Your Magic Blog: AURA ENGINEERING 2 (Energy, Frekuensi dan gelombang batu mulia)

Thursday 9 June 2016

AURA ENGINEERING 2 (Energy, Frekuensi dan gelombang batu mulia)


Dikatakan bahawa keajaiban dan khasiat batu-batu mulia (Gelaran nusantara bagi batu cincin, seperti akik dan kristal) ini datangnya dari kebolehan mineral semulajadi ini "Memperkuatkan" tenaga dan gelombang elektro-biomagnetik pada tubuh, mental dan emosi manusia.
Pada zaman dahulu kala, ketika tahap pengetahuan nenek moyang kita belum mencapai teknologi moden dan kurangnya istilah "Saintifik" mengenai benda mistik, maka keajaiban dan khasiat batu ini dilapis dengan nama "Pengisian" yang berkonsepkan khadam pelindung.
Kini, setelah berkembangnya pengetahuan mengenai sains, apalagi yang membabitkan kuantum fizik, dan digabung bersama dengan metafizik, maka terbongkarlah rahsia sebenar darimana datangnya "Kekuatan dan keajaiban" batu-batu ini.
"Semua kuasa berasal daripada Allah, Tuhan semesta Alam". Memang benar, tidak disangkal sama sekali. Namun berselindung pada ayat tersebut menggunakannya sebagai alasan untuk kekal jumud dan nyaman di dalam zon "Kebodohan" hingga malas mahu berfikir, tanpa mahu mengkaji dan melihat sendiri bagaimana "Kuasa Allah" itu bergerak, bukanlah sifat mulia yang harus dipelihara.
Melalui kaedah AURA ENGINEERING, kami masih menggunakan batu mulia sebagai konduit untuk menjadi "penyalur dan pembangkit" tenaga yang tersimpan dalamnya, namun membuang kaedah pengisian khadam ghaib di dalamnya.
Terserah kepada anda untuk menilai dan mempercayainya. Dan kami berurusan dengan orang yang serius benar-benar mahu meningkatkan kualiti hidupnya dengan izin Allah juga.
Batu mulia, mempunyai kelebihan untuk "menyimpan dan menyerap" energy yang telah diprogramkan dengan fikiran, doa, dan tenaga positif. Bergantung pada kekuatan intensi yang diberikan padanya, tenaga ini boleh menahan atau hilang sekelip mata jika tidak dikunci.
Tenaga dari kristal ini, jika dipadu, diselaraskan, dan dikunci pada gelombang frekuensi si pemiliknya akan harmoni dan menimbulkan reaksi kimiawi terhadap sistem hormon tubuh dan emosi.
Berikut adalah batu mulia yang ada di dalam simpanan kami, sedia untuk dipadankan kepada pemiliknya yang berminat melalui aura engineering. Bismillah.

BATU PANCAWARNA
Mahar: RM450
Terdiri dalam keluarga Akik (Agate), batu unik ini mempunyai kelebihan seperti berikut. Membangkitkan Aura wibawa, karismatik, kejayaan dan kemakmuran. Seperti warnanya, merah kekuning-kuningan, ia membantu memperkuatkan cakra Dasar, cakra Seks, dan cakra Pusat.
Sesuai dipakai oleh mereka yang memegang jawatan dalam perusahaan, atau perawat alternatif dalam rawatan, kerana ia memfokus tenaga dalam (Chi, inner force, Qigong) dalam badan.

MOLDAVITE (Batu Meteor)
Mahar: RM770
Batu ini dikatakan berasal dari serpihan meteor yang berusia 6000 tahun. Ia mempunyai getaran bio-magnetik yang tinggi dan sesuai dipakai untuk membantu menguatkan penyaluran bio-elektrik pada nadi tubuh. 
Kerana ia berasal dari "Kayangan", :) ia mempunyai nilai mistik yang sangat tinggi dan sesuai digunakan oleh mereka yang gemar melakukan terawangan, meragasukma, astral travel, dan lucid dream. Ia juga membantu mempercepatkan proses penyeimbangan cakra atas, iaitu cakra leher, ajna, dan mahkota.
Sesuai dipakai oleh mereka yang rajin melakukan rawatan jarak jauh, atau berurusan dengan penyakit mistik yang melibatkan jin, saka dan hantu.

BATU TAPAK SULAIMAN
Mahar: RM350
Juga terdiri dalam keluarga akik (Agate), batu ini dipercayai membawa energy spiritual. Ia juga dikatakan membantu menambahkan kasih sayang rumahtangga dan pasangan. Batu ini sesuai diguna bagi mereka yang mempunyai perusahaan yang membabitkan keluarga, atau mereka yang mempunyai gerai dan restoran sebagai sarana untuk menarik rezeki.
Ia dikatakan membangkitkan potensi otak dalam berfikir secara kreatif untuk meraih keberuntungan dalam perusahaan yang dijalankan. Batu ini memfokus energy pada cakra pusat, dengan booster dari warna putihnya sebagai penguat seluruh spektrum warna.

BATU BADAR BESI
Mahar: RM450
Biasanya berwarna hitam. Batu ini dikatakan mampu meneutralkan serangan sihir yang merosakkan dari terkena pemakainya. Kerana sihir adalah proses penguraian energy pada organ tubuh yang diserangnya, maka batu ini secara metafiziknya mempunyai kelebihan untuk menguatkan jaringan tenaga dalam tubuh.
Umumnya ia dikatakan mampu melindungi seseorang dari niat jahat. Menghilangkan rasa gelisah, dan membuatkan suara anda didengari dan diberi perhatian. Warna hitamnya bertindak sebagai elemen yang akan menumpukan getaran aura dan elektromagnetik tubuh, bagi tujuan dinding diri.

YELLOW JASPER
Mahar: RM450
Batu ini menambahkan keyakinan dan mengelakkan pemakainya dari merasa malu yang berlebihan. Ia juga mempunyai elemen perlindungan dari sumpahan dan fitnah. Sesuai dipakai oleh mereka yang sering menjadi bahan ejekan dan mangsa buli.
Ia bertindak sebagai penstabil emosi, memperbaiki masalah yang melibatkan perut, dan memperkuat cakra pusat. Terkadang, ia juga menguatkan intuisi dan mengelakkan seseorang dari ditipu dan mengalami kerugian.

BATU AKIK LUMUT
Mahar: RM450
Batu yang mempunyai corak seperti ditumbuhi lumut ini dikatakan mempunyai khasiat yang bagus untuk mempercepatkan proses rawatan dalam tubuh. Ia juga dikatakan mampu memberikan rasa tenang dan damai pada pemiliknya.
Batu ini membantu menguatkan cakra jantung, yang menjadi kunci kepada penyaluran cinta kasih kepada semua makhluk. Ia membuatkan orang merasa senang dengan kehadiran anda disisi mereka, dan mudah menarik perhatian orang ketika berada dalam majlis.


BATU JARUM EMAS / JARUM HITAM 
Mahar: RM450
Terdiri dalam keluarga Quartz, batu ini mempunyai lapisan mineral yang menimbulkan corak seakan-akan terdapat jarum dalamnya. Dipercayai mempunyai kekuatan mistik yang kuat, elemen warna putih dan kuningnya saja sudah cukup untuk membangkitkan aura kekayaan dan kelancaran rezeki.
Dahulu, para guru yang mengajarkan ilmu persilatan, akan "mengimplant" memori gerak langkah ilmu persilatan mereka dalam batu ini, dan boleh diwarisi oleh murid tertentu yang sudah diprogram keserasiannya.
Batu ini bertindak dengan mengkonsentrasi aliran tenaga chi dalam tubuh, jika dipakai oleh pengamal ilmu pertahanan diri, akan menjadikan pukulannya berbisa. 

CITRINE
Mahar: RM250
Batu ini digelarkan juga oleh penjual kedai kristal sebagai "Batu kesuksesan", bukan saja kerana kerana warna kuning / oren nya membantu meningkatkan tenaga kepada cakra pusat dan seks, ia juga menarik rezeki kepada pemakainya.
Ia mampu menangkis energy negatif dalam kawasan kedai dan perusahaan. Ia juga meningkatkan tenaga dalam meneruskan daya juang hidup, dan meningkatkan keyakinan diri.
Ia sesuai dipakai oleh mereka yang mahukan dorongan dan semangat dalam hidup, kerjaya, pengembaraan dan bisnes.


BATU MERAH SIAM
Mahar: RM450
Batu ini mirip wujudnya seperti batu delima merah, namun ia tidaklah sama. Batu ini membuatkan orang lain merasa kasih kepada anda. Warna merah mudanya, memancarkan energy cinta kasih kepada seluruh makhluk dan kawasan sekeliling.
Ia menguatkan cakra dasar, dan cakra jantung. Memperkuat aliran darah ke seluruh badan, dan menyihatkan tubuh. Sesuai dipakai untuk mereka yang selalu berinteraksi dengan pelanggan secara terus dan berdepan.

BLOODSTONE (Akik Darah)
Mahar: RM450
Sesuai dengan namanya, batu ini melancarkan aliran darah dan memperkuat jaluran isi tubuh. Ia memberikan booster kepada cakra dasar secara drastik, menambahkan daya juang, keberanian, semangat dan tenaga.
Batu ini digunakan pada perisai di zaman dahulu kerana ia dipercayai mampu menghentikan darah yang terluka dengan cepat. Ia juga memberikan rasa tenang dan fokus pada satu pekerjaan dengan baik. 

BATU PERMATA SULAIMAN
Mahar: RM350
Banyak mitos yang mengaitkan batu ini dengan Nabi Sulaiman AS,  benar atau tidak, wallahualam bishawab. walaubagaimanapun kita hanya menggunakan elemen batu ini sebagai sarana untuk membangkitkan efek dan kesan yang diingini. 
Ia membantu dari segi perlindungan diri, harta dan keluarga. Meningkatkan kecerdasan fikiran, dan menguatkan sisi spiritual seseorang. Menjauhkan mimpi buruk, dan memudahkan fokus ketika belajar.

TIGERS EYE
Mahar: RM250
Batu ini meningkatkan aura harimau dalam diri. Ia memperkuatkan cakra pusat, Menajamkan daya intuisi dalam memilih pilihan yang sesuai, baik untuk kerjaya, perusahaan dan tujuan.
Batu ini meningkatkan kreativiti, dan menimbulkan semangat berani mencuba. Ia membantu menguatkan cakra pusat, dan melancarkan hambatan dan blocking energy pada tubuh. Ia menghilangkan rasa takut pada diri, dan memancarkan energy yang menundukkan musuh.

BATU MADU CEMPAKA
Mahar: RM450
Batu yang datang dari keluarga Citrine ini mempunyai khasiat sebagai pemanis terutamanya untuk kaum hawa. Ia mendatangkan keberuntungan, kerezekian, dan memperkuat cakra seks.
Ia membangkitkan perasaan bahagia, dan memperbaiki masalah yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Sesuai dibawa dalam perusahaan yang membabitkan kaum wanita, namun kaum adam juga boleh memakai batu ini dengan efek yang sama.



BATU BACAN
Mahar: RM350
Batu ini memiliki aura penyembuhan yang sangat kuat, dengan efek yang bagus untuk menenangkan rentak jantung. Seperti warna pada cakra jantung, ia sangat bagus untuk meredakan dan melembutkan hati orang yang pemarah, baik si pemakai mahupun yang berada dalam radius gelombangnya.
Sangat sesuai dipakai oleh majikan atau pekerja supaya saling disayangi dan dikasihani. Jika dipakai ketika meditasi atau tafakkur, efeknya akan menyelimuti tubuh dan digandakan kekuatannya.


BATU KALIMAYA PELANGI 
Mahar: RM999
Batu Kalimaya pelangi dan variannya di bawah, adalah terdiri dari keluarga Opal. Batu ini dikenali sebagai batu kejujuran, yang membantu meningkatkan kepercayaan dari majikan / pekerja di dalam perusahaan yang dijalankan.
Secara mistiknya, ia memperkuat energy dalam tubuh dan menajamkan fokus. Secara metafiziknya, gelombang tenaga yang dihasilkannya, mampu menstabilkan dan mem-boost-kan medan aura dan cakra tubuh seseorang.
Seperti elemen pelangi dan jernih yang dimilikinya, tidak dinafikan bahawa ia adalah batu multi-fungsi yang sesuai digunakan untuk rawatan, benteng diri, pengasihan, penarik rezeki, pembersih energy negatif, cinta kasih dan perhubungan, dan lain-lain bergantung pada niat dan jenis energy yang diset padanya.

BATU CENDERAWASIH
Mahar: RM1313
Batu yang dikaitkan dengan burung cenderawasih, burung para wali yang tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi kecuali setelah ia mati. Batu ini membentuk seakan-akan bebola mata yang telah keras. Batu ini sangat istimewa kerana ia susah dijumpai dan dicari-cari oleh ramai pencinta batu permata.
Batu ini secara drastiknya memfokus seluruh gelombang energy untuk tarikan duniawi. Memperkuatkan cakra dasar, dan multi-fungsi untuk pelbagai kegunaan yang membabitkan urusan kewangan.
Ia juga bertindak sebagai batu yang menghindarkan diri dari marabahaya serangan fizikal mahupun ghaib. Menundukkan lawan serta makhluk ghaib dan membangkitkan aura wibawa pada diri.

Dalam kegunaan mistik, Ia akan menajamkan pandangan mata ghaib, memudahkan mencari dan menarik barang yang hilang, serta pelbagai lagi khasiat bergantung pada kepercayaan dan sugesti yang anda perolehi.

INGATLAH, SEGALA KUASA DATANG DARI ALLAH.
Aura Engineering yang dilakukan di Qalam Ilahi Wellness Center, tidak membabitkan khadam jin. It is purely based on metaphysical and Quantum technology.

Aura Engineering adalah untuk mengenalpasti batu permata apa yang sesuai, untuk apa yang anda hajati.

Ia akan memastikan bahawa anda akan serasi dengan batu permata pilihan anda. Keserasian aura kita dengan batu-batu permata boleh "Dibuat", tidak semestinya harus serasi secara semulajadi seperti mana yang biasa didengar dari para "Pakar Batu".

Aura enginering akan membantu menyelaraskan aura semulajadi pada batu-batu permata dengan pusat-pusat tenaga dan cakra kita,

Ia akan menguatkan ton dan spektrum aura yang kita inginkan pada medan aura kita sehingga apa yang kita inginkan mudah terlaksana.

Dijamin BEBAS dari unsur-unsur syirik. Ia adalah murni berpandukan sains metafizik. Ia juga akan menjadikan batu permata anda bernilai ARTISTIK, MISTIK dan FANTASTIK. This is Aura Engineering, bukan En-JIN-Neering.

Anda boleh saja percaya atau tidak. Tiada paksaan, tiada halangan. Semua yang ada di dunia ini hanyalah sekadar ALAT, Apa yang kami usahakan di sini, semuanya adalah PERALATAN AJAIB yang digunakan untuk membantu meningkatkan potensi terpendam manusia yang sedar dan tahu akan wujudnya kuasa itu datangnya dari Pencipta alam semesta sendiri.

Setiap batu mulia yang terpapar di atas berada dalam koleksi kami dan bersedia untuk dijodoh dan dipadankan dengan pemiliknya.

Bagi yang sudah memiliki batu mulia sendiri, dan berminat untuk menjalani penyelarasan gelombang medan aura mereka, juga boleh menghubungi kami untuk janji temu.

Bagi pembaca yang berminat untuk meminta padankan dengan cincin atau buah rantai batu permata jenis lainnya melalui khidmat kami juga sangat dialu-alukan permintaan anda.

Salam sayang cinta kasih dari kami.
~ From QI Wtih Love.

AURA ENGINEERING QIWC
Hubungi Hotline kami: 019 892 6202

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...