Your Magic Blog: Sibuk Mengeluh Atau Sibuk Bersyukur?

Thursday 4 July 2019

Sibuk Mengeluh Atau Sibuk Bersyukur?



Kerana sibuk mengeluh, aku jadi lupa bersyukur.

Kerana sibuk bersyukur, aku jadi lupa mengeluh.

Kekurangan selalu ada sekalipun status kita Nabi. Apatah lagi realitinya kita hanya manusia biasa yang masih makan nasi dan sayur kangkung.

Kekurangan dan kelebihan umpama siang dan malam yang wajib ada di kehidupan ini.

Bezanya, ada orang yang fokus melihat kekurangan dan asyik mengeluh.

Ada pula orang yang fokus melihat kelebihan dan asyik bersyukur.

Kekurangan itu ada di bawah. Manakala kelebihan itu ada di atas.

Apakan daya, memang manusia lebih suka tundukkan kepala kerana mendongak ke atas itu memenatkan.

Mengeluh itu terasa mudah dan enak, bersyukur itu terasa susah dan memenatkan.
.
.
Kerana sibuk mengeluh, aku jadi lupa bersyukur.

Kerana sibuk bersyukur, aku jadi lupa mengeluh.

Silakan pilih.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...