Your Magic Blog: September 2016

Friday 30 September 2016

Jurus Seksual - Mengembalikan Keperkasaan Lelaki

Salam damai buat semua makhluk Tuhan _/|\_


Sepanjang saya melakukan healing selama hampir 12 tahun, banyak juga masalah kelelakian yang saya tangani. Ada 4 kategori saja:

1. Mati pucuk. Mahu tapi tidak mampu. Ini masalah kesihatan lelaki yang paling kronik.
2. Kadar ketegangan tidak maksima (lembik)
3. Mudah tewas (Ejakulasi pramatang)
4. Tidak subur

Kalau golongan lelaki yang tidak bernafsu kepada wanita, itu kes yang tidak temasuk ke dalam kategori penyakit yang saya boleh bantu dalam konteks ini. Kes-kes yang saya saya boleh bantu dengan izin Tuhan adalah kes lelaki yang mahu kepada pasangannya, namun tidak berdaya atau kurang berdaya.

Maka saya menulis satu ebook khas agar anda sendiri boleh mengamalkannya di rumah secara personal dan private. Daripada pengalaman saya, ramai lelaki yang malu untuk berterus terang tentang masalah mereka.



Di dalam ebook ini, saya cantumkan secara harmoni semua ilmu-ilmu yang pernah saya pelajari dari beberapa guru, para pengamal, dari sumber-sumber bacaan yang valid, merangkumi ilmu tradisional mahupun moden, ilmu fizikal mahupun spiritual.

Bagi seorang lelaki, keperkasaan bersama pasangan adalah harga diri. Sangatlah pentingnya keperkasaan bagi seorang lelaki. Ia adalah rahsia nombor satu untuk menjaga keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga.

Anda perlu menguasai ilmu ini. Hari ini juga!

Apa yang saya ajarkan melalui ebook ini?


1. Semua makhluk perlukan seks
2. Manfaat seks kepada kesihatan
3. Positif dan Negatif
4. Nafas dan Kekuatan Seksual
5. Latihan nafas menyeimbangkan Positif dan Negatif tubuh.
6. Latihan Pernafasan Bawah Pusat.
7. Melatih otot PC (Pubococcygeus Muscle)
8. 2 Kaedah memperkasakan otot PC
9. Latihan Nafas Jantan
10. Latihan Big&Hard
11. Latihan Multi-Orgasm
12. Energi seksual untuk Peningkatan Spiritual
13. Isi semula (Recharge) Energi selepas Ejakulasi.
14. Menentukan Jantina anak.
15. Mengindahkan kejadian anak.
16. Makanan dan kekuatan Seksual.
17. Akhir kata.


Berapa harga Ebook ini?

RM 90 saja!


Harga ini boleh saya naikkan bila-bila masa sahaja. Segeralah miliki ebook ini!

Harga yang sangat murah jika dibandingkan dengan manfaat yang bakal anda miliki, iaitu KEPERKASAAN sebagai seorang lelaki sejati!

Hubungi saya untuk mendapatkan ebook ini.

Facebook: Umar Paranorms
Instagram: Umar_Paranorms
Tweeter: @UmarParanorms
Whatsapp : +60198926202
Email: qalamilahi212@gmail.com
Blog: www.paranormsmagic.com

Sekian dulu sahabat.

Salam cinta kasih tulus dari dasar hati :)


~ from Qi with Love




Sindrom-Sindroman Energi

Salam kedamaian buat semua makhluk Tuhan _/|\_


Energi adalah juzuk utama yang membina semua isi alam ini pada semua level samada fizikal, mental mahupun spiritual. Diri anda pun sama. Anda yang terdiri dari diri fizikal, mental dan spiritual juga terbina dari juzuk-juzuk energi yang berbagai frekuensi. Oleh kerana itu, energi sangat mempengaruhi keadaan fizikal, mental dan spiritual anda. 

Kekacauan pada sistem energi akan mengancam keseluruhan sistem diri dan kehidupan anda. Badan anda terancam penyakit, kerana energilah yang membina keseluruhan sel-sel badan anda. Mental anda terancam tidak harmoni kerana perasaan anda adalah getaran-getaran energi. Kehidupan anda terancam kerana secara spiritual anda terhubung dengan seluruh persekitaran anda melalui minda universal yang menyelumuti semua level kehidupan.

Apa yang mengawal energi-energi ini? Ada apa pada diri kita yang menentukan dan menjamin bahawa energi-energi dapat dikawal, diharmonikan dan dimanfaatkan? ada............

Iaitu.... KESEDARAN!

Dalam pelajaran-pelajaran kerohanian, ada maam-macam ritual yang diijazahkan, diajarkan, dan diturunkan kepada murid. Ada zikir, ada mantra-mantra, ada konsentrasi visualiasi pada objek tertentu, simbol tertentu, warna tertentu, bunyi tertentu, tokoh tertentu dan sebagainya.

Banyak benar ajaran di alam ini. Menurut Wikipedia, pada tahun 2014 ada 4200 ajaran agama di alam ini dengan pelbagai ragam pula ajaran spiritualnya. 

Namun... Adakah persamaan pada semua ritual-ritual itu? Ya ada....

Iaitu.... KESEDARAN! Semuanya mengarahkan kesedarannya ke suatu titik fokus. Titik fokus itu boleh jadi nama-nama tuhan yang dizikirkan, bunyi-bunyian, simbol-simbol, warna-warna dan sebagainya. Itu semua hanyalah berfungsi sebagai alat, tools atau medium untuk memfokuskan KESEDARAN yang memang ada di setiap diri manusia. Satu subjek yang sama iaitu KESEDARAN yang difokuskan ke ribuan objek konsentrasi pilihan masing-masing mengikut ajarannya sendiri.


Reiki, Kundalini, Tenaga dalam, atau apapun juga nama sistemnya... Itu juga semua adalah sistem yang diwujudkan sebagai medium memfokuskan KESEDARAN. KESEDARAN lah KUASA sebenar. Bukan segala macam sistem yang ada. Sistem-sistem yang ada itu adalah untuk mengolah KUASA ini secara sistematik lalu dimanfaatkan untuk penyembuhan, perlindungan, dan sebagainya.

Ok..... Lalu apa pula sindrom-sindrom energi yang biasa terjadi?

Apa pula itu sindrom Kundalini?

Wajibkah belajar dan membangkitkan Kundalini agar mencapai tingkat tinggi dalam kerohanian?

Kalau anda membaca di internet, anda akan jumpa sangat banyak artikel yang membahas tentang sindrom kundalini dalam pelbagai bahasa dari pelbagai bangsa yang mempelajari tentang Kundalini. Dan semua itu sangat menakutkan!



Kalau di awal-awal saya terlibat dengan ilmu kerohanin dulu, akan saya katakan dengan bahasa tinggi dan ilmiah begini:

" Sindrom Kundalini adalah akibat buruk yang terjadi kepada seorang pengamal ilmu energi kerana ada kesalahan dalam latihannya sehingga membuat energi, api atau inti kundalininya naik tidak teratur lalu tersumbat kerana jalur sushumnanya masih belum bersih sepenuhnya, masih banyak kotoran-kotoran eterik yang menyumbat di cakra-cakra khasnya pada cakra jantung di mana simpul Brahma berada atau di cakra ajna di mana simpul Rudra berada. Perkara ini tidak akan terjadi sekiranya si murid itu lebih dulu membuka cakra mahkotanya melalui ilmu reiki atau yang sealiran yang fokusnya membuka cakra mahkota sehingga energi ilahi dari cakra mahkotanya mengalir membersihkan sumbatan-sumbatan di setiap jalur sushumnanya, lalu membalut bahagian luar jalur sumsumnanya sehingga meneutralkan efek panas atau sejuk berlebihan dari energi kundalini yang bangkit dengan liar, atau dia belajar ilmu pernafasan tenaga dalam sehingga prana nya bangkit dan membalut lapisan tengah jalur sumsumnanya agar lebih tebal lapisan yang akan membalut energi, api dan inti kundalini yang akan naik melalui pusat jalur sushumnanya sehingga meneutralkan efek negatif kebangkitan liar kundalininya"... Lebih kurang begitu bahasa energinya.

Sekarang jika saya ditanya atau dihadapkan kes sebegini, jawapannya akan jadi lebih simple:

"Dia stress, terlebih fikir, terlalu memaksa diri dalam latihan, terlalu bernafsu mengejar target, hormonnya jadi tidak teratur, perasaanya jadi kacau....Itu saja".

Lebih simple lagi:

" Dia stress... Itu saja".

Ilmu dan penemuan pada zaman ini sudah semakin jauh maju. Alam pun semakin membuka diri dan menganugerahkan khazanah ilmu dan kefahaman yang semakin tinggi dan melimpah kepada kita manusia. 

Dulu tidak begitu. Maka bermacamlah istilah digunakan bagi merujuk kepada berbagai masalah fizikal dan psikologi yang terjadi kepada masyarakat pada zaman itu dan ada banyak istilah dan kefahaman lama yang dibawa sampai ke zaman ini.

Kita perlu lebih membuka diri. Sudah banyak penemuan ilmu yang zaman milenium ini yang mampu meneutralkan masalah-masalah dan penyakit-penyakit yang zaman dulu dianggap 'misteri'.

Syukur alhamdulillah... Sepanjang saya mengajarkan ilmu-ilmu energi dari tahun 2006 sehingga kini belum ada dalam rekod saya ada pelajar-pelajar saya yang mengalami sindrom-sindroman energi.

Energi murid akan mengikuti energi guru. Kefahaman murid akan mengikuti kefahaman guru. Ini juga bahagian dari 'sinkronisasi energi'.

Mari belajar Ilmu Energi/Aura/Quantum secara benar dan mudah tanpa perlu takut sindrom-sindroman energi.  Klik di sini KELAS BELAJAR AURA 

Semoga bermanfaat dan mencerahkan.

Salam damai penuh cinta dari lubuk hati paling dalam :)

~ from Qi with Love






Kelas Belajar Aura Promo Oktober 2016

Salam Damai buat semua makhluk Tuhan _/|\_

Percaya atau tidak, zaman ini adalah zaman di mana manusia harus lebih berfikir keras melebihi zaman-zaman sebelumnya.
Segalanya harus difikirkan. Lalu apa yang terjadi ketika kita terlalu banyak berfikir? Atau 'overthinking?'
Stress!
Dari stress terbit, anxiety, insomnia... Kemudian tercetus pula penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, buah pinggang, obesiti, barah, kanser, sakit saraf, dan lain-lain. Punca utamanya adalah STRESS!
Penyakit fizikal dan mental adalah ekspresi dari alam rohani kita yang sedang tidak harmoni.
Perubahan zaman meningkatkan getaran energi universal yang memicu keaktifan cakra-cakra manusia. Menurut saintis fizik quantum, frekuensi alam yang dulu 7.23 hz kini semakin meningkat naik ke 9-10 hz. Mereka menggambarkan bahawa sepertinya alam 'sedang bangkit dari tidur'. Tanda-tandanya adalah semakin banyak bencana alam terjadi, dan semakin banyak muncul kekecohan di seluruh dunia. Alam semakin aktif, kerana semakin bangkit dari lena!
Peningkatan energi alam ini memicu manusia untuk semakin aktif menggunakan cakra-cakra bahagian atas. Dulu zaman batu, alam hanya memicu keaktifan cakra dasar, di mana naluri utama kita hanya makan, seks dan tempat berlindung.
Sekarang alam merangsang keaktifan cakra solar plexus, cakra yang mengawal fikiran. Manusia semakin banyak menggunakan fikirannya. Dan ini memberi makna, manusia sedang semakin stress oleh fikiran yang tiada henti berfikir. Makin banyak berfikir bermakna semakin banyak masalah. Makin banyak masalah makin banyak berfikir.
Sebab itu ramai manusia sekarang 'melarikan diri' mencari ketenangan jiwa dengan bermacam cara. Dengan dadah, pil, minuman keras, dan bermacam cara lagi yang menimbulkan gejala sosial yang berbahaya.
Tidak kurang pula yang 'melarikan diri' ke agama dan aktiviti-aktiviti kerohanian. Ini semua adalah bentuk 'pelarian diri' dalam usaha mencari ketenangan, mengawal fikiran yang begitu liar. Berfikir menimbulkan kelelahan mental dan fizikal dan bermacam penyakit.
Ok.... Tahukah anda, teknik mudah SRP (Senyum, Rileks dan Pasrah) sangat membantu mengawal dan menenangkan pergolakan energi fikiran, emosi dan badan.
Begitu mudahnya untuk relaks. Begitu mudahnya untuk kembali mengharmonikan fizikal, mental dan spiritual jika kita belajar, memahami dan mempraktikkan mekanisme diri kita secara semulajadi.
Dan...... Anda boleh mempelajari teknik ini di dalam Kelas Belajar Aura. Tidak percaya? Mari buktikan sendiri.




Video Promo Kelas Belajar Aura



Salam cinta kasih tulusa buat semua pengunjung blog ini. Selamat berbahagia selalu.

~ from Qi with Love

Wednesday 28 September 2016

Menyalurkan Energi Vs Sinkronisasi Energi



Salam kedamaian buat seluruh alam _/|\_

"Merawat dengan kaedah energi tidak semestinya harus menyalurkan energi".

Kalau anda praktisi reiki, tenaga dalam, dan disiplin ilmu energi/qauntum/aura lainnya, mungkin kenyataan saya ini agak 'confusing' kerana selama ini anda mungkin berpegang pada mazhab 'menyalurkan energi' apabila melakukan rawatan kepada pesakit-pesakit anda atau mengisi energi ke objek-objek.

Ada satu lagi kaedah yang saya selalu gunakan, dan semakin sering gunakan untuk mengganti proses 'penyaluran energi' kepada pesakit, iaitu kaedah 'sinkronisasi energi'.

Bagaimanakah itu?

Apabila kita berniat untuk merawat seseorang, atau membantu seseorang dengan energi kita, akan terbina satu ' open link' energi menghubungkan medan energi kita kepada medan energinya. Dalam keadaan ini medan energi kita akan saling mempengaruhi melalui 'open link' dari niat tadi. Energi yang lebih kuat akan mempengaruhi energi yang lebih lemah. Anda boleh melihat skala kekuatan energi melalui Table of Conciousness Dr. David Hawkins sebagai rujukan.

Ketika 'open link' sudah wujud, anda sebagai perawat tinggal meningkatkan vibrasi energi anda setinggi-tingginya. Caranya? Dengan mengakses energi ilahi dari cakra mahkota, dipadukan dengan energi cinta kasih tanpa batas dari cakra jantung anda. Lebih tinggi lagi anda 'kembali ke sejati diri anda' yang maha luas meliputi segalanya ( fana, kalau and lebih suka istilah ini ).

Sering terjadi kepada perawat-perawat yang kurang atau tidak memahami konsep ini akan dipengaruhi oleh pesakitnya. Energi negatif daripada pesakitnya terjangkit kepadanya. Efek yang biasa terjadi, dia mengalami gangguan emosional dan juga fizikal.

Bilakan anda dipengaruhi oleh medan energi rendah? Iaitu apabila anda masih 'bermain di area 3 cakra bawah'. Anda lebih fokus ke gerakan fizikal (jurus), menggunakan kekuatan emosi dan visualisasi aktif ketika merawat. Ini semua adalah fungs cakra dasar (fizikal), cakra seks (emosional), will power dan nafas (cakra pusat).

Pesakit-pesakit anda juga sedang berada di area ini. Kalau timbunan emosinya lebih besar atau willpowernya lebih kuat, maka anda pasti akan terpengaruh. Manusia-manusia biasa mainannya dia area 3 cakra dunia ini (force level). Anda sebagai perawat harus bermain di area atas, di 4 cakra spiritual (power level).

Bukan cuma pesakit, sinkronisasi energi juga terjadi antara diri anda dengan orang-orang yang dekat di hati anda, yang mana anda dan mereka memang sudah sedia ada 'open link' energi hasil hubungan emosi. Sebab itu anda dan mereka selalu saling mempenharuhi di level energi dan merebak ke level fizikal, mental dan spiritual.

The Law Resonance Frequency. Ini hukum alam yang membuat energi kita dan pesakit terhubung dan saling mempengaruhi.

Semoga pencerahan ini bermanfaat.

Salam cinta kasih dari lubuk hati yang terdalam.

~ from Qi with Love

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...