Your Magic Blog: RAHSIA penyembuhan oleh Dukun, Bomoh, dan Ustaz yang selama ini disembunyikan.

Thursday 28 April 2016

RAHSIA penyembuhan oleh Dukun, Bomoh, dan Ustaz yang selama ini disembunyikan.


Salam kasih sayang buat anda semua. Semoga sentiasa sihat riang ria adanya. Kisah-kisah di mana orang sering berebut-rebut untuk menemui dukun, bomoh atau ustaz yang pandai merawat sudah biasa kita dengar. Pantang saja mendengar kisah ada orang sembuh selepas dirawatnya, pasti si perawat (Saya jamakkan saja istilah mereka untuk mengelakkan diskriminasi) akan diserbu dengan berbagai-bagai pesakit yang juga membawa berbagai-bagai masalah.

Dahulu saya sering berfantasi bahawa ketika saya ditimpa masalah, akan tampil keluar seorang perawat untuk membantu saya seperti kisah-kisah ilmu dan rawatan mistik dalam buku. Umumnya orang-orang pandai dalam buku cerita yang saya baca, akan duduk di sebelah kita bertanyakan masalah kita lalu memberikan beberapa bacaan, barang mistik atau kaedah yang ajaib.

Ataupun dia akan muncul secara tiba-tiba dalam kepekatan malam, ketika saya menangis-nangis seorang diri memohon bantuan Tuhan ketika sembahyang tengah malam di tengah-tengah halaman rumah berbumbungkan langit dan awan.

Hahahaha, YA, tidak dinafikan saya pernah menjalani dan melakukan semua itu, DEMI mendapatkan bantuan secara ajaib dan ghaib dari Tuhan, melalui tangan orang-orang pandai. Namun agak mengecewakan kerana ketika saya menderita di"Sihir", tiada seorang pun perawat yang saya fantasikan keluar dan datang seperti itu.

Rupanya saya terlepas pandang pada satu atau dua kondisi yang perlu dipenuhi secara psikologinya untuk mendapatkan situasi yang menjadikan keajaiban itu timbul dalam kehidupan saya atau mana-mana orang yang perlukan kesembuhan atau kekuatan dalam hidupnya. Hahahaha.

Berbalik kepada inti cerita, Dalam kes mendapatkan rawatan melalui kaedah berbunyi mistik ini, saya dapati bahawa MAJORITI kesembuhan dan perubahan hidup itu, sebenarnya bukanlah datangnya dari si perawat itu sendiri. Ya saya tahu apa anda akan cakap, "Ini semua dari Tuhan."

Akan tetapi, jawapan itu AGAK TERLALU MALAS dan terlalu tipikal. Dan disebabkan zaman ini kita bukan lagi hidup di Tahun Gajah, saya percaya ramai dari kita berminat untuk mencari penjelasan dari berbagai sudut ilmiah untuk membuka minda dan memperluaskan wawasan daripada hanya menyuap doktrin ketakutan pada jin semata-mata.

Kalau sekadar kita katakan bahawa sebuah kereta bergerak "Atas izin Tuhan", dan hanya tinggal bertakbir-takbir saja setiap kali ada kereta keluaran baru di pasaran, maka selama-lamanya lah kita akan diperbodohkan oleh orang dan kumpulan yang memegang ilmu pengetahuan di alam semesta ini.

PLACEBO / AWE EFFECT

Anda pernah melihat seseorang yang sudah lama sakit, tiba-tiba menjadi sembuh hanya setelah meminum segelas air penawar? Sudah pasti bukan? Nah, bagaimana kalau saya katakan bahawa sebenarnya dalam air itu, ia tidak mempunyai apa-apa kuasa pun untuk menyembuhkan melainkan hanya sebagai penghilang dahaga? 

Naah, inilah yang kita panggil sebagai placebo (Pla-si-bu) dan awe (Oww) efek. Satu CIRI PSIKOLOGI yang wujud pada diri setiap manusia, yang mempunyai kuasa untuk menimbulkan kuasa itu sendiri. Oppss, sebelum anda berhenti membaca, USAH RISAU kerana tulisan ini tidak akan memprovokasi dan memburuk-burukkan mana-mana sistem, perguruan, dan jenis ilmu. Bahkan tulisan ini malah akan membantu anda dan mana-mana perawat untuk menjadikan kondisi mental ini sebagai garis panduan utama dalam proses mengubah hidup masing-masing.

Tahukah anda? Bahawa segelas air kosong, jika diletakkan arahan dan penegasan berulang kali yang turut disokong, dan dipercayai oleh seseorang yang anda segani, berpengaruh, atau bergaya tertentu, akan menjadi seperti apa yang anda harapkan itu sendiri?

Berbagai-bagai kajian sudah dilakukan oleh para saintis, untuk melihat bagaimana "keyakinan" ini bekerja. Dalam rancangan Mythbuster sendiri, ada ditunjukkan bagaimana placebo memberikan pengaruh pada kepercayaan dan kondisi kesihatan seseorang yang mabuk kenderaan dengan hanya memakan gula-gula yang diberikan padanya sehinggakan dia tidak mabuk sepanjang perjalanan, kerana meyakini dan diyakinkan bahawa itulah ubat yang paling kuat untuk menghalang dia dari mabuk.

Manusia secara psikologinya, SUKAKAN perhatian, inginkan masalahnya didengar, dan inginkan sokongan. Apalagi dalam kes rawatan alternatif mahupun klinikal, kebanyakkan pesakit hanya mahukan layanan untuk kepuasan diri mereka semata-mata. Dalam kes ini, membuatkan placebo efek semakin mudah terjadi dalam diri mereka.

AKAN TETAPI, placebo effek ini bukanlah bermaksud ia sesuatu yang buruk dan jahat. Malahan kami sendiri sebagai perawat, memegang prinsip yang mengatakan " Andai ia berguna dan baik bagi kesihatan pesakit, maka tiada salah untuk diaplikasikan".

Dalam kes tertentu, orang-orang yang mempunyai dominan OTAK KANAN, akan mudah menjadi mangsa kepada placebo effek ini. Kerana tahap visualisasi dan imajinasi mereka tinggi, maka mata, fikiran, dan emosi mereka akan terpengaruh dan terzahir secara live berdasarkan keyakinan mereka sendiri.

Ditambah lagi dengan awe efek, iaitu gaya pemakaian seorang bomoh, dukun, atau ustaz yang mempunyai ciri-ciri tipikal gaya mistik, paranormal dan alim. Ini akan memainkan peranan dan menguatkan lagi keyakinan yang ada pada "kesukaan dan kehendak" mereka untuk merasa teruja dan puas.

Seorang yang benar-benar rasa teruja, dan takjub kepada perwatakkan tertentu pada seseorang yang dijumpainya, akan memberikan gambaran-gambaran mental dan membuka "antena" nya bagi menerima kemasukkan situasi tertentu, yang dipanggil SYNCHRONICITY

Contohnya dalam kes synchronicity ini..
- Seorang wanita bermimpi ular hitam, berjumpa perawat untuk meminta tafsiran, dan kebetulan perawat ini meneka-neka sesuatu peristiwa yang berkaitan pada psikologi wanita ini tentang rumahtangga, lelaki, alat kelamin, sihir dari orang yang mencintai dirinya diam-diam (Yang berkaitan dengan ular), maka wanita ini memasuki kondisi AWE state, iaitu merasa takjub, kagum dan menerima sugesti-sugesti ini dengan ikhlas.

Lalu setelah "puas hati" dengan jawapan tadi, maka dia pun meminta sesuatu yang boleh dijadikan alat, pembantu, atau penyembuh untuk menyokong perasaan-perasaan ini tadi. Maka diberikanlah dia segala tangkal, air yasin, atau amalan tertentu, yang diyakininya olehnya sepenuh hati, maka setelah itu sembuh atau tenanglah perasaannya.

SEBENARNYA KAN, sekuat apapun ubat, sehebat mana pun kaedah, semua itu datang dari diri si PEMINTA sendiri. Ubat, tangkal, air penawar dan kaedah yang diajarkan padanya adalah sebagai ALAT untuk membangkitkan kuasa penyembuhan ini.

Sebab itulah saya katakan, bahawa placebo ini bukanlah satu topik yang taboo untuk diperkatakan. Jika ia dimanfaatkan sebaik mungkin dalam proses meningkatkan peratus kesembuhan, maka si pesakit akan menjadi orang yang bahagia sekali setelah sembuh akibat kepercayaan negatifnya sendiri.

Fight fire with fire. Kerana fikiran negatif akan menghasilkan placebo yang negatif juga. merasa-rasa dan bersangka-sangka dalam diri ada jin, disihir, ada saka, dan jika mendapatkan konformasi dari pihak yang tidak bertanggung jawab, maka sistem mekanisma tubuh akan bergerak menjadi seperti apa yang diyakini olehnya juga.

Ada orang apabila dia sangat teruja, merasa takjub dan dipsyko oleh seorang yang dianggapnya hebat lalu memanipulasi mindanya, contoh untuk melihat jin pada sesuatu barang mistik, atau melihat cahaya pada batu tertentu, mindanya akan menzahirkan apa yang ingin dilihatnya itu berdasarkan arahan dan sugesti sahaja. Dan semestinya penampakkan ini hanya terjadi pada sesama mereka saja tanpa dapat dilihat oleh orang lain.

Dan inilah masalah utama pada kes-kes yang membabitkan penipuan oleh para perawat yang durjana, dalam menanamkan doktrin-doktrin ketakutan pada klientnya. Masyarakat umum, baik yang percaya mahupun tidak pada pengamal ilmu-ilmu ghaib, akan menyimpan satu perasaan teruja jika melihat penampilan mereka. 

Penampilan-penampilan tertentu inilah yang menjadi "Password" bagi minda bawah sedar manusia untuk diterobos dan menerima arahan dari situasi yang dihadapinya. Kerana memang sifat semulajadi mentaliti manusia itu gemar dan suka pada benda-benda pelik yang menjadi bahan tontonan untuk kepuasan.

Seorang berperwatakan seperti bomoh  yang baru keluar bertapa, akan menanamkan keyakinan pada klientnya bahawa dia adalah seorang yang mampu bertarung dengan segala raja jin. Seorang yang berperwatakan alim dan memegang tasbih semasa rawatan, akan menanamkan keyakinan yang dia adalah seorang suci dan setiap kata-katanya adalah suruhan Tuhan yang tidak boleh dilawan.

Disebabkan sentimen ini, bila si pesakit atau klient terperangkap pada placebo dan awe efek, maka dia akan mempunyai masalah untuk melepaskan diri dari ikatan mereka. Ada yang akan ditakut-takutkan dengan ancaman, dalil, dan momokkan yang membuatkan sakit mereka tidak sembuh. Diisi dengan jin dari perawat lain, ahli keluarga jadi sakit, atau anaknya dalam kandungan satu hari nanti akan dimakan oleh jin lain.

Apalagi zaman sekarang ini semakin banyak video-video aksi dukun yang gemar merakam kaedah menuang duit yang banyak seperti air dari beg dalam youtube, dan aksi-aksi sembelihan jin yang menyeronokkan dilihat, sehingga ada yang taksub menyerahkan duitnya dengan menggadai rumah untuk mendapat keuntungan cepat dan merasa-rasa dirinya konfom ada jin dalam badan hanya melalui sugesti yang ada dari internet. Ini adalah kaedah yang sengaja menimbulkan awe efek pada pada penonton.

Placebo itu sebenarnya NEUTRAL. Ia tidak tertakluk pada sentimen kebaikkan atau kejahatan melainkan pada moraliti semata-mata. Pada sesetengah kes, saya sendiri akan menggunakannya pada pesakit untuk tujuan penyembuhan.

Contoh dalam kes rawatan saya di Labuan, peratus kesembuhan yang saya dapati pada pesakit adalah lebih tinggi, bila saya katakan ilmu yang saya pelajar adalah melalui guru-guru dari Indonesia. Simpton-simpton mistik yang timbul pada pesakit lebih banyak jika saya menyebut-nyebut jin atau hantu yang berada di kawasan rumahnya, dan pesakit lebih mudah kerasukkan ketika saya terkumat-kamit dan pura-pura memandang kiri kanan seolah-olah bercakap dengan entiti tertentu.

Ironiknya, bila saya katakan ilmu saya adalah berasaskan Bioenergy Quantum Metafizik, Reiki, Sin Ilahi, atau bermain-main dengan psikologi, TIADA seorang pun yang kerasukkan atau menangis-nangis kesakitan atau meminta tolong seolah-olah jin dalam badannya ditarik keluar.

Dulu saya juga pernah menjadi PURIST, tidak mahu mencampur adukkan kaedah lain melainkan energy sahaja. Namun seiring dengan berkembangnya pengetahuan, kefahaman dan berbagai jenis ilmu yang dipelajari, kami kini mempelbagaikan kaedah yang mempergunakan placebo dan awe efek ini untuk tujuan kebaikkan tanpa perlu menakut-nakutkan pesakit.

Peratus kesembuhan hanya tertakluk pada jenis pesakit yang benar-benar mahu rawatan dengan ikhlas, bukan pada pesakit atau klient yang mengada-ngada sekadar meminta perhatian atau mencuba-cuba ilmu dengan menyamar sebagai pesakit. (Ini akan kita masukkan pada penulisan lain)

Dalam sesetengah kes yang sudah balik-balik terjadi, baik pada diri saya mahupun perawat lain, kadang-kadang ada pesakit yang terlepas pandang, disebabkan kesibukkan aktiviti seharian. Namun selepas dirujuk semula, mereka tiba-tiba dengan gembira dan bersyukur kerana sudah sembuh, sambil berterima kasih kerana "dirawat" oleh kita tanpa disedari.

Walaupun dalam hukum energy, memang ada terjadi penyaluran terjadi andai si pesakit dan perawat menetapkan waktu tertentu di alam eterik kerana energy itu tidak tertakluk oleh ruang masa dan waktu, tetapi secara pskikologinya JIKA si klient sendiri tidak ikhlas dan tidak meyakini dirinya MAMPU untuk sembuh sewaktu menerima rawatan (Walaupun sesi terapi belum dimulakan) maka dia akan tetap saja sakit.

Kes diatas hanya untuk klient biasa yang sering menelefon anda sekiranya dia sakit kepala, sakit perut, minta scan berapa ekor jin dalam badannya, dan berbagai lagi kes kecil yang membabitkan orang-orang yang sentiasa khuatir dan was-was yang suka menelefon mana-mana perawat yang dikenalnya secara rawak.

Dan itu sendiri sudah menjadi bukti yang cukup untuk menunjukkan betapa KUATnya pengaruh awe efek (Sangkaan dan ekspektasi pada perawat) dan placebo efek (keyakinannya yang merasakan sudah menerima rawatan). Dan kes ini bukan terjadi sekali dua dalam sejarah rawatan kami semua, malahan 40% klient tahunan kami diisi oleh klient sebegini berbanding kes sihir, santau, saka dan rasukkan jin sebenar.

Jadi, adakah tidak PERLU lagi anda meminta air penawar atau mengamalkan amalan dan latihan ilmu-ilmu rawatan setelah mengetahui RAHSIA TERBESAR INI? Ohohoohoho sama sekali jangan silap dan salah sangka pada erti penulisan ini.

Seperti yang saya katakan tadi, penjelasan-penjelasan pada setiap ilmu, gerak kerja sebuah amalan, cara kerja sebuah sistem, adalah berkaitan dengan kefahaman. Ia bukan bermaksud anda HARUS meninggalkan ilmu anda, atau melupakan terus perawat dan membuang semua ubat-ubat hospital lalu hanya terus duduk di tengah rumah mengharapkan placebo efek bekerja semata-mata.

Awe Efek dan Placebo tetap diperlukan, kerana itu sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia yang perlukan sesuatu dorongan yang hebat, melebihi kemampuan dirinya untuk diyakini agar dia merasa selamat dan mempunyai tujuan untuk hidup. Kita manusia hidup semuanya atas dasar dan pengaruh placebo dan awe efek, tidak kira anda percaya atau tidak. Perhatikan saja pada sistem kepercayaan anda, perhatikan saja pada pendirian anda.

Gunakan informasi ini, sebagai salah satu alat untuk membuka kesedaran dan meluaskan kefahaman anda dan booster bagi mempelbagaikan kaedah dalam sistem rawatan yang melibatkan berbagai-bagai jenis  ragam manusia. Mempergunakan placebo efek untuk tujuan kebaikkan lagilah mudah jika anda mempelajari ilmu-ilmu dan kelas rawatan yang kami adakan di SINI

Bagi anda yang balik-balik dirasuk jin, dicengkam oleh doktrin menakutkan yang menghalang anda dari mendapatkan rawatan dari orang lain, atau berusaha tanpa perlu jumud dan memburuk-burukkan kaedah lain, maka inilah masanya untuk sedar dan faham cara kerja awe efek yang terjadi pada diri anda. Gunakan informasi ini sebagai advantage dan peluang baru untuk memperbaiki diri anda melalui khidmat kami di SINI

Moga artikel ini sedikit sebanyak mampu menjawab persoalan anda, dan silakanlah share pada teman dan kenalan lain semoga ia semakin bertambah manfaatnya. Sebarang kesalahan dan kesilapan adalah dari saya sendiri dan mohon dimaafkan. Sekian wasalam.

~ From QI with Love.

1 comment:

  1. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...