Your Magic Blog: EGO ITU SANGAT HALUS

Thursday 18 July 2019

EGO ITU SANGAT HALUS




Saya perhatikan, banyak orang-orang yang sopan dan lembut jadi emosional apabila ditimbulkan isu agama dan politik.

Apapun yang membuat kita emosional, adalah kelemahan kita. Ia boleh dijadikan sebagai alat untuk mengawal kita.

Penjajahan geografi sudah berakhir. Sekarang zaman penjajahan ideologi. Teritorinya sudah beza, kaedahnya masih sama.

Ilmu, pendapat, dan gagasan kita dibeza-bezakan, lalu kita pun berpecah atas alasan-alasan yang hanya wujud di dalam fikiran.

Sering kita merasa orang lain salah dan bodoh, lalu kita pun menyumpah mereka. Tanpa sedar kita pun ikut sama jadi salah dan ikut sama jadi bodoh.

Sama salah dan sama bodoh, namun berbeza lokasi dan posisi sahaja.

Ego itu sangat halus.

Kadang kita cemuh orang yang bangga dan sombong menunjuk-nunjuk kekayaannya. Manakala kita merasa lebih baik. Padahal kita juga sama bangga dan sombong menunjuk-nunjukkan kezuhudan dan kesederhanaan kita.

Level sama. Iaitu bangga dan sombong. Walaupun alasannya berbeza.

Tipuan di level ilmu lebih bahaya, kerana walaupun sebenarnya salah, kita cenderung merasa benar, walaupun sebenarnya hina kita cenderung merasa mulia.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...