Your Magic Blog: Membongkar isi masalah yang sering timbul dalam drama seram.

Tuesday 19 April 2016

Membongkar isi masalah yang sering timbul dalam drama seram.



Saya agak pasti, dan yakin bahawa majoriti anda yang sedang membaca tulisan ini, sudahpun melihat wayang pecah panggung Munafik kan? Hahaha jangan tidak mengaku, munafik nanti jadinya.

Baiklah, umumnya sebagai seorang peminat kisah-kisah seram, saya percaya juga ramai yang semakin takut untuk kencing malam berseorangan selepas melihat wayang itu kan?. Hehehe
Tetapi, tahukah anda, majoriti babak yang ada dalam filem itu, (Kita ketepikan logik filem dan cliche wayang seram) sebenarnya tidaklah menghairankan, menakutkan dan mengejutkan bagi kami para perawat.

Kenapa? Adakah kerana kami kebal dari gangguan hantu? Owh tidak sama sekali. Adakah kerana kami mampu menangkap jin? Pun juga tidak.
Tetapi kerana, sebenarnya.......

80% kes-kes yang terjadi dalam filem munafik itu, andai kita ketepikan plot wayang dan pelakonnya, sebenarnya bukanlah semuanya berasal dari gangguan jin, dan jika pesakit didedahkan dengan hakikat masalah yang sebenarnya, hanya dengan 3 kali, diulangi lagi, 3 kali rawatan sahaja, masalahnya diganggu jin itu akan selesai tuntas begitu sahaja.

Ahahahahah.
Realiti alam rawatan dengan fantasi-fantasi kisah seram, sebenarnya adalah sangat jauh api dari panggang. Bukan kerana saya (Penulis wakil blog ini) tahu semuaaaa mengenai hal selok belok alam ghaib, bukan juga kerana saya berkawan dengan malaikat, atau kerana saya sudah berjaya menjurus raja jin dari segitiga bermuda, akan tetapi kerana inti sebenar masalah semua watak yang ada dalam filem itu adalah dari HATI MASING-MASING.

Ya believe it or not.
Berikut adalah beberapa sebab terjadinya masalah mistik yang menimpa watak-watak dalam wayang ini.

DENDAM
Ada kata orang-orang bijaksana mengenai dendam. "Dendam adalah umpama meminum racun tetapi mengharapkan orang lain yang mati.",
"Dendam adalah umpama menyucuk dada sendiri dengan pisau tapi mengharapkan jiran anda yang luka". Ahahaha.

DI dalam hukum getaran vibrasi, dendam adalah salah satu emosi negatif yang akan mengumpul dan menarik segala masalah supaya menjadi besar. Dendam yang terlalu lama dikumpul, akan membuatkan urat jantung mengeras, menimbulkan gastrik, lalu berakhir menjadi anxiety attack, dan pemula bagi serangan jantung.

Orang-orang yang suka menyimpan dendam, bila dirawat akan kerap kerasukkan hingga melihat wajah musuhnya dimana-mana.
Dendam jugalah kadang kala yang membuatkan orang susah meninggal hingga dituduh bersaka, kerana hajatnya yang masih membara belum dilunaskan.

BERSANGKA-SANGKA
Ramai orang-orang yang meminta scan kepada saya, atau mana-mana anggota perawat yang lain, semuanya kerana sangkaan. Kenapa saya kata sangkaan? Jauh di dalam sudut hati kita, sebenarnya kita mencari pembenaran, atau sokongan dari mulut seseorang yang ada pengaruh hanya untuk mengiyakan pertuduhan kita dalam hati.

"Tok, cuba tengok-tengokkan tok, saya RASA saya ni disihir orang."
Itu adalah soalan tipikal yang sering ditanya oleh orang ramai, kerana mudahnya kita menyangka-nyangka, atas sangkaan sendiri, untuk masalah yang terjadi tanpa mahu retrospek diri terlebih dahulu.

Sering saya menegur klient, untuk mengubah cara fikir yang lebih LOJIK walaupun saya berurusan dengan "Alam tidak lojik". Bukan semua pening itu datang dari jin, bukan semua sakit perut itu tanda disihir, bukan semua histeria itu berpunca dari roh sesat.

Pengalaman anggota QI di tahun 2007-2009 dalam mengurus masalah histeria di sekolah berasrama penuh, dapat diselesaikan tanpa perlu bertempur dengan ketua jin pun. Cukup hanya dengan diplomasi dan jelingan manja dari kami perawat-perawat yang hensem (Jangan jeles ya) setiap satunya diselesaikan dengan cara yang pantas.

Kisah lanjut tidak akan diceritakan di sini, nanti semua orang jadi pandai mengurus kes histeria. Hahaha habislah modal kami.

TERLALU TAKSUB
Ini juga menjadi masalah besar, buat pesakit dan perawat itu sendiri. Ada perawat, yang terlalu taksub dengan ilmunya sahaja, dan ada pesakit yang terlalu taksub untuk mempercayai bulat-bulat apa saja yang dikatakan oleh perawat.

Lebih memilukan lagi, bila sharing-sharing "cara mengenal saka dan rasukan jin" sudah tersebar luas di alam maya. Informasi yang dikumpul sapu rata, berdasarkan cerita seram dari jiran dan buku yang dicantum-cantum membuahkan satu kaedah scanning yang sungguh tepat mengalahkan anak panah dan pembaris yang lurus, hanya melalui facebook dan Google.

Seperti biasa, tidak ketinggalan juga klient kami sendiri memang banyak yang datang berubat setelah baru saja habis membaca kaedah ini, dan kebetulan dia tiba-tiba saja merasakan perut mengeras dan degupan jantung menjadi laju, serta muncul gejala kesemutan.

Dan ada juga yang menjadi takut, seperti yang diceritakan di sini...

http://www.paranormsmagic.com/2015/05/aura-flow-gerakan-luar-kawalan.html

Usah bimbang, anda akan dijelaskan apakah sebenarnya anda ada jin atau tidak dalam badan, selepas menerima terapi aura dan mendapatkan khidmat nasihat dari kami.

ADA MASALAH HATI, BUAH PINGGANG, JANTUNG DAN ASID BERLEBIHAN DALAM BADAN. 
Ini adalah part yang paaaaaling saya gemari dalam proses MYTHBUSTING kepada klient yang balik-balik kerasukkan tiap minggu atau bulan, padahalnya sudah bertukar-tukar bomoh, ustaz dan perawat non-stop.

Biasanya, orang-orang yang lemah semangat mempunyai masalah kekuatan urat hati dan jantung. Begitu juga pada orang yang paranoid melampau-lampau, biasanya membabitkan dendam adalah salah satu pemicu kepada masalah-masalah hormon badan.

Biasanya untuk merawat masalah ini, saya akan menyuruh klient supaya mengamalkan senaman, makan coklat Black Forest, banyak makan sayur hijau atau buah epal, pisang, minum air kelapa selama seminggu, bersiar-siar di taman tema atau mandi laut bersama family / kawan.

SIDE EFFECT UBAT
Sama seperti kes diatas. Cuma dalam kes begini, yang perlu diberikan pencerahan bukannya pesakit, tetapi keluarganya. Berkhayal, halusinasi, bercakap sendiri-sendiri adalah simpton biasa yang terjadi sesetengah orang yang makan ubat membabitkan masalah kesihatan.

Daaan, pada sesetengah kes overdose (Ubat atau narkotik), meraung-raung kesakitan bila dipegang anggota badannya juga adalah perkara biasa. Namun jangan pula terus menuduh klient anda seorang penagih, melainkan anda sudah melakukan ujian "khas" yang boleh menentukan sebab sebenarnya sakitnya. Juga kami rahsiakan kaedahnya di sini. Hehehehe

EMOSI TERPENDAM  (POLTERGEIST EFFECT)
Aaaaah, this is the best case of all. Situasi yang paling ditunggu-tunggu dan diminati oleh semua jenis perawat. Pesakit meraung-raung, bersilat, melawan, menjadi kuat, dan dirasuk oleh jelmaan tertentu. Hehehe.
Dan pada sesetengah keadaan, walaupun sangat jarang sekali terjadi melainkan dalam wayang-wayang hantu SAHAJA, adalah poltergeist effect.
Badan pesakit terangkat pada ketinggian tertentu, yang tidaklah sampai ke bumbung pun, hanya beberapa sentimeter saja dari lantai.
Pisau di dapur terbang sendiri, sebenarnya tidak terbang pun, hanya jatuh dari singki kebetulan sebelum dirawat, anak-anaknya yang membasuh pinggan di dapur berlarian keluar.

Sebelum saya mempelajari kelas-kelas berkenaan KUASA MINDA MANUSIA, semuaaaa yang ganjil-ganjil semasa rawatan adalah dianggap salah jin bulat-bulat.
Kejadian poltergeist effect yang saya pernah benar-benar alami, adalah kepada sebuah mesin penyembur udara, yang sudah berbulan-bulan kehabisan bateri, tiba-tiba hidup menyala-nyala menyemburkan wangian berterusan selama 3 SAAT.

Kerana ketakutan, panik, dan fikiran serta badan terhenti menjadi kaku, (Biasalah nak, zaman permulaan masuk dunia paranormal) secara psikologinya saya "merasakan" bahawa kejadian itu berlaku selama 10 minit lamanya.

Untuk tidak mahu menyinggung mana-mana pihak, saya tidak ingin menulis panjang pada bab ini. Jika kita ada jodoh, bolehlah menjalankan aktiviti silaturrahim sesama kita untuk berkongsi pengalaman dalam dunia rawatan.
Insyaallah.


KEPERCAYAAN SETEMPAT
Tiada orang yang mati oleh hantu,
Sebenarnya saya agak kecewa pada babak akhir, kerana kematian bomohnya terlalu TIPIKAL, dan sudah dijangkakan dari awal lagi.

Satu "Brainwash" yang paling mudah disuap pada masyarakat kita, terutamanya yang beragama Islam, saya dapati sangat mudah "Mati" oleh hal-hal remeh, (Terutamanya watak imam, lebai, dan orang-orang alim yang tidak pandai merawat) apalagi pada filem ini terlalu mengemfasiskan kematian ahli-ahli agama di jalan Tuhan untuk berperang dengan jin dan bomoh.

Saya tidak mengondem filem ini ya, harap maklum. Saya memahami ADAT WAYANG DAN PERFILEMAN, tetapi itulah hakikatnya yang saya dapati pada klient, bila sangat banyak yang sudah terdoktrin dengan sentimen orang Islam harus banyak yang mati atau menderita supaya Tuhan memberikan bantuan dengan memanah petir pada seorang bomoh jahat di ending cerita.

Saya agak hairan dengan situasi ini, di mana seseorang yang menekan-nekan kesusahan atas nama Tuhan, dia merasa bahawa aksi itu akan "membuatkan" Tuhan rasa kasihan, seolah-olah Tuhan gembira dan suka melihat kita menderita.

Untuk memecahkan doktrin ini, saya sarankan anda merujuk pautan ini, untuk memahami adakah yng membuatkan anda menderita itu, kerja fikiran anda sendiri, ataukah benar-benar Tuhan itu suka melihat makhluknya sengsara untuk ke syurga..

http://www.paranormsmagic.com/2012/05/hukum-sebab-akibat-dari-sudut-mindpower.html

Alam mistik itu ABSTRAK dan STATIK, tiada penanda zahir dan tepat untuk mengukur TAHAP KEBENARANNYA. Jadi, sesiapa saja boleh mengaku, dia sudah bertemu raja jin, berguru dengan Nabi Khidir, berjumpa qarin Rasulullah, duduk dengan wali Allah dan berperang di alam ghaib mempertahankan kerajaan tinggalan Nabi Sulaiman bersama wali-wali zaman dahulu.
NO ONE, NOT EVEN ME.

Makanya, jalan terbaik dalam menguruskan pesakit seperti dalam filem seram di pasaran, adalah kembali melihat KE DALAM DIRI.
Berhenti menyalahkan anasir luar.
Berhenti tenggelam dalam fantasi liar yang mengatakan untuk masuk syurga aku harus miskin dan susah.
Berhenti, berhenti, diam dan heningkan dirimu.....

Lepaskan ego yang menjadi punca kesengsaraan mu. Buang seluruh gangguan dalam hati mu.
Diam lah, duduk lah, lalu tersenyumlah dalam cinta kasih Tuhan mu yang Maha kaya, Maha Pengasih lagi Maha penyayang.


Cukup saya katakan, bahawa MANUSIA ITU ISTIMEWA, DALAM FIKIRAN DAN HATINYA, TERSIMPAN BERIBU KEKUATAN TERPENDAM YANG KADANG KALA SERING DISALAH SANGKA ATAS KEMAMPUAN JIN.

Untuk mengetahuinya, bolehlah melihat kursus dan Ebook di sini tentang kemampuan hebat anda sebagai seorang manusia.

http://www.paranormsmagic.com/p/ebook.html

Senyum, rileks, pasrah lalu sebarkan artikel ini kepada teman-teman anda yang masih menderita untuk mengetahui hal yang sebenarnya, supaya mereka bergembira bersama.

Salam cinta kasih dari tulus dari dasar hati yang terdalam.

~ From QI With Love 

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...