Your Magic Blog: Jadi sebelum Jadi

Friday 1 July 2011

Jadi sebelum Jadi

Salam :)

Selamat berhari jumaat. Kedudukan hari jumaat adalah umpama cakra jantung di tubuh anda. Sangat mulia dan sangat istimewa. 

Dulu zaman kanak-kanak, ayah saya selalu menasihatkan. Sebelum jalan keluar dari rumah ke mana-mana, apatah lagi perjalanan jauh, saya disuruh untuk duduk dengan tenang. Kemudian disuruh membayangkan yang saya sudah sampai ke destinasi yang saya hendak tuju. Saya buat saja tanpa ada apapa persoalan. Saya tidak faham mengapa harus ada amalan begitu. Namun saya amalkan juga kerana saya berpegang bahawa nasihat orang tua adalah kebaikan untuk saya. Hasilnya memang setiap perjalanan saya tidak kira ke mana sentiasa selamat sejahtera.

Semakin dalam menyelami ilmu energy, semakin saya faham perkara-perkara yang selama ini saya fikir tidak masuk akal. " Sampai dulu sebelum sampai", inilah falsafah yang diajarkan oleh ayah saya dulu dengan amalan tadi. Sama juga dengan tajuk artikel ini, " Jadi sebelum jadi ". Seperti yang saya sebutkan di artikel sebelum ini, semua perkara tercipta sebanyak dua kali. Pertama ia tercipta di alam dimensi ke 4, iaitu sebagai wujud, idea, wujud ilmu atau wujud energy. Kemudian proses penciptaan berjalan lalu wujud itu terzahir di alam 3 dimensi yang boleh kita lihat, dengar dan sentuh. 

Jika anda mahu sesuatu, 'jadikan' dulu di fikiran anda. Pasti ia menjadi mudah untuk 'jadi' di alam nyata. Jika anda hendak datang ke Kota Kinabalu, 'jadikan' dulu di fikiran anda. Bayangkan anda 'sedang' berada di Kota Kinabalu dengan bayangan yang 'terasa real'. Anda pasti akan sampai ke Kota Kinabalu tanpa ada halangan.

Sama juga dengan perkara lain. 'Jadikan' dulu di fikiran anda, pasti ia mudah 'jadi' di alam nyata. Jika anda memikirkan ia susah, maka 'susah' itu sudah ' jadi' di fikiran anda dan akan jadi pula di alam nyata. Jadilah anda sentiasa 'susah'. Apa saja yang anda fikirkan, anda bayangkan dan anda rasakan 'real' difikiran anda, maka itulah yang akan anda alami di alam nyata.

Badan anda mewakili alam dimensi ke 3, sedangkan jiwa anda adalah dimensi ke 4. Badan anda adalah syariat, dan jiwa anda, ruh anda adalah hakikat. Zahir dan batin sudah ditakdirkan sentiasa berpasangan. Syariat dan hakikat sentiasa bersama. Fantasi pasangannya realiti. Seluruh alam ini adalah bermula dari fantasi. Iaitu 'fantasi' ilmu-ilmu Allah. Dulunya alam ini hanya wujud alam ilmu-ilmu Allah. Itu yang saya katakan 'fantasi'. Kemudian setelah data penciptaan lengkap dalam ilmuNya barulah ia diberikan perintah 'JADI' dan terzahirlah alam ini exactly seperti dalam wujud 'fantasi' tadi. Itu adalah fantasi tahap tinggi. Berita baiknya adalah, manusia ada unsur ketuhanan dalam dirinya, iaitu  RUH. Anda mampu menjadikan fantasi anda realiti. Jika anda mempelajari seni fantasi yang betul, maka anda akan selalu mengecapi realiti yang indah. 

Hakikatnya adalah anda sentiasa mencipta. Setiap detik dalam hidup anda mencipta. Baik dan buruk yang menimpa anda adalah hasil ciptaan anda sendiri. Setiap kali anda memikirkan keburukan, lalu anda merasa buruk di emosi anda , maka sekejap lagi 'ciptaan' anda itu akan datang kepada anda dalam perlbagai bentuk. Setiap kali anda memikirkan kebaikan, dan anda merasa baik di emosi anda, tidak selalunya yang baik datang kepada anda. Kenapa? Sebab fitrah anda adalah, anda sentiasa lebih yakin pada keburukan, dan anda sering ragu terhadap kebaikan. Anda selalu lebih yakin bahawa peristiwa buruk akan berlaku, dan sering ragu bahawa kebaikan akan terjadi. Anda menafikan? Wah, u have some ego issues lah :)

Jadikan dulu di fikiran anda, pasti akan jadi di alam anda yang nyata. Bagaimana anda inginkan sesuatu menjadi milik anda, jika di fikiran pun ia susah untuk jadi?

Selamat memperbaiki diri. Semoga anda semakin menjadi-jadi selepas ini :)

Salam kasih dan sayang :)


8 comments:

  1. Mantap guru. Dekat tiada sempadan, jauh tiada halangan. ^^

    ReplyDelete
  2. Kita menggunakan fikir dulu hari2 sebenarnya... Macam nak beli barang seperti contohnya handphone... Salesman datang cerita itu ini... Last sekali anda kata... Nanti saya fikir dulu... He he he... Sama tak tuan dengan konsep di atas nih... Kalau tak sama maaflah... Ini hanya pandangan saya yang tak seberapa...

    ReplyDelete
  3. lebih kurang tuan omera. cuma dalam proses mencipta ia ada mekanisme lain yg harus di activate supaya energynya kuat. misalnya deria batin dan emosi :)

    ReplyDelete
  4. cupi : betul-betul. istedy kau ging hehe

    ReplyDelete
  5. hehehe kali nie lagi mantap guru.... Terima kasih ilmunya. Insyallah selalu praktis agar seiring dengan perjalanan usia. Agar nantinya lebih dekat dengan yang Maha Esa....

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah bertambah ilmu...terima kasih guru.

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...