Your Magic Blog: AURA ENGINEERING (CRYSTAL EDITION)

Saturday 4 June 2016

AURA ENGINEERING (CRYSTAL EDITION)


Salam cinta kasih buat semua. Setelah mengambil masa yang terlalu lama dalam proses meninjau-ninjau dan melihat koleksi batu dan Kristal milik peribadi, milik klient dan juga di pasar dan kedai permata, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan artikel berkenaan aura engineering Kristal ini.

Biasanya, kesihatan terganggu apabila frekeuensi tubuh mengalami gangguan gelombang yang kemudiannya mewujud dalam diri menjadi penyakit. Kristal dan batu permata mempunyai gelombang frekuensi yang bergetar pada skala tertentu, untuk membantu tubuh kembali pada kondisi kesihatannya atau mendapatkan “Khasiat-khasiat tertentu yang dipancarkan oleh benda-benda ini.

Batu permata dan Kristal adalah beberapa benda di dunia ini yang terbina secara semuajadi dan mempunyai getaran gelombang frekuensi yang stabil secara sendirinya.  Batuan ini adalah struktur semulajdi yang tidak dapat diubah struktur pattern energy dirinya dan sangat sesuai dimanfaatkan bagi tujuan tertentu jika ia diselaraskan dengan medan aura dan tenaga tubuh manusia.



Secara fizikalnya, ketika anda memegang sebiji batu permata di tangan, anda akan merasakan bahawa ia terpisah dan tidak mendatangkan manfaat apalagi jika tiada input mengenainya. AKAN TETAPI, di sini terletak rahsianya, iaitu pada alam dimensi tertinggi, ketika kesedaran anda mampu mencapai titik null dan keseimbangan alam semesta, anda akan dapat merasakan getaran yang dihasilkan oleh setiap benda-benda alami ini.

Tubuh eterik anda dan gelombang energy dari batuan ini akan saling berinteraksi dan menimbulkan resonans pada keduanya atau kawasan sekeliling, yang akan bergetar secara harmoni, JIKA ia diselaraskan dan dimanfaatkan.

Tidak dinafikan juga, walaupun secara dasarnya unsur alami ini memancar secara semulajadi, namun setiap manusia mempunyai KEPERCAYAAN, KEFAHAMAN, KEYAKINAN dan KERAGUAN yang berbeza-beza, membuatkan medan aura dan bio-magnetik tubuh mereka ada yang tidak serasi dan menolak.

Di sinilah datangnya KONSEP AURA ENGINEERING yang giat kami usahakan di Qalam Ilahi Wellness Center. Setiap batu permata dan Kristal yang kami temui, dapati, diberi dan maharkan kepada orang yang berminat padanya akan dipadankan (Dijodohkan)

Kefahaman mengenai FREKUENSI, VIBRASI DAN ENERGY KUANTUM, bukanlah lagi menjadi rahsia tersembunyi seperti di zaman para pendeta kuno. Bahkan sekarang ini sudah menjadi sebahagian dari ilmu SAINS dan TEKNOLOGI yang dahulunya juga dianggap mistik, tahyul dan fantasi semata-mata.
Ada beberapa orang yang menemui kami sempat bertanya, “Tuan, tidak SYIRIK KAH menggunakan benda-benda sebegini?”.

Saya jawab. “TIDAK. Kenapa tidak? Kerana MISTIK itu adalah istilah untuk perkara dan kejadian yang TIDAK dapat difahami system kerjanya.”

“Ini pula adalah SAINS. Ada penjelasan yang SANGAT LOJIK disebaliknya. Apa yang kau anggap mistik, tidak mistik bagi saya dan orang-orang yang memahaminya. 

“Apa yang syirik bagi mereka yang tidak mahu memahami dan terus menghukum tanpa mahu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu, belum tentu syirik bagi saya dan mereka yang faham.”

Kerana kebenaran setiap manusia belum tentu sama, maka berdebat panjang mengenai hal-hal ini tidaklah mendatangkan manfaat melainkan bagi mereka yang sudah berhasil dan merasakan manfaat kebaikkan dari kaedah aura engineering ini sendiri.

Anggap sahajalah saya salah, dan anda betul. Lalu mari kita teruskan hidup berdasarkan kefahaman kita masing-masing. Namun izinkan saya untuk meneruskan tulisan ini bagi mereka-mereka yang berhajat dan mempunyai enthusiast untuk mendapatkan rahsia dan manfaat dari kekayaan alam yang dianugerahkan Tuhan buat makhluk Nya di dunia ini.



Kita sambung semula tulisan ini ya. Dalam proses mempergunakan dan menyelaraskan getaran batu permata dan Kristal ini, factor utama yang menjadi conduit bagi penyatuan frekuensi keduanya adalah KEFAHAMAN (Consciousness) dan PENERIMAAN (Acceptance).

Walaupun batuan ini memancarkan gelombang frekuensi yang stabil dan tetap, namun jika hati, perasaan dan keyakinan anda menolak, ragu dan was-was, maka tubuh anda secara automatic akan tetap menolak dari menerima gelombang ini bergetar dengan selari pada aura anda.

Dari perspektif metafizik, kita boleh memindahkan “Hajat dan arahan” kedalam batu Kristal. Dan boleh menggetarkan molekulnya supaya memancarkan arahan ini kepada tubuh kita. Dari sudut saintifiknya pula, bukankah hampir semua teknologi sybernetik kita menggunakan elemen mineral padanya?

Radio pertama dicipta menggunakan Kristal sebagai pemancar dan penerima gelombang radio. Malahan Kristal juga boleh diprogram sebagai cip silicon yang kini sudahpun berada dalam teras pemproses computer dan telefon pintar anda. PERCAYA ATAU TIDAK? Terpulanglah.



Orang-orang pintar dari tamadun lama sudah lama mempergunakan Kristal dan batu permata sebagai conduit bagi kesedaran mereka, memancarkan getaran minda mereka kepada orang ramai, untuk mempengaruhi minda orang bawahan mereka. Bahkan, hingga sekarang kaedah ini masih digunapakai melalui cip silicon dalam TV anda yang digunakan untuk mengawal minda orang awam. Hehehe.



Di dalam jadual elemen kimia, unsur karbon (Manusia) dan silicon (Mineral) hanyalah saling bertindih dan tidak jauh. Ini membuatkan kita mudah sekali untuk mengsintesiskan gelombang energy mineral ini kepada gelombang energy badan kita.

HARUS DIINGAT, bahawa KESEMBUHAN ITU BERMULA DARI DALAM DIRI ANDA SENDIRI. Kristal dan batu permata yang anda gunakan sama juga fungsinya seperti memakan ubat luaran, dengan perbezaan dari segi spiritual dan fizikal sahaja. 



Kesembuhan itu datangnya dari Tuhan, akan tetapi manusia dan isi alam ini terikat dengan hukum sunatullah, dan memerlukan ASBAB serta kejadian sebagai penggerak kepada kesembuhan itu sendiri. Dalam tulisan ini, saya mengamfasiskan penggunaan Kristal (Kerana ia adalah TEMA UTAMA) sebagai salah satu dari berbagai sumber pendaya-gunaan ALAT untuk mencapai target dan hajat.

Seperti lagaknya seorang sahabat, atau alatan yang mampu membangkitkan AWE EFFECT dan EUPHORIA dalam diri, begitulah konsep utama dalam penggunaan Kristal ini kepada anda. Gelombang energy dari mineral ini hanyalah sebagai sokongan dan dorongan kepada minda bawah sedar kita yang umumnya sebagai manusia tetap perlukan ALAT untuk memenuhi kehendak nafsu duniawi.

Kunci utama untuk memaksimumkan penggunaan Kristal dalam diri, adalah dengan MENYEDARI secara sedar penggunaan dan cara kerjanya untuk kita. Gelombang elektromagnetik dalam kedua subjek akan menghasilkan resonans kimia dalam tubuh yang berguna untuk pembangkitan hormon setelah terdedah pada batu Kristal ini, baik secara fizikal mahupun psikologi.

Berdasarkan kajian saintifik oleh Mendiang Profesor Masaru Emoto, molekul air akan membentuk molekul seperti Kristal jika didedahkan pada ayat-ayat tertentu yang turut menyokong fakta bahawa elemen alami ini mampu “Menyimpan” hajat, doa dan arahan tertentu untuk kegunaan kita.



Merendam Kristal pada air, mampu menggetarkan gelombang molekul air untuk mendapatkan khasiat dari elemen Kristal ini, sama seperti yang dilakukan oleh para dukun dan bomoh zaman dahulu. Cuma pada ketika itu, amalan ini masih lagi dipenuhi dengan nuansa mistik dan ghaib semata-mata.

OR IS IT? Boleh jadi sebenarnya banyak orang zaman dahulu yang sudah mencapai kefahaman level tinggi dan menemui pencerahan hakikat, namun sengaja merahsiakan ilmu-ilmu sebegini supaya tidak jatuh ke tangan orang yang aniaya dan bodoh, lalu menyebarkan fakta yang salah berdasarkan cakap kosong dan sangkaan semata-mata.

Usah bimbang, ketika anda menggunakan khidmat AURA ENGINEERING dari kami, atau sesiapa sahaja yang faham mengenai konsep ilmu getaran, frekuensi  dan kuantum metafizik. Anda akan kami jelaskan secara saintifik mengenai gerak kerja dan penggunaan Kristal dari kami. 

Maka tidak timbul isu tersebarnya kesesatan melainkan anda sendiri secara melulu dan jumud memang suka menyebar fitnah dari sangkaan semata-mata, terus mengatakan sesiapa saja yang menggunakan elemen unsur murni alami adalah sesat.

INGATLAH, bahawa yang berkuasa itu hanyalah Allah, namun yang diberikan AKAL dan KELEBIHAN untuk mempergunakan ALAT adalah manusia itu sendiri. Ketika anda mengaktifkan Kristal supaya selaras dan harmoni bersama medan aura, apa yang mengikat anda kepada kuasa-kuasa UNSUR ALAMI ini adalah KESEDARAN anda yang menyedari bahawa semuanya adalah dengan izin Allah semata-mata.

Semoga anda mendapat kefahaman dan keterbukaan daripada perkongsian ini. Berikut adalah beberapa jenis batu permata dan Kristal yang memancaarkan gelombang energy yang bermanfaat untuk digunakan dalam kehidupan. Barakkallah, Amin.

BATU JADE


Biasanya berwarna hijau terang ke gelap. Batu yang terkenal di kalangan orang cina. Manfaatnya Ia membantu menguatkan cakra jantung, sekaligus memancarkan unsur kebahagiaan dan kemewahan. Dipercayai membawa tuah dan menjauhkan penyakit (Memandangkan pada zaman dahulu hanya orang berada saja yang mampu memilikinya). Ia juga mampu membantu dalam proses melancarkan rezeki. Insyaallah.

TURQOUISE (Batu Fairuz)



Batu berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik hati para pencinta batu permata. Manfaatnya membantu dalam penyembuhan penyakit. Memberikan ketenangan minda, dan diguna oleh orang di zaman dahulu sebagai batu perlindungan dalam perjalanan jauh dan menunggang kuda. 

SAPPHIRE (Batu Nilam)



Berwarna biru dan sukar diperolehi, batu ini bermanfaat untuk membantu menjernihkan dan menenangkan fikiran seseorang. Para raja dan permaisuri gemar menggunakan batu ini sebagai pembangkit aura wibawa, dan berguna ketika seseorang memerlukan panduan dalam dua situasi yang harus diutamakan olehnya.

RUBY (Batu Delima Merah)



Batu ini sebenarnya adalah sama dengan batu nilam, tetapi hanya dibezakan oleh warnanya sahaja. Mengikut kepercayaan orang Nusantara, ia adalah batu yang terbaik dan mempunyai khasiat mistik yang terhebat dalam melindungkan diri dari serangan sihir, perlindungan diri, dan mampu membuatkan orang patuh pada si pemiliknya. Ia mampu menjadi pelaris yang ampuh dan menambahkan keberanian pada si pemiliknya.

TOPAZ (Batu Baiduri)



Biasanya berwarna kuning jernih atau tidak berwarna langsung. Manfaatnya memperkuat endokrin system dalam tubuh, menenangkan tekanan perasaan, dan memperkuat paru-paru, yang sinonim dengan senaman tenaga dalam yang selalu diamalkan oleh pendekar dulu dan sekarang.  Ia juga memancarkan aura pesona yang menawan hati orang. Ia turut membangkitkan rasa kepercayaan dalam diri dan melemahkan niat jahat musuh kepada kita. Dipercayai ia akan bersinar di dalam gelas berisi air ketika bulan purnama dan ketika itulah kualiti tenaga yang dihasilkan olehnya meningkat. Ia juga mengharmonikan system fikiran antara otak kiri dan kanan.

EMERALD (Batu Zamrud)



Sama seperti batu Jade, ia juga berwarna hijau. Namun ia lebih mahal dan lebih bernilai. Pada zaman dahulu, ia hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar Negara sebagai symbol kekuasaan. Manfaatnya adalah membuka gerbang kekeayaan, kekuasaan, dan kewibawaan pada pemilknya. Sangat sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki perusahaan besar dan memegang jawatan tertentu.

AMETHYST (Batu Kecubung)



Batu berwarna unggu terang ke gelap. Batu perhiasan yang popular sebagai perhiasan pembesar Negara di zaman dulu. Manfaatnya dalam kepercayaan nusantara selalunya sebagai pengasihan dan membangkitkan aura yang menawan. Dalam kepercayaan universal, ia adalah batu spiritual yang membersihkan, memperkuat dan menjernihkan mata ketiga. Ia adalah batu yang sesuai untuk membangkitkan deria sixth sense anda. Ia juga menyeimbangkan intelek, emosi, dan menambahkan focus dalam meditasi / tafakkur.

QUARTZ (Kristal Kuartz)



Ia dikatakan mampu menyeimbangkan energy pada seluruh kawasan bilik yang dicemari dengan energy kotor. Mempunyai efek penyembuhan yang efektif untuk kesihatan mental dan emosi. Ia juga adalah batu yang mempunyai unsur grounding terbaik, iaitu keupayaan untuk menyalurkan energy berlebihan kembali ke bumi.

TIGERS EYE



Batu dari keluarga quartz ini berwarna kuning hitam, yang berbentuk seakan-akan mata harimau. Seperti namanya, ia bermanfaat untuk memancarkan energy yang akan menggerunkan pihak lawan dan dihormati kawan. Ia juga mampu menangkis sihir dan perbuatan jahat dari lawan.

CATS EYE



Juga terdiri dari keluarga quartz, ia berwarna hitam dengan sedikit garisan cahaya putih. Khasiat dan manfaatnya sama seperti batu tigers eye.

RUTILATED QUARTZ (Batu Jarum Mas)



Batu ini sangat unik kerana di dalamnya terbentuk hablur berwarna kuning bergaris-garis yang membentuk jarum emas, seperti nama nusantaranya. Ia berkhasiat untuk meningkatkan deria pertahanan diri dan menajamkan gerak rasa.

OPAL



Batu jernih yang terdiri dari pelbagai warna, namun biasanya yang didapati di nusantara adalah berwarna putih susu lutsinar. Batu ini kadangkala ada yang diperbuat secara sintetik dan digelarkan opal cina. Manfaatnya untuk meningkatkan keyakinan, menyeimbangkan otak kiri dan kanan, dan dipercayai menajamkan pandangan mata. 

PEARL (Mutiara)



Secara tekniknya, ia bukanlah batu yang didapati dari dalam tanah. Sebaliknya ia didapati daripada tiram. Namun ia tetap bermanfaat secara semulajadi, untuk meningkatkan keyakinan diri, perhubungan, percintaan, sukses dan kebahagiaan. 

AMBER



Batuan yang terjadi dari getah fosil. Manfaatnya kepada pemakai adalah untuk meningkatkan daya tarikan, terutamanya dalam urusniaga dan perusahaan. Ia membantu penyembuhan pada masalah paru-paru dan meningkatkan proses hormon pada thyroid 

AGATE (Batu Akik)



Batuan yang sering dijadikan batu cincin. Ia datang dalam berbagai jenis, dan umumnya mempunyai manfaat untuk meyeimbangkan unsur Yin dan Yang dalam tubuh. Ia juga mempunyai unsur grounding yang bagus, dan meneutralkan serangan ghaib dari musuh. 

CARNELIAN (Batu Akik Merah)



Manfaat batu ini adalah untuk meningkatkan keupayaan tenaga batin. Ia juga membantu dalam proses kestabilan mental, menghalang dari emosi negative, dan membawa tuah.

Sekian dahulu mengenai jenis-jenis batu permata dan Kristal ini. Kerana terlalu banyak khasiat dan jenis-jenisnya, tidak dapat saya kongsikan semuanya di sini. Namun usah risau, kerana anda masih tetap boleh menggunakan Google sebagai rujukan utama dalam mencari batu permata kesukaan anda.

Ada yang bertanya, bagaimanakah proses Aura Engineering ini dijalankan? Sudah pasti tidak akan kami bongkarkan di sini, melainkan setelah anda menjadi klient atau berhubung secara terus untuk mendapatkan konsultansi mengenai batu Kristal yang sesuai dengan kondisi dan kemahuan anda.

Ringkasnya, kami menggunakan bukan satu, bahkan beberapa kaedah kuantum metafizik yang dipadu dengan komponen dan konfigurasi khas dari elemen psionic yang melibatkan proses penyelarasan gelombang aura, tubuh dan minda klient kepada batu Kristal yang dimahukan.

Malu bertanya sesat jalan. Usah malu dan usah segan mendapatkan konsultasi mengenai medan aura tubuh serta mempergunakan elemen alam yang sudah disediakan oleh Allah untuk kemudahan anda di dunia ini.

Sekian salam sayang dan cinta dari kami. Andai anda merasakan artikel ini bermanfaat, dipersilakan mengongsikan ia kepada teman atau saudara anda yang berminat dan gemar pada batu permata dan Kristal.

Ini adalah Aura Engineering, bukan En-JIN-neering.

~From QI With Love.

1 comment:

  1. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...