Your Magic Blog: Pengaktifan Kuasa Terpendam Yang Sering Disalah Sangka Sebagai Gangguan Jin

Monday 23 May 2016

Pengaktifan Kuasa Terpendam Yang Sering Disalah Sangka Sebagai Gangguan Jin


Biasanya, setelah seseorang menerima inisiasi (Atunement) dalam mempelajari ilmu seperti Reiki, Tenaga dalam, Bio-Energy, Ilmu hikmah dan lain-lain, deria GHAIB nya yang selama ini tertidur dorman dalam badan akan bangkit, menimbulkan sensasi-sensasi yang sering disalah anggap sebagai satu gangguan dari entiti tertentu hingga menimbulkan ketakutan dan anggapan salah dari group tertentu yang memandang serong pada ilmu sebegini.
Kebolehan ini, biasanya dipanggil sebagai kebolehan psikik, atau lebih umum kami panggil sebagai sensasi tubuh sahaja. Kerana psikik agak terlalu ke-Barat-an dan kurang selesa disebut-sebut oleh orang yang baru belajar ilmu energy, dan sering dikaitkan dengan superhero kartun.
Sensasi tubuh ini tidak dinafikan memang wujud, dan rasanya berbeza-beza bagi setiap orang. Namun ada juga yang sama dan serupa. Ini dipengaruhi oleh kefahaman, kepercayaan, pengalaman hidup, trauma dan dominasi hemisfera otak masing-masing.
Sensasi-sensasi ini pula biasanya akan membawa kepada pengaktifan kebolehan tertentu pada diri anda, yang selama ini dipandang biasa, dihina dan diperlekehkan seperti sampah. 70% orang-orang yang mempelajari dan mendalami ilmunya bersungguh -sungguh terdiri dari looser, pencundang, rendah harga diri, dan mangsa sihir.
Yang mana jika ia dilatih, difahami dan DIJELASKAN secara telus, oleh ahli, guru, dan pengajar yang memang sudah faham dan biasa dengan situasi ini, akan menjadikan sensasi ini sebagai satu kebolehan AJAIB yang boleh digunakan untuk membantu manusia dan diri anda sendiri.
SAKIT KEPALA  BERTERUSAN 
Sensasi ini tidak dinafikan agak mengganggu kehidupan seharian jika ia tidak dibereskan segera. Dan kadangkala, agak susah untuk membezakan mana sakit kepala yang betul atau sensasi dari respon saraf otak kiri yang menyerang otak kanan.
Biasa terjadi pada orang-orang yang terlalu berkeras, memaksa, dan tergesa-gesa mahu membuka Mata Ghaibnya, apalagi jika ditambah dengan niat mahu membongkar rahsia orang lain. Tenang saja kawan. Spiritual itu mudah dan simple.
Tujuan kita dalam mempelajari ilmu spiritual, metafizik dan bio-aura, bukanlah untuk mahu membuka-buka dan menyebarkan aib orang. Bukan juga untuk melihat bagaimana bentuk dan rupa syurga serta neraka. 

Orang-orang yang selama ini AGAK LOJIK, dan didominasi otak kiri, cenderung merasa "Was-was" dan "Tertanya-tanya" validiti bagi benda yang tidak mampu dihadam oleh indera fizikal, disebabkan ini, terjadinya serangan dari neuron otak kiri untuk MEMATIKAN hubungan dari saraf otak kanan.
Seringkali, ada sesetengah orang yang suka menuduh bahawa ada jin sedang masuk dalam kepala, untuk mengambil alih kesedaran mereka yang mengalami isu begini supaya meninggalkan segera ilmu energy. Kerana attunement adalah proses pemindahan saka guru kepada murid. Hahaha.
Nasihat saya, SENYUM, RILEKS, dan PASRAH dalam latihan dan amalan. Usah tergesa-gesa mahu menjadi superhero untuk menggunakan mata ketiga anda untuk rawatan. Faktanya, tanpa mata ketiga sekalipun, anda tetap boleh menyalurkan energy penyembuhan dan membuat pagar ghaib pelindung energy bagi diri, klient dan keluarga anda.
Mata ketiga fungsinya hanyalah sekadar ANALISIS, bukan HAKIKAT. Dan ia didapati melalui wisdom, kebijaksanaan, kesedaran dan KETENANGAN DARI HATI YANG TERDALAM. Bukan dipengaruhi oleh nafsu yang tergesa-gesa dan celaru.
Perbanyakkan minum air, mendengar lagu-lagu yang menenangkan (Mengaji atau baca ayat suci dari agama masing-masing jika itu mampu menimbulkan rasa gembira, kesedaran dan kerendahan hati kepada Tuhan, lagilah digalakkan), Tafakkur / Meditasi dengan perasaan yang tenang, "TINGGALKAN" dan "LUPAKAN" hal-hal duniawi ketika anda melakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 10-30 minit sehari.
DERIA PENDENGARAN SEMAKIN TAJAM ATAU TERDENGAR-DENGAR BUNYI YANG BUKAN PADA TEMPATNYA.
Sensasi ini sering disalah anggap kononnya anda sedang didatangi oleh jin, ataupun roh anda sedang dilarikan oleh jin atau bomoh ke alam ghaib. Tidak saya nafikan, anda memang mendengar berbagai-bagai FREKUENSI bunyi dari seluruh dimensi alam, namun menuduh semua atas nama jin bukanlah caranya.
Bagi orang biasa, yang tidak menerima atau mempelajari apa-apa ilmu, sejujurnya situasi ini memang agak menakutkan. Apalagi selama ini kita sudah sering dimomok-momokkan dengan kisah-kisah seram yang dikatikan dengan suara ghaib yang menyuruh seseorang melakukan pembunuhan atau kejahatan.
Itu namanya SKIZOFRENIA, penyakit otak dan masalah mental akibat stress, halusinasi dan tekanan hidup. Berbeza sekali dengan situasi di mana anda telah mengaktifkan deria terpendam dalam diri, di mana anda SEDAR, dan mampu MENGAWAL FIKIRAN dan TINDAKAN tanpa gangguan.

Pada satu tahap, telinga anda akan berdengung panjang seperti ketika rumah anda mengalami gangguan elektrik di malam hari, lalu suasana menjadi sepi sunyi hingga telinga anda berdengung nyaring kerana kesunyian tersebut.
Harap maklum, situasi ini hanya akan berlaku selama beberapa saat sahaja. Jika ia berlarutan sehingga berhari-hari, itu tandanya anda memang mengalami masalah gegendang telinga. Sila berjumpa dengan doktor pakar telinga, SEGERA. Hahaha.
Atau pada waktu tertentu, ketika anda berada di keramaian manusia, anda merasa seolah-olah berada dalam balang kaca yang besar dan tidak mendengar suara orang ramai. (Juga berlaku dalam beberapa saat sahaja, atau ketika anda berkhayal, atau anda memang sengaja meng-hening-kan diri)
Ini banyak berlaku pada orang seni, dimana dominasi otak kanan mereka lebih kuat. Ini membantu mereka fokus atau mencari idea dalam situasi tertentu, yang mengakibatkan energy dihantar lebih banyak kepada cakra Ajna (Mata ketiga), lalu mengaktifkan sensasi ini yang biasanya terjadi sebelum mereka berimajinasi atau melakukan Astral Projection.
ORANG  TIBA-TIBA MENJADI SENANG BERADA HAMPIR DENGAN ANDA
Orang tua dulu-dulu, biasanya agak berhati-hati dalam situasi ini. Kerana mereka hidup di zaman "Peperangan ilmu", maka aktiviti mencuba-cuba kehandalan ilmu masing-masing tidak dapat dielakkan, lalu kita pun ditakuti supaya jangan sesekali mendekati orang yang ganjil perwatakkannya kerana bimbang anda akan dikenakan ilmu santau, pemanis dan dicalit minyak dagu.
To be fair, dalam situasi umum. Anda tanpa disedari akan "dikasihi, disayangi, diperhati, dan dikonformkan" oleh orang biasa tanpa perlu mencalit minyak dagu kepada sesiapapun. Dan bergantung kepada kadar latihan, keyakinan dan besarnya tabung tenaga dalam tubuh anda, usah hairan jika ada sahaja orang yang tiba-tiba "Open" kepada anda, walaupun baru kenal dalam masa yang singkat.
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda menyebarkan dan meyalurkan energy cinta kasih atau penyembuhan kepada sesiapa sahaja yang anda jumpai, baik di warung mahupun kompleks beli belah. Usah segan silu memancarkan energy dengan niat membahagiakan semua manusia di mana jua anda berada.
Benar, anda tidak akan mampu memberhentikan perang dunia keempat, menyembuhkan semua pesakit kanser di dunia, mahupun memberikan makanan kepada semua kanak-kanak di Afrika, tetapi tiada salahnya MENYEBARKAN cinta kasih dan sedekah energy kepada semua makhluk dengan niat baik kan?

Sebenarnya ini bukanlah sensasi, tetapi lebih kepada efek pembangkitan aura pada tubuh yang selama ini terkunci, membuatkan kewujudan anda tidak dikenali. Usah terkejut jika anda menerima tuduhan dari orang tertentu kononnya diikuti jin, atau memelihara saka minyak dagu, kerana aura anda yang memancar tidak dinafikan akan membuatkan ramai yang cemburu dan jeles. 
SERING MENERIMA JAWAPAN YANG DIBISIKKAN TERUS DALAM HATI ATAU TELINGA
Bisikkan ini datangnya dari DALAM, bukan luar telinga. Dan melalui sentimen inilah, ramai orang merasa takut dan fobia kerana merasakan ada entiti luar yang sedang mengikuti dan berbisik secara terus sebelah mereka ke telinga.
Suara dalaman ini, digelar INTUISI. Gerak rasa dalam hati nurani yang biasanya menolong anda setelah biasa mengakses kondisi super sedar dan tenang hening yang damai. Jika anda sering melakukan latihan mengakses ke dalam diri, maka kebolehan ini tidak akan asing kepada anda.
Jika ia datang dari luar, dan anda sering mengigau tengah malam bermimpi melihat ada hantu pontianak sebelah katil anda, atau baring bersama-sama, yup, itu barulah namanya gangguan. Hehehe.

Ada masanya, bantuan ini bukan datang dari bisikan dalaman. Kadang-kadang anda akan dapat ilham setelah mendengar suara spontan dari orang, atau sumber-sumber alam sekeliling. Kadang-kadang ketika anda melihat papan tanda, tiba-tiba saja anda terbaca contengan orang yang terus masuk ke dalam hati, "menyedarkan" anda tentang perkara dan permasalahan tertentu.
MUDAH MERASAKAN NIAT DAN TUJUAN TERSEMBUNYI DARI SESEORANG
Agak sukar untuk dijelaskan dalam bentuk tulisan, namun contoh mudah adalah begini. Anda didatangi seorang yang bermasalah, mendengarkan kisahnya, namun ketika hendak diberikan terapi, anda terasa seolah-olah pertemuan itu dan sesi penyaluran itu agak sulit dijalankan. Walaupun perwatakkan nya sangat baik, dan kata-katanya dipenuhi dengan ayat tulus ikhlas, tetapi hati anda agak berat untuk meneruskan sesi rawatan denganya lagi.
Lalu selang beberapa hari, atas senario yang tidak disangka-sangka, anda mengathaui bahawa dia sebenarnya "Tidak berniat untuk sembuh", melainkan hanya mencari orang pandai untuk membuang sampah emosi dalam dirinya dan mahukan perhatian semata-mata dalam proses menerima sokongan supaya masalahnya itu DIEMFASISKAN sebagai masalah terbesar. 
Ini membuatkan dia berterusan meminta-minta rawatan, minta scan dari berbagai perawat, dan minta ditilik sehingga ke seluruh nenek moyangnya konon untuk menyelesaikan sumpahan dalam dirinya, padahal semua itu adalah pelarian minda semata-mata untuk menghiburkan dirinya yang ketagih perhatian.
Dalam beberapa kes, anda merasa sangat kuat dalam diri, mengatakan harus menjauhi dan mengelak dari mengikuti sesuatu perkara walaupun ia nampak baik. Ini menjadikan sesetengah orang merasa keliru, adakah ia satu perasaan yang benar, atau sekadar buruk sangka dari dirinya sendiri?
Semuanya bergantung pada emosi. Jika intuisi anda timbul mencanak-canak ketika emosi anda bebas dari tekanan, bebas dari penghakiman, bebas dari buruk sangka, maka ia valid untuk dituruti. Namun, apa yang dapat saya katakan, PENGALAMAN adalah GURU terbaik anda.
EMPATI ANDA MENINGKAT
Satu tahap, anda mudah menangkap emosi orang lain di sekeliling anda. Jika ia tidak dikawal dan dilatih, anda akan menderita kerana menjadi tong sampah yang menerima kotoran dari emosi orang tanpa henti.
Kerana ia hampir sama dengan penyakit mental BIPOLAR DISORDER, iaitu emosi dan personaliti berubah-ubah tanpa kawalan, maka tuduhan gangguan jin pada sensasi ini tidaklah mengejutkan.
Kerana sensitifnya deria anda, ada sesetengah orang menghidapi Anxiety Attack kerana salah sangka pada sensasi ini. Mereka merasakan kononnya disihir, padahalnya ramai yang hanya terkena gangguan hormon. (Bolehlah membaca lebih lanjut di sini berkenaan hormon)
Seperti yang saya tuliskan pada awal tadi, ini biasanya terjadi bila kita terlalu berkehendak untuk mengubah seluruh dunia dan isinya kepada kemahuan kita. Tidak salah bercita-cita tinggi, namun jangan sehingga memaksa diri dan memerah otak dengan kekecewaan terhadap apa yang anda tidak mampu capai.
Hidup ini mudah sekali wahai saudara ku. Tujuan kita mempelajari ilmu spiritual metafizik adalah untuk MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI, barulah orang lain dan isi alam akan mengikut kita untuk bersama-sama memperbaiki diri.
Ingat, segala sesuatu itu bermula dari awalnya NIAT. Dan niat yang diutamakan dengan perasaan cinta kasih sayang itu, lebih berharga dari kekerasan yang dipenuhi oleh rejim diktator EGO kita.

Ketika anda dihujani oleh emosi-emosi orang yang sengsara, derita, sedih, dan kecewa, usahbiarkan diri anda ikut sama masuk ke dalam medan aura mereka. Sebaliknya anda bersinarlah memancar dengan penuh aura wibawa, menjadi seorang penyampai kepada berita gembira, menjadi seorang pengasih yang menyebarkan kebaikkan di mana-mana.
YOU HAVE THE POWER, jangan biarkan diri anda jatuh ke dalam lembah kehinaan semula, setelah menerima inisiasi pembangkitan ilmu spiritual dan metafizik. Orang yang kekal berada dalam pusaran karma dan derita, bukanlah menjadi urusan anda semuanya untuk dibereskan semuanya.
"Yang mati biarkan mati, yang hidup ini mau dikasi mati nak". Hahaha. Anda mempunyai FREE-WILL yang membolehkan anda keluar bila-bila masa dari medan energy Empati yang ditangkap signalnya. Seperti radio, anda dapat mengubah signalnya sesuka hati anda.
ANDA BOLEH MELIHAT AURA
Yaaaah, ini dia kebolehan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar ilmu ghaib. FAKTANYA, jika anda konon mampu melihat jin, anda akan boleh melihat AURA tubuh manusia, yang dipenuhi oleh cahaya dan plasma bersinar.
Namun jika anda tidak dapat melihat apa-apa selain jin, ketahuilah bahawa anda sebenarnya sudah dikunci dengan rantai DOKTRINISASI, samada oleh kepercayaan sendiri, mahupun authority figure di kawasan atau idola anda.

Ataupun SEBENARNYA anda ada sakit buah pinggang, hati dan pankreas membuatkan anda BERHALUSINASI melihat jin dan hantu yang timbul apabila tekanan darah anda meningkat dan ubat yang anda makan sudah habis kesannya.
Umumnya, orang-orang yang terbuka mata ketiganya, akan dituduh memiliki saka dan menggunakan bantuan jin untuk melihat makhluk halus. IRONIKNYA, orang yang menuduh anda sebegini, walaupun tidak mampu melihat jin dan saka, boleh meyakinkan dan mengesahkan anda memiliki saka TANPA BUKTI KUKUH berdasarkan sangka-sangkaan mereka semata-mata.
Usah risau dan bimbang, kami di Qalam Ilahi Wellness Center, mempunyai GARIS PANDUAN KHUSUS berpandukan sains, bukti saintifik, teori kuantum, dan kesamaan hukum energy dan frekuensi untuk mengesahkan anda memiliki saka atau tidak. Dipersilakan merujuk pada pautan dibawah untuk sebarang pertanyaan lanjut.
KEMAMPUAN MERAGASUKMA, ASTRAL PROJECTION, OUT OF BODY EXPERIENCE, DAN LUCID DREAM DENGAN MUDAH.
Setelah semua sensasi sudah dapat diatasi dan diselesaikan permasalahannya, maka kini tibalah kita kepada situasi terakhir pada pertuduhan tertinggi yang mengatakan anda memelihara jin.
Ketka anda sudah berjaya melatih kesedaran, dan masuk dalam ketenangan tingkat tinggi, mengeluarkan "Kesedaran" anda dari tubuh dan menjelajah ke alam lain atau sekadar berjalan-jalan pada alam ENERGY sangatlah mudah.

Sering kita mendengar kisah-kisah seram dalam buku, tentang pengalaman pelajar asrama yang kononnya bermimpi keluar badan dan diserang oleh nenek Lampir yang mengatakan dirinya adalah saka moyangnya dahulu kala.
Sebenarnya, tanpa bantuan jin atau tidak, ini adalah satu KELEBIHAN manusia yang ada pada SEMUA orang. Anda tidak perlukan bantuan jin pun untuk melakukan astral travel, kerana konsepnya adalah, anda mengirimkan kesedaran anda ke tempat tertentu melalui frekuensi radio yang dipancarkan dari diri anda.
Ketika anda MEMBAYANGKAN rumah anda dari pejabat, ENERGY dan kesedaran anda sebenarnya sudah pun sampai ke rumah anda di kampung. Pada zahirnya, anda sedang mengakses memori mengenai rumah anda di fikiran, tetapi berdasarkan hukum sains dan gerakan partikel, pada masa yang sama anda sedang memancarkan signal diri anda ke kawasan yang anda "ketahui" wujud.
Kerana fokus, tenaga dan keyakinan anda tidak dilatih, maka signal yang dikirim dan diterima, tidak dirasakan oleh deria tubuh yang lain seperti ketika anda keluar tubuh. 
Meragasukma, bukanlah kebolehan mengeluarkan ROH seperti yang disebarkan dalam mitos kebanyakkan orang. Kerana roh hanya akan keluar dari tubuh saat mati, dan kebolehan ini sekadar mengirimkan memori dan kesedaran anda keluar, sama seperti ketika anda main video game virtual realiti.
Kerana ilmu-ilmu "ghaib" ini adalah untuk proses membersihkan diri, membangkitkan kesedaran jiwa, serta mengenal potensi diri, banyak orang-orang yang tinggi EGO dan besar HAWA NAFSU nya sering gagal atau meninggalkan ilmu sebegini kerana tidak mampu mencapai titik utama ilmu ini.
Ramai yang terlalu ghairah mengejar sensasi, kehebatan, dan kekuatan ajaib ini UNTUK DITAYANG dan MENDAPAT NAMA semata-mata, sehingga fokusnya terlari, dan setelah kemahuannya tidak tercapai, mula mengambil jalan mudah dengan menuduh ilmu sebegini ada jin.

Tidak ketinggalan juga pada organisasi tertentu, yang menuduh semua keganjilan ini sebagai kuasa jin dan campur tangan jin. Padahalnya kita terlupa, bahawa KUASA dan ILMU ALLAH itu ada banyak dan berbagai-bagai jenis ditabur dan tersebar di alam semesta ini, apalagi jika ia membabitkan kuasa manusia.
Tanpa disedari, rupa-rupanya masih ada juga manusia tanpa sedar, MEMPERCAYAI KUASA JIN sebagai kuasa terunggul yang mampu memudaratkan dan mengubah realiti manusia, tetapi mengabaikan pula ilmu pengetahuan tentang kuasa manusia sebagai makhluk Tuhan yang termulia di bumi ini.
Kita sebagai manusia telah diberi kebijaksanaan dan keupayaan melebih jin itu sendiri tuan-tuan dan puan-puan. Sampai bila kita harus terdoktrin untuk merasakan bahawa jin itu sungguh kuat hingga mampu merosakkan diri kita? Ataukah kita sebenarnya hanya mengkambing hitam kan jin sebagai ENTITI BISU yang tidak mampu mempertahankan diri mereka untuk menutup KEBURUKKAN NAFSU dan EGO kita semata-mata?
Sekian dulu tulisan saya kali ini, mudah-mudahan ia mampu membuka wawasan kita bersama dalam mengubah persepsi tipikal kuasa jin dan memartabatkan semula kehebatan TEKNOLOGI ROHANI yang tersimpan dalam diri kita selama ini. Sekian wassalam.
~ From QI With Love.

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...