Your Magic Blog: April 2016

Saturday 30 April 2016

Tuduhan dari alam ghaib. Relevenkah?


Di dalam dunia yang berurusan dengan alam ghaib, kisah-kisah scanning adalah sinonim dan perkara biasa yang selalu menjadi topik utama di kalangan perawat mahupun pesakit. Hampir 80% pesakit yang menghadapi masalah ganjil dan penyakit pelik, akan bertanya, "Siapa yang sihir saya ni tok? Jin apa yang ada dalam badan saya ustaz? Saka siapa yang mengganggu hidup saya tuan?

Sebagai seorang perawat alternatif, persoalan ini akan dijawab secara PROFESIONAL, berpandukan luahan perasaan, kisah-kisah hidupnya, suspek yang disebut olehnya (Dalam keadaan sedar atau kerasukkan), dan silsilah keturunan dirinya.

Biasanya dalam proses mengenalpasti apa yang menjadi punca sebenar dirinya bermasalah, kami akan membuat sugesti tertentu untuk menempatkan pesakit dan klient berdasarkan kriteria tertentu untuk memudahkan kami memilih sistem rawatan yang sesuai bagi dirinya.

Umumnya rawatan utama lebih kepada penyaluran energy. Namun dalam sesetengah kes, beberapa "Drama" dan "Sugesti" akan dibuat untuk membangkitkan placebo kepada pesakit, untuk membuka perisai mentalnya.

Diantara berbagai-bagai kes yang pernah kami uruskan, kes yang membabitkan pertuduhan dari alam ghaib, terhadap klient adalah kes yang paling rumit untuk diuruskan. Ada dua senario bagaimana masalah ini bisa terjadi.

1- Pesakit yang dirawat memasuki level alfa, akan bermimpi / Halusinasi / diperlihatkan dengan sebuah "Wayang" yang menggambarkan dirinya sedang dianiaya seseorang,  bagaimana dia disihir, atau kembali ke masa lalu ketika dia ergaduh dengan musuh atau orang yang dibencinya.

2- Klient berjumpa untuk meminta dirinya dibuktikan TIDAK BERSALAH atas pertuduhan menganiaya klient dari bomoh, ustaz, atau perawat lain.

Saya sejujurnya secara peribadi, suka untuk memberitahu kepada klient yang mengalami situasi pertama tadi, bahawa apa yang dilihatnya BUKANLAH HAKIKAT DAN KEBENARAN SEJATI. Anda harus menerangkan dengan jelas, bahawa penampakkan itu banyak dipengaruhi oleh faktor dendam, kecewa, sangkaan, dan harapan. 

Kita sudah terlalu banyak DISUAP dengan DOKTRIN dan KEPERCAYAAN yang diperolehi melalui buku cerita, wayang, bawaan mulut, dan khabar angin yang diperkuatkan oleh sosok authority yang dipandang hebat seperti bomoh, ustaz, dukun dan perawat, sehinggakan kita merasa berdosa dan bersalah jika tidak mempercayai kata mereka.

Dalam kes ini, ia membabitkan situasi kedua, dimana sangat banyak kes-kes orang yang teraniaya atas tuduhan yang dilihat pada alam ghaib melalui air, tilikan, dan pengakuan jin yang konon merasuk pesakitnya bulat-bulat tanpa usul periksa.

Tidak dinafikan, betapa teruknya tuduhan ini sehingga ia mampu membuatkan suami isteri bercerai, hanya kerana isterinya meracau-racau ketika didengarkan mp3 Yasin konon suaminya mencintai wanita lain. Ada juga yang bergaduh konon si suami lemah syahwat konon ditangkal isteri kerana mahu berkahwin lain, padahalnya dia mempunyai penyakit jantung.

Lebih memilukan lagi, bila ada anggota keluarga yang merusuh membawa parang dan cangkul ke rumah jiran, hanya kerana bomoh yang mengubati anaknya konon mengaku melihat jirannya ini DI ALAM GHAIB mencuri seluar dalam klient nya dan digunakan dalam alatan sihir sehingga dia sakit, padahalnya anak ini sakit kerana mengambil bahan terlarang.

Ya, dalam setiap cerita, masing-masing ada versi yang saling berlawanan dan saling paradox. Ada yang benar-benar terjadi, ada yang sebaliknya. Ada yang hanya sangka-sangka, ada yang sekadar fantasi dibuat-buat. 



Nasihat saya kepada anggota perawat sendiri, dan kepada klient, USAHLAH TERLALU OBSES DAN JUMUD mempercayai bulat-bulat hasil penampakkan alam ghaib. Kami di QIWC, hanya mempergunakan kebolehan ini, sebagai analisis dan hiburan semata-mata. Bukan untuk tujuan melihat siapa yang benar dan siapa yang salah.

Seperti yang kami sebut berulang kali pada setiap kelas yang membabitkan pengkatifan Mata Ketiga, "semua orang benar atau tidak, boleh saja mengakui dirinya yang mempunyai mata ghaib yang paling terang.tanpa BUKTI KUKUH sekalipun. Tiada sesiapa di dunia ini mempunyai garis panduan lengkap secara fizikal untuk menentukan mana-mana orang yang mengaku kasyaf bahawa dia lah yang paling benar diantara benar sekali."

Mata ghaib itu fungsinya yang sebenar cuma SATU, untuk retrospek diri, melihat kedalam jiwa sendiri, bagi memperbaiki diri sendiri. Bukan untuk menghakimi dan menyebarkan dusta sesama sendiri. Ya saya sendiri dengan beraninya, mengatakan bahawa tiada sesiapa pun yang mampu melihat dengan mata ghaibnya seperti dia melihat menggunakan mata kasar.

Dan pesakit atau klient sendiri hendaklah menjauhkan diri dari terlalu TAKSUB yang melampau hingga tersalah sangka menyangka-nyangka bahawa semua yang dilihatnya itu adalah situasi sebenar yang terjadi, lalu menuduh Imam dari kampung sebelah mengirim hantu rayanya untuk menghisap darahnya sehingga dia demam.

Sepanjang pengalaman saya mengikuti berbagai-bagai group MATA KETIGA dan group KAKI SCANNING, jujur saya akui bahawa SEMUA orang-orang yang ada dalamnya, yang pada mulanya dahulu saya khuatiri mampu melihat setiap aktiviti saya di dalam mahupun luar jamban, sebenarnya tidak mampu pun melihat apa yang ditanyakan oleh KAKI TROLL yang sengaja mahu menganiaya mereka.

Saya AKUI DENGAN JUJUR, tanpa perlu terkilan dan terasa, bahawa orang-orang yang mengakui mampu melihat anda dari jauh tanpa selindung dan mengetahui konon apa yang anda ceritakan mengenai dirinya belakang-belakang, sebenarnya hanyalah sekadar GIMIK semata-mata.

Saya sendiri masih menepuk dahi berlari-lari anak mencari kunci motor atau pendrive yang hilang di dalam rumah, walaupun sudah melihat berbagai-bagai jenis hantu, melihat aura pesakit, melihat replay memory di alam ghaib, dan mencabut aneka jenis saka. Dan tidak dinafikan dalam kondisi mental yang paling tenang, banyak juga penyelesaian yang diilhamkan datang ke dalam penampakkan mata ghaib ini.

Saya pernah berhadapan dengan seorang klient yang paranoid, fobia dan menghadapi anxiety bahawa konon hidupnya tidak tenang, kerana sering diintai, diperhatikan, dan dirakam di alam ghaib oleh seorang Scammer yang menyamar sebagai Ustaz. 

Menurutnya klient saya ini, si Ustaz ini mengetahui warna seluar dalam hariannya, bila dia masuk ke tandas, bunga apa yang ada di rumahnya, baju apa yang dipakainya, jenis baju dalam yang digunanya, serta dengan siapa dia berjumpa. Malahan kononnya ketika dia berjumpa dengan saya waktu itu juga, dia sedang berada di alam ghaib untuk memerhatikan saya dan ilmu saya. Hahahahaha

MITOS itu berjaya saya pecahkan, melalui aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, serta chatting history, location setting dan kaedah psikologi yang digunakan oleh bomoh / Ustaz itu untuk MENEKA-NEKA berdasarkan minat, situasi kawasan rumah, dan gaya hidup komuniti penduduk Pulau Labuan semata-mata.

Ketika saya campur tangan, menyuruh beliau mereka-reka cerita berkenaan aktiviti hari ini, memebuat kisah palsu berkenaan saya, dan menyuruh dia mengambil gambar pada lokasi tertentu, memposting gambar seluar dalam jirannya ke dalam album Google+, Naaah disana terbongkar KELICIKKAN konon betapa hebatnya mata ghaibnya yang boleh tembus pandang, konon dipelajari dari anak murid Nabi Khidir yang tinggal di alam ghaib.



Secara dasarnya, dia tidak dapat disabitkan menipu. Kerana dia memang benar-benar mengamalkan "Kaedah dan kepintaran mempergunakan mata ghaibnya" yang terdapat dalam dunia digital. So, 900 markah saya berikan kepada beliau kerana BIJAK, PANDAI, dan FLEKSIBEL dalam menjalankan aktiviti stalking yang konon digunakan untuk menunjukkan betapa berilmu dirinya.

Jadi, betulkah ada MATA KETIGA YANG BENAR-BENAR JITU?, Seperti biasa, memang dalam sesetengah kejadian, kadang kala ada terjadi keajaiban sedemikian. Tetapi, bukan dalam skala yang mampu mengubah situasi fizikal. Untuk mendapatkan mata ketiga yang hebat dan mampu tembus pandang ke seluruh network dan channel dunia paranormal, metafizik dan spiritual, anda perlu melakukan KORBAN tertentu.

Bahkan korban ini sama sekali langsung tidak membabitkan perjanjian dengan jin, hantu dan syaitan. Penggunaan mata ghaib, jika anda pelajari dari sudut metafizik, adalah PURE EXPLAINABLE BY SCIENCE, sehingga tiada langsung nilai mistik dan paranormal dalamnya. Ahhhh tidak bolehlah diceritakan di sini, nanti semua orang jadi bijak mengolah kekuatan ajaib yang terpendam dalam badan, tidaklah boleh kami cari makan. Hahahahaha. 

Alam akan sentiasa menyembunyikan ilmunya kepada orang-orang yang belum bersedia. Andai dipaksa sekalipun, jika ia bukan jodoh dan takdir anda, ilmu ini akan selama-lamanya menjadi misteri buat anda.
Jika anda sudah bersedia menerima kebenaran pahit tentangnya, maka kami berikan kelas berkenaan pengaktifan mata ketiga pada pautan di bawah.

http://www.paranormsmagic.com/p/kursus.html

Mata ketiga, Ainul Basyirah, Mata ghaib, Sixth sense dan apa pun sebutannya, bukanlah KEBENARAN, melainkan ia hanya sebagai ALAT yang membantu anda dalam mencari kebenaran. Bagi yang sudah mendapatkan attunement, atau terbuka mata ghaibnya, dipersilakan menggunakan dan melatihnya untuk dipertajamkan tanpa prejudis, namun bukan dalam proses menghancurkan kehidupan orang.

Wajib diingat, Orang-orang yang benar-benar sudah mampu melihat "RAHSIA CIPTAAN TUHAN" bukanlah dari kalangan mereka yang bermulut besar dan menjaja cerita-cerita NYA di pasar mahupun status Fesbuk dan Wechat. Kerana semakin anda lihat keindahan alam ini dari berbagai sudut, berbagai dimensi dan berbagai level kefahaman, anda akan semakin faham bahawa bukan semua manusia layak untuk mendapat rahsianya.


NOT ALL YOU SEE IS TRUTH, BUT THE TRUTH ITSELF, IS ALL THAT YOU SEE.

Silakan berkongsi artikel ini kepada teman-teman anda yang masih dalam ketakutan bimbang dirinya diintai oleh mata-mata gelap yang berada di atas siling rumah. Hehehe. Sekian salam sayang dari kami, usah biarkan pertuduhan orang kepada anda menjadi misteri.

~ From QI With Love.

Thursday 28 April 2016

RAHSIA penyembuhan oleh Dukun, Bomoh, dan Ustaz yang selama ini disembunyikan.


Salam kasih sayang buat anda semua. Semoga sentiasa sihat riang ria adanya. Kisah-kisah di mana orang sering berebut-rebut untuk menemui dukun, bomoh atau ustaz yang pandai merawat sudah biasa kita dengar. Pantang saja mendengar kisah ada orang sembuh selepas dirawatnya, pasti si perawat (Saya jamakkan saja istilah mereka untuk mengelakkan diskriminasi) akan diserbu dengan berbagai-bagai pesakit yang juga membawa berbagai-bagai masalah.

Dahulu saya sering berfantasi bahawa ketika saya ditimpa masalah, akan tampil keluar seorang perawat untuk membantu saya seperti kisah-kisah ilmu dan rawatan mistik dalam buku. Umumnya orang-orang pandai dalam buku cerita yang saya baca, akan duduk di sebelah kita bertanyakan masalah kita lalu memberikan beberapa bacaan, barang mistik atau kaedah yang ajaib.

Ataupun dia akan muncul secara tiba-tiba dalam kepekatan malam, ketika saya menangis-nangis seorang diri memohon bantuan Tuhan ketika sembahyang tengah malam di tengah-tengah halaman rumah berbumbungkan langit dan awan.

Hahahaha, YA, tidak dinafikan saya pernah menjalani dan melakukan semua itu, DEMI mendapatkan bantuan secara ajaib dan ghaib dari Tuhan, melalui tangan orang-orang pandai. Namun agak mengecewakan kerana ketika saya menderita di"Sihir", tiada seorang pun perawat yang saya fantasikan keluar dan datang seperti itu.

Rupanya saya terlepas pandang pada satu atau dua kondisi yang perlu dipenuhi secara psikologinya untuk mendapatkan situasi yang menjadikan keajaiban itu timbul dalam kehidupan saya atau mana-mana orang yang perlukan kesembuhan atau kekuatan dalam hidupnya. Hahahaha.

Berbalik kepada inti cerita, Dalam kes mendapatkan rawatan melalui kaedah berbunyi mistik ini, saya dapati bahawa MAJORITI kesembuhan dan perubahan hidup itu, sebenarnya bukanlah datangnya dari si perawat itu sendiri. Ya saya tahu apa anda akan cakap, "Ini semua dari Tuhan."

Akan tetapi, jawapan itu AGAK TERLALU MALAS dan terlalu tipikal. Dan disebabkan zaman ini kita bukan lagi hidup di Tahun Gajah, saya percaya ramai dari kita berminat untuk mencari penjelasan dari berbagai sudut ilmiah untuk membuka minda dan memperluaskan wawasan daripada hanya menyuap doktrin ketakutan pada jin semata-mata.

Kalau sekadar kita katakan bahawa sebuah kereta bergerak "Atas izin Tuhan", dan hanya tinggal bertakbir-takbir saja setiap kali ada kereta keluaran baru di pasaran, maka selama-lamanya lah kita akan diperbodohkan oleh orang dan kumpulan yang memegang ilmu pengetahuan di alam semesta ini.

PLACEBO / AWE EFFECT

Anda pernah melihat seseorang yang sudah lama sakit, tiba-tiba menjadi sembuh hanya setelah meminum segelas air penawar? Sudah pasti bukan? Nah, bagaimana kalau saya katakan bahawa sebenarnya dalam air itu, ia tidak mempunyai apa-apa kuasa pun untuk menyembuhkan melainkan hanya sebagai penghilang dahaga? 

Naah, inilah yang kita panggil sebagai placebo (Pla-si-bu) dan awe (Oww) efek. Satu CIRI PSIKOLOGI yang wujud pada diri setiap manusia, yang mempunyai kuasa untuk menimbulkan kuasa itu sendiri. Oppss, sebelum anda berhenti membaca, USAH RISAU kerana tulisan ini tidak akan memprovokasi dan memburuk-burukkan mana-mana sistem, perguruan, dan jenis ilmu. Bahkan tulisan ini malah akan membantu anda dan mana-mana perawat untuk menjadikan kondisi mental ini sebagai garis panduan utama dalam proses mengubah hidup masing-masing.

Tahukah anda? Bahawa segelas air kosong, jika diletakkan arahan dan penegasan berulang kali yang turut disokong, dan dipercayai oleh seseorang yang anda segani, berpengaruh, atau bergaya tertentu, akan menjadi seperti apa yang anda harapkan itu sendiri?

Berbagai-bagai kajian sudah dilakukan oleh para saintis, untuk melihat bagaimana "keyakinan" ini bekerja. Dalam rancangan Mythbuster sendiri, ada ditunjukkan bagaimana placebo memberikan pengaruh pada kepercayaan dan kondisi kesihatan seseorang yang mabuk kenderaan dengan hanya memakan gula-gula yang diberikan padanya sehinggakan dia tidak mabuk sepanjang perjalanan, kerana meyakini dan diyakinkan bahawa itulah ubat yang paling kuat untuk menghalang dia dari mabuk.

Manusia secara psikologinya, SUKAKAN perhatian, inginkan masalahnya didengar, dan inginkan sokongan. Apalagi dalam kes rawatan alternatif mahupun klinikal, kebanyakkan pesakit hanya mahukan layanan untuk kepuasan diri mereka semata-mata. Dalam kes ini, membuatkan placebo efek semakin mudah terjadi dalam diri mereka.

AKAN TETAPI, placebo effek ini bukanlah bermaksud ia sesuatu yang buruk dan jahat. Malahan kami sendiri sebagai perawat, memegang prinsip yang mengatakan " Andai ia berguna dan baik bagi kesihatan pesakit, maka tiada salah untuk diaplikasikan".

Dalam kes tertentu, orang-orang yang mempunyai dominan OTAK KANAN, akan mudah menjadi mangsa kepada placebo effek ini. Kerana tahap visualisasi dan imajinasi mereka tinggi, maka mata, fikiran, dan emosi mereka akan terpengaruh dan terzahir secara live berdasarkan keyakinan mereka sendiri.

Ditambah lagi dengan awe efek, iaitu gaya pemakaian seorang bomoh, dukun, atau ustaz yang mempunyai ciri-ciri tipikal gaya mistik, paranormal dan alim. Ini akan memainkan peranan dan menguatkan lagi keyakinan yang ada pada "kesukaan dan kehendak" mereka untuk merasa teruja dan puas.

Seorang yang benar-benar rasa teruja, dan takjub kepada perwatakkan tertentu pada seseorang yang dijumpainya, akan memberikan gambaran-gambaran mental dan membuka "antena" nya bagi menerima kemasukkan situasi tertentu, yang dipanggil SYNCHRONICITY

Contohnya dalam kes synchronicity ini..
- Seorang wanita bermimpi ular hitam, berjumpa perawat untuk meminta tafsiran, dan kebetulan perawat ini meneka-neka sesuatu peristiwa yang berkaitan pada psikologi wanita ini tentang rumahtangga, lelaki, alat kelamin, sihir dari orang yang mencintai dirinya diam-diam (Yang berkaitan dengan ular), maka wanita ini memasuki kondisi AWE state, iaitu merasa takjub, kagum dan menerima sugesti-sugesti ini dengan ikhlas.

Lalu setelah "puas hati" dengan jawapan tadi, maka dia pun meminta sesuatu yang boleh dijadikan alat, pembantu, atau penyembuh untuk menyokong perasaan-perasaan ini tadi. Maka diberikanlah dia segala tangkal, air yasin, atau amalan tertentu, yang diyakininya olehnya sepenuh hati, maka setelah itu sembuh atau tenanglah perasaannya.

SEBENARNYA KAN, sekuat apapun ubat, sehebat mana pun kaedah, semua itu datang dari diri si PEMINTA sendiri. Ubat, tangkal, air penawar dan kaedah yang diajarkan padanya adalah sebagai ALAT untuk membangkitkan kuasa penyembuhan ini.

Sebab itulah saya katakan, bahawa placebo ini bukanlah satu topik yang taboo untuk diperkatakan. Jika ia dimanfaatkan sebaik mungkin dalam proses meningkatkan peratus kesembuhan, maka si pesakit akan menjadi orang yang bahagia sekali setelah sembuh akibat kepercayaan negatifnya sendiri.

Fight fire with fire. Kerana fikiran negatif akan menghasilkan placebo yang negatif juga. merasa-rasa dan bersangka-sangka dalam diri ada jin, disihir, ada saka, dan jika mendapatkan konformasi dari pihak yang tidak bertanggung jawab, maka sistem mekanisma tubuh akan bergerak menjadi seperti apa yang diyakini olehnya juga.

Ada orang apabila dia sangat teruja, merasa takjub dan dipsyko oleh seorang yang dianggapnya hebat lalu memanipulasi mindanya, contoh untuk melihat jin pada sesuatu barang mistik, atau melihat cahaya pada batu tertentu, mindanya akan menzahirkan apa yang ingin dilihatnya itu berdasarkan arahan dan sugesti sahaja. Dan semestinya penampakkan ini hanya terjadi pada sesama mereka saja tanpa dapat dilihat oleh orang lain.

Dan inilah masalah utama pada kes-kes yang membabitkan penipuan oleh para perawat yang durjana, dalam menanamkan doktrin-doktrin ketakutan pada klientnya. Masyarakat umum, baik yang percaya mahupun tidak pada pengamal ilmu-ilmu ghaib, akan menyimpan satu perasaan teruja jika melihat penampilan mereka. 

Penampilan-penampilan tertentu inilah yang menjadi "Password" bagi minda bawah sedar manusia untuk diterobos dan menerima arahan dari situasi yang dihadapinya. Kerana memang sifat semulajadi mentaliti manusia itu gemar dan suka pada benda-benda pelik yang menjadi bahan tontonan untuk kepuasan.

Seorang berperwatakan seperti bomoh  yang baru keluar bertapa, akan menanamkan keyakinan pada klientnya bahawa dia adalah seorang yang mampu bertarung dengan segala raja jin. Seorang yang berperwatakan alim dan memegang tasbih semasa rawatan, akan menanamkan keyakinan yang dia adalah seorang suci dan setiap kata-katanya adalah suruhan Tuhan yang tidak boleh dilawan.

Disebabkan sentimen ini, bila si pesakit atau klient terperangkap pada placebo dan awe efek, maka dia akan mempunyai masalah untuk melepaskan diri dari ikatan mereka. Ada yang akan ditakut-takutkan dengan ancaman, dalil, dan momokkan yang membuatkan sakit mereka tidak sembuh. Diisi dengan jin dari perawat lain, ahli keluarga jadi sakit, atau anaknya dalam kandungan satu hari nanti akan dimakan oleh jin lain.

Apalagi zaman sekarang ini semakin banyak video-video aksi dukun yang gemar merakam kaedah menuang duit yang banyak seperti air dari beg dalam youtube, dan aksi-aksi sembelihan jin yang menyeronokkan dilihat, sehingga ada yang taksub menyerahkan duitnya dengan menggadai rumah untuk mendapat keuntungan cepat dan merasa-rasa dirinya konfom ada jin dalam badan hanya melalui sugesti yang ada dari internet. Ini adalah kaedah yang sengaja menimbulkan awe efek pada pada penonton.

Placebo itu sebenarnya NEUTRAL. Ia tidak tertakluk pada sentimen kebaikkan atau kejahatan melainkan pada moraliti semata-mata. Pada sesetengah kes, saya sendiri akan menggunakannya pada pesakit untuk tujuan penyembuhan.

Contoh dalam kes rawatan saya di Labuan, peratus kesembuhan yang saya dapati pada pesakit adalah lebih tinggi, bila saya katakan ilmu yang saya pelajar adalah melalui guru-guru dari Indonesia. Simpton-simpton mistik yang timbul pada pesakit lebih banyak jika saya menyebut-nyebut jin atau hantu yang berada di kawasan rumahnya, dan pesakit lebih mudah kerasukkan ketika saya terkumat-kamit dan pura-pura memandang kiri kanan seolah-olah bercakap dengan entiti tertentu.

Ironiknya, bila saya katakan ilmu saya adalah berasaskan Bioenergy Quantum Metafizik, Reiki, Sin Ilahi, atau bermain-main dengan psikologi, TIADA seorang pun yang kerasukkan atau menangis-nangis kesakitan atau meminta tolong seolah-olah jin dalam badannya ditarik keluar.

Dulu saya juga pernah menjadi PURIST, tidak mahu mencampur adukkan kaedah lain melainkan energy sahaja. Namun seiring dengan berkembangnya pengetahuan, kefahaman dan berbagai jenis ilmu yang dipelajari, kami kini mempelbagaikan kaedah yang mempergunakan placebo dan awe efek ini untuk tujuan kebaikkan tanpa perlu menakut-nakutkan pesakit.

Peratus kesembuhan hanya tertakluk pada jenis pesakit yang benar-benar mahu rawatan dengan ikhlas, bukan pada pesakit atau klient yang mengada-ngada sekadar meminta perhatian atau mencuba-cuba ilmu dengan menyamar sebagai pesakit. (Ini akan kita masukkan pada penulisan lain)

Dalam sesetengah kes yang sudah balik-balik terjadi, baik pada diri saya mahupun perawat lain, kadang-kadang ada pesakit yang terlepas pandang, disebabkan kesibukkan aktiviti seharian. Namun selepas dirujuk semula, mereka tiba-tiba dengan gembira dan bersyukur kerana sudah sembuh, sambil berterima kasih kerana "dirawat" oleh kita tanpa disedari.

Walaupun dalam hukum energy, memang ada terjadi penyaluran terjadi andai si pesakit dan perawat menetapkan waktu tertentu di alam eterik kerana energy itu tidak tertakluk oleh ruang masa dan waktu, tetapi secara pskikologinya JIKA si klient sendiri tidak ikhlas dan tidak meyakini dirinya MAMPU untuk sembuh sewaktu menerima rawatan (Walaupun sesi terapi belum dimulakan) maka dia akan tetap saja sakit.

Kes diatas hanya untuk klient biasa yang sering menelefon anda sekiranya dia sakit kepala, sakit perut, minta scan berapa ekor jin dalam badannya, dan berbagai lagi kes kecil yang membabitkan orang-orang yang sentiasa khuatir dan was-was yang suka menelefon mana-mana perawat yang dikenalnya secara rawak.

Dan itu sendiri sudah menjadi bukti yang cukup untuk menunjukkan betapa KUATnya pengaruh awe efek (Sangkaan dan ekspektasi pada perawat) dan placebo efek (keyakinannya yang merasakan sudah menerima rawatan). Dan kes ini bukan terjadi sekali dua dalam sejarah rawatan kami semua, malahan 40% klient tahunan kami diisi oleh klient sebegini berbanding kes sihir, santau, saka dan rasukkan jin sebenar.

Jadi, adakah tidak PERLU lagi anda meminta air penawar atau mengamalkan amalan dan latihan ilmu-ilmu rawatan setelah mengetahui RAHSIA TERBESAR INI? Ohohoohoho sama sekali jangan silap dan salah sangka pada erti penulisan ini.

Seperti yang saya katakan tadi, penjelasan-penjelasan pada setiap ilmu, gerak kerja sebuah amalan, cara kerja sebuah sistem, adalah berkaitan dengan kefahaman. Ia bukan bermaksud anda HARUS meninggalkan ilmu anda, atau melupakan terus perawat dan membuang semua ubat-ubat hospital lalu hanya terus duduk di tengah rumah mengharapkan placebo efek bekerja semata-mata.

Awe Efek dan Placebo tetap diperlukan, kerana itu sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia yang perlukan sesuatu dorongan yang hebat, melebihi kemampuan dirinya untuk diyakini agar dia merasa selamat dan mempunyai tujuan untuk hidup. Kita manusia hidup semuanya atas dasar dan pengaruh placebo dan awe efek, tidak kira anda percaya atau tidak. Perhatikan saja pada sistem kepercayaan anda, perhatikan saja pada pendirian anda.

Gunakan informasi ini, sebagai salah satu alat untuk membuka kesedaran dan meluaskan kefahaman anda dan booster bagi mempelbagaikan kaedah dalam sistem rawatan yang melibatkan berbagai-bagai jenis  ragam manusia. Mempergunakan placebo efek untuk tujuan kebaikkan lagilah mudah jika anda mempelajari ilmu-ilmu dan kelas rawatan yang kami adakan di SINI

Bagi anda yang balik-balik dirasuk jin, dicengkam oleh doktrin menakutkan yang menghalang anda dari mendapatkan rawatan dari orang lain, atau berusaha tanpa perlu jumud dan memburuk-burukkan kaedah lain, maka inilah masanya untuk sedar dan faham cara kerja awe efek yang terjadi pada diri anda. Gunakan informasi ini sebagai advantage dan peluang baru untuk memperbaiki diri anda melalui khidmat kami di SINI

Moga artikel ini sedikit sebanyak mampu menjawab persoalan anda, dan silakanlah share pada teman dan kenalan lain semoga ia semakin bertambah manfaatnya. Sebarang kesalahan dan kesilapan adalah dari saya sendiri dan mohon dimaafkan. Sekian wasalam.

~ From QI with Love.

Monday 25 April 2016

Jin, Sihir, Hormon. Siapa yang lebih Jahat?


Salam sayang buat anda semua. Moga riang ria di hari Isnin ini. Hehehe....

Dahulu, ketika mula-mula memasuki alam rawatan alternatif level paranormal, saya sendiri juga pernah stuck di level jumud. Pantang ada pesakit atau klient yang mengadu tidur malamnya terganggu, saya akan menerawang ke alam ghaib lalu menjurus apa saja jenis jin yang "terlihat" berada hampir pada rumah klient saya.

Namun alangkah peliknya......Selang seminggu, atau sebulan, kejadian yang sama pada diri klient pasti akan berulang semula, berkali-kali dengan modus operandi yang sama. Aduuuh, ini Jin keras kepala tahap gaban sungguh. Hahaha.

Pernah saya mengubati klient histeria, balik-balik disalurkan energy, balik-balik menampar lantai (Konon itu petua menghalau jin la tu, terpengaruh dengan koleksi buku seram yang berlambak di almari rumah saya), tetapi to no avail, lepas habis di rawat 2-3 jam, esok lusa dia kerasukkan balik.

Pendek kata, aksi jurus-jurus jin, membakar hantu liar, dan menangkap saka dalam botol adalah aksi utama dalam spesifikasi  kerja yang saya tunjukkan dalam resume perbomohan saya. Sampailah satu tahap, di mana saya berasa sungguh kecewa dan hampir-hampir give up menjadi perawat dan malas mengamalkan ilmu-ilmu rawatan, kerana pesakit dan klient saya tidak menemui kesembuhan total, dan disebabkan senario dunia rawatan yang saya tempuhi tidak sama 200% dengan mana-mana buku yang saya baca selama ini.

Ketika inilah, saya bertemu dengan RAJA JIN yang terbesar, paling besar mengalahkan gunung Kinabalu. Jin yang bernama HORMONE IMBALANCE, atau nama murtadnya "Gangguan Hormon dalam sistem tubuh badan".

Ketika ini saya diserang dengan anxiety attack, dan terpaksa menggunakan berbagai-bagai jurus untuk menghalang anak-anak jin dari memasuki badan saya. Penuh ilusi, delusi, dan sangka-sangka yang kritikal.

Sampailah satu masa, pusat rawatan Qalam Ilahi Wellness Center mengadakan kelas mengenai Tenaga dalam untuk kesihatan fizikal, dan beberapa kelas asas spiritual mengenal diri, disanalah saya sendiri mula memahami apa kaitan hormon pada diri, kerasukkan, aktivasi tenaga dalam, dan trigger yang menyebabkan seseorang mengalami bipolar dissorder.

Tulisan ini tidak akan menghina mana-mana kaedah, atau memburuk-burukkan sistem rawatan yang lain, CUKUP SEKADAR untuk membuka wawasan dan meningatkan kesedaran bahawa bukan semua sensasi itu berasal dari jin.

Sebelum kita masuk kepada gabungan kisah-kisah rawatan krew QIWC, izinkan dahulu saya berkongsi pada anda serba sedikit mengenai hormon dalam badan utk memudahkan anda mengenali "Jin-jin" yang ada dalam badan anda nanti.

HARAP MAKLUM, informasi yang diberikan di sini hanya bersifat sebagai PERKONGSIAN RINGKAS, sekadar untuk penyampaian info yang mudah dan pantas dalam proses membuka wawasan anda supaya BERMINAT untuk mengetahui dunia rawatan di luar batas alam jin semata-mata. Anda boleh gunakan Google dan wikipedia untuk mengetahui secara tepat lokasi-lokasi kelenjar hormon ini ya.



MELATONIN
Adalah hormon yang mengawal tidur dan mengaktifkan sistem Auto-repair dalam sel badan ketika kita sedang tidur. Kajian sains membuktikan bahawa ia menghasilkan anti oksida yang menjadikan tubuh awet muda. Berlakunya gangguan pada hormon ini akan membuatkan anda mudah lupa, insomnia (Susah tidur malam), gangguan tumbesaran pada kanak-kanak, dan menimbulkan Anxiety dan depressi.

Pernah terasa-rasa bahawa anda sedang diperhatikan oleh entiti di sudut-sudut rumah, namun peliknya walaupun sudah dibacakan berbagai-bagai ayat suci dan berkeping-keping CD mp3 ayat suci, makhluk itu tidak juga mahu pergi? Ahhh ternyata JIN itu berada di dalam kepala anda sendiri, LITERRALY, betul-betul dalam kepala.rupanya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, usahakan untuk tidur dalam gelap selama beberapa ketika. Kerana hormon ini hanya aktif ketika ada berada dalam gelap, seperti anjuran Rasulullah SAW untuk mematikan lampu dan api ketika tidur. Untuk penyelesaian yang lebih optimum, sila dapatkan rawatan alternatif aura tanpa membabitkan kisah-kisah yang menakutkan untuk sokongan psikologi.

SEROTONIN
 Hormon yang bertindak menghasilkan KEBAHAGIAAN, Mencernakan makanan, dan mengawal tidur. Hormon ini adalah teman baik dan shabat rapat kepada Melatonin.  Ia dihasilkan di perut, dan disebarkan ke dalam darah yang memasuki otak dan mengaktifkan efek pada Melatonin yang menghasilkan efek kebahagiaan. Seperti kata para sufi..

"Perut adalah sumber segala penyakit"

Ya ini sungguh benar sekali, kerana di sinilah segalanya disebarkan baik kegembiraan mahupun kesedihan. Banyak klient yang hairan dan pelik, kenapa saya sering menyuruh mereka makan coklat hitam selama seminggu selepas sesi rawatan bersama saya. Inilah alasan saya sebenarnya, kerana coklat hitam mempunyai enzim L-Tryptophan, yang akan ditukar kepada serotonin untuk kebahagiaan dirinya sendiri.

Cuba tanyakan pada anak-anak gadis yang sering kerasukkan, Ini adalah soalan trick yang saya pelajari terus dari GM Umar Paranorms ketika menginterogasi klient untuk mengenalpasti "jenis" jin yang ada dalam badan mereka. Hehehehe .

"Adik/kakak/makcik selalu mengalami masalah gastrik kan? perut selalu jadi keras? Terasa mahu muntah, tapi tiada apa-apa yang keluar dari perut? Ahh, ada jin itu tandanya. Hahahahaha. Sesi seterusnya disambung dengan kaedah psykologi untuk "membuka" benteng pertahanan mentalnya supaya dia melepaskan ikatan emosional yang dipendam jauh di dalam sudut hati, sehingga menjadi penyakit mental dan fizikal.

Melatonin dan Serotonin juga adalah JIN TERKUAT yang susah untuk disembelih, kerana gabungan mereka bedua ini, andai si pesakit atau perawat mengalami GANGGUAN KEKURANGAN entiti ini, akan menjadikan mereka sukar disembuhkan, bahkan akan berlaku denial, penolakkan akibat ego dan sistem mekanisma pertahanan yang cuba "menyelamatkan" tubuh dengan membuatkan penderitanya "Menghindari" orang lain dan bersangka-sangka bahawa dirinya tidak sakit, tetapi diserang oleh jin atau bomoh yang cemburu kepadanya.

Been there, done that, living with it. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini sendiri. Semua benda yang dibuat tidak kena, semua aktiviti yang dibuat jadi salah, semua kerja yang dilakukan terasa seolah-olah menyiksa diri sendiri. Sampai satu tahap menangis tersedu sendiri-sendiri depan laptop dan PC, konon terasa-rasa roh kita sedang dibawa lari oleh jin di satu tempat sunyi yang tersembunyi, padahalnya.........Hehehhe.

Cara terbaik untuk menghalau dan memusnahkan jin ini, adalah dengan melakukan aktiviti berikut supaya berlaku peningkatan hormon Melatonin dan Serotonin dalam badan.
- Senaman
- Menjalankan riadah dan aktiviti luar
- Banyakkan ketawa.
- Banyakkan mengambil makanan anti-oksida (Coklat Black Forest paling bagus)
- Memperbanyakkan aktiviti yang meningkatkan adrenalin dalam tubuh.

Buat adik-adik diluar sana yang sering dirasuk jin, saya sangat galakkan memakan coklat hitam sebagai alternatif andai tidak dapat melakukan aktiviti riadah dan senaman sementara waktu.

ADRENALIN
Jin kedua yang paling penting dalam badan. Hormon ini bertindak mengaktifkan sistem Fight-Or-Flight dalam badan, iaitu sistem mekanisma pertahanan yang membuatkan kita berlawan atau lari bagi memanjangkan zuriat di bumi ini. Hormon ini juga adalah kawan baik bagi kedua-dua hormon diatas. Hormon ini walaubagaimanapun, haruslah seimbang kerana ia akan membuatkan badan kita bekerja secara terus menerus tanpa rehat jika ia berlebihan muncul dalam sel badan. Apalagi jika membabitkan aktiviti otak, yang membuatkan seseorang berfikir secara berlebihan tanpa rehat sehingga menjadikan ia sakit mental, terkena serangan jantung, berlaku kekejangan otot dan sawan.

Pernah lihat satu kaedah yang menepuk-nepuk bahu atau belakang badan seseorang, yang tiba-tiba menyebabkan dia kerasukkan atau mengalamiperasaan seakan-akan wujud "sesuatu dalam badannya?
Ada satu kaedah HACK di mana, dengan melakukan aksi diatas, akan menstimulasi saraf di perut yang menghasilkan hormon adrenalin secara drastik, di mana si klient akan merasa-rasa sensasi pada tubuh yang membuatkan ia berpeluh-peluh, terasa ada benda berjalan-jalan dalam kulit, tulang belakang atau tubuh, atau telapak tangan dan kaki mejadi sejuk, perut terasa memulas-mulas, fikiran tiba-tiba menjalar ke sana kemari, dan bila di"aktif"kan dengan arahan-arahan dari sugesti tertentu, maka si klient dengan mudah akan histeria kerana ketakutan melampau hasil dari sugesti itu.

Eksperimen ini sudah kami lakukan berulangkali, dengan hanya menepuk-nepuk, atau memukul belakang klient dengan kayu secara lembut atau pada skala kesakitan tertentu, SARAF TERTENTU yang bersambung dengan kelenjar adrenal secara drastik akan memperbanyak pengeluaran hormon adrenalin. Kerana klient ketika itu tidak bergerak, dan dalam kondisi rileks, maka sensasi hasil dari pengeluaran adrenallin akan memberikan kesan yang menakutkan kerana dia tidak pernah mengalaminya selama ini.

Berbeza jika dia memang sedang melakukan senaman, kerana stimulasi ini sudah diset dengan arahan mental untuk melakukan sprinting lompat kijang bergalah 500 meter tanpa henti. Jika dalam keadaan duduk, mentalnya tidak tahu apa yang harus dibuat, maka elemen sugesti dan arahan vokal dari si tukang "urut" tadi lah yang menjadi pedoman bagi dirinya sebagai jurupandu.

Apalagi jika dalam kaedah itu ditambah dengan elemen agama, yang mebuatkan si klient merasa TAKUT dan BERDOSA untuk mengingkari segala arahannya, maka semakin mudah ia terikut dengan elemen sugesti yang ditambah pada kaedah ini.
Secara DASARNYA, tiada apa-apa yang salah pada kaedah ini. Kerana untuk pesakit tertentu, ada kaedah stimuli yang perlu dilakukan keatasnya jika dia memang mengalami sumbatan pada urat tubuh yang memerlukan usaha fizikal. Cuuumaaa, menyapu rata dan mendoktirnkan klient dengan kefahaman bahawa sakitnya itu berpunca dari jin padahalnya bukan, agak terlalu tipikal dan mainstream, kerana pesakit akan kekal terperangkap tidak mahu berubah-ubah mentalitinya dan terus jumud.

DOPAMIN
Hormon ini hampir sama seperti melatonin, cuma ia lebih emfasis pada kesedapan yang berulang-ulang. Seperti aktiviti seks, inginkan makanan tertentu, membuatkan kita jatuh cinta, dan lain-lain yang berulang-ulang. Makin hari makin sayang istilahnya. Hahaha. Tidak banyak yang dapat diperkatakan, melainkan ia adalah hormon yang menyebabkan kita merasa enak, nyaman dan mempunyai kemahuan untuk merasa sesuatu.

Gangguan padanya akan menyebabkan kita ketagihan, atau kehilangan nafsu. Biasanya kes yang melibatkan gila seks, gila harta, gila duit, gilakan dunia dan isi-isinya jika ia wujud berlebihan dalam badan, ataupun terasa cepat bosan. Bosan bosan bosan dan bosan berterusan yang menyebabkan anak muda terjerumus dalam dunia emo, atau aktiviti narkotik untuk mendapatkan dopamin berterusan yang biasanya didapati dari pengambilan bahan terlarang.

Umumnya, kekurangan Dopamin akan memicu kes-kes histeria yang biasanya terjadi di asrama-asrama berdekatan. Pemicunya adalah disebabkan tekanan yang keterlaluan, paksaan melampau, kawalan ketat berterusan, dan aktiviti protokol yang terlampau kosong bercirikan komunis agama. Dalam sesetengah kes, aktiviti histeria beramai-ramai akan membuatkan si klient merasa dirinya mendapat perhatian (Tanpa sedar), dan disebabkan ini, diantara 100 pelajar yang kerasukkan, hanya 1-2 saja pelajar yang benar-benar kerasukkan ada jin dalamnnya.

Bagaimana caranya kami mahu menguruskan kes histeria beramai-ramai sebegini? Dipersilakan sesama kita mengadakan sesi silaturrahim untuk bertukar-tukar idea dan pendapat, kerana agak tidak sesuai untuk dikongsikan di sini atas berbagai sebab yang tidak dapat dijelaskan.

KORTISOL
Hormon stress yang menyebabkan anda jadi, mmmm stress. Ahahaha. Namun bukan semestinya dalam konteks buruk. Hormon ini berkawan rapat dengan Dopamin, untuk menggerakkan tubuh dan fikiran supaya mencari "KESEDAPAN" dalam hidup. Ia berguna dalam proses membuang stress itu sendiri, melalui istilah Fight fire with fire.
Hormon inilah yang akan membuatkan anda rajin mendatangi Perawat atau farmasi berulang-ulang untuk meminta "Perhatian" dari segi emosional, dan ia juga membuatkan anda rasa bahagia "menyakitkan" diri anda dalam gym dan kelas balet dengan tujuan yang sama.
Inilah yang sering membuatkan kanak-kanak sering kencing malam, suka bercakap sendiri-sendiri, atau tantrum berlebihan selain disebabkan masalah psikologi.

OXYTOSIN
Peluklah I tanda sayang~!!!. Demikian kata saya dalam hati, sambil duduk seorang diri minum kopi di hujung minggu, depan laptop tanpa teman. Wuahahahaha.Inilah sebenarnya hormon CINTA KASIH yang sangat diperlukan oleh manusia, baik melalui hubungan pasangan ataupun kekeluargaan. Anak anda sering kerasukkan di asrama? Adakah dia kekurangan pelukkan, dari boifrennya kah, atau dari anda sebagai ibubapanya kah? Hahaha.For both cases, sentuhan atau ekspersi rasa kasih dari seseorang adalah sangat-sangat penting dalam melihat adakah anak anda atau klient anda berada di tahap kegembiraan yang optimum. Adakah masalahnya disebabkan jin yang merogolnya tiap malam, ataukah sebenarnya dia sedang "Meminta" kasih sayang secara psikologinya melalui mimpi dan gangguan yang dialami.

ESTROGEN, PROGESTERON, TESTOSTERON
Kanak-kanak yang belum akhil baligh, sangat sangat sangaaat jarang bermimpi atau kononnya dirogol jin. Bukan kerana mereka tidak membuang tuala wanita atau rambut yang berkumpul di lubang singki, tetapi kerana mereka belum ada craving dari sudut seksual.
Dan andainya ada kanak-kanak yang bermimpi berulang kali akan hal demikian, ada dua senario kemunginan yang terjadi.

Pertama- Anda melakukan aktiviti malam Jumaat terlalu awal atau terlalu terbuka.

Kedua- Anak anda mengalami gangguan seksual tanpa anda sedari.

Banyak kes dirogol jin yang kami handle, sebenarnya adalah disebabkan sex drive yang selama ini tersembunyi, dikeluarkan oleh tubuh secara cryptic, melalui mimpi-mimpi, perasaan-perasaan ghairah yang timbul tiba-tiba, suka dibelai, suka perhatian dari lawan sejenis, diakibatkan oleh anggapan masyarakat bahawa SEKS itu adalah satu aktiviti hina, jijik dan kotor. Dan kerana hal ini DISAPU RATA sebagai satu jalan utama cara kerja Syaitan menyesatkan manusia, maka minda bawah sedar pesakit merasakan bahawa dirinya sedang "Dicabul" oleh satu kuasa halus yang cuba mempengaruhi dirinya.

Perasaan bernafsu itu bagus sebenarnya, cuma cara melempiaskannya itu yang ada berbagai cabang. Disebabkan DOGMA masyarakat zaman sekarang lebih mengutamakan sekolah, kerja, sijil, dan kekangan masa untuk BERJAYA dahulu barulah berkahwin, ditambah dengan ibubapa yang sentiasa sibuk, maka banyak anak-anak yang terbiar tanpa kasih sayang, tersalah-sangka kan seks sebagai satu simbol cinta yang memberi ketagihan, sampai histeria-histeria.

Sedikit bonus mengenai estrogen pada wanita, gangguan kronik pada hormon ini juga lah yang akan membuatkan para wanita mengalami masalah yang dipanggil MEROYAN, atau istilah orang Labuan, Be-Uri.
Inilah yang paling ditakuti oleh lelaki bujang dan berkahwin pada wanita yang mengalami masalah ini. Pesakit akan mengalami mood swing yang membuatkan dia seolah-olah dirasuk oleh berbagai jenis Jin dan kembaran wali songo.
Sebagai perawat yang profesional, usah membuang masa bertengkar dengan pesakit yang mengalami berbagai-bagai watak jin dan wali yang muncul pada dirinya, KECUALI anda sedang membuat adegan dramatik dan psykologi bonding kepada keluarga pesakit.

PEPTID / GHRELIN
Hormon yang betanggung jawab mengawal rasa LAPAR dan KENYANG. Anda mempunyai klient yang mengadu dia sering lapar, tetapi tidak mahu gemuk-gemuk dan menyangka-nyangka dirinya ada SAKA, setelah membaca dan mencuba kaedah mengenal Jin dalam internet?
Atau dia memang sedia gemuk (Macam saya) balik-balik makan banyak tetapi tidak pernah kena darah tinggi malahan dituduh memelihara saka?

Seperti yang saya rasakan ketika ini, bahawa kisah-kisah seram yang saya baca dari berbagai koleksi buku seram di almari rumah, ternyata jauh berbeza 200% dari situasi rawatan sebenar. Sebelum saya mendapatkan kaedah "3 Law of Saka Management" dari guru saya, saya sering bertanyakan pola makan klient yang merasa dirinya ada saka, baik saka betul atau saka palsu. Namun kini tidak perlu lagi, cukup dengan mengenalkan Kopi Mineral, Madu Lebah, atau mengambil suplemen tertentu, masalah pola makan klient kini tidak lagi menjadi masalah buat dirinya.

Walaubagaimanapun, sesi MENCABUT SAKA akan tetap dijalankan untuk melepaskan ikatan mentalnya dengan saka ori dan saka virtualnya juga.
Ingin tahu tentang saka, silakan klik link ini.

INSULIN
Pernah menghadapi klient yang balik-balik pengsan, yang kerjanya 10 kali sehari pengsan saja? Naaah itu tidak semestinya disebabkan dia terkena sihir tiap-tiap minggu dari bomoh atau dukun berhampiran. Insulin adalah hormon yang bertanggunjawab mengawal kandungan tenaga dalam darah. Dalam kes ini, pesakit yang lemah semangat biasanya mengalami gangguan insulin dalam badan. Sebarang spike (Renjatan emosi) dalam kandungan insulin dalam darah, ketika terkejut akan mebuatkan sistem badan terhenti seketika yang membuatkan mangsa kejutan itu pengsan.

Amalkan memakan makanan yang tinggi protein untuk mengawal masalah ini dari berpanjangan. Dan pelajarilah ilmu psikologi, atau masuklah ke gym untuk meningkatkan tahap insulin dalam badan supaya anda tidak perlu lagi pengsan ketika menerima SUGESTI yang menakutkan dari kisah seram, kata-kata jiran, atau bahan bacaan dari internet.
Sekian mengenai hormon secara ringkasnya.

Sedikit hal lagi mengenai gangguan emosi yang sering disalah anggap sebagai gangguan jin, pastikan juga klient tidak mempunyai masalah buah pinggang atau mengambil ubat-ubat tertentu. Ini kerana, dalam banyak kes, gangguan buah pinggang sering menjadi asbab dan dalang utama penampakkan hantu, bayangan jin, dan gangguan emosi.

Ketika buah pinggang terlalu banyak menerima gangguan kimia, ia akan berhenti dari memproses toksik, kotoran dan kimia yang akan menyebabkan HALUSINASI, dan MASALAH MENTAL EMOSI pada pesakit. Sebab itulah sangat-sangat disarankan pada perawat untuk mengamalkan latihan tenaga dalam.

"Lalu bagaimana dengan sihir? Kenapakah saya merasa sakit, sedangkan saya menjaga kesihatan dengan baik dan teratur?" Tanya seorang klient. Seperti yang telah saya tuliskan pada artikel lalu, Di Sini..
SEANDAINYA..Klient atau pesakit anda memang benar-benar disihir atau dirasuk jin, ya cara kerjanya juga tidaklah terlalu berbeza. Kerana ENTITI SIHIR dan JIN itu sendiri adalah seperti gumpalan elektromagnetik Negatif yang menyimpan unsur pelerai kromosom. (Bahasa saintifik kononnya)

Sihir umumnya mempunyai gerak kerja seperti virus sebenar, yang melekat pada tubuh manusia. Memancarkan "arahan-arahan" kepada kod genetik untuk tujuan memusnahkan, merosakkan, atau melemahkan pesakit, bergantung pada harga santet yang dibayar. Jin juga seperti kita ketahui, mempunyai unsur sama seperti Kuman, virus dan bakteria yang sama-sama dikenali sebagai "Makhluk Halus"

Malah tidak keberatan juga, JIKA saya katakan bahawa istilah KUMAN pada zaman dahulu belum wujud, maka Al-Quran menggunakan perkataan Syaitan secara jamak untuk menyatakan wujudnya makhluk perosak yang mampu membuatkan manusia itu sakit, kerana ia juga berjalan di dalam badan anak adam seperti (Bersama) darah.

Well, zaman itu istilah WIFI, Bluetooth dan Internet juga belum ada kan? Tolong jangan kecam saya. Dan anda bebas mempertahankan pendapat anda sendiri mengenai Jin dan Syaitan, kerana ini hanya sekadar pendapat saya sendiri yang kurang ilmu agama.

Pengalaman saya sendiri dan ramai lagi krew QIWC menguruskan berbagai kes kerasukkan, dan salah sangka akibat masalah hormon ternyata memberikan impak hebat dalam kefahaman dan membuka mata dalam mengenalpasti masalah klient yang tidak terbatas hanya pada kisah jin dan dunia paranormal semata-mata.

Ada klient yang mengalami masalah Gout, namun berkeras minta dibuang jin pada kakinya hanya kerana dikatakan kakinya sakit disebabkan ada anak jin melekat dikakinya dilihat oleh seorang alim, peliknya si alim tadi konon tidak mampu membuang jin itu kerana jin itu kuat walaupun sudah dibacakan ayat rukyah berulang kali.

Ada klient yang berpura-pura kerasukkan semata-mata mahukan cuti dari asrama kerana rindu pada ibubapa, atau kerana tekanan akibat dibuli oleh rakan seasrama atau mahu mengelak dari guru gersang yang suka mengambil kesempatan pada anak murid.

Ada klient yang sampai terkena anxiety attack, menderita kerana dikatakan bahawa dirinya disihir oleh teman lelaki, padahalnya hubungan mereka baik-baik saja, kerana tuduhan melulu keatas jin yang konon diinterogasi berdasarkan cerita mulut ketika kerasukkan.

Ada klient sampai dipulaukan satu ofis kerana dituduh sesuka hati oleh jin yang konon menumpang di mejanya kerana menyihir boss, ketika diterawang oleh bomoh order dari Hongkong, padahalnya boss nya sakit jantung disebabkan tiada cuti dan tiada rehat.

Ada klient, yang hanya meminta untuk diberikan sokongan dan konformasi bahawa dirinya itu ada jin, ada sihir dan ada saka, tapi peliknya bila dikatakan tiada saka atau jin pada dirinya, dia merasa kecewa dan sedih pula, malahan benar-benar pula mahukan dirinya ada saka, supaya boleh diubati oleh perawat. Hmmmmmmmmmmmm ganjil sungguh.

Dan banyak lagi kisah pelik-pelik yang lebih pelik dari buku Seram sendiri, yang tidak pernah dijangkau oleh akal kami.
Pendek kata, senang cerita, BUKAN SEMUA masalah yang dihadapi oleh manusia-manusia yang sakit itu disebabkan oleh Jin, malahan fenomena-fenomena yang disangkakan msitik itu juga sudah banyak yang dapat dijelaskan melalui penerangan saintifik sendiri.


Ahh ternyata ilmu manusia itu masih banyak yang terbatas, hanya ilmu Allah sahaja yang tidak mempunyai batas. Kami hanya mampu membantu anda yang bermasalah melalui kefahaman yang juga terbatas, namun Insyaallah akan kami usahakan untuk membantu anda sebaik mungkin atas izin Allah juga.
Jika anda berminat untuk mengikuti kelas rawatan atau mahu menerima terapi dalam menguruskan masalah peribadi anda, dipersilakan klik SINI untuk sebarang info mengenai kaedah kami.

Albert Einstein pernah berkata, "Ada dua benda yang tidak mempunyai batas dan limit, pertama Alam semesta yang semakin berkembang, kedua kebodohan manusia itu sendiri yang sentiasa merasakan hanya dirinya saja yang paling betul.
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk anda, silakanlah mengongsikan artikel ini kepada teman-teman anda yang masih menderita akibat salah faham atas pertuduhan jin. Semoga anda memperolehi pencerahan.

Salam sayang dari kami, dan salam perkenalan dari saya Master Cupi dari Wilayah Persekutuan Labuan.

~ From QI with Love.

Sunday 24 April 2016

Dosa dan Pengaruh Terhadap Ketajaman Ilmu dan Energi

Salam damai penuh cinta, buat anda para pembaca yang budiman :)
 
Puji syukur kepada Tuhan semesta alam atas semua limpah kurniaNya kepada sekalian makhluk tanpa membezakan umur, jantina, bangsa bahkan keyakinan yang dianuti.
 
Ramai pelajar yang sering mengajukan soalan,
 
"Tuan master, kalau saya melakukan dosa adakah energi saya akan berkurang? Adakah ilmu saya akan jadi tumpul?".
 
Kita sama-sama tahu, bahawa hampir semua guru memberikan pantang bagi murid-muridnya. Pasti ada satu atau beberapa larangan yang diberikan kepada sang murid, dengan ancaman bahawa jika larangan-larangan tersebut dilanggar maka akibatnya adalah buruk samada bagi diri murid, atau terhadap ketajaman ilmu dan energinya.
 
 
 
Murid-murid semakin pintar. Otak logik berkembang baik. Sikap "Saya dengar dan saya patuh dengan sepenuh keyakinan", sudah bukan lagi zamannya. Ini zaman di mana semuanya harus ada alasan logik dan ilmiah disebalik segala sesuatu. Sikap ini bukan negatif. Ini adalah evolusi alam.
 
Lalu..... Jawapan kepada persoalan itu apa?
 
Menurut hemat kecil saya, begini jawapannya:
 
Pertama.......
 
Pusat kawalan bagi energi kita adalah Hati kita, bukan mana-mana badan fizikal kita.
Jadi... Dosa tidak memberi apapa pengaruh kepada energi kita.
TETAPI... Jika perbuatan dosa tadi mempengaruhi Hati kita, maka sudah tentu dan pasti energi kita akan ikut terpengaruh, menjadi lemah dan tumpul.
 
Doktrin agama dan doktrin perguruan berkenaan larangan-larangan dan hukuman-hukuman akibat melanggar larangan-larangan tersebut sudah ditanam jauh di minda bawah sedar kita masing-masing.
 
Melanggar larangan-larangan tersebut pasti mencetuskan kegoncangan emosi, rasa takut, kecewa, bersalah dan sebagainya yang begitu kuat. Keadaan ini jelas turut menggoncang energi kita.
 
Mungkinkah anda boleh melakukan dosa dan Hati anda tetap tenang? Hanya anda sendiri yang tahu jawapannya.
 
Kedua.........
 
Perbuatan dosa yang melibatkan hormon, misalnya 'main perempuan' bagi lelaki dan 'main lelaki' bagi wanita melibatkan pengeluaran energi yang sangat besar. Mengeluarkan 'air mani' dari badan itu sangat menguras energi. Silakan rujuk artikel ini untuk info lebih banyak tentang seks dan spiritual. Kerana itu 'main perempuan/lelaki' jadi pantang besar.
 
Kemudian, perubahan hormon juga memberi pengaruh kepada saraf-saraf, lalu mempengaruhi emosi. Emosi jadi kurang stabil, fikiran tidak fokus. Maka dengan itu, pusat kawalan energi terganggu, lalu energi pun ikut merosot.
 
Ketiga..........
 
Jika anda melakukan dosa kepada orang lain, Hati anda akan merasa bersalah, dan seperti yang saya jelaskan di atas, perubahan Hati ini akan ikut mengubah energi anda. Baik, katakan anda tidak merasa bersalah (mungkinkah?), namun tetap ada karma-karma yang berupa energi-energi negatif yang akan menghalang dan menutup cakra-cakra dan jalur-jalur energi anda.
 
 
 
Harus kita ingat, alam sentiasa menjaga keseimbangan. Jika anda mengganggu atau mengambil hak orang lain, maka hak anda juga akan diganggu dan diambil dengan cara yang diatur sendiri oleh hukum alam. Ini sudah jelas akan melemakan ilmu dan energi anda.
 
Mungkin sekarang lebih jelas bagi kita kenapa agama dan para guru memberikan pantang larang. Ada hikmah bijaksana di sebalik semua itu dan sudah tentu manfaatnya besar bagi kita.
 
Adakah anda merasa informasi ini bermanfaat? Jika ya sebarkanlah buat yang lain. Berbuat baik dan menyebarkan dharma/kebaikan akan menghapus karma.
 
Mempelajari ilmu-ilmu aura, energi, vibrasi, memudahkan kita untuk memahmi diri, alam, Tuhan dan kehidupan atau istilah keramatnya Makrifah atau bahawa orang putihnya Enlightment.
 
Silakan pilih ilmu-ilmu yang anda berkenan di menu Kelas Belajar Metafizik atau menu Ebook di blog ini. Atau barangkali anda memperlukan Rawatan Jarak Jauh? Klik sahaja di SINI.
 
Semoga tulisan kecil bermanfaat, atau paling tidak dapat mengisi masa anda yang begitu berharga.
 
Salam sayang tulus dari lubuk hati yang terdalam.
 
 
~ From Qi with Love
 
Umar Paranorms
 
 
 
 

Saturday 23 April 2016

Apa yang perawat perlu lakukan ketika disihir?


Semoga semua anda berbahagia hari ini, dimurahkan rezeki dipanjangkan umur. Artikel kali ini saya ingin berkongsi sedikit kisah mengenai apa yang perawat biasa lakukan ketka berhadapan dengan sihir yang dikirim. Isi cerita diambil berdasarkan kisah dan pengalaman dari kefahaman awal ketika kami berjinak-jinak di alam paranormal, dan akan diupdate penjelasannya seiring dengan pertambahan ilmu.

Melangkah masuk ke dalam dunia rawatan, dan berurusan dengan berbagai pesakit mistik, sangat sinonim dan tidak dapat dielakkan lagi dengan berbagai kisah seram, ngeri, dan kiriman sihir dan percubaan ilmu dari berbagai pihak. Ada anggota yang mampu bertahan, ada juga yang mengundurkan diri kerana mahu fokus pada kehidupan biasa sahaja.

Tidak dinafikan dalam dunia rawatan alternatif, memang wujud manusia-manusia yang tidak senang melihat orang lain senang, baik untuk kehidupan biasa, mahupun untuk membantu orang. Dan adalah lumrah bagi seseorang yang mendalami ilmu jenis "panas", untuk mencari-cari mangsa bagi mengasah ketajaman ilmunya.

Dahulu di awal-awal pengamalan ilmu, setiap kali sebelum memulakan apa-apa saja upacara rawatan, perkara utama terlebih dahulu yang dilakukan adalah "memagar diri, rumah, pesakit dan kenderaan". Hehehe. Dulu punya cerita ya.
Dan agak pelik pula, dalam proses membuat pagar itu, akan muncul banyak segala kelibat-kelibat bayangan makhluk halus, kononnya datang bagi menggagalkan proses pemagaran itu.

Tetapi peliknya, walau sudah dipagar, pesakit akan tetap kerasukkan dan melawan. Ya, hehehe peristiwa ini, adalah satu kesukaan dan menjadi thrill bagi semua orang baik perawat mahupun orang biasa. Semakin ganas aksinya melawan, semakin hebat juga dirasakan diri ini, mengeluarkan segala-gala jurus.

Selesai saja rawatan, naaah, tiba lah pula fasa ujian. Ketika ini selagi pesakit atau perawat belum sampai ke rumah masing-masing, maka perawat masih terpaksa berada dalam kondisi alert.  Tipikalnya, seperti di dalam buku cerita seram, kedua-dua pihak akan saling diganggu oleh hantu-hantu yang merasakan energy "kemanisan" yang dikeluarkan oleh pesakit selepas rawatan, dan perawat pula akan dikirimkan santet sebagai balasan kerana mengganggu urusan sang penyihir.


Demi menjawap soalan umum beberapa orang, mengenai apa yang dibuat oleh perawat sekiranya disihir, saya kongsikan di sini berdasarkan kisah gabungan beberapa perawat di Qalam Ilahi Wellness Center sendiri.
(Ini adalah kisah tipikal dari kefahaman era paranormal kami dahulu)

1- Jika yang datang hanyalah sekadar jin suruhan, maka aksi fire mem-fire sahaja tidak cukup. Kerana biasanya yang datang akan lebih ramai dari jin original yang merasuk si pesakit tadi. Maka terpaksalah perawat menggunakan doa "Sembunyi Roh" untuk mengaburkan mata jin dari melihat di mana posisi perawat.
Ini menyukarkan jin untuk meludah, membuang kotoran, dan mengencingi badan perawat, menjadikan mereka hilang arah dan tujuan, tidak berani pulang kepada tuannya bimbang dibunuh jika balik tanpa mencederakan target.

2- Jika yang datang hanyalah jurus, yang berupa hembusan angin jahat, emosi negatif atau tenaga dalam, maka ini agak berat. Kerana perawat sendiri terpaksa berlawan kali kedua, kali ini beradu tenaga ilmu ghaib. Kerana ia memakan tenaga yang banyak, biasanya pemenang ditentukan oleh jurus siapa dahulu yang berjaya menembusi pertahanan ghaib masing-masing.
Andai katalah perawat yang ditembusi, maka dia terpaksa merehatkan diri dari merawat selama beberapa hari.

Kedua contoh di atas adalah senario tipikal dalam dunia ilmu ghaib zaman 70-an yang (Percaya atau tidak) masih dipertahankan oleh orang zaman sekarang.
Cara umum untuk merawat diri sendiri biasanya adalah dengan...

- Mandi di laut sambil meniatkan semua bisa dari jurus tadi ditawarkan oleh garam air laut.

- Mengelakkan diri dari terkena cahaya bulan, kerana bimbang racun jurus atau kotoran yang dilekatkan oleh jin tadi akan hidup semula. Andai tiada bulan, maka mudahlah urusan.

- Berpantang dari makan ayam, atau sebarang daging selama seminggu.

- Melakukan senaman tertentu, seperti gerakkan tenaga dalam atau senaman amalan petua orang dulu.

- Melakukan ritual penyembuhan berdasarkan ilmu masing-masing, seperti memindahkan penyakit ke dalam botol, telur, buah limau, kertas wafak, atau ke dalam tanah.

- Manakala amalan istimewa anggota otai QIWC pula, adalah minum beramai-ramai di warung berdekatan. Pilihan utama adalah 100Plus, Revive, Tongkat ali, Teh tarik, ABC, Laicikang dan lain-lain. (Pilihan minuman bergantung pada citarasa masing-masing)

"Eeeeh, tidak pelik pun tuan?". Ya, sudah tentu lah tidak pelik mana. Biasa-biasa saja kan? Saya sendiri setelah mempelajari ilmu rawatan alternatif, merasa agak "Kecewa" kerana situasi buku, cerita mulut, ekspektasi, dan momokan yang saya dengar selama ini tidak sama langsung dengan apa yang saya alami. Hahaahahah.

Saya sendiri pernah disihir, dikejar-kejar jin dan hantu raya dukun santau, belum campur lagi cubaan-cubaan ilmu melalui gambar media sosial saya yang hensem dijadikan target.
Alhamdulilllahh sehingga kini saya masih mampu hidup aman bahagia tanpa menderita. Apatah lagi setelah memahami KONSEP DAN CARA KERJA SIHIR YANG SEBENAR MELALUI SUDUT ENERGY, maka semakin mudah urusan saya untuk menjalankan kehidupan seharian dan makan dengan enak di mana-mana majlis perkahwinan mahupun warung dengan senang hati.

Saya pecahkan salah SATU rahasia terbesar dalam gerak kerja sihir kepada anda di sini. Jangan terkejut dengan rahsia ini kerana ia sememangnya benar-benar rahsia. Sebenarnya kan....

"SIhir tidak mampu hinggap, menembusi, melekat dan mempengaruhi orang-orang yang mudah ketawa, suka tersenyum, optimistik, relax fikiran dan perasaan, serta pasrah dengan ikhlas dalam kehidupan seharian."


Yaaaaaaaa, itu dia rahsia terbesarnya.
Kerana percayalah sesungguhnya, hanya orang-orang yang menderita, suka berfikiran dan bersangka-sangka buruk, rendah nilai moralnya, mempunyai tekanan kerja dan kehidupan, suka stress, suka marah-marah, suka mencari salah orang lain, suka mengadu-domba, suka lari dari hutang, dan minat memburuk-burukkan orang lain, adalah MAGNET SIHIR yang terbaik untuk jadi mangsa percuma.

Percaya atau tidak, mahu atau tidak, alam sudah semakin berkembang dengan lahirnya berbagai-bagai ilmu penyembuhan yang semakin ADVANCE baik dari segi medikal mahupun alternatif. Apa yang menyusahkan para perawat dan pesakit, hanyalah kefahaman lama, momok-momok cerita, dan doktrin-dokrin para perawat yang taksub dan jumud yang masih lagi gemar membuatkan klient mereka takut untuk mengubah cara fikir dan memiliki kefahaman baru mengenai ilmu mistik.

Sihir adalah satu gelombang tenaga padat, yang umumnya mempunyai gumpalan aura berwarna merah. Yang biasanya dikirim melalui bantuan jin, ataupun mental link yang kuat melalui emosi negatif si mangsa dan peminta, atau pembuat sendiri. Gerak kerja sihir, adalah dengan memblocking chakra-chakra tertentu dalam tubuh yang mengawal aspek penting kehidupan dan kesihatan.
Sihir yang ditanam pula, adalah jenis yang memancarkan "niat" tertentu yang juga sama prinsipnya iaitu menutup chakra dan melunturkan aura tubuh mangsa.
Jenis jurus pula bersifat memecahkan dan memporak perandakan medan energy si mangsa.

Berkenaan sihir yang berkebolehan menanam paku dalam tubuh pesakit, menyimpan kaca, miang rebung, dan membuatkan mangsa muntah darah diiringi katak hidup atau ikan tilapia 3 rasa, juga dapat dijelaskan dari sudut energy. Kaedah ini dinamakan sebagai "Materialisasi", AKAN TETAPI, ilmu sihir jenis ini sudah semakin pupus versinya, kerana untuk mematerialsasikan energy padat sebegini, si pembuat WAJIBLAH mengasingkan dirinya dari dunia luar selama beberapa waktu, bagi MEMFOKUSKAN seluruh pusat fikiran dan tenaga ghaibnya hanya untuk tujuan sihir jenis ini. Makaaaaa, andaikata anda mendengar ada orang yang klaim mampu membuat sihir jenis ini, tetapi dia masih lagi aktif di dalam FB, Twitter, dan Instagram, dipersilakan terajang dia beramai-ramai, kerana dia tidak akan mampu membuat materialisasi sihir akibat kehilangan fokus baik untuk diri sendiri atau klientnya. Dan jika dia mampu pun, sihirnya masih lagi juga dalam bentuk tenaga ghaib yang HANYA merosakkan sistem tubuh mangsa secara perlahan-lahan seperti sihir biasa.

Ada teman yang bertanya kepada saya, bagaimanakah caranya untuk menelakkan jin dari merosakkan dan mencederakan kita? Jawapan saya usah risau. Jin adalah makhluk halus yang sangat-sangat lemah struktur atomnya, malah lebih nipis dari atom angin. ANDAIKATALAH, sekiranya ada seekor yang berjaya menzahirkan dirinya dalam dunia ini, bagi anda yang sudah mempelajari ilmu energy, maka usah segan dan silu untuk menamparnya kembali. Kerana jika ia mampu untuk enzahirkan dirinya, maka anda juga mampu menzahirkan "ENERGY" anda padanya.
Ilmu sihir adalah kategori ilmu yang mempunyai energy kasar. Manakala ilmu energy pula memiliki energy jenis halus. Ia mempunyai daya tembus yang lebih efektif untuk membanteras kes-kes melibatkan sihir dan rasukan makhluk halus. Bab penzahiran hantu ini akan kita cerita di tulisan lain kali, termasuk persoalan kenapa orang boleh kerasukkan.

Ketika saya dishir dulu, saya hanya menggunakan ilmu energy Sin Ilahi level murid, untuk memecahkan belengu sihir yang menimpa keluarga saya. CARANYA?
Cukup dengan penyaluran energy kepada rumah selama 3 hari berturut-turut, dan menditasi kesedaran roh untuk retrospek diri sendiri mencari masalah punca timbulnya kejahatan dalam diri sendiri sehingga disihir orang. (Walaupun pada awalnya saya juga membuat DRAMA SINETRON, dengan merasakan bahawa diri saya ini terlalu suci sehingga tertanya-tanya kenapa orang sanggup menyihir diri ini.)

3 Hari kemudian, tanpa disangka-sangka di halaman rumah timbul sebuah "benda" sihir yang ditanam khas untuk menutup cahaya rahmat dalam keluarga saya. Ajaibnya, benda itu timbul bersama-sama dengan tumbuhan yang menolak ia ke atas. Cased closed. Kes itu sebenarnya berpanjangan, bukan kerana sihir itu lagi, akan tetapi kerana ego dan darah panas anak muda yang ketika itu masih dilevel kefahaman paranormal. Hahahah.

Im sorry, please forgive me, I thank you, I love you. Saya ikhlas dan reda menerima hakikat bahawa itu semua adalah berpunca dari kejahatan FIKIRAN diri saya sendiri, walaupun yang melakukan sihir itu adalah orang lain. Seperti yang saya katakan, saya sendiri memiliki sifat-sifat negatif di atas, membuatkan hidup saya sengsara.

LAW OF ATTRACTION.
Like attracts like, hatred attract hatred.
Lesson learned, been there, done that.


Susahkah mempelajari ilmu terapi Quantum Aura dan Metafizik?
Jika ia bukan jodoh anda, dan anda masih suka kekal dalam penderitaan yang berpanjangan, maka ilmu ini sangatlah susah dan berat untuk dipelajari.

Akan tetapi jika anda mempunyai jodoh dengan keilmuan ini, dan merasa yakin bahawa sukses, kebahagiaan, keharmonian, kasih sayang, keselamatan dan kesihatan spiritual itu milik anda, maka dipersilakan merujuk pautan ini.


Jangan sekali-kali klik pautan ini jika anda sudah pun memiliki kekayaan dan kehebatan, kerana ia bukanlah untuk anda.

Walaubagaimanapun, sejujurnya saya katakan, walaupun betapa seramnya wajah jin yang mengganggu, walaupun betapa penatnya menangkis jurus-jurus dari para dukun sihir, saya dapati lebih berbahaya dan lebih berbisa para pelakon yang mengaku-ngaku dirinya sihir dengan menjaja kisah palsu demi mendapat persetujuan dan pengiktirafan agar dirinya dibela supaya kita "mengirim" dan "memulangkan" kembali sihir kepada musuh dan orang yang dibencinya, konon kerana telah menganiaya hidupnya.

Kita manusia sendirilah makhluk yang lebih berbahaya dari jin, jika masih gagal mengubah mentaliti, mindset, dan kehidupan kepada kebaikkan.
Silakan berkongsi tulisan ini kepada teman, kenalan, saudara mara dan kekasih hati anda jika anda merasakan hidup mereka memerlukan perubahan yang baik.

Sekian salam kasih dan sayang dari kami untuk anda.

~ From QI With Love

Thursday 21 April 2016

Adakah agama membatasi ilmu?


Soalan-soalan berkenaan agama = ilmu ini sudah berkali-kali ditanyakan. Dan jika soalan anda berkenaan pengetahuan agama, hukum hakam, tauhid, akidah dan syurga neraka, secara ringkas jawapannya sudah tentulah Agama itu adalah ilmu. Tetapi, jika anda maksudkan pada soalan itu berkenaan sistem badan, sistem otak, atau lebih spesifiknya mengenai aura, cakra, lathaif, tenaga dalam, prana dan proses penyembuhan melalui sistem terapi quantum fizik, sebelum mengatakan jawapannya biar saya bercerita panjang. Soalan yang biasa saya dengar umumnya begini... "Tuan, adakah orang non-muslim mempunyai tenaga dalam juga? Tuan, adakah orang muslim mempunyai kundalini juga? Tuan, adakah orang non-muslim boleh mempelajari ilmu prana? Tuan, adalah orang muslim boleh memplajari hipnosis?" The list go on and on dan banyak lagi. Saya (penulis) dilahirkan dalam komuniti majoriti muslim, dan terlampau banyak terdedah dengan konsep keilmuan yang bersumber dari buku Siri Berkelahi dengan syaitan, yang sudah terdoktrin dengan prinsip "Hanya orang dari agama saya saja yang boleh dan mempunyai kuasa untuk menghalau syaitan dan merawat penyakit ghaib". Maka tidak dapat dinafikan, mentaliti saya pada ketika itu, hanya obses pada teknik agamawi atau yang berbungkuskan agama semata-mata dan jumud menganggap hanya kaedah "Agama" saya saja yang paling benar dan efektif untuk apa jua penyakit mistik dan non-mistik. Teman-teman sekalian, tulisan ini tidak akan menghuraikan panjang dari sudut agama dan tidak bertujuan untuk berdebat, merendah-rendahkan, atau menghina orang yang masih lagi mempunyai kefahaman yang belum dapat diterimanya. Kita perhatikan saja pada tubuh manusia. Tidak kira apa agama, bangsa, kaum, etnik dan budaya, kita dapati bahawa semua kita sejak lahir lagi, diciptakan dengan organ tubuh sama dan disambut dengan telanjang ke dunia. Semua manusia punya jantung, punya hati, otak dan pankreas. Bahkan, tanpa mengira agama apa pun yang dianuti seseorang, semua manusia tetap sama rata ditiupkan roh dan nyawa ke dalam dirinya, tidak kira dia percaya atau tidak pada Tuhan.

Lalu untuk menjawab persoalan tadi, dengan suka hati dan gembira saya katakan, YA, semua manusia punya kekuatan terpendam yang boleh dibangkitkan dalam diri andai mempelajari ilmu rawatan metafizik, tenaga dalam, kundalini, prana, hipnosis, tidak kira apa agamanya. Malahan perhatikan saja dengan para doktor, saintis, polis, lawyer, majistret, ahlil muzik dan tukang sapu semuanya datang dan mempelajari kaedah pertukangan mereka dari berbagai agama. Ilmu rawatan, ilmu kesihatan, ilmu hipnosis, ilmu kundalini, ilmu silap mata, ilmu reiki, dan ilmu senamrobik bukanlah milik mutlak agama tertentu. Bahkan jika anda perhatikan, ilmu vodoo yang dianggap sebagai agama oleh penduduk New Orleans juga dapat dipelajari, dimimik, diubahsuai dan dipergunakan dengan mudah andai anda mempelajari, memahami, dan mempraktikkan kaedahnya dengan latihan yang istiqamah utk melakukan ritual vodoo Islamik, kristianik, buddhaik atau apa-apa saja unsur agama yg ditambah dalamnya. Harap maklum bahawa yang dimaksudkan sini adalah kaedah ilmu yang mempraktikkan dan menggunakan kuasa sisi metafizik manusia, bukan tentang hal ehwal ilmu agama. Kerana itu adalah pengetahuan dan panduan dalam menjalani hidup mengenal Tuhan. Nah, bukankah statement itu sendiri menegaskan bahawa kita ini datang dari Tuhan, dan seluruh isi dunia ini adalah ciptaannya? Jadi tidaklah menjadi satu hal yg janggal bila ada orang dari agama lain mempelajari pula ilmu rukyah... "Opsss, itu sesat tu tuan. Rukyah hanya boleh dilakukan oleh org agama kita. Agama lain tidak efektif kerana rukyah berasal dari tanah arab di zaman rasululah". Tidak apa, kejumudan tidak dapat dilanggar juga dengan kejumudan. Kesiannya kita kadang-kadang suka menyapu rata semua istilah seolah-olah hanya kita sekampung saja yang ada wujud di dunia dengan budaya kita sahaja. Siapa kata rukyah tidak sama dengan kaedah rawatan lain? Anda pernah melihat paderi yang merawat ahli gereja kerasukkan? Anda pernah melihat sami merawat pesakit sihir kerasukkan? Anda pernah melihat bomoh afrika merawat orang di gurun sahara kerasukkan? Saya yakin dan percaya, walaupun pahit untuk ditelan dan diakui, semuanya menggunakan kaedah rawatan yang sama dan serupa, yang berbeza hanya bacaan dan pakaian saja. Pesakit dipegang beramai-ramai, disembur air, dibacakan ayat-ayat rawatan beramai-ramai, dan pesakit pun berliur-liur memaki-maki perawatnya. KAN?

Sebuah kelas tenaga dalam, sebuah kelas ilmu Reiki, sebuah kelas hipnoterapi, boleh saja memiliki murid dari berbilang kaum dan agama, tanpa menjejaskan sistem ilmu dan kefahaman mengenai kaedah rawatan dan pengamalan ilmu tersebut. Seorang Muslim, Kristian, Buddha, dan Atheis yang saling berdoa sebelah menyebelah sama sekali tidak akan mempengaruhi kondisi tabung energy masing-masing. Apa yang mengganggu ini hanyalah sekadar mainan perasaan akibat ego dan sifat rasis serta momokkan persepsi semata-mata. Kembali kepada isu asal, untuk menjawab persoalan adakah orang dari agama lain boleh mempelajari ilmu ghaib, dan adakah mereka juga mempunyai tenaga dalam, kundalini, lathaif, aura dan chakra, jawapannya adalah YA. Setiap ilmu sebenarnya adalah NEUTRAL, diturunkan ke satu kawasan dan dijumpai oleh orang tertentu lalu dilapiskan pakaian mengikut kepercayaan dan budaya dari mana ia ditemukan. Yang membuatkan menjadi hitam atau putih, adalah niat dan cara menggunakanannya oleh orang itu sendiri. Bahkan tidak keterlaluan saya katakan, bahawa sebenarnya, amalan membaca Yasin 40 malam berturut-turut untuk memanaskan orang, itu juga sebenarnya ADALAH SALAH SATU DARI KAEDAH SIHIR. Adakah itu cara yang mempunyai sanad dari Rasulullah SAW sendiri? Adakah dalil nas dan hadis dalam Quran yang memperbolehkan memanaskan orang yang mencuri menggunakan ayat suci? Kalau lah ada orang yang cakap ada, naaah, bukankah itu sendiri menjadi salah satu sebab yang kukuh untuk memperbolehkan seseorang memepelajari ilmu metafizik ASALKAN ia diubah menjadi islamik dan digunakan untuk kebaikkan? Andai pula dikatakan tiada, kenapakah amalan ini menjadi satu budaya yang berakar umbi dikalangan perawat agama kita? Sentimen agama dalam ilmu rawatan ini bukanlah baru, bahkan sudah lama menjadi isu. Para wali songo, yang dikatakan membawa ajaran Islam ke nusantara, juga ternyata mempelajari ilmu persilatan dan pertahanan diri, yang bukan berasal dari tanah Arab. Masing-masing pihak tertentu cuba mendoktrinkan pengikutnya supaya berpegang teguh bahawa hanya ilmu mereka sahaja yang benar. Kerana mempunyai ibu dari seorang mualaf, ini nampaknya menjadi masalah buat saya untuk mempelajari ilmu yang PURE dan SEJATI akibat gabungan darah berlainan agama, dan inilah juga menjadi salah satu sebab kenapa saya akhrinya terjebak dalam ilmu metafizik. Hehehe Orang Zimbabwe, walaupun tidak mempelajari ilmu Aura tetap mempunyai titik chakra dan aura pada tubuh. Orang Hawai, walaupun tidak mempelajari ilmu kesufian tetap mempunyai titik lathaif pada tubuh. Orang Nigeria, walaupun tidak belajar jurus tenaga dalam, tetap mempunyai Chi dalam badan. Bahkan, seperti yang kita fahami dalam kajian ilmu sains..... EVERYTHING IS ENERGY. SEMUA BENDA ADALAH ATOM YANG BERGETAR PADA FREKUENSI MASING-MASING.

Kita manusia semuanya adalah SAMA di level energy. Yang membezakan hanyalah ego, kefahaman, dan tahap kesedaran masing-masing sahaja. Di dalam ilmu rawatan, baik medis mahupun non-medis, semua manusia yang mempelajari ilmu rawatan mempunyai kelebihan yang sama untuk merawat. Memeluk agama tertentu, bukanlah kunci untuk memberikan efek kesihatan pada klient. Benar, banyak orang yang mengakui tenaganya ketika merawat seolah-olah bertambah dan diboost ketika mengamalkan zikir atau bacaan tertentu, tetapi itu bukanlah kerana bacaannya, tetapi kerana KEYAKINAN dalam dirinya, yang menyerahkan segala-galanya pada kuasa yang besar dari alam semesta. Semua manusia walaupun tidak mempercayai benda lain diluar keyakinan dan agamanya, tetap terkandung pada HUKUM SEBAB DAN AKIBAT. Bahkan terciptanya kita manusia di dunia ini, semua disebabkan oleh CINTA KASIH TUHAN. Bahkan cuba perhatikan pada orang yang berpenyakit, semua manusia memiliki penyakit yang sama walaupun berlainan agama. Lalu apa alasan kita untuk membanding-bandingkan ilmu dan membidas agama mana yang lebih ampuh untuk merawat sakit jantung dan kanser, sedangkan ubat yang dimakan adalah sama? Di mata Tuhan, kita semua adalah sama. Di level Quantum, kita semua adalah serupa. Dulu semasa kecil, saya sering ditakut-takutkan dengan sentimen tertentu.... "Hanya orang berbangsa......dari agama......saja yang boleh ubati penyakit....ini." Dan ternyata bila saya menginjak dewasa, dan menceburkan diri dalam dunia paranormal, metafizik dan holistik healing, barulah saya memahami gerak kerja energy, keyakinan, placebo, dan kondisi mental dalam gerak kerja kesembuhan, yang tidak lagi dirantai belengu doktrin semata-mata. Jika tidak percaya, anda boleh mencuba dan mempelajari sendiri ilmu rawatan metafizik, atau jika was-was boleh mengikuti kelas kefahaman mengenai mental power. Pada pautan di bawah... http://www.paranormsmagic.com/2015/06/program-pengaktifan-aura-pesona-sejati.html http://www.paranormsmagic.com/2014/09/ilmu-getaran-tenaga-vibrasi-energi.html Kini sudah ramai orang yang mempelajari berbagai ilmu rawatan metafizik, baik melalui Qalam Ialhi Wellness Center mahupun pusat rawatan yang lain dan berhasil membantu orang yang memerlukan bantuan dari segi kesihatan secara seimbang rohani dan fizik. Anda adalah seorang yang dianugerahkan dengan berbagai kekuatan tersembunyi sejak lahir lagi, maka usah segan silu menerima kekuatan ini dengan merasa layak untuknya. You are the wielder of power. The man behind the weapon. Anda lah yang memilih untuk menggunakan ilmu anda untuk tujuan kebaikkan atau kejahatan. Dipersilakan mengongsikan tulisan ini andai ada teman-teman anda yang memerlukan motivasi bagi mengamalkan ilmu rawatan alternatif mereka tanpa ragu dan was-was. Asalkan ia tidak terlibat dengan jin dan syaitan. Hehehehe. Untuk penambahan wawasan, anda boleh juga merujuk tulisan lama ini, semoga kita semua semakin tercerahkan. http://www.paranormsmagic.com/2013/04/luruskan-fahamanmu-sahabat.html Sekian salam kasih dan sayang dari kami untuk anda. ~ From QI With Love


BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...