Your Magic Blog: Energi Seks untuk Spiritual dan Hidup yang Lebih Baik

Wednesday 13 April 2016

Energi Seks untuk Spiritual dan Hidup yang Lebih Baik

Salam damai buat semua pembaca budiman :)
 
 
 
Badan kita adalah sebuah generator tenaga yang sangat luar biasa!
 
 
Kita memiliki 365 buah cakra atau pusat tenaga. Tujuh daripadanya adalah cakra utama yang selebihnya adalah cakra-cakra pendamping atau cakra-cakra minor. Cakra-cakra ini menjana tenada dan disalurkan seluruh tubuh melalui saluran-saluran tenaga yang dipaggil Nadi oleh para yogis atau Meridian dalam istilah perubatan cina.
 
 
 
 
Tenaga ini sangat mempengaruhi keadaan fizikal, emosi dan spiritual kita. Bahkan lebih jauh lagi, tenaga ini memancar menjadi medan tenaga bercahaya yang dipanggil Aura disekeliling badan fizikal kita yang mana akan berkomunikasi dengan medan tenaga alam melalui kod-kod energi dan memberikan pengaruh kepada semua aspek hidup kita samada perhubungan, kewangan, keselamatan dan sebagainya.
 
 
Dalam semua 365 cakra tadi, cakra seks, atau Swadistana Chakra adalah yang paling mudah dirasakan energinya. Oleh kerana itu, energy nya juga yang paling mudah di kawal dan di manfaatkan.
 
Sayang sekali sangat kurang orang yang mengetahui seni untuk memanfaatkan energy seksual untuk manfaat kesihatan, kemakmuran, keselamatan malah peningkatan kesedaran spiritual. Umumnya, energy seksual itu hanya terbuang dan terbazir sia-sia dalam kenikmatan badan yang hanya berlangsung beberapa saat ketika mencapai orgasme. Paling bermanfaat pun hanya untuk menanam benih ke rahim untuk mendapatkan zuriat.
 
Bagaimana cara untuk menyalurkan energi seks ke arah perkara-perkara yang lebih bermanfaat sehingga energi besar itu tidak terbazir begitu saja?
 
 
 
 
Pertama...... Fahami hukum 'Energy flows where attention goes'.
 
Kedua... Apabila energi seks mula bangkit dan terkumpul, 'channel' ke arah tujuan yang kita inginkan. Bilakan energi seks mula bangkit dan terkumpul? Iaitu ketika perasaan kita sedang ghairah dengan hasrat seks yang menggebu-gebu.
 
Badan anda terasa panas, jantung anda berdegup kencang, nafas anda berat dan laju, fikiran anda sangat fokus tidak lagi memikirkan perkara lain dan sebagainya. Ini adalah tanda-tanda energi dari cakra seks sedang meningkat  dan membesar. Proses biasa yang terjadi adalah, energi ini akan terkumpul semuanya di air mani yang mana kemudian akan 'terbuang' keluar dari badan anda. Sangat sayang!
 
Pada fasa peningkatan energi sedang terjadi, dengan sedikit 'Intention' dan 'Attention' maka energi ini boleh disalurkan ke arah tujuan yang lebih baik. Contohnya begini:
 
Situasi 1.
 
Anda merasa ada bahagian tubuh atau organ anda yang sedang sakit.
 
Maka ketika energi seks anda sedang meningkat ketika proses rangsangan, atau ketika sedang bersetubuh dan belum terjadi orgasme, berniatlah untuk menyalurkan energi murni dari cakra seks itu ke organ atau bahagian badan anda yang sakit tadi. Itu 'Intention'. Lalu arahkan perhatian anda ke organ atau bahagian yang sakit itu. Hanya memerhatikan, maka energi tadi akan mengalir ke sana dan melakukan penyembuhan. Inilah 'Attention'. Ingat bahawa 'energy flows where attention goes'!
 
 
Situasi 2.
 
Anda ingin meningkatkan aura pesona anda.
 
Ketika energi seks anda sedang membara itu, berniatlah anda ingin agar anda tampil lebih mempesona. Bayangkan diri anda sedang bersinar penuh pesona. Arahkan perhatian anda ke wajah dan seluruh badan anda. Berapa lama perlu mengarahkan perhatian? 2-5 minit sudah memadai.
 
 
Situasi 3.
 
Anda sedang memerlukan wang.
 
Sewaktu energy seks anda sedang terasa aktif, niatkanlah bahawa anda ingin memiliki wang dalam jumlah tertentu. Bayangkan dan rasakan bahawa anda sedang memiliki wang tersebut. Arahkan perhatian anda terhadap bayangan dan perasaan itu beberapa minit. Kemudian sambung aktiviti anda.
 
 
Tiga situasi di atas adalah contoh bagaimana boleh menyalurkan energi seks anda ke arah tujuan hidup yang lebih bermanfaat. Selama ini orang hanya tahu bahawa seks itu tujuannya hanya untuk orgasme atau dapat anak, tanpa tahu nilai lebih tinggi dan mulia disebaliknya.
 
 
Bagaimana pula energi seks boleh dimanfaatkan untuk peningkatan kesedaran spitual?
 
Ok. Inilah tujuan yang lebih tinggi dalam seks berbanding sekadar orgasme dan dapat anak.
 
Kalau menurut sufistik, cakra seks adalah Baitul Muqaddas/Maqdis atau Rumah Suci secara maknawi iaitu tempat terbitnya air suci penciptaan manusia. Kelamin lelaki adalah perwakilan huruf Alif yang bermaksud Tunggal. Kelamin wanita mewakili bentuk huru Ha kasar yang bermaksud Hua, atau Dia. Itu adalah tersirat daripada yang tersurat.
 
Kemudian, ketika persetubuhan terjadi, bunyi 'ah..ah..ah' atau yang lebih batin lagi waktu kemuncak kenikmatan terjadi fana, iaitu hanya bunyi desahan halus 'hhhhhhhhhhhh', kedua ini adalah adalah zikir-zikir rahsia diri sejati, atau zikir Zat.
 
Sekadar info saja ya. Tidak peru kita kupas terlalu dalam ilmu-ilmu hakikat sebegini. Cukup kita tahu bahawa aktiviti seks itu adalah ritual suci, bukan menjijikkan dan mengaibkan. Keran itu, ritual seks harus di tempatkan di posisi sewajajarnya.
 
 
Orbit Mikrokosmik
 
 
Diri kita manusia adalah gambaran atau hologram bagi alam besar ini. Diri kita adalah Mikrokosmik, manakala alam besar ini adalah Makrokosmik.
 
 
 
 
 
Bagi peningkatan kesedaran spiritual, energi yang dijana oleh cakra seks harus diputar di orbit Mikrokosmik. Secara maknawi ini sama dengan memutar kesedaran kita di tujuh dimensi alam dari dimensi paling rendah yang diwakili oleh Cakra Dasar (unsur bumi) ke dimensi tertinggi yang diwakili oleh Cakra Mahkota (unsur ilahi).
 
Caranya begini:
 
1. Ketika anda sudah hamper-hamper ejakulasi (mengelurkan air mani), tahan semua gerakan. Hentikan semua aktiviti. Kemut otot PC (otot menahan kencing) sehingga air mani tidak jadi keluar. Pada air mani tersebut tersimpan energi yang sangat kuat.
 
2. Arahkan energi itu ke Cakra Dasar. Anda boleh imajinasikan ia sebagai segumpal aura berwarna merah atau oren.
 
3. Naikkan di sepanjang jalur shumsumna. Dari Cakra Dasar naik ke Cakra Seks. tegakkan pinggang ada pada ketika ini agar energi mudah naik ke atas.
 
4. Naikkan lagi ke Cakra Pusat, lalu ke Cakra Jantung.
 
5. Kemudian ke Cakra Kerongkong. Luruskan leher anda sehingga saluran energi anda terbuka dan memudahkan energi melaluinya.
 
6. Lalu naikkan ke Cakra Mahkota. Diamkan dulu di sini. Kalau benar apa yang anda lakukan, bunga Cakra Mahkota akan mengeluarkan 'madunya' yang boleh anda rasakan sebagai air liur murni yang begitu jernih, tanpa bau dan tanpa rasa mengalir turun dari lelangit ke mulut anda. Para sufi mengatakan air ini adalah air 'telaga al-kautsar'.
 
7. Lalu turukan energi tadi ke Cakra Ajna depan.
 
8. Kemudian tongkatkan lidah anda ke lelangit mulut anda. Turukan energi tadi melalui lidah  anda menuju Cakra Kerongkong.
 
9. Terus turukan ke Cakra Jantung, lalu ke Cakra Pusat dan terakhir simpan di Tantien anda iaitu stor energi di bawah pusat anda. Energi ini akan menjadi tenaga dalam anda yang sangat bermanfaat untuk kekuatan, kesihatan, keawetan dan kesejahteraan diri anda secara fizikal, mental dan spiritual.
 
10. Lalu sambung aktiviti seksual anda. Teruskan meraih kenikmatan. Ketika anda sudah hampir ejakukulasi, tahan dan ulang proses tadi sehingga beberapa kali yang anda mampu.
 
11. Penghujungnya macam mana? Ikut suka hati anda. Mahu tanam bibit boleh. Mahu simpan boleh. Semua terserah anda. Tetapi jika anda tidak bertujuan untuk dapat anak, digalakkan untuk menyimpan benih anda. Anda sudah pun beberapa kali orgasme (nikmat) tadi. Ini adalah orgasme tanpa ejakulasi, dan inilah yang dipanggil sebagai Multi-Orgasm.
 
Dengan ritual ini, anda telah mengalami Multi-Orgasm.
Anda telah melakukan Orbit Mikrokosmik.
Anda membersihkan jalur-jalur energi anda.
Anda membersihkan dan menerangi medan aura anda.
Anda telah menyihatkan system hormonal anda serta keseluruhan tubuh anda.
Anda telah meremajakan sel-sel kulit anda dengan mencipta stem sel-stem sel baru.
Anda telah menambah 'vital force' di Tantien anda.
Anda telah menjadi lelaki gagah perkasa yang mampu mengawal ejakuasi dihadapan pasangan anda.
 
 
Wow, ini sangat luar biasa!!!
 
Teknik ini sesuai diamalkan oleh golongan lelaki dan wanita.
 
Jika anda inginkan rahsia-rahsia seksual yang lebih banyak dan mendalam, anda boleh dapatkan Ebook Jurus Seksual hasil tulisan saya dengan harga RM 90.
 
Semoga tulisan ini memberi manfaat sebanyaknya bagi anda yang membacanya.
 
Tolong sebarkan ilmu ini di wall-wall fb anda, blog anda, serta apapa medium yang ada agar semakin ramai orang yang mengetahui dan mengambil manfaat daripadanya.
 
 
Salam kasih sayang tulus dari lubuk hati paling dalam.
 
~ from Qi with Love
 
Umar Paranorms
Puri Ganesh, Kuta, Bali
 
 
 
 
 
 

5 comments:

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...