Your Magic Blog: Mencipta Realiti Idaman dengan Lebih Pantas Melalui Teknik Multiple Energi Programming

Wednesday 6 April 2016

Mencipta Realiti Idaman dengan Lebih Pantas Melalui Teknik Multiple Energi Programming


Salam cinta dan hormat :)
 
 
Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan 'Multiple Energy Programming'.
 
Kaedah ini akan sangat bermanfaat untuk mengubah  hidup anda menjadi lebih 'magical' dan penuh 'miracles'. Khasnya bagi anda yang telah mempelajari apapa disiplin ilmu energy/aura model reiki, sin ilahi-sin hu, SAF dan sekelasnya.
 
yBagi pembaca yang belum menguasai mana-mana sistem ilmu ini boleh la mempelajarinya secara free di sini http://www.paranormsmagic.com/2015/05/mengakses-energi-ilahi-attunement-mudah.html
 
Atau anda ingin ilmu-ilmu yang lebih lengkap dan mantap di sini http://www.paranormsmagic.com/p/kursus.html
 
 
Baiklah....... Seperti yang selalu saya tulis di mana-mana tulisan saya, atau jelaskan di kelas-kelas saya, bahan dasar penciptaan seluruh alam ini adalah ENERGI. Partikel paling halus dan kecil bagi setiap objek dan elemen di alam ini adalah ENERGI. Ini memberi makna bahawa, jika kita mampu mengawal dimensi energi, maka kita akan mampu mengawal 'outcome' atau hasil apapun yang kita inginkan... Bunyinya terlalu tinggi, dan juga seperti mustahil kan? Mungkin..........
 
Bagaimana untuk membentuk logam-logam keras menjadi bentuk-bentuk baru? Mudah, dengan cara 'mengakses' partikel logam yang lebih halus dengan ikatan atom-atom yang lebih longgar, iaitu bentuk cecair logam tersebut. Panaskan sehingga logam mencair dan bentukkan ia ke bentuk-bentuk baru yang kita inginkan.
 
Mengembalikan logam ke bentuk cecair, iaitu bentuknya yang lebih halus berbanding bentuk padat... Ini sebuan contoh. Sama seperti semua benda dan perkara. Kembalikan semuanya ke bentuknya yang lebih halus dan semakin halus, bentuknya yang lebih 'ghaib', yang lebih hakikat, yang lebih longgar dan murni serta boleh dibentuk seenak selera kita iaitu bentuk........... ENERGI!
 
Kalau anda yang meminati ilmu-ilmu metaifizk tradisional, maka anda akan ada 'clue' di sini kenapa orang tua-tua suka menyebut asal-muasal segala sesuatu dalam praktik ilmu-ilmu mereka. Misalnya untuk kebal senjata tajam, mereka membaca mantra-mantra yang menyebut asal muasal besi, nama asli besi, dan sebagainya.
 
Atau ketika merawat orang-orang kerasukan hantu, mereka akan menyebut asal-muasal, nama asli, nabi malaikat penjaga dan lain-lain bagi hantu yang menyampuk si pesakit tersebut. Anda mahu tahu kenapa? Kerana dengan cara ini mereka berusaha mengakses 'bentuk' lebih halus bagi objek atau perkara yang mereka sedang berurusan sehingga mereka boleh mengawal dan memanipulasinya untuk manfaat mereka.
 
Jika anda mengetahui dan memahami tentang Law of Quantum Physics maka anda pasti akan memahami akan perkara ini. Menurut hukum ini, segala sesuatu di alam ini adalah energi. Ini memberikan idea kepada orang-orang yang tercerahkan, para 'illuminated' and 'enlightened person' bahawa, jika anda ingin mengawal sesuatu, akseslah frekuensi energinya!
 
 
 
 
Apa yang ingin anda kawal di dalam hidup anda?
 
Sikap anda dan orang lain?
Pekerjaan anda?
Gaji dan pendapatan bulanan anda?
Anda ingin aset?
Anda ingin agar perniagaan untung gila-gila?
Anda ingin hubungan cinta dan  rumah tangga anda sentiasa bahagia?
Anda mahu selalu bercuti ke tempat-tempat menarik?
dan lain-lain sebagainya???
 
Apa saja yang anda terfikir................
 
Key word nya adalah.... Akses lah frekuensi energinya, dan kawal serta bentuklah dari situ agar anda mendapat hasil yang anda inginkan.
 
Mengakses dimensi energi itu ada bermacam cara. Setiap disiplin ilmu metafizik ada cara masing-masing.
 
Di sini akan saya kongsikan teknik Multi Energy Programming yang biasa saya amalkan dan hasilnya luar biasa. Kenapa Multiple? Kenapa tidak singular?
 
Dalam eksperimen-eksperimen yang saya jalankan, saya dapati bahawa memprogram energi dengan gabungan beberapa kaedah akan menghasilkan energi yang lebih kuat untuk mengubah 'blue print' energi sedia ada atau mencipta 'blue print' energi yang baru berbanding jika hanya mengandalkan hanya satu kaedah.
 
Ada 3 kaedah gabungan yang ingin saya share di sini iaitu:
 
1. Penyaluran energi secara langsung
2. Bola energi.
3. Teknik pernafasan.
 
 
Jika anda telah mendapatkan apapa attunement energi maka perkara ini akan sangat mudah untuk anda lakukan.
 
 
Pertama.... Penyaluran energi secara langsung.
 
 

 
Caranya:
 
1. Duduk dengan rileks. Bersandar di kerusi atau sofa lebih baik agar anda boleh semakin rileks. Berbaring di atas tilam pun boleh.
2. Jika anda duduk, letak tapak tangan di atas paha dengan tapak tengan terbuka ke atas. Jika anda berbaring. posisi tangan di samping pinggang juga dengan tapak tangan menghadap ke atas.
3. Lakukan afirmasi ini:
 
   " Saya sedang menyalurkan energi SAF/Sin Ilahi/Sin Hu/Reiki ( apa saja varian ilmu energy yang pernah anda pelajari ) dengan kekuatan energi yang tidak terhingga kali ganda untuk.......................... sebutkan tujuan anda ( contoh : membuat bisnes jualan kain saya semakin hari semakin laris sehingga sentiasa habis stok)............... Terjadilah dengan sangat mudah, segera dan harmoni atas izin dan kuasa Allah/Tuhan semesta alam".
 
 
4. Setelah itu, anda hanya perlu SRP saja. Tahu SRP? Sikap Senyum. Rileks dan Pasrah, sambil menyalurkan energi selama 20-30 minit. Jika anda tertidur dalam proses ini pun tidak mengapa. Energi akan tetap berfungsi. Anda boleh set jam penggera untuk menyedarkan anda apabila prosesnya telah selesai.
5. Sudahi setiap sesi anda dengan bersyukur kepada Tuhan.
 
Anda boleh mengulang amalan ini selama 2 minggu berturut untuk satu hajat agar program energi yang anda buat semakin mantap dan kuat.
 
 
Kedua....... Bola Energi
 
 
 
 
Cara membuat program energi dengan Bola Energi.
 
1. Duduk dengan rileks. Saya tidak galakkan anda untuk berbaring ketika membuat bola energi.
2. Angkat kedua tangan anda ke depan dada. Posisi tangan anda seperti sedang memegang sebiji bola.
3. Afirmasi yang perlu anda baca:
 
    "Saya sedang menyalurkan energi SAF/Sin Ilahi/Sin Hu/Reiki ( apa saja varian ilmu energy yang pernah anda pelajari ) untuk membuat sebuah bola energi berdiameter 20 cm yang bercahaya putih terang benderang. Bola energi ini saya programkan untuk ........................................ Nyatakan tujuan anda ( contoh : membuat bisnes jualan kain saya semakin hari semakin laris sehingga sentiasa habis stok)............... Bola energi ini saya niatkan agar bekerja terus menerus untuk mencapai hajat saya. Terjadilah dengan izin dan kuasa Allah/Tuhan semesta alam.
 
 
4. Dengan sikap SRP, tetaplah salurkan energi untuk membuat Bola Energi anda semakin padat. Umumnya selama 10 minit. Anda akan merasakan bola energi itu menolak kedua tangan anda menandakan ia semakin menguat.
5. Selepas itu, angkat bola energi anda ke atas kepala anda, lalu lepaskan ke langit. Niat di hati anda seperti ini, "Saya simpan bola energi ini di langit dunia. Ia akan sentiasa menguat kerana menyerap energi dari alam semesta".
6. Lalu sudahi dengan mengucapkan syukur kepada Tuhan.
 
Sama seperti teknik pertama di atas, lakukan amalan ini 2 minggu. Cipta bola energi baru dengan niat yang sama. Jadi nanti anda akan memiliki 14 buah bola energi yang akan bekerja secara maksimum untuk anda!
 
Untuk lebih jelas tentang cara kerja bola energi anda boleh rujuk tulisan saya ini:
 
                        
Ketiga........ Teknik pernafsan.
 
 
 
 
 
Seperti kata para master, nafas adalah jambatan jiwa. Nafas adalah kolam jiwa.
 
Hubungan antara Nafas-Minda Bawah Sedar-Energi sangat erat. Sesiapa yang menguasai nafasnya, dia menguasai minda bawah sedarnya, dan menguasai pula dimensi energi.
 
Bagaimana teknik nafas yang yang tepat dan benar untuk mengakses dan memanipulasi dimensi energi? Saya share kepada anda teknik yang mungkin anda tidak akan temui dengan mudah di mana-mana.
 
 
1. Duduk dengan rileks. Tegakkan belakang tapi tetap rileks.
2. Tarik nafas dengan dalam dan tenang, hembus dengan panjang sehingga habis semua udara di peparu anda. Ulang 3x.
3. Tutup lubang hidung kiri anda dengan jari telunjuk. Dengan itu anda bernafas dengan hanya menggunakan lubang hidung kanan anda. Tarik dan hembus nafas dengan pelan, panjang dan rileks.
4. Ketika anda menarik nafas, niatkanlah hajat anda di dalam hati, atau ucapkan  niat anda di dalam hati. Lalu hembus nafas dengan tenang, panjang dan rileks sehingga habis udara di paru-paru anda.
5. Ulang sebanyak 7x.
6. Kemudian, sekarang tutup pula lubang hidung kanan anda. Bernafaslah dengan hidung sebelah kiri. Tidak perlu berniat apapa atau fikir apapa. Hanya rasakan nafas yang keluar masuk. Tarik dan hembus nafas masing-masing 7x. Maksudanya, Tarik nafas 7x dan buang nafas pun 7x.
 
 
Anda perlu tahu info ini.... Lubang hidung kanan terhubung dengan nadi energi panas di tubuh anda, serta berkaitan dengan minda sedar anda. Kerana itu, afirmasi/niat dilakukan ketika menarik nafas di hidung kanan agar arahan tercipta di minda sedar.
 
Lalu arahan ini akan di transfer ke minda bawah sedar anda ketika anda mula bernafas dengan hidung kiri, kerana hidung kiri anda terhubung dengan jalur energi sejuk serta minda bawah sedar anda.
 
Sama seperti teknik-teknik di atas tadi, lakukan teknik pernafasan ini juga selama 2 minggu.
 
 
Ok... Jadi sekarang kita telah pun memiliki 3 buah teknik yang kita gabungkan menjadi satu teknik 'combo' yang saya panggil sebagai Multiple Energy Programming.
 
Contohnya anda ingin sembuh dan sihat. Lakukan teknik Penyaluran Energi, Bola Energi dan Teknik Pernafasan untuk hajat anda ingin sembuh an sihat itu.
 
Atau anda ingin kehidupan rumah tangga anda bahagia, atau anda mahu aliran rezeki anda kencang dan lancar, lakukan ketiga-tiga teknik di atas untuk setiap satu hajat anda.
 
Anda boleh melakukan 3 teknik ini berturut-turut dalam satu sesi. Selepas teknik pertama, terus sambung teknik kedua, dan sudahi dengan teknik ke tiga. Atau anda juga boleh pilih untuk buat satu persatu dalam sehari. Contohnya teknik pertama anda buat pagi, teknik kedua anda buat petang, dan teknik ke tiga anda buat malam. Namun suka saya galakkan anda untuk untuk melakukannya dalam satu sesi sahaja untuk hasil yang optimum.
 
Kelihatannya sangat 'simple'. Tiada apapa amalan berat, tiada puasa-puasa berat dan aneh, zikir ribuan mahupun mentera-mentera yang menyeru mana-mana malaikat, jin atau para hulubalang dari zaman sebelum masihi.
 
Akan tetapi, tahukah anda....... Teknik yang sangat mudah dan kelihatan ringan inilah salah satu senjata yang saya selalu gunakan untuk menjayakan banyak kerja-kerja dan projek-projek saya.
 
Intinya adalah... Setelah anda set niat di minda sedar, LET IT GO!. Minda bawah sedar akan menyambut niat itu dan mengerjakannya dengan sistem alam yang sangat unik, 'magic', dan penuh 'miracles'.
 
Banyak praktisi energi yang sudah belajar bermacam ilmu dan teknik, namun hidupnya belum banyak perubahan. Kenapa? Satu saja sebabnya... MALAS BERAMAL hahaha.
 
No action brings no reactions!
 
Ilmu yang sedikit akan tetap memberikan banyak manfaat apabila ia diamalkan. Percayalah, ilmu energi memberikan anda akses ke POWER yang menyelubungi alam semesta ini dan boleh anda manfaatkan untuk kebaikan-kebaikan anda dan orang-orang yang anda kasihi.
 
Jika anda ada apapa persoalan, atau musykil ketika mempraktikkan teknik yang saya share ini, mari kita berkomunikasi di ruang 'comments' di bawah ini.
 
Dan jangan lupa share artikel ini di wall facebook anda, di blog anda, atau di mana-mana saja yang anda merasa baik agar semakin ramai orang yang mendapat mafaat dari ilmu yang saya share ini.
 
 
Oh ya... Program pesona sejati masih promosi, anda boleh lihat di sini:
 
Begitu juga dengan program ilmu Acupieology di sini:
 
 
 
Salam damai penuh cinta buat anda... Selamat berbahagia selama hayat anda :)
 
 
~ from Bali with Love
 
Master Umar Paranorms

 

2 comments:

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...