betapa tidak enaknya ketika sakit, sehingga kita begitu berusaha menjaga kesihatan. Lalu kemudian, tercapai lah hajat ingin sihat tadi.

Banyak orang berdoa minta kaya raya, tapi diberikan kesusahan dan kemiskinan.

Barangkali... Tuhan mahu kita sedar betapa tidak enaknya susah dan miskin sehingga kita mengerahkan segala daya upaya untuk jadi kaya raya. Lalu kemudian, tercapai lah hajat untuk kaya raya tadi.

Banyak orang berdoa minta cinta yang bahagia, tapi diberikan kekecewaan.

Barangkali... Tuhan mahu kita sedar betapa sakitnya kecewa sehingga kita bersedia dengan seluruh diri kita untuk menjaga cinta baru yang hadir. Lalu kemudian, tercapai lah hajat kita untuk mendapat cinta yang membahagiakan tadi.

Sahabat... Apapun situasi tidak enak yang kita sedang alami sekarang, itu adalah bahagian sementara daripada proses ke arah tercapainya hajat kita.

Tuhan lebih tahu yang terbaik untuk kita, betapa pun logik fikiran cerdas kita menentang.

Silakan share.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...