Your Magic Blog: Konsultansi Dan Terapi Aura Pesona Hawa

Thursday 11 July 2019

Konsultansi Dan Terapi Aura Pesona Hawa



Sejak 6 tahun menggalas amanah dan tugas sebagai aura therapist untuk kaum wanita khususnya dalam Terapi Aura Pesona Hawa.

Saya menyedari begitu ramai wanita yang luaran terlihat sihat namun hanya Tuhan yang tahu betapa dalaman sangat sakit, malah ada yang tahap kritikal.

Siapa yang melihat takkan menyangka mereka sebenarnya sedang sakit. Malah suami, anak, ibu, adik beradik dan kaum keluarga tak mampu mengesan kesakitan yang mereka alami.

Kenapa?

Kerana mereka nampak tubuh fizikal normal dan sihat belaka, boleh melakukan kerja-kerja dan rutin harian, boleh makan, minum dan tidur secara normal. Lalu haruskah mereka digelar sakit? Oh tidak! Bagi mereka yang tak tahu dan tak faham mereka akan kata ianya tak sakit.

kerana ada yang malu untuk memberitahu apa yang berlaku pada dalaman dirinya, takut dikata 'GILA' yaaaa..😭 Ini juga saya alami dulu, hanya 3 orang yang mampu saya kongsikan apa yang saya alami mereka adalah suami, ibu dan adik saya master Umar Paranorms yang tahu keadaan saya. Saya sebolehnya sentiasa ingin terlihat sihat di mata semua orang. Kecuali 3 orang yang saya sebutkan tadi.

dulu masa saya anxiety saya sangat takut dengan 4 ayat ini "GILA".. Sebab itu saya kerahkan seluruh daya saya untuk bangkit dan sembuh, dalam masa yang sama saya berusaha, tawakkal, pasrah, dan berserah pada Allah dan yakin bahwa pasti ada jalan dan cara untuk sembuh dari sakit dalaman. Alhamdulillah, saya sudah sembuh.



Pengalaman ini yang membuat saya mampu   memahami apa yang patient saya rasai bila datang pada saya. Hanya yang pernah merasa peritnya sakit dalaman 'Anxiety' ini tahu dan saling memahami.

Walaupun kita tak pernah alami keadaan sebegitu, Marilah kita jadi lebih perihatin.. Lihatlah sedalamnya isteri, ibu, anak atau adik beradik wanita kita.

- Adakah mereka selalu termenung?

- Adakah mereka semakin suka menyendiri?

- Adakah mereka tak seceria sebelum ini?

- Adakah mereka semakin sensitif, cepat merajuk dan marah-marah?

- Adakah mereka semakin kurang selera makan?

- Adakah mereka tak dapat tidur lena?

- Adakah wajah mereka pucat dan dan tak bermaya?

- Adakah mereka sering bermimpi buruk?

- Adakah mereka cepat panic bila di timpa masaalah atau ketika mendengar kabar-kabar buruk?

-Adakah semakin sering risau dan takut pada perkara-perkara yang belum terjadi?

Jika sudah ada 5 jenis sahaja ciri-ciri diatas di alami oleh seorang wanita. Ini menandakan dalaman sedang sakit. Yang sedihnya bila ada dikalangan wanita itu sendiri yang tak sedar yang dirinya sebenarnya sedang sakit.

Saudaraku wanita... Perihatinlah pada keadaan dirimu, suarakan apa keperluanmu. Jika sakit beritahulah pada orang yang paling dekat denganmu. Jangan biar keadaan jadi parah baru bertindak. Jangan biarkan nasi jadi bubur, bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.

Bila sakit dalaman menjadi parah ia akan semakin rumit dan akan mengambil masa yang panjang untuk dirawat dan dipulihkan. Ini jika dirawat. Kalau tak di rawat masyaAllah 😱
Inilah yang saya sangat takuti dulu semasa saya mengalami sakit dalaman anxiety yang hampir-hampir ke tahap depresi, saya sangat takut masuk bukit padang atau tanjung rambutan kerana itu tempat orang sakit jiwa..😡😭

Mujurlah saya bertindak sebelum terlambat. Apa yang sangat menyedihkan ada beberapa orang yang datang ke Qi Centre merasa kesal kerana ada saudara, sepupu dan sahabat mereka yang sudah masuk ke bukit padang sebelum sempat menerima apa-apa rawatan Alternatif. 😰

Aadakah anda sedang mengalami masaalah dalaman? Atau terdapat simptom-simptom diatas yang anda rasa? Hubungi saya,
Saya sedia membantu anda dengan sepenuh hati saya

www.wasap.my/60107921880

...πŸ’–my self & πŸ’–for all...
Chief Of Healing Department At Qalam Ilahi Wellness Center
- Master Hasmina Teratai Putih

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...