Your Magic Blog: Mengambil Aura Kerezekian dari Orang secara halal?

Tuesday 10 May 2016

Mengambil Aura Kerezekian dari Orang secara halal?





Salam kasih saying buat anda semua. Beberapa hari lepas saya ada menulis berkenaan mengumpat dan kesannya kepada aura kita. Kali ini seperti ang dijanjikan, saya akan menulis berkenaan kaedah mencuri Aura rezeki secara halal. Hehehe

Sebelum kita masuk ke dalam inti seterusnya, izinkan saya bercerita sedikit mengenai Vampire Psikik.  Orang yang biasanya suka melihat orang Berjaya jatuh dan mengalami musibah, adalah orang yang mempunyai cirri-ciri VP? Info panjang mengenai VP ini boleh anda baca di SINI.

Mereka mendapat semangat, motivasi, kebahagiaan dan kepuasan dari segi mental, tenaga dan emosi apabila dikhabarkan kehancuran orang-orang yang melebihi  dirinya, apalagi jika berita itu membabitkan musuhnya.

Seperti yang telah kita katakan pada penulisan sebelumnya, DI SINI, kita ketahui bahawa orang yang kita perkatakan itu, “samada rosak binasa akibat energy negative yang diterimanya, atau kita perlahan-lahan menjadi seperti orang yang kita umpat”.

Naah. Kita ambil konteks kedua dalam isu kali ini. Kita perlahan-lahan menjadi seperti orang yang kita perkatakan. Dalam hukum sains kuantum, mengatakan bahawa “Realiti hanya terbentuk apabila ia diberikan perhatian”.  Sebuah kerusi yang belum wujud, hanya akan perlahan-lahan terbentuk ke dunia ini jika perhatian padanya diberikan sepenuhnya.

Maksudnya, sesuatu itu perlu dipertahankan dalam ingatan, memori, atau imajinasi, untuk dijadikan visi sebelum ia benar-benar menjadi kerusi di alam nyata. Bayangan-bayangan ini, jika ditambah dengan emosi, akan semakin ditambah kekuatannya yang akan mempengaruhi alam semesta dan isinya supaya bergerak menjadikan ia satu kenyataan.

Di dalam kelas AURA GOLDEN WAVE yang diadakan di Qalam Ilahi Wellness Center, mengajarkan para pesertanya supaya “memancarkan dan menggetarkan emosi positif” ke alam semesta, samada melalui fikiran positif, sedekah jariah, menyebarkan kebaikkan, dan memaafkan diri serta orang lain.

Apa kaitannya dengan mengumpat? Mengumpat secara harfiahnya, mempunyai getaran energy yang sama seperti kita memancarkan energy ke alam semesta. Cuma di dalam kelas, anda akan diajarkan cara “Mengumpat” yang lebih efektif untuk menyebarkan cinta kaish dan menggunakannya untuk kebaikkan.
Tahukah anda, bahawa ada cara “mengumpat” yang lebih efektif dan besar tenaga posiitifnya, yang dapat digunakan untuk menaikkan mentality anda kepada kebaikkan dan kekayaan?

Selama ini, kita sayangnya sudah terlalu banyak disuap dengan doktrin yang SALAH dan MEROSAKKAN terutamanya dengan kefahaman tentang wang, gaya dan kesenangan. Majoriti kita masih berpegang pada kefahaman “Money is the root of all evil”. Kita jadi takut untuk mahu berusaha mengumpul wang dan jadi kaya, konon dengan alasan akan jadi tamak haloba.

Lalu pada masa yang sama, kita gunakan sentiment tersebut pada orang kaya, dengan mengatakan bahawa semua orang yang kaya itu mendapat HARTA ISTIDRAJ, lalu merasa untuk masuk syurga, seseorang itu perlu miskin dan menderita.

Tetapi berfantasi mahukan kekayaan di syurga kelak. Ada dua isitlah yang kita berikan pada orang sebegini. Pertama, dia sebenarnya munafik yang sebenarnya cemburu kepada kejayaan orang. Kedua, dia termakan doktrin salah yang difahami juga dengan cara yang salah. Kata orang di Labuan, “Mun dangki, menurut” (Kalau dengki, ikutlah sekali). Orang kah yang sombong, atau sebenarnya kita yang hasad?

Tanpa membuang masa, mari kita pergi kepada cara bagaimana mahu mengumpat supaya rezeki orang terjangkit kepada kita. Saya jamin, andai anda BENAR-BENAR MAHU BERUBAH, TANPA MAHU MENJATUHKAN SESIAPA, anda pasti berjaya dan merasakan perubahan yang ketara dalam hidup anda.
AWAS, KAEDAH INI BUKANLAH UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI MENTAL KECUNDANG DAN BURUK SANGKA.

Kaedah ini hanyalah sedikit saja dari seluruh perkongsian kelas AURA GOLDEN WAVE, namun sudah cukup untuk melihatkan anda perubahan yang ketara dalam hidup anda.



ENERGY LEVERAGE.

Tidak dinafikan, dalam hidup ini kita memerlukan satu diantara yang lain. Dan walaupun anda tidak mempunyai kawan dengan orang yang kaya, anda tetap masih bisa “Mengambil” aura kekayaan mereka untuk membantu aura anda meningkat seperti mereka.

KAEDAH PERTAMA

Katakanlah hal yang baik-baik. Kalau dulu, dan hari ini anda masih sibuk menganyam ketupat di kedai kopi, atau dalam sesi mesyurat tingkap berceritakan perihal keburukan orang, apakata anda ubah topic pula. Kalau dulu focus pada cerita keburukkan, kali ini focus pula pada kebaikkan, kekayaan, mahupun pencapaian orang yang anda umpat.

Tidak dinafikan, ia masih dalam skala mengumpat. Namun seperti yang saya katakan tadi, kali ini focus anda hanyalah kebaikkan mereka. Bila yang baik anda pancarkan, maka yang baik juga anda akan terima. Sampaikanlah yang baik-baik walaupun satu ayat, bukan begitukah pesan Rasulullah?

Anda masih tetap boleh terus mengumpat, tetapi carilah topic yang fokusnya pada kekayaan, kemuliaan, dan kebaikkan. Ceritalah perihal kereta sport mereka, ceritalah hal rumah mereka, dan ceritalah hal simpanan duit mereka, LALU SUDAHI DENGAN RASA SYUKUR dan doakan semoga kekayaan mereka semakin bertambah. Ingat, energy yang bertekanan besar, akan mencari kawasan tekanan rendah untuk diisi. Kan?

 KAEDAH KEDUA

Lepaskan diri dari belengu fikiran yang negativ. Ada orang yang setiap kali bangun pagi, perkara yang pertama dalam fikirannya adalah mengenai kesusahan, keperitan, dan kepayahan terutamanya dalam proses mencari wang. FAKTANYA, walaupun anda menangis bergolek-golek sekalipun, masalah yang datang akan tetap juga SAMA kan?

Saya perhatikan di zaman sekarang, ramai orang yang kononnya alim dan menjaga sembahyang, tetapi hidupnya masih juga begitu-gitu, bahkan ada yang lebih teruk dari itu. Harap maklum, bahawa yang salah itu BUKAN pada ibadah dan solatnya, tetapi pada peribadi itu sendiri.

Amalkanlah selalu, MEDITASI, TAFAKKUR atau lebih elok lagi bagi yang Muslim, PUTUSKAN diri anda dari dunia, pekerjaan, masalah dan apa saja yang anda fikirkan ketika SOLAT.  Ambil masa untuk berada dalam keheningan yang dalam, paling kurang 10 minit sehari. PALING KURANG.

Kita setiap hari mengumpul  tenaga negative dalam tubuh, baik dari pekerjaan, interaksi, dan hubungan sesama makhluk. Dan cara yang terbaik membuang energy negative ini, dan meneutralkan tubuh supaya kembali pada tenaga yang optimum, kita haruslah selalu KEMBALI PADA TITIK NOL, iaitu Quantum Zero Point Field, Lebih lanjut klik SINI.

KAEDAH KETIGA

Merasakan bahawa kejayaan dan kegembiraan orang, adalah kejayaan dan kegembiraan kita juga. Hanya ketika anda mengubah mental, dan mula mendekati mental-mental orang yang berjaya, barulah anda akan mengadaptasi cara fikir orang yang berjaya juga.

Nampak orang selfie ketika cuti-cuit, maka gembira dan syukurilah. Seolah-olah anda yang sedang berada di gambar itu. Nampak orang makan sedap, syukurilah dan rasakan bahawa anda juga sedang menikmati makanan itu bersama-sama.

Kaedah ketiga ini agak terhad dan sukar dijelaskan dalam bentuk tulisan. Jadi tidak banyak yang dapat saya jelaskan di sini. Kerana hanya dalam kursus sahaja ia dapat diemfasiskan secara detail.

KAEDAH KEEMPAT

Manjakanlah diri anda.  SEKALI SEKALA, dress to impress, eat with leisure, dan belilah suatu benda mahal yang boleh anda banggakan pada diri sendiri.  Anda jadikan ia sebagai anchor minda, untuk memecahkan MENTAL BLOCKING yang selama ini menutup anda dalam kemiskinan yang dibuat-buat.

Memanjakan diri, bukanlah bermaksud anda MEMBAZIR dan BOROS. Di dalam konsep Leveraging energy, Kalau dulu anda melihat orang yang masuk di butik mewah itu semua orang kaya yang sombong, apakata kali ini anda sendiri mencuba masuk ke daam sana, lalu rasakan kemewahan itu.



TRICK nya di sini adalah, rasakan seolah-olah kekayaan yang syarikat besar itu miliki, adalah sebahagian dari perusahaan anda. Kuncinya di sini adalah EMOSI yang kita rasakan, dan pancarkan. Kerana Aura kekayaan itu, akan membantu menarik aura anda menjadi sebahagian dari medan kuasanya.

Bukankah anda dan seluruh dunia ini juga sebenarnya juga saling bersambung? Interconnectedness di dalam jaluran atom, proton energy dan vibrasi. Di mana semakin anda merasakan kebahagiaan itu, anda akan semakin tersambung dengan kebahagiaan yang  lebih besar. Yang membezakannya cuma frekuensi dan channel mana yang kita pilih, gembira kah, atau sedih kah?

KAEDAH KELIMA

Syukur dan sedekah. Ketika anda MERASA semua sudah cukup dalam hidup, rasanya tiada apa lagi yang anda akan runsingkan. Dalam rumus sedekah, ketika anda memberi satu, alam semesta akan memulangkan kepada anda 10 kali ganda apa yang anda infakkan itu.

Ahh, ini terlalu cliché. Namun tidak dinafikan masih banyak yang sering tersalah anggap cara bersyukur dan sedekah. Kadang-kadang kita terlalu melihat yang jauh, ketika hendak melakukan kebaikkan. Ramai kita yang menangis-nangis melihat penderitaan kana-kanak Plaestine, Syiria dan lain-lain. Tapi pada satu tahap, kita abaikan jiran kita, ibubapa kita, bahkan adik beradik kita sendiri.

Lalu kita bersyukur konon telah melakukan sedekah. Tidaklah salah bersedekah ke sana. Cuma dalam konteks sedekah, bukankah bagus jika kita dahulukan dulu orang yang lebih hampir dengan diri kita? Ahh, Kita tidak akan bercerita panjang perihal ini. Ahahah

Sekian dahulu perkongsian kali ini yang tidak seberapa. Tenang sahaja, apa yang anda cari dalam hidup, akan datang juga menemui diri anda, cepat atau lambat. Dan jika anda mensyukuri nikmat sabar itu sendiri, anda akan semakin faham kenapa dahulu anda begitu dan begini.

Sebarkanlah tulisan ini, semoga ia mampu memberikan manfaat dan dorongan motivasi yang diperlukan dalam skill untuk mengharungi hidup sehari-hari. Buat masa ini, Kelas Aura Golden Wave belum ada dijadualkan dalam masa terdekat. Namun anda bolehlah melihat di SINI untuk kelas rawatan dan khidmat lain.

Sekian wassalam, dan salam cinta kasih dari kami untuk anda. Sharing-sharing lah artikel ini tanda sayang. 

~ From QI With Love.


No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...