Your Magic Blog: Vampire psikik.

Saturday 16 April 2016

Vampire psikik.



Pernahkah anda mengalami satu kejadian, di mana ketika anda berjumpa dengan beberapa orang yg sama atau baru anda kenali, tiba-tiba sahaja badan anda menjadi lemah, penat dan fikiran menjadi blur seolah-olah anda sudah melakukan senamrobik sambil berzumba 5 jam?

Jika kondisi ini berlaku pada setiap orang yang anda jumpai, maka itu tandanya anda mengalami kebocoran aura.
Jika anda muntah-muntah kuning atau hijau, boleh jadi anda keteguran atau dijurus oleh bomoh santet.
Jika anda cirit-birit, itu tandanya badan anda menerima energy cleansing dari perawat yang kasihan kepada anda.

TETAPI, sekiranya ia hanya berlaku hanya ketika anda berjumpa orang tertentu, atau hanya pada orang yang anda kenali, waspadalah!
Kerana anda sedang berdepan dan berurusan dengan vampire psikik.
Atau boleh jadi juga, anda sendiri adalah seorang vampire psikik.
Apalgi jika sentiasa berlaku kejadian malang yang berganti-ganti kepada orang dalam kelompok anda pada skala 8/10.

Usah khuatir, kerana mereka atau anda yang menjadi vampire psikik ini bukanlah hantu, bukan juga seorang yang disumpah. Anda dan mereka tetaplah juga orang yang biasa.

Kita tolak ketepi orang-orang introvert, kerana mereka kehabisan tenaga bukan akibat energynya diserap, tetapi kerana faktor bosan melampau.

Apakah ciri-ciri Vampire psikik ini?

1- Bila kita berurusan dengan mereka, fikiran dan badan mudah menjadi penat seolah-olah kita baru saja habis menjalankan aktiviti angkat berat.

2- Mereka memiliki sikap over-dramatik, sentiasa berada di pihak teraniaya tetapi mengaku baik. Kerap membangkit-bangkit cerita yang sama untuk modalnya.

3- Mempunyai sikap yang suka merendah dan memburuk-burukkan apa saja benda, situasi, lokasi dan orang-orang yang lebih dari dirinya. Dia merasa bahagia dan suka melihat orang menderita hasil dari verbal abuse yang diluahkannya.

4- Suka menyebarkan kisah-kisah propaganda dan menakutkan orang dengan doktrin tertentu untuk membuatkan dirinya menjadi ketua atau sekurang-kurangnya menjadi orang terpilih.

5- Bila dia berada di lingkungan, akan mudah terjadi pergaduhan tanpa sebab, gangguan emosi, serta pertengkaran walaupun untuk hal-hal kecil, yang biasanya mudah diuruskan andai dia tiada.

Harap maklum, bahawa vampire psikik bukan semua terjadi secara sedar, dan pada sesetengah kes, si pemangsa sendiri tidak sedar bahawa dia adalah vampire ini.

Menurut pandangan tradisional bomoh, vampire psikik adalah orang-orang yang memelihara saka. Namun dari segi pandangan metafizik dan psikology, saka bukanlah penanda utama dalam menentukan vampire psikik.

Kerana orang-orang yang memelihara saka, cenderung untuk melakukan upacara sesaji dan ritual khas yang memang sudah disepakati bersama dengan saka mereka, tanpa melibatkan orang lain tetapi diri sendiri.

Saka terdiri dari golongan entiti halus yang mudah diuruskan, tidak seperti manusia yang mempunyai banyak lapis ego dan emosi.

Lalu adakah caranya, untuk membenteng diri dari mereka, atau mengubah sel tubuh vampire anda?
Berita baik dan gembira, kerana sudah semestinya setiap yang terjadi di dunia ini ada penyelesaiannya.

Kaedah ini ada berbagai-bagai, dan antaranya yang paling ampuh sekali adalah...

1- Mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan aura, vibrasi, frekuensi, bioenergy, mental power dan benteng diri.

http://www.paranormsmagic.com/2011/12/penyelarasan-ilmu-alif-sejati.html

2- Jika anda mengesyaki diri anda menjadi vampire, ubahlah mental kondisi mental anda, dari orang yang teraniaya, menajdi orang yang hebat.
Kerana semuanya bermula dari diri anda sendiri.

https://www.facebook.com/QalamIlahiWellnessCenter/posts/927179870692419:0

Dari sudut psikology, orang-orang VP (Vampire PSikik) ini, sebenarnya adalah orang-orang yang memerlukan perhatian berlebihan saja.
Dan hanya memberi efek pada manusia yang lemah mental dan nipis auranya.

Namun jangan salah faham kepada golongan introvert, atau klient yang cerewet. Kerana kedua ini memiliki senario yang berbeza dari kes vampire psikik.

Kebanyakkan VP ini, merasakan aksi mereka adalah yang paling terbaik bermodalkan kebahagiaan, walaupun pada hakikatnya mereka sedang melakukan penderaan mental untuk membuat orang lain sebagai "harta" mereka.
Dan VP yang paling berbahaya sekali, adalah yang pandai memutar belit dan memanipulasi agama demi kepentingan dirinya sendiri.

Umumnya, petanda ketara yang anda akan nampak setelah mempelajari ilmu aura atau mengaktifkan aura pendinding diri, VP ini secara tiba-tiba akan memusuhi anda tanpa sebab yang jelas, baik bagi dirinya mahupun anda.
Mereka secara mental akan membenci anda dan akan menjauh sendirinya.

Naaah, di sini lagi isu timbul. Bagaimana kalau yang menjadi VP ini adalah isteri, suami, anak atau nenek anda? Kalau orang yang tiada kaitan dengan kita, sepertinya mudah untuk dibereskan. Tapi isu sebegini sungguh memeningkan kepala pastinya.

Usah risau, ada penyelesaiannya. Anda boleh menggunakan energy cinta kasih, untuk memberikan mereka perhatian yang diperlukan, di pautan ini...

http://www.paranormsmagic.com/2016/04/keajaiban-energi-cinta-kasih.html

Yaaa, percaya atau tidak, cinta kasih adalah obat paling ampuh untuk menguruskan masalah vampirism di kalangan kita. Hehehe.

Walaupun jika kita berhadapan dengan VP, usahlah kita mengutamakan kebencian dalam berurusan dengan mereka. Bukan semua manusia itu dilahirkan jahat, apalagi jika mereka sendiri tidak mengetahui mempunyai ciri-ciri ini.

Jika ada teman, kenalan mahupun sanak saudara anda yang dirasa memerlukan pencerahan mengenai isu-isu sebegini, silakan share artikel ini kepada mereka, semoga tulisan ini bisa membantu mereka dalam proses memperbaiki diri.
Demi kebaikkan anda, mereka, dan orang sekeliling anda.

Salam cinta kasih dari tulus dari dasar hati yang terdalam.

~ From QI With Love 

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...