Your Magic Blog: August 2016

Tuesday 16 August 2016

Kelas Belajar Aura... Apa yang Dipelajari?

Salam damai buat semua makhluk Tuhan _/|\_

..Mengubah Hidup bermula dari dimensi tinggi...

Kelas Belajar Aura saya adakan setiap hari Ahad di Qi Center, King Fisher Plaza, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Kelas Belajar Aura ini juga saya buat mengikut permintaan di Sabah dan seluruh Malaysia.

Telah tahukah anda, bahawa semua penciptaan bermula di dimensi tinggi, iaitu dimensi energy. Dimensi ini boleh anda akses dengan kesedaran anda kerana kesedaran anda adalah merupakan warisan paling agung yang Tuhan berikan sebagai bekalan di kehidupan ini.

Di Kelas Belajar Aura kita mempelajari tentang pelbagai rahsia diri dan alam semesta serta bagaiamana memanfaatkannya untuk hidup yang lebih baik, lebih gembira, lebih sihat, lebih makmur, lebih, harmoni dan lebih bahagian.




~Beberapa Koleksi Gambar Kelas Belajar Aura~















#######################################################


Semoga ada manfaatnya.....

Salam cinta dan kasih dari dasar hati yang paling dalam......

~ from Qi with Love



Catatan Perjalanan 1


Salam damai buat semua makhluk Tuhan _/|\_


13 Ogos 2016

Hari aku memulakan sebuah perjalanan rohani dengan versi baru. Perjalanan untuk membebaskan rohani ku daripada belenggu 4 ikatan unsur alam yang menyekat potensi aslinya.




Perjalanan ini adalah ritual untuk mencapai kesejatian bukan untuk mencapai kesaktian, walaupun kesaktian sangat mungkin akan muncul hasil daripada terbukanya gerbang-gerbang energi besar, namun biarlah ia hanya sebagai bonus daripada upayaku mencari cinta sejati antara diriku dengan hakikat ku. Sekadar bonus, bukan focus!

Perjalanan ini juga adalah satu upaya untuk menggetarkan getaran sekeliling lebih tinggi sehingga mempengaruhi diri yang lain untuk ikut melakukan pencarian dan perjalanan menuju sejati. Vibrasi energy yang meningkat akan menggetarkan sekelilingku mengikut Law of Resonance Frequency.

Manusia sedang tenggelam memenuhi keperluan-keperluan 4 unsur alam yang mengikat rohaninya. Ini membuat manusia lupa pada potensi asli dirinya. Seharusnya jasad menjadi 'follower' dan roh menjadi 'leader', tapi sekarang ia sudah terbalik.

Manusia semakin kehilangan harapan dalam kehidupan kerana terlalu bergantung kepada sumber-sumber luar yang terbatas. Manusia merasa tertindas dan kekurangan kerana tidak melihat dan tidak dapat mengakses sumber Tanpa Batas yang ada di dimensi rohaninya.

Aku ingin menyebarkan kesedaran, bahawa mengembalikan potensi rohani yang asli adalah jawapan kepada pencarian kesihatan, kekayaan, kesuksesan, kegembiraan, keharmonian dan kebahagiaan.  Manusia harus self-centered. Manusia perlu menyedari bahawa segala yang mereka cari telah ada dan tersedia secara melimpah di dalam dirinya, bukan seperti fahaman kapitalis yang fokus melakukan pencarian di luar diri, yang selama ini kita ikut dengan patuh dan amalkan dengan gigih.

Perjalanan ini akan menjadi satu pembuktian. Walaupun panjang dan berliku, biarlah aku teruskan. Satu masa nanti jejak-jejak perjalanan ku akan jadi satu rujukan kepada para pencari-pencari kesejatian.

Salam cinta buat semesta alam _/|\_

~ from Qi with Love


Tuesday 2 August 2016

Rahsia Cakra, Kerohanian dan Kehidupan

Salam kedamaian __/||\__


Jom bersama kita mengenal dan menggali potensi diri kita yang terpendam dan rahsia selama ini...................


The Power of Fasting and Repent ( Kuasa Puasa dan Taubat/Mohon Ampun)

Image result for taubat

Cakra Dasar mewakili dan mengawal unsur tanah pada diri anda. Cakra dasar yang membuat anda memiliki tubuh fizikal yang menjadi rumah bagi roh anda. Badan fizikal anda adalah tempat di mana roh anda memperlihatkan wujudnya. Roh anda tidak akan pernah dapat memperlihatkan dirinya tanpa tubuh fizikal anda.

Cakra Dasar yang bersih bermakna tubuh fizikal yang bersih. Cakra Dasar berkaitan dengan amalan badan yang suci daripada menganiaya dan menzalimi orang lain. Unsur bumi pada cakra dasar mewakili frekuensi kelimpahan, kemakmuran dan kekayaan Tuhan yang ada di bumi. Membersihkan cakra dasar bermakna membersihkan seluruh badan fizikal daripada sebarang penyakit, kemiskinan dan kesempitan rezeki.

Puasa adalah kaedag yang sangat efektif membersihkan dan menguatkan cakra dasar. Kaedah ini adalah kaedah semulajadi, dan ia telah dipraktikkan ribuan tahun lalu oleh banyak orang dari berbagai disiplin agama mahupun sekolah spiritual, masing-masing dengan kaedah puasa masing-masing.

Selain puasa, memohon ampun kepada Tuhan juga adalah amalan yang diwarisi dari ribuan tahun lalu, yang mana juga sangat efektif membersihkan cakra dasar dan semua cakra lain. Dalam Islam amalan ini dikenali sebagai Istighfar. Istighfar memiliki 'khasiat' besar membersihkan semua sistem energi anda yang mana berkaitan dengan semua aspek hidup anda. Istighfar memiliki 'keajaiban' sebagai peluntur aura-aura negatif dan 'energy blockages'.

Astaghfirullahal'azim...... Astaghfirullahal'azim....Astaghfirullahal'azim...

Astaghfirullahal'azim...... Astaghfirullahal'azim....Astaghfirullahal'azim...

Astaghfirullahal'azim...... Astaghfirullahal'azim....Astaghfirullahal'azim...

Istighfar memiliki 'keajaiban' sebagai peluntur aura-aura negatif dan 'energy blockages'.



The Power of Happy and Gratitude ( Kuasa Gembiran dan Syukur )


Image result for syukur

Cakra Seks anda mengawal unsur air pada diri anda sebagai manusia. Unsur air menjadi perasaan pada diri anda. Jika anda menjalai latihan spiritual, anda berjalan dari stesen cakra dasar menuju ke atas, ke stesen cakra seks. Anda akan memahami badan fizikal anda, segala kehendak dan keperluan serta kaedah menjaga badan fizikal anda. Di cakra seks, anda akan memahami tentang perasaan-perasaan anda. Anda mampu mengawal dan memanfaatkan kekuatan perasaan-perasaan anda.

Cakra Seks cakra nikmat. Cakra di mana getaran gembira dan syukur muncul. Gembira dan syukur adalah 2 perasaan yang sangat 'powerful' dalam proses 'law of attraction'. Perasaan syukur dan gembira adalah 'power' yang membolehkan energi-energi ciptaan dari dimensi lebih tinggi dapat terzahir ke alam fizikal. 

''Demi sesunggguhnya jika kamu bersyukur akan aku tambahkan nikmatKu kepadamu, dan demi sesunggunya jikalau kamu kufur ingkar, ingatlah siksaKu sangat pedih" - Surah Ibrahim ayat 7.

Lawan gembira dan sedih, lawan syukur adalah kufur, tidak menghargai, berkeluh kesah dan lain-lain. Bersedih, kecewa, dan berkeluh kesah, menghalang aliran energi dan mengotori cakra seks. Ini akan membuat menjadi 'kering nikmat' dan ia merupakan salah satu 'siksaKu yang sangat pedih'.



The Power of Universal Action

Image result for action


Cakra Pusat pula adalah cakra usaha atau cakra tindakan. . Cakra pusat yang kuat membuat anda menjadi rajin dan gigih berusaha. Aliran energi yang tidak lancar di Cakra Pusat akan membuat anda merasa segalanya susah untuk dicapai, sehingga anda pun menjadi lesu, malas, dan sambil lewa dalam usaha-usaha anda. Jika cakra pusat anda kuat, anda akan pernuh keyakinan diri. Anda merasa bahawa tiada perkara yang mustahil untuk dicapai. Segalanya boleh anda capai, dan terasa mudah untuk anda capai.


The Power of Universal Love ( Kuasa Cinta : Silaturrahim dan Sedekah  )


Image result for giving


Cakra Jantung adalah cakra cinta kasih, atau cakra silaturrahim. Cakra ini memberikan anda memiliki perasaan untuk terhubung dan berbuat baik kepada sesama anda. Tahukah anda? Manusia adalah pintu-pintu rezeki anda di dunia ini, kerana Tuhan meletakkan kekayaanNya, pertolongan-pertolonganNya serta kemudahan-kemudahanNya di tangan-tangan manusia. Semakin banyak anda terhubung dan berbuat baik kepada sesama manusia maka akan semakin murah rezeki anda, dan semakin mudah dan lancar urusan-urusan kehidupan anda.

Fokus di cakra jantung adalah MEMBERI. Bahasa yang anda sangat akrab adalah SEDEKAH. Kerana cinta itu selalu memberi, tidak pernah meminta dan menuntut. Semakin banyak anda memberi semakin banyak akan anda terima.

Matematik Tuhan itu aneh. Jika anda ada 10, anda berikan satu, hasilnya adalah 19.

10 -1 = 19..... Dari mana sepuluh itu? Ini akibat hukum alam yang dikenali sebagai The Universal Law of Ten Fold Return.

THE LAW OF TENFOLD RETURN
The Law of Tenfold Return is that Universal Principle wherein gifts
freely given for Spiritual Use return to the grantor good fortune
equal to or greater than ten times the loss.
This Law works on the principle that when a vacuum is created
it must be filled, when a seed is magically planted,
it will bear fruit greater that its weight and original value.



1 anda berikan, 10 Tuhan akan pulangkan. Bahkan di dalam Quran lebih banyak lagi yang dijanjikan:



"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." - (QS: Al-Baqarah: 261)


Bagaimana dengan Cakra Kerongkong, Cakra Ajna dan Cakra-Cakra lain?

Berikut adalah tulisan saya di wall facebook saya berkenaan 3 cakra ini:



The Power Sound/Voice


Di cakra kerongkong pula, kemampuannya adalah 'I speak'.... I say'.......
Cakra kerongkong membantu cakra ajna untuk fokus melalui kata-kata yang kita biasa kenali sebagai mantra, afirmasi, baca-baca, dan lain-lain.
Cakra kerongkong mengarahkan fokus cakra ajna untuk mencipta struktur-struktur energi melalui arahan-arahan suara.
Ilmu metafizik memanfaatkan kuasa cakra kerongkong adalah ilmu yang paling tua, setua bahasa tertua di dunia kerana cakra ajnalah yang memungkinkan manusia berbicara dan mendengar bicara.
Ada yang kurang berbakat menggunakan kuasa cakra ajnanya untuk mengarahkan energi melalui visualisasi, tetapi pasti semua mampu menggunakan kemampuan cakra kerongkongnya selagi dia dapat berkata-kata.
Hubungan yang harmoni antara cakra kerongkong dan cakra ajna menghasilkan daya luar biasa. Ini yang membuat ada orang kata-katanya 'masin', senang jadi.
Kekuatan cakra kerongkong juga menentukan sekuat mana daya wibawa suara seseorang dalam menyampaikan maksud dan kehendaknya kepada orang lain.
Adakah anda merasa kata-kata anda selalu tidak diendahkan orang? Itu tanda lemahnya cakra kerongkong anda.
Khusyuk.... adalah sebenarnya kondisi di mana harmoninya antara cakra jantung (niat), cakra kerongkong (bacaan), dan cakra ajna (visualisasi).
Anda harus boleh memanfaatkan daya cakra kerongkong anda untuk mencapai hajat-hajat anda apatah lagi meningkatan maqam rohani anda.
Asyik kan belajar ilmu aura? Kita dapat mengenal diri kita, serta rahsia-rahsia alam dan kehidupan bahkan rahsia-rahsia ketuhanan.
Ikutilah Kelas Belajar Aura yang saya adakan Ahad ini. Kelas Belajar Aura saya adakan secara rutin di Kota Kinabalu. Jika anda berada di luar Kota Kinabalu, anda boleh arrange untuk saya datang ke tempat anda untuk mengadakan kelas. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Kelas Belajar Aura dengan saya secara online.
Mengenal diri itu meningkatkan vibrasi energi peribadi kita, membantu alam meningkatkan vibrasi energinya, serta menyumbangkan energi cinta kasih yang mendamaikan alam semesta.


The Power of Visualisation

_Cakra Ajna, Singgahsana Kekuasaan_
Dulu ketika saya belajar ilmu mengenal diri, sang guru bertanya,
"Nak tahukah di mana kuasa mu?".
Saya menjawab,
"Tidak tahu, guru", sambil menggeleng kepala dengan wajah teruja mengharapkan pelajaran-pelajaran baru dari beliau.
Dengan tenang beliau mengangkat tangan kanan dan menuding jari telunjuknya ke tengah kening saya.
"Di sini", kata beliau dengan suara perlahan.


Pelajaran pun berlangsung................
Yesss... Kening anda adalah di mana terletaknya Cakra Ajna, atau Cakra Kuasa. Ilmuan metafizik nusantara memanggilnya sebagai Singgahsana Kekuasaan atau Arasy Kursia dalam bahasa Arab.
Cakra Ajna adalah kemampuan Visualisasi atau Membayangkan. Cakra Ajna yang kotor membuat anda tidak dapat membayangkan apa yang anda inginkan, atau takut untuk membayangkan apa yang anda mahu. Bahkan untuk membayangkan saja tidak mampu, apalagi memilikinya.
Semua yang anda miliki, atau anda alami sangat pasti pernah melalui Cakra Ajna anda, pernah anda bayangkan walaupun hanya sekilas sahaja sehingga tercetusnya 'spark of creations' menghasilkan bibit-bibit energi penciptaan.
Sayangnya... Kuasa ini kebanyakan disalah guna oleh kita. Yakah? Yaaa.... Dengan kita selalu membayangkan perkara-perkara yang kita tidak suka, yang kita tidak inginkan, dan yang kita takuti.
Percaya? Tidak percaya?
Hukum alam tidak ambil peduli anda percaya atau tidak, ia tetap terjadi sesuai hukumnya. Seperti hukum graviti, ia tidak kisah anda percaya atau tidak, kalau anda buang batu ke atas, ia pasti jatuh ke bawah oleh tarikan graviti.
Penjelasan lebih lanjut akan anda pelajari di Kelas Belajar Aura yang saya adakan pada Ahad ini.
Kelas Belajar Aura juga boleh anda ikuti melalui sesi online bersama saya.
Selamat berbahagia selalu 
😊🙏
... Love no Limit ...


The Power of Acceptenace and Surrender

Image result for surrender to god

Di cakra mahkota anda, ada satu 'energy blocking' yang membuat anda merasa 'tidak layak' memiliki sesuatu.
Misalnya,
Tidak layak sihat
Tidak layak bahagia
Tidak layak kaya
Tidak layak berpasangan

Dan lain-lain...
Kesan 'blocking energy anda', lalu bersihkan dengan afirmasi ini,
"Aku mengizinkan diriku ...bahagia/sihat/kaya/dll... kerana aku memang layak untuk hidup bahagia".
Afirmasi mudah, namun kesannya powerful. Yang penting?..... Konsisten...😊

... Love no Limit ...

Kenalilah potensi sejati anda. Segala kebaikan dan kegemilangan adalah hak azali anda sebagai ciptaan Tuhan yang terbaik.

Mari kita belajar mengenal diri kita secara lebih sistematik dan saintifik, bukan lagi sekadar mistik.

Saya mengadakan Kelas Belajar Aura secara rutin mingguan di Kota Kinabalu. Kelas-kelas di luar Kota Kinabalu saya adakan mengikut permintaan peserta. Kos belajar sangatlah murah dan terjangkau oleh kemampuan anda.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda.

Salam kasih sayang tanpa batas dari lubuk hati yang terdalam.

~ from Qi with Love






BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...