Your Magic Blog: TACHYON VS JIN

Saturday 7 May 2016

TACHYON VS JIN



Assalamualaikum, selamat maju jaya dan salam cinta kasih buat para pembaca semua. Walaupun pada tulisan lalu saya berniat mahu menulis sinambungan mengenai kaedah menarik rezeki melalui kaedah "mengumpat", tetapi terpaksa ditangguh sementara kerana hati saya tiba-tiba terpesona kepada ilmu yang sudah lama saya pelajari, untuk dikongsi di sini.

Tachyon, sebenarnya bukanlah benda yang asing bagi setiap pengamal ilmu metafizik. Cuma disebabkan ego saya masih tinggi, maka sengaja Tuhan lambatkan kefahaman ini dari muncul dalam diri saya setelah bertahun-tahun mendalami ilmu terapi alternatif ini.

Baiklah, secara mudahnya, saya terjemahkan secara terus mengenai tachyon ini kedalam bahasa Malaysia. Sebelum bumi ini dan isinya tercipta di alam perspektif 3 Dimensi, wujud satu dimensi yang dinamakan "Quantum Zero-Point Field". Di dalam bahasa tarekatnya, MUNGKIN boleh dikaitkan dengan "Bahr Qudrah, Ocean of power, Ocean of probability, atau lautan kekuasaan Ilahi".

QUANTUM ZERO-POINT FIELD

Dimensi ini tidak mempunyai bentuk, biasa digelar "Ada di dalam tiada, tiada di dalam ada". Ia mengisi segala kemungkinan dan berada di wilayah yang tidak dikuasai oleh ruang masa mahupun ruang fizik. Tanpa batas dan memiliki segala-gala kemungkinan baik yang bisa difikir mahupun tidak terjangkau oleh akal. Di sini lah bermulanya segala-gala bagi kehidupan dan segala ciptaan. 

TACHYON

Di dalam QZPF ini, wujud partikel kuantum yang digelarkan sebagai Tachyon. Partikel yang memenuhi QZPF, Partikel ini mempunyai kelajuan yang lebih cepat dari cahaya, dan mempunyai potensi tanpa batas untuk menjadi apa saja. Tachyon ini adalah sumber bagi segala-gala benda yang terdiri dari Vibrasi, frekuensi dan energy.

SUBTLE ORGANIZING ENERGY FIELD (SOEF)

Ketika tachyon memasuki ke dunia 3 Dimensi yang kita lihat sekarang ini, atau ketika terciptanya sesuatu ke dalam dunia ini, tachyon akan ditangkap oleh partikel SOEF, yang diwakili oleh "frekuensi" tertentu untuk diubah ke bentuk yang diingini. SOEF adalah "Jambatan" yang menghubungkan alam material ini dengan alam Quantum.

Untuk membuatkan anda semakin pening, akan saya katakan bahawa setiap benda adalah energy. Dan walaupun pada dasarnya setiap benda adalah terdiri dari partikel atom dan elektron yang sama, kenapakah ia mempunyai bentuk, densiti dan rupa yang berbeza?

Yaaa, SOEF inilah yang menentukan, atau ditentukan oleh setting tertentu yang "MEMEGANG" setiap partikel ini pada bentuk dan rupanya yang diingini. Dan ia jugalah yang bertanggungjawab mempertahankan bentuknya dalam alam material supaya kekal menjadi seperti apa yang kita lihat dan gunakan sehari-hari.

Dan apabila kita sebutkan energy, ia merangkumi semua, tidak kira benda kasar mahupun halus, termasuk bunyi dan udara, fikiran dan imajinasi. Semua adalah bermula dari tachyon. Sebuah ciptaan terwujud ke alam material, ketika diberikan perhatian. Dan jika perhatian ini dipertahankan untuk jangka masa yang tertentu atau terlalu lama, akan cuba dizahirkan oleh alam semesta ke alam ini, melalui pergerakan dan kemasukkan tahcyon ke alam kita.



Bagi yang lebih suka melihat tachyon melalui sudut pandang saintifik dan tidak ingin mempelajari ilmu rawatan dan teori kuantum metafizik, dipersilakan mencari istilah tachyon di Google saja, kerana di sana akan banyak lagi artikel yang menceritakan perihal Tachyon dari berbagai sudut dan teori.

Dalam ciptaan alam semulajadi, sering orang tertanya-tanya, kenapa jantung berbentuk sebagai jangtung, dan pankreas berbentuk pankreas, walaupun keduanya adalah energy yang berasal dari sumber yang sama? SOEF inilah yang bertindak sebagai "pembungkus" yang diwakili oleh frekuensi getaran untuk mempertahankan bentuknya.

Nah, dalam kebanyakkan kes yang menyebabkan gangguan pada setiap benda atau organ, dapat kita katakan bahawa sistem penerima tachyonnya sedang terganggu. Lalu bagaimana mahu memperbaikinya? Sudah tentulah dengan cara mensuply atau melancarkan sistem tachyon ke dalam organ atau benda yang bermasalah tadi.

Okay, habis serba sedikit mengenai tachyon. Dan kita teruskan pada penggunaannya dan penjelasan mengenai penggunaannya. Sebenarnya, kaedah penyaluran energy yang sudah lama dilakukan oleh perawat, tidak kira moden, mistik mahupun metafizik, semuanya dipengaruhi oleh sistem pengisian tachyon kepada target.

Seorang doktor, yang menyuntik dan memberi pil, sedang memberikan pengisian tachyon (Yang telah dipertahankan bentuknya oleh SOEF tadi kepada pil dan cecair) kepada pesakitnya.

Seorang bomoh dan ustaz yang membacakan air yasin atau air tawar, sedang memberikan pengisian tachyon (Yang telah diprogramkan dengan frekuensi penyembuhan untuk menjadi antena tachyon) untuk menerima dan menambahkan tachyon pada pesakitnya.

Seorang penyalur energy kunatum bio-metafizik yang menyalurkan energy penyembuhan kepada chakra pesakitnya, secara tidak langsung telah berhubung terus dengan tachyon melalui  attunement energy tertentu (Reiki, SIn Ilahi, Kundalini, Qi, Chi, Prana, dan lain-lain) kepada pesakitnya.

Penggunaan tachyon di dalam partikel udara sebagai bahan tenaga, sudahpun lama divisikan oleh seorang saintis yang telah dilupakan oleh sejarah, iaitu Nikola Tesla. Beliau sudah berjaya mencipta alat yang mampu menyerap partikel tachyon untuk dijadikan tenaga yang dapat disalurkan tanpa wayar ke mana sahaja asalkan anda mempunyai pemancar dan penerima.



Namun sayang sekali, kerana teknologi ini diberikan secara percuma, dan tidak mendatangkan keuntungan kepada syarikat yang mempaternkan elektrik, maka ciptaan beliau disabotaj, dimusnahkan dan dihalang dari mendapat kelulusan hak ciptaan. (Walaupun sudah ada beberapa ciptaan beliau yang kini sudah ditemukan semula, namun belum dapat disempurnakan kerana hilang beberapa isi penting pada blueprintnya)

Dalam kes umumnya, ketika seseorang menerima attunement ilmu rawatan, dia sebenarnya sedang menerima energy tachyon yang sudah "Disetkan" kepada frekuensi tertentu yang lebih padat dan senang diakses hanya dengan melalui NIAT. 

Kerana umumnya penggunaan energy tachyon memerlukan seseorang itu memasuki kondisi mental alfa, maka dengan kaedah attunement, seseorang sudah diselaraskan dengan energy rawatan cukup dengan niat dan afirmasi sahaja.

Walaubagaimanapun, untuk efek yang maksimum dan optimum, otak haruslah berada pada level ALFA dan ini sangat-sangat digalakkan. Kerana hanya dalam level alfa sahaja, pergerakkan energy akan lebih lancar tanpa gangguan EGO dan LOJIK yang akan mengganggu keyakinan diri seseorang, sekaligus membatalkan SOEF (Ikatan) energy yang sudah diset tadi.

Tanpa disedari, walaupun sudah lama melakukannya, kaedah membuat air penawar, membuat tangkal, membuat psionic (Tangkal moden), membuat wafak, dan membuat barang pusaka ajaib atau lucky item, sebenarnya tidak lari dari pengetahuan tachyon itu sendiri.

Jika kita perhatikan, sebenarnya ilmu-ilmu orang Nusantara zaman dahulu, bukanlah semuanya berasal dari sistem kesyirikkan semata-mata. Hanya kerana Orang zaman sekarang yang TIDAK MENGETAHUI kefahaman, teory dan tekniknya, lalu MENGIKUT-NGIKUT tanpa ilmu lah yang menyebabkan isu syirik dan tahyul ini timbul.

Ditambah lagi dengan tekanan-tekanan dari pihak "TERTENTU" yang tidak mahu "Mempelajari dan memahami" kaedah ini, lalu secara membuta-tuli terus mengharamkan semuanya tanpa usul periksa sedangkan banyak benda yang mereka sendiri tidak tahu dan tidak faham, kerana tidak mahu bertanya kepada orang yang AHLI dalamnya.



Sekarang ini lagi, muncul banyak sudah "Stiker Ajaib kuantum metafizik" yang banyak dikaji dan dibuat berdasarkan teori kuantum metafizik yang ekstensif dan mendalam oleh Rusia, Jerman dan Amerika sendiri di dalam makmal. Namun sayangnya terlalu banyak VERSI CIPLAK yang sudah berleluasa dijual di pasaran dengan nama skalar quantum stiker.

Stiker Quantum ini secara energynya, memang diset dengan tujuan tertentu untuk menjadi antena Tachyon dan menerima setting frekuensi yang ditetapkan melalui pemancar dari kilangnya. Namun seperti yang saya katakan tadi, terlalu banyak stiker ciplak yang dijual, sehingga banyak yang tidak menerima efek sebenar, dan memandang serong teknologi stiker quantum ini.

TETAPI, jika anda perhatikan pula dari sudut yang berbeza, satu stiker biasa, jika DIPROGRAMKAN menjadi antena tachyon, secara energynya akan sudah lengkap menjadi pemancar dan penerima energy tachyon secara berterusan. Namun ia memerlukan AWE EFFECT yang kuat untuk menghasilkan PLACEBO pada si pemakainya supaya frekuensi aura, tubuh, mental dan fizik menjadi sinkron dengan stiker tersebut.



Kelajuan tachyon ini sangatlah cepat, melebihi cahaya itu sendiri, dan bersifat tanpa batas. Dan agak melucukan pada pendapat saya, bila masih wujud golongan yang anti kepada ilmu energy dengan mengatakan bahawa ilmu Aura Quantum ini BERKAWAN DAN MENGGUNAKAN ENERGY DAN BANTUAN DARI JIN.

Jin itu, adalah makhluk yang mempunyai frekuensi merah, berada di bawah lebih lemah dan mudah terhurai mengalahkan partikel khayalan sendiri. Kerana lemahnya makhluk jin ini, sehingga famous dikatakan bahawa dalam 1000 penampakkan, kata-kata dan wujudnya adalah DUSTA dan hanya 1 sahaja yang paling benar.

Saya masih terkesan dengan golongan yang mengakui mereka pernah berjumpa dengan Nabi Khidir, tetapi sayangnya masih stuck dan kekal dalam frekuensi alam Jin, seolah-olah kepintaran nabi Khidir AS itu hanya terbatas pada kaedah menangkap dan menyembelih jin semata-mata, sedangkan baginda diketahui sebagai seorang yang bijaksana, mengetahui ilmu Laduni dan mempelajari rahsia alam semesta. (Atau benarkah itu ilmu yang diajarkan oleh Nabi Khidir, ataukah tujuan marketing semata-mata?)

Lalu bagaimana pula energy yang super duper halus menyamai frekuensi alam Ketuhanan dikatakan sebagai ilmu yang menggunakan energy JIN? Owh ramai yang tersilap, dengan mengatakan bahawa energy ILAHI itu hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja. Bagi saya, itu adalah satu salah faham yang sungguh OLD SCHOOL.

Allah SWT itu adalah Rahmatan Fil Alamin. Rahmat bagi sekalian alam, dan Maha bagi segala-gala kebaikkan yang mengutamakan KASIH SAYANG dan mendahului sangkaan hamba-hamba Nya sendiri. Manusia itu lah yang sebenarnya mempergunakan Tuhan untuk dirinya sendiri hingga membatas-bataskan rahmat Allah sesama manusia di bumi ini.

Dan seperti yang berulangkali saya katakan pada semua teman-teman, ILMU RAWATAN itu bebas diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira batas agama, status dan bangsa. Dan sehingga kini saya percaya dan terus percaya, ketika menerima rawatan dari hospital sendiri, tiada pesakit yang bertanya apa agama dan bangsa doktor yang merawatnya bukan?

Dalam konsep tachyon itu sendiri, Allah sudah jelas menunjukkan kepada semua ciptaan Nya di bumi ini, bahawa semua makhluk, ciptaan dan kejadian itu diberikan oleh Allah sama rata, tanpa mengira dia baik atau jahat, dalam menerima SOEF untuk terus hidup dan wujud di bumi ini.

Bahkan, walaupun dengan jelas dan terang JIKA seseorang itu mengakui bahawa ilmu dan kuasanya itu menggunakan pengaruh syaitan, jin dan hantu, itu tetaplah termaktub dalam izin Tuhan untuk digerakkan dan dijadikan sesuai dengan FREKUENSI yang ditetapkan oleh pengamal itu sendiri, contohnya ilmu sihir dan ilmu untuk membunuh dan melakukan kerosakkan.

Segala situasi dan kejadian itu sendiri, adalah ENERGY IN MOTION, energy yang bergerak, di mana asal semua energy sendiri adalah dari tachyon di alam Zero-point field. Maka segala ilmu dan kefahaman itu adalah bebas diamalkan oleh sesiapaun sahaja. 

Cuma seperti biasa, setelah dimaterialkan ke alam kita, energy tachyon ini yang diubah kepada frekuensi tertentu, akan tertakluk juga kepada beberapa undang-undang alam 3 dimensi ini. Seseorang yang ingin mempelajari ilmu rawatan, haruslah menjalani juga situasi-situasi atau amalan tertentu untuk membolehkan dia mengakses dan melakukan sesi rawatan kepada klientnya.

Maka, jika anda tidak melakukan latihan, melakukan penguatan, melakukan sesi attunement dan ulangkaji, maka sudah pastilah anda tidak akan memperolehi hasil yang maksimum dalam kefahaman dan kaedah yang dilakukan.


ALAM INI TERCIPTA DARI TACHYON

Tahukah anda, bahawa walaupun melalui pandangan mata kasar dan tubuh fizik kita ini mempunyai had, dan boleh dihalang atau dihentikan menggunakan daya fizik tertentu, tetapi dari sudut sains dan kuantum metafizik, dinyatakan bawa partikel TIDAK PERNAH BERHENTI dan sentiasa bergerak atau bergetar pada atomnya?

Kita andaikan secara RINGKAS mengenai gerakan partikel melalui sebuah skrin TV. Ketika kita melihat benda dalam TV itu bergerak, sebenarnya yang bergerak bukanlah "Diri" sebenar watak itu, melainkan ia sebenarnya adalah fenomena di mana setiap titik pixel itu bertukar ganti warnanya membuatkan ilusi seolah-olah benda dalam TV itu bergerak, sedangkan pada hakikatnya skrin itu tidak kemana-mana.



Hanya benda, watak dan lokasi dalam skrin itu sahaja yang berubah-ubah akibat pertukaran pixel (Yang kita andaikan sebagai partikel), maka disebabkan inilah muncul teory dan sudah dikatakan dalam banyak kitab suci bahawa "Hidup ini hanya mimpi / permainan / Ilusi yang dialami oleh kesedaran kita yang dipandu oleh ego, nafsu dan emosi.

Lalu persoalannya, adakah jin mampu melawan energy tachyon? Ataukah dia lebih kuat dari tachyon, ataukah dia yang mengawal energy tachyon ini? Ahh, jawapan kepada soalan ini sungguh abstrak, dan dipengaruhi oleh bias kepentingan, kepercayaan, dan persepsi masing-masing.

Kuman yang sangat halus, mampu mendatangkan penyakit dan kerosakkan pada tubuh, boleh dilihat melalui mikroskop. Boleh diubahsuai dan dikaji dalam makmal, boleh diprogramkan untuk menjadi senjata biologi, namun sangat kecil, lebih kecil dari lubang jarum. Bahkan dalam lubang jarum itu sendiri masih terdapat kuman yang sangat halus.

Adapun jin itu, kemungkinan besar dinyatakan dalam Quran adalah sebahagian dari makhluk halus (Kuman) yang digelarkan syaitan dan Jin. Saya tidak akan masuk dalam bab ini, memandangkan ia membabitkan hal yang taboo dikalangan orang kita.

Dan melalui kaedah attunement, energy tachyon pula yang datang dari Zero-point field (Bahr Qudrah, Ocean of power) mampu mengubah susunan atomik pada level energy terhadap sesuatu benda, baik manusia mahupun benda kaku.

Jin itu terletak pada level paling rendah, malah lebih rendah dari KUMAN, kerana kuman masih lagi mampu dilihat dengan mikroskop buatan manusia dari mata fizikal, jadi secara common sensenya, jika dikatakan bahawa jin itu berkuasa, mampu merosakkan manusia dengan kekuatan zahirnya, sudah tentu ia boleh dilihat dengan mikroskop kan?

Tetapi, bukankah energy Tachyon itu tidak boleh dilihat? Kenapa ia mampu mengubah struktur atomik sesuatu benda? Jin itu datang dari alam frekuensi rendah, energy tachyon itu berasal dari alam frekuensi tinggi melebihi kelajuan cahaya, (Hampir dengan frekuensi para malaikat), SUDAH TENTU BERBEZA PRINSIPNYA KAN?

Untuk mengelakkan perdebatan, dan mengemfasiskan siapa salah atau benar, kita hentikan isu ini disini. Masing-masing manusia itu BENAR, selama mana ia mempertahankan pendapatnya sendiri, berdasarkan perguruan dan levelnya masing-masing. Saya HARGAI DAN HORMATI pendapat anda yang berbeza dengan saya.

APLIKASI UMUM ANTENA TACHYON

Sejujurnya saya tidak berani memberikan sebarang komen berlebihan, walaupun melalui pengalaman sudah banyak membuat penyaluran energy ke dalam air minum, mengisi energy tertentu ke dalam batu kristal, dan membuat psionic untuk hajat tertentu. Kerana saya mengkaji tachyon ini agak lambat, dan ketinggalan dari teman lain.

Namun berdasarkan pengalaman, saya dapat perhatikan dan fahami beberapa fungsi dan cara kerja antena tachyon yang biasa saya lihat. 

CINCIN TACHYON

- Cincin yang diisikan dengan energy tertentu. Biasanya hanya berfungsi jika disarungkan di jari. Fungsinya untuk memancarkan energy yang sudah disetkan untuk mempengaruhi orang lain yang berada di hadapan kita.

MINYAK TACHYON

- Biasa digelar dengan minyak senyonyong, minyak cenuai, minyak dagu dan lain-lain. Walaupun sebenarnya banyak wujud minyak yang diisikan dengan aura bunga-bungaan atau unsur lain yang lebih baik, tetapi minyak di atas lebih terkenal dikalangan orang ramai. Biasanya digunakan untuk tujuan pengasih, namun banyak lagi kegunaan lain untuk kesihatan dan kebaikkan yang tidak disebut dalam minyak lain.

AZIMAT TACHYON

- Biasanya digelar wafak, atau psionic. Orang nusantara dahulu kala mempergunakan elemen SACRED GEOMETRY yang diketahui mampu memerangkap energy dengan program tertentu, untuk dijadikan sebagai pemancar gelombang energy kepada suatu kawasan, atau kepada seseorang.

Zaman kini, azimat disalah anggap sepenuhnya sebagai alat yang berkuasa, sedangkan orang zaman dahulu sudah menggunakannya sebagai ALAT yang mampu mempengaruhi energy yang ada di alam sekitar bagi tujuan yang mendatangkan kebaikkan. 

Orang Jepun dan Cina paling banyak diketahui mempergunakan elemen psionic dalam tulisan, untuk memancarkan energy dorongan kepada si pembaca dalam seni tulisan mahupun ritual tertentu. Bahkan sebenarnya, orang-orang kita sendiri walaupun banyak yang kononnya mengatakan kaedah ini tahyul dan syirik, tanpa disedari turut menggunakan elemen psionic ini sendiri.



Cuba perhatikan pada dinding rumah dan kedai perusahaan orang Islam, anda akan dapat lihat gambar-gambar wali Songo, poster Sandal Rasulullah SAW, gambar Kaabah, ayat seribu dinar, dan berbagai-bagai ayat suci tergantung di dinding untuk tujuan mengambil berkat, melindung rumah, dan menarik rezeki.

BARANG BERTUAH / PUSAKA GHAIB

- Orang dahulu gemar membawa keris, tongkat, dan menyimpan benda-benda yang dianggap bertuah. Selama anda masih menganggap bahawa benda-benda ini hanya sekadar ALAT, tidak salah mempergunakan atau menyimpannya sebagai koleksi atau tujuan tertentu. 


Selama anda tidak memperTuhankan ia, maka ia tetaplah sebagai alat yang membawa kepada asbab sesuatu perkara. Bahkan jika anda menggunakan benda moden sekalipun, dan menyakini satelit dan kereta mempunyai KUASANYA SENDIRI yang mengubah hidup anda, itu sudah dikira sebagai syirik kerana mempercayai kereta dan benda-benda lain itu BERKUASA untuk mengubah hidup anda.

CARA MEMBUAT ANTENA TACHYON

Biasanya bagi pengamal ilmu Metafizik yang berasaskan Bio-Aura, aktiviti mengisi energy ke dalam air, mengisi energy ke dalam cincin dan kristal, aktiviti mengisi energy pelindung pada rumah, premis dan perhiasan, sebenarnya adalah teknik untuk menjadikan benda itu sebagai sebuah antena tachyon.



Kebiasaannya, untuk mempatenkan energy pada benda-benda yang akan diisi dengan energy memerlukan penyelarasan tenaga selama 3, 5 atau 7 hari berturut-turut untuk menstabilkan jaringan energy pada benda tersebut. Walaubagaimanapun, sesi penyaluran selama 20-30 minit pada satu benda, jika diniatkan dengan senyum, rileks dan pasrah, apalagi jika berada dalam kondisi meditatif di level alfa, sudah cukup untuk menjadikan ia menjadi sebuah antena yang berfungsi secara automatik.

Sesi penyaluran secara berterusan hanyalah bertujuan untuk menyambungkan mental, frekuensi dan keluasan jaringan yang dipancarkan oleh antena tachyon tersebut. Semakin lama, aktif dan giat anda salurkan, maka semakin membesar dan menguatlah gelombang yang dipancarkannya kepada alam sekeliling.

Bagi orang biasa, saya tidaklah berapa arif untuk memberikan attunement mengenai energy tachyon. Namun sebagai alternatifnya, anda bolehlah mendapatkan attunement energy berasaskan Energy, Vibrasi dan Aura, seperti Sin Ilahi, Acupineology, dan Supreme Aura Frequency (SAF) pada link yang saya berikan di bawah ini.

http://www.paranormsmagic.com/p/kursus.html

Sekian penulisan kali ini. Semoga anda mampu mendapatkan pencerahan dari tulisan yang tidak seberapa ini. Silalah kongsikan andaikata anda merasakan ia bermanfaat untuk diri anda atau teman yang lain.

Salam cinta kasih dari kami untuk anda semua.
~ From QI With Love.

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...