Your Magic Blog: FEELING IS THE REAL PRAYING

Monday 2 May 2016

FEELING IS THE REAL PRAYING



Salam cinta kasih kepada anda semua, tulisan kali ini mungkin agak panjang, namun jika anda masih berminat mahu mengetahui rahasia berdoa yang ampuh, teruskan membaca artikel ini. Namun jika anda sudah kaya, atau bergaji 6 angka tiap bulan, DILARANG MEMBACA ARTIKEL INI.

Kita manusia adalah pemancar dan penerima energy. Energy yang dimaksudkan ini sangatlah banyak. Energy matahari, energy cahaya, energy fikiran, energy gelombang, bahkan kasih saying juga adalah sebuah energy yang memancar dan mengaktifkan hormon tertentu dalam badan.

Bahkan kita sendiri adalah sebuah gumpalan energy yang diikat oleh proton dan electron yang bergetar pada frekuensi tertentu yang membuatkan jisim kita menjadi padat sebagai manusia. Dalam penulisan kali ini, energy yang kita focus dan maksudkan pula, adalah energy kosmik, atau lebih dikenali sebagai energy Ilahi di kalangan ahli spiritual.

Apabila fikiran, emosi dan jiwa kita bergetar pada frekuensi yang tidak seimbang, maka apa yang dipancarkan keluar pada diri dan dunia sekeliling kita hanyalah tenaga yang diisi dengan gangguan, kacau bilau, serabut dan mengganggu resonan gelombang aura disekelilingnya.

Biasanya, semua manusia boleh memancarkan dan menerima energy ini. Samada melalui aktiviti ibadah, social, bersantai, dan bergembira. Namun pada kebanyakkan masa, ia tidak stabil, kerana tidak disedari dan diberikan perhatian melalui system penjagaan aura yang berpatutan.

Pada zaman dahulu dan tidak lama dahulu, ketika istilah aura, chakra, hormone, kuman dan internet belum wujud, orang tua-tua kita mengajarkan bahawa untuk menjaga tubuh kita dari rosak, mengelak dari ditembusi sihir dan rasukan jin, kita haruslah mengamalkan ritual-ritual tertentu yang berat untuk mengenali “DIRI” kita.

“Sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia kenal Tuhannya.”

Begitulah antara kata-kata famous yang sering diberikan kepada orang-orang yang mahu menggali, mendalami dan membangkitkan kekuatan dan kesedaran super yang dorman, yang selama ini diciptakan sejak lahir lagi.

Biasanya, ada 3 (Dari berbagai-bagai jenis prinsip keilmuan) yang sering ditekankan untuk memperkuatkan system aura dalam badan kita. 

1- OLAH RAGA ATAU LATIHAN TENAGA DALAM


Aktiviti fizikal seperti senaman dan latihan tenaga dalam (Taichi, Silat, Pernafasan, senamrobik, zumba dan lain-lain) akan memperkuatkan 3 cakra di bawah yang sememangnya berguna untuk aspek  kehidupan. Ia akan membuatkan cakra dasar, cakra seks dan cakra pusat anda membuka luas untuk menghubungkan anda dengan inti dan magnetic bumi, membuang toksin dalam badan dan memperkuatkan saraf.

2- MENGGUNAKAN ELEMEN ATAU BAHAN ALAMI DARI ALAM


Biasanya Kristal, herba, wangian, aromaterapi, dan wafak yang membantu meningkatkan getaran emosi dan fikiran. Umumnya Kristal dan wangian, mempunyai getaran frekuensi yang mampu mempengaruhi tubuh dan emosi manusia dari alam eterik (Dimensi ke-4 dan 5).

 Pada dimensi inilah segala blueprint energy akan dicetak sebelum melakukan transisi ke dunia fizkal dan menjadi sebuah reality melalui skrip-skrip yang berlaku tanpa disedari oleh manusia. Wafak atau psionic, biasanya adalah sebuah tulisan, lukisan, atau kod cryptic yang mengandungi “Arahan” yang bersambung terus dengan minda bawah sedar si pembuat atau target yang sama seperti prinsip Kristal tadi, akan mempengaruhi seseorang dari alam eterik.

(Perlu difahami, bahawa untuk mendapatkan efek yang optimum, seseorang perlu lah mendapatkan syncronicity level yang tinggi, yang dipanggil oleh para bomoh dengan istilah “Keserasian dan jodoh” dengan melakukan penukaran energy sebagai tanda ia  diset dan dikunci kepada kesedaran seseorang. Pengaruh placebo sangat-sangat memainkan peranan yang penting dalam proses ini, kerana jika anda tidak mendapatkan Awe effek pada benda-benda ini, ia hanya akan menjadi “barang biasa” saja di minda anda.)

3- MENDAPATKAN INISIASI ILMU ENERGY DAN METAFIZIK MODEN


Kalau dulu, untuk mendapatkan dan mempelajari ilmu kebatinan untuk merawat, membenteng diri, dan menyebarkan energy kasih saying, anda perlu bertapa berbulan-bulan dalam hutan, atau melakukan zikir jutaan kali bertahun-tahun. Maka kini alam sudah pun berkembang, baik dari sudut sains mahupun mistik. Apa yang dahulu dianggap mistik, sebenarnya banyak yang sudah dibongkar cara kerjanya di zaman ini, apalagi ilmu yang membabitkan penyaluran energy, vibrasi dan frekuensi.

Namun bukanlah bermaksud kaedah lama itu sudah tidak berguna dan perlu ditinggalkan sepenuhnya. Kita hanya perlu memperbaiki dan menambah baik nilai keilmuan yang ada dalamnya supaya sesuai digunakan dizaman kita.

Kalau dulu anda dikehendaki bertapa dalam gua, kini cukup dengan mengosongkan fikiran, memerhatikan nafas atau duduk saja dengan senyum, rileks dan pasrah dalam meditasi (Tafakkur) selama 30 minit sehari untuk memperbaiki aura yang rosak dan kotor.

-          Kalau dulu anda dikehendaki berzikir jutaan kali atau bernazar yang ganjil-ganjil supaya anda dapat merawat orang, kini anda hanya perlu sedar, senyum dan gembira tanpa memikirkan sentiment buruk baik atau menghukum seseorang masuk neraka, ketika duduk tenang untuk menyalurkan energy penyembuhan kepada klient anda.

Pada badan kasar kita, terdapat satu lagi badan halus yang biasanya digelarkan tubuh astral. BUKAN, ia bukan saka, mahupun jin dan setan peliharaan moyang anda. Ia adalah tubuh anda sendiri, yang mewakili diri dan kesedaran anda di alam eterik yang wujud pada dimensi ke-4,5,6 dan seterusnya bergantung kepada “kesedaran rohani” anda yang terus menerus berkembang seiring dengan latihan dan kesedaran masing-masing.

Tubuh inilah yang menjadi petanda dan asas kepada blueprint gelombang anda di alam fizikal. Kita abaikan dulu istilah Sedulur papat atau kembar ghaib atau yang seangkatan dengan itu. Fokus kita hanyalah kepada tubuh astral ini sahaja dahulu.

Semakin baik tubuh astral anda (Yang diwakili oleh emosi, fikiran dan kesedaran anda) maka semakin baik jugalah kehidupan anda. Kita umpamakan tubuh astral ini begini, dia adalah pendrive bagi kod genetic untuk blueprint kehidupan anda, sedangkan tubuh fizikal adalah sebuah mesin, yang menzahirkan arahan-arahan ini dalam alam 3D.

Orang tua dulu-dulu selalu mengatakan “Berilah makan kepada Roh mu, nanti bila dia sakit kau pun akan sakit sehingga kehidupan mu jadi berantakkan”. Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang kerohanian, cukup hanya sekadar berkongsi kepada anda sepintas lalu tentang pentingnya menjaga tubuh astral ini demi kehidupan anda.

Tidak dinafikan bahawa tubuh astral ini dapat disembuhkan atau diperkuatkan melalui 3 kaedah diatas, namun dalam masa yang sama, ia didapati bersambung secara terus kepada emosi dan jantung anda. Waaah, apalagi informasi ini?

Cakra jantung, adalah cakra penghubung yang mengikat kesedaran rohani dan kesedaran fizikal kita bersama. Dan secara fizikalnya, urat di jantung didapati berhubung secara terus pada saraf di mulut, gigi dan kepala (Walaupun sebenarnya ia berhubung dengan semua saraf dalam tubuh, hehehe). Apabila kita cuba kaji, eksperimentasi dan jalani sendiri, rupa-rupanya benarlah kata orang bahawa emosi sangat-sangat memberikan pengaruh pada jantung, fikiran dan emosi.

Pernah Nampak orang yang selalu menangis dalam solat, zikir atau sembahyang, tetapi hidupnya sentiasa susah, bermasalah dan tidak pernah merasa bahagia, atau jujurlah katakana bahawa itulah situasi diri kita sendiri sekarang ini?

Seolah-olah Tuhan sengaja mahu siksa hambaNya supaya terus menderita, terus sengsara, dan kekal dalam kesusahan. Sedangkan Tuhan berfirman..”Kejar dunia, dunia akan meninggalkanmu. Kejar Aku, dunia akan mengikutmu”.

Bukankah statement itu sendiri sudah menjadi bukti bahawa Tuhan itu Maha kaya, yang sungguh Maha penyayang dan Maha pengasih dan Maha segala-galanya? Rupa-rupanya bukanlah salah Tuhan jika kita masih menderita sehingga kini walaupun sudah berzikir, beribadah dan berpuasa nazar berbulan-bulan atau bertahun-tahun, tapi  masih menutup muka dengan bantal menangis tiap-tiap malam, menunggu kekayaan Tuhan dianugerahkan pada kita.

SEBENARNYA KAN, kunci kebahagiaan dan cara melepaskan diri kita dari sengsara, sudah betul-betul DEKAT dengan kita, berada di urat leher itu sendiri. Hahahaha. Apa itu kuncinya? Merasa bahagia, sebelum bahagia, merasa kaya, sebelum kaya, dan merasa selamat ketika masih selamat lagi.

Tahukah anda, bahawa ketika anda sedang stress, sakit, marah atau berfikiran negative, urat-urat di leher, muka, dan tulang belakang akan menegang, menyempit, dan memendek? Efek emosional ini, akan membuatkan jantung dan cakra jantung menjadi kacau dan rosak jika itu menjadi amalan yang berterusan.



Cuba perhatikan pada orang-orang alim yang gemar marah-marah, menyalahkan agama lain atau gemar menghukum orang lain kerana dirinya menderita, pasti anda akan dapati bahawa mereka ada darah tinggi, sakit jantung, kencing manis atau gangguan psikologi yang sering membuatkan mereka berhalusinasi mendengar suara halus untuk melakukakn kejahatan.

Ramai orang yang berdoa, mengemfasiskan penderitaannya. Mengarang-ngarang  dan memanjangkan kisah deritanya dalam doa, bahkan menambah perisa tentang halangan-halangan dari orang lain konon menjadi punca kenapa dia susah untuk beribadah. Pendek kata, dia bukan BERDOA, tetapi MENGADU-DOMBA pula kepada Tuhan yang Maha Kaya.

Mengadu kepada Tuhan itu tidak salah. Harap maklum bahawa dia mendengarkan setiap masalahnya. Tetapi cuba perhatikan dari sudut ini, ketika anda berjumpa dengan YB, atau perdana Menteri, setelah anda menangis-nangis mengadu, APA EMOSI DAN PERASAAN yang timbul setelah itu?

Sudah pastinya adalah “Ketenangan dan kegembiraan, kerana anda MERASA YAKIN DAN PASTI bahawa keluhan anda DIDENGARKAN dan AKAN DITUNAIKAN oleh YB dan PM, walaupun mereka belum lagi membuat apa-apa selain menanda-tangan borang sokongan bantuan semata-mata”, KAN?

Nah, jujurlah katakan, adakah PERASAAN ITU JUGA KAH YANG KITA PERTAHANKAN? Peliknya kita ini, bukan pula merasa tenang dan bahagia selepas mengadu masalah kepada Tuhan, bahkan kita menjadi semakin takut, bimbang dan risau tanpa mahu memberikan peluang kepada Tuhan untuk menunjukkan pun kuasaNya pada kita.

Apakah setelah habis saja kita berdoa dan mengadu-ngadu pada Tuhan, kita merasa bahagia dan tenang tidak kira apa agama anda???? Ahhh nampaknya kita sebenarnya lebih kecanduan dan ketagih untuk merasa derita, dan hanya mahukan sokongan saja semata-mata, seolah-olah Tuhan itu adalah HAMBA kita untuk dijadikan tempat melepaskan perasaan seperti Video Game.

Kita seolah-olah tidak YAKIN kepada Tuhan, malahan jauh di sudut hati kita, kita merasakan bahawa Tuhan itu hanyalah sebuah sosok atau  figure khayalan yang wajib ditakuti kerana kita bimbang disisihkan koloni setempat jika tidak mempunyai pegangan yang sama seperti mereka, bukannya sosok yang benar-benar berkuasa melainkan hanya sekadar tempat membuang sampah emosi dan tekanan semata-mata.

Aduuh kawan, disanalah sebenarnya terletaknya masalah kita. Tidak kira anda beragama atau tidak, alam semesta itu mempunyai satu undang-undang yang TETAP dan ia hanya akan sedaya upaya membuat konspirasi untuk menjadikan apa yang kita minta, BERDASARKAN EMOSI KITA.

Tuhan itu Maha pengasih dan Maha penyayang, dan kerana itu Dia mengizinkan alam semesta untuk MENURUT KEHENDAK MANUSIA itu sendiri. Melalui EMOSI yang dipancarkan dalam DOA kita, atau FIKIRAN kita sehari-hari.

Di dalam Law Of Attraction, dinyatakan bahawa kita menarik apa yang kita pancarkan keluar dari emosi kita.Dan emfasis emosi ini bukan pada ayatnya, tetapi pada FEELING yang dirasakan ketika kita menuturkannya. Alam semesta dan minda bawah sedar itu simple cara kerjanya. Ia bukan menurut apa yang disebut, tetapi menurut apa yang kita tekankan dalam emosi.

Jika anda berdoa minta keselamatan, tetapi balik-balik risau, bimbang, dan membayang-bayangkan kejadian buruk di dalam hati, perasaan dan emosi, maka perasaan itulah yang akan menjadi ESENSI doa anda, dan akan menarik lebih banyak doa tersebut dalam hidup anda baik dalam skala besar mahupun kecil.

Semakin kita sering merasa bahagia, merasa gembira, merasa yakin, merasa SUDAH TERJADI, dalam konteks kata lain, SEMAKIN KITA BERSYUKUR, SEMAKIN ITULAH REZEKI AKAN DATANG KEPADA KITA. Lalu persoalannya, sudahkah anda bersyukur hari ini? Sudahkah anda merasa bahagia hari ini? Sudahkah anda merasa kebaikkan itu terjadi dalam hidup anda, sebelum ia terjadi lagi?

Untuk menjaga badan fizikal secara harmoni, kita haruslah berupaya “Mengawal, memahami, dan menguruskan” kendali emosi secara bijak dan tepat. Tiada emosi yang buruk secara seluruhnya, tetapi biasanya emosi yang negative ini jika dibiarkan timbul, bertahan, dan menjadi suatu kebiasaan lalu dipertahankan secara berterusan, akan merosakkan jantung dan mengakibatkan tekanan jiwa yang melampau.



Jantung kita mempunyai sel dan membran yang sama seperti otak. Bahkan jantung kita menjana tenaga elektromagnetik yang lebih kuat dari otak sendiri. Dan tahukah anda, ketika seseorang koma, atau mengalami kondisi BrainDead, dimana otak menjadi rosak atau mati, jantung masih tetap boleh berfungsi dalam badan selama berbulan-bulan malahan bertahun, jika tubuh masih mendapat suplemen dari bahan luar.

Jantung mempunyai tenaga sebanyak 4e2i electron = 4 000 000 000 000 000 000 000 elektron yang bersambung dengan tubuh astral. Umumnya, fikiran yang baik dan amalan kerohanian yang baik, akan menjadikan tubuh astral anda semakin baik, pada masa yang sama, akan menjadikan tubuh fizik juga semakin baik.



FIKIRAN ITU ADALAH HAMBA YANG TAAT JIKA ANDA MAMPU MENGAWALNYA. TETAPI DIA JUGA ADALAH TUAN YANG KEJAM JIKA ANDA YANG MENJADI HAMBANYA.

Emosi-emosi negative yang tidak terkawal, akan memusnahkan ikatan energy pada cakra jantung yang menghubungkan tubuh kasar dan tubuh halus anda. Tubuh astral adalah kesedaran yang mengikat anda pada alam kerohanian, di mana jika berlaku kepincangan padanya akan membuatkan anda menjadi manusia yang gila dan melakat pada duniawi, atau terlalu mudah mati akibat lemahnya ikatan ion tubuh untuk roh bertahan dalamnya.

INGATLAH, emosi yang dihasilkan ketika menagis kerana bahagia atau derita itu berbeza signalnya. Satu membawa anda turun kepada gelombang yang rendah, satu lagi membawa anda naik kepada gelombang yang makin tinggi. Jadi choose your emotion wisely, dan pancarkan diri anda kini dengan emosi yang membahagiakan dan tetaplah berada dalam gelombang syukur tanpa batas.

Orang miskin, semakin miskin, dan orang susah, semakin susah, bukanlah kerana Tuhan suka kepada orang yang menderita atas namanya. Ini adalah satu SALAH FAHAM, yang sering digunakan untuk menutup KEBURUKKAN dan KEKURANGAN diri sendiri akibat miskin hati dan miskin mental, lalu menjadi egois kerana merasa orang kaya itu jahat, padahalnya dia lupa jika dia kaya, bukankah lebih banyak kebaikkan dapat dilakukan dengan kekayaannya itu sendiri?

Seorang doktor, David R. Hawkins menghabiskan umurnya dengan mengkaji dan mengkelaskan emosi manusia pada skala tertentu, dimana Malu, Sedih, Kecewa, Terlalu Mengharap (Stress, Anxiety), dan Kemelekatan (Pada emosi yang buruk) berada pada skala bawah, yang memancarkan dan menarik situasi yang sama berulang-ulang tanpa henti dalam hidup sehingga anda mengubahnya pada skala emosi positif di tangga teratas. (Ada diajarkan dalam kelas Aura Golden Wave di Qalam Ilahi Wellness Center)



Manusia itu harus seimbang fizikal dan rohaninya. Kerana tanpa tubuh, mental, emosi dan kesedaran yang kuat, anda tidak akan dapat melebarkan kebaikkan dan kekuatan untuk membantu orang lain. Begitu kan? 

Tidak dinafikan bahawa bercakap itu mudah daripada mengamalkannya. Dan jika anda benar-benar serius mahu mengubah diri dan memperbaiki taraf hidup anda secara spiritual, maka anda boleh mendapatkan kefahaman dan bimbingan tentang cara mengolah fikiran, emosi dan mempergunakannya dalam menarik kebaikkan supaya terus datang dalam diri dan keluarga anda, pada pautan di bawah.


Anda haruslah segera berhenti menyalahkan jin, menyalahkan agama lain, dan menyalahkan jiran-jiran anda diatas kesusahan yang anda hadapi, kerana hidup anda bukannya drama TV dan Sinetron, di mana untuk mendapatkan bahagia, anda harus berada pada episode 415, dan menderita dari episode 1 dan sepanjang ia ditayangkan.

Kerana ANDA BERHAK UNTUK MERASA BAHAGIA, dan lepas dari sengsara kehidupan atas salah sangka selama ini anda wajib menderita supaya Tuhan mendengarkan doa anda. Ayoh beritahu kepada seluruh jiran, kawan, dan saudara mara anda untuk mengubah hidup kepada bahagia, dengan mengongsikan artikel ini kepada mereka.

Semoga kita semua damai di dunia, sebelum damai di alam sana. Sekian wassalam.

~ From QI with Love.


No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...