Your Magic Blog: Mata Ke 3, Mimpi, Lucid Dream, Astral Projection

Wednesday 15 November 2017

Mata Ke 3, Mimpi, Lucid Dream, Astral Projection

Salam kedamaian buat semua pembaca setia blog ini _/||\_


Pada artikel ini saya ingin menulis berkenaan 4 perkara:

1. Mata ke 3

2. Mimpi

3. Lucid Dream

4. Astral Projection
.
.

Mata Ke 3


Berkenaan Mata ke 3 sudah selalu saya tulis. Salah satunya anda boleh baca di sini, TANDA-TANDA MATA KE 3 TELAH AKTIF.

Mata ketiga adalah kemampuan melihat tanpa menggunakan dua mata fizikal kita. Kenapa dipanggil mata ke 3? Kerana kita sudah ada dua mata fizikal, maka penglihatan yang 1 lagi ini dipanggillah mata ke 3.

Apa sebenarnya mata ke 3 itu?

Seperti saya tulis di dalam Ebook 'Mengungkap Rahsia Mata ke 3", bahawa sebenarnya mata ke 3 (MK3) adalah daya penglihatan batin kita. Ini istilah orang dulu-dulu. Kadang saya suka guna istilah orang lama kerana ada seni dan magik nya. So mata batin, atau mata ke 3 itu pada hakikatnya adalah kemamuan kita melihat dengan minda bawah sedar. 

Secara energi, kemampuan ini ada kerana adanya pusat tenaga di dahi kita yang dinamakan sebagai Cakra Ajna. Cakra Ajna yang menjana keupayaan intusi, kebijaksanan, dan daya penglihatan batin. Cakra Ajna terhubung dengan sebuah kalenjar ajaib pada diri kita, yang dinamakan Kalenjar Pineal (Pineal Gland). Sesetengah pihak menggelarnya sebagai 'God Spot' kerana menurut mereka dengan kalenjar inilah manusia boleh mengenal Tuhan.

Tulisan ini bukan untuk menilai benar salah pendapat orang. Jadi biarlah pendapat orang. Masing-masing bebas untuk berpendapat sesuka hatinya. Betul tidak?

Ok... Jadi kalenjar pineal ini kalau dilihat dan dibedah dari sudut energi, ia umpama 1 antena pemancar gelombang ke semua arah dan penerima gelombang ke semua arah. Gelombang apa? Gelombang elektromagnetik jenis paling halus dan rendah (Extremely Low Frequency) dari minda kita.

Ketika menggunakan mata ke 3 untuk 'melihat', minda kita sebenarnya sedang menerima pancaran gelombang dari luar melalui kalenjar pineal. Gelombang itu kemudian ditafsir sebagai imej-imej tertentu di layar minda kita. Maka terhasillah sebuah 'penglihatan mata ke 3'. Sebab itu, penglihatan mata ke 3 sebenarnya adalah satu upaya 'mempersespi gelombang energi'. Kenapa persepsi? Kerana imej yang muncul adalah subjektif bagi setiap orang memandangkan cara minda setiap orang adalah unik dalam mentafsir suatu gelombang energi.

Hasilnya, 1 benda yang dilihat oleh dua orang, menghasilkan 2 tafsiran berbeza. Inilah persepsi.

Pada dasarnya, semua orang telah aktif mata ke 3 masing-masing. Bezanya adalah kadar ketajaman dan kekuatannya.

Dan........  Sangat perlu diketahui bahawa fungsi mata ketiga bukan semata-mata untuk melihat hantu, jin, setan dan suku sakat makhluk astral level rendah. Akan tetapi lebih luas lagi fungsinya untuk perkara-perkara yang jauh lebih bermanfaat dalam kehidupan ini, seperti yang anda boleh baca di link ini TANDA-TANDA MATA KE 3 TELAH AKTIF.


***

Mimpi, Lucid Dreaming dan Astral Projection.


Tiga perkara ini pula saling  berkaitan erat.

Ketiganya pun adalah 'produk'  mata ke 3.

Maksudnya.............. Ketiga-tiga fenomena ini terjadi disebabkan oleh adanya mata ke 3.

Saya yakin anda sudah tahu apa itu mimpi, dan bagaimana ia terjadi. Maka di sini saya hanya ingin menulis aspek metafiziknya sahaja.

Mimpi terjadi kerana badan-badan aura anda 'keluar' ketika tubuh fizikal anda sedang tidur. Kita ada 7 badan aura, dari frekuensi paling rendah iaitu Etheric Body ke atas yang mana semakin tinggi vibrasi energinya, iaitu Emotional Body, Mental Body, Astral Body, Soul Body, Light Body, dan Divine Body.

Bukan roh anda keluar ya. Dulu-dulu orang membahasakan fenomena 'out of body experience' ini sebagai 'roh keluar' jasad. Itu kerana kita kekurangan kota kasa jadi hanya perkataan roh saja yang digunakan. Kalau roh yang keluar matilah kita.

Semakin tinggi badan aura yang keluar, semakin indah dan jelas mimpi yang kita alami. Mimpi-mimpi buruk dan seram adalah kerana badan-badan aura rendah kita yang keluar 'travel'.

Lucid Dreaming tu pula apa?

Ini adalah mimpi yang kita sedari. Kita sedar bahawa kita bemimpi.
.
.
.
Apa pula Astral Projection?

Ini pula adalah mimpi yang kita sedari dan boleh kita kawal ingin ke mana dan mahu buat apa. Orang istilahkan juga sebagai Astral Travel.

***

Astral Travel ini, jika kita sudah mahir, maka pengalamannya sama seperti kita 'travel' dengan menggunakan badan fizikal kita. Bezanya adalah, pada Astral Travel kita ringan, boleh terbang sangat laju, dan boleh tembus ke mana-mana tanpa ada had batasan.

Astral Travel adalah pengalaman non-fizikal yang sangat luas, unik dan tidak terbatas oleh alam fizikal 3 dimensi, alam di mana kita hidup ketika ini. Kita adalah makhluk spiritual yang sedang berada di dalam badan fizikal. Kita bukan makluk fizikal yang memiliki spiritual. Fahami bezanya.

Ketika kita yang merupakan makhluk spiritual ini masuk ke badan fizikal, maka pengalaman yang kita alami terbatas hanya melalui 5 pancaindera kita iaitu mata, telinga, mulut, hidung dan kulit. Ini membuat kita menjadi sebuah makhuk advanced yang mundur. Ketika kita melakukan Atral Travel, pengalaman kita tidak lagi dibatasi oleh 5 pancaindera tadi. Maka pengalaman itu menjadi sangat luas, sangat unik dan sangat istimewa.


Jadi.............. Astral Traveller selalunya sudah tidak berminat untuk melihat alam 3 dimensi ketika melakukan Astral Traveller. Misalnya mahu tengok anak dara jirannya sedang buat apa, pakai baju apa, ada di mana, dan sebagainya. Itu adalah informasi tidak penting ketika sedang melakukan Astral Travel. Ada dimensi lebih tinggi yang begitu menarik untuk dikaji dan didalami.

Apa yang terasa penting ketika kita masih 'terpenjara' di jasad tanah ini, tiba-tiba menjadi tidak penting lagi ketika kita telah lepas keluar dari badan.

Alamilah sendiri, dan rasakanlah sendiri.


***

Pada 3 November lalu, saya mengadakan sesi kelas Astral Travel kepada 96 peserta dari seluruh Malaysia. Sesi training secara bertahap selama 13 malam. Malam ini, 15 Nov 2017 adalah malam terakhir training. Suka saya abadikan di blog ini, agar menjadi memori sepanjang zaman.

Ini adalah antara pengalaman mereka pada sesi awal training:













Kelas ini dibuat secara online sahaja di telegram group.

Ini pula pengalaman mereka setelah beberapa malam sesi training bersama. Ada kemajuan yang sangat ketara:
















Astral Travel bukanlah mencari apapa kehebatan. Ini hanyalah sebuah usaha mengenal diri lebih baik. Ketika kesedaran kita keluar dari penjaran jasad, maka persepsi dan kefahaman kita tentang segalanya pun ikut berubah.

Kita mengalami susah dan sengsara di alam dunia ini sebenarnya hanya kerana kesedaran kita 'stuck' di badan fizikal ini dan kita 'terpaksa' mengalami pengalaman-pengalaman yang terhad di alam dimensi ketiga ini.

Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat untuk anda yang mencari pencerahan jiwa dan hauskan ilmu-ilmu dimensi lain.

Salam cinta kasih dari dasar hati paling dalam.


- Umar Paranorms


~ from Qi With Love





















4 comments:

  1. Terbaek MU ��
    Sentiasa Dalam Memoriku..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Mmg Owesome... Sangat2 bermanafaat... Terbaik... Pelajaran seumur hidup... Tqvm n labieu TGMU...

    ReplyDelete
  3. Terbaik.. continue writing master umar.

    yours truly,
    Donz

    ReplyDelete
  4. Boleh ajr sya x

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...