Your Magic Blog: Love Is The Fundamental Of Success

Sunday 7 July 2019

Love Is The Fundamental Of Success



You know... Dirimu dan seisi alam ini tidak pernah terpisah. Dirimu, dia, mereka, dan siapapun dan apapun sebenarnya adalah satu. Hanya fikiran mu yang membeza-bezakan sehinga terlihat sebagai ramai dan terpisah.

Love..... Perasaan ini akan membuat diri mu kembali menjadi satu. Satu dengan semua. Saling harmoni, saling menyokong, mendukung dan tolong menolong seperti satu badan yang bersambung.

Ada waktu-waktu... Aku merasakan susah, sempit, kurang dan terdesak. Lalu aku berusaha mencintai. Mencintai segalanya, dengan tulus. Kulebarkan kesedaranku. Ku bayangkan seluruh alam ini. Dan ku ucapkan, "Aku mencintai kamu semua"... Dan kurasakan benar, bahawa aku sedang mencintai semuanya.

Ketika itu... Aku sebenarnya sedang menyatu dengan wujud diriku yang lebih tinggi, luas, tidak terbatas, berkelimpahan, powerful, agung dan mulia. Itu diriku... diriku yang lebih tinggi, my higher self.

Kemudian... Kau tahu... Semua bahagian diriku ini... iaitu dirimu, dia, dia, dan dia, mereka, mereka dan mereka, pepohonan, jalanan, kerereta, rerumah, beburung, angin, matahari dan semuanya merespon... Ya merespon... Kerana aku sedang menyatu, melalui rasa CINTA yang sedang aku pancarkan.

Semuanya aspek diriku itu, memberikan aku kemudahan, kelapangan, sokongan, dorongan, dan apapun keperluan ku... Dan kesempitan ku jadi lapang, kesulitan ku jadi mudah, kekurangan ku terpenuhi, dan aku jadi lengkap kembali.

Kerana semua adalah bahagian dari diriku, ketika aku sedang menyatu dengan semua melalui rasa CINTA yang tulus dan luhur, tiada sesiapa dan apapa yang akan mencelakakan dan merugikan ku. Kerana si diri tidak akan melukai dan merugikan dirinya sendiri... Seperti dirimu, kau tidak akan melukai dan mencelakai jari mu, matamu, kepalamu atau mana-mana bahagian diri mu sendiri.

Love is the fundamental of success... Tahniah! Kau semakin memahami nya!

... Love no Limits ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...