Your Magic Blog: Aura Engineering: Menjamin Masa Depan Dengan Menanam Benih Niat Di Ladang Quantum Alam Semesta

Tuesday 12 July 2016

Aura Engineering: Menjamin Masa Depan Dengan Menanam Benih Niat Di Ladang Quantum Alam Semesta



Salam kedamaian :)

Kehidupan selalunya tidak terjangka. Hari yang cerah-cerah boleh tiba-tiba mendung dan hujan lebat disertai ribut petir. Sebaliknya, hari yang hujan ribut petir boleh bertukar tiba-tiba menjadi cerah bersinar. Keadaan yang naik tiba-tiba boleh bertukar menjadi buruk, keadaan yang buruk tiba-tiba boleh menjadi baik dan indah.

Apa yang harus kita lakukan untuk menjamin bahawa detik-detik masa depan yang akan datang selalu terbaik dan terindah untuk kita?

Jawapannya adalah… Dengan sentiasa menanam benih-benih energi kebaikan di Ladang Quantum alam semesta pada setiap masa. Masa depan ditentukan oleh apa yang kita lakukan sekarang. Kita boleh meramal masa depan kita berdasarkan energi apa yang kita tanam sekarang.



Menanam energi di Ladang Quantum semesta ada dua kaedah. Pertama tanpa sengaja. Kedua dengan sengaja.

Setiap hari kita menanam energy tanpa sengaja melalui getaran-getaran dari fikiran dan perasaan kita. Fikiran-fikiran dan perasaan-perasaan menghasilkan getaran energy yang direspon oleh alam semesta, diterima, dijaga dan dibaja sehingga besar dan menjadi suatu kedaan hidup samada menguntungkan atau merugikan kita. Anda pasti telah faham jika anda mengikuti tulisan-tulisan saya sebelum ini.

Kaedah yang disengajakan pula macam mana? Inilah yang akan saya share melalui tulisan ini.


Mengenali Cakra Kerongkong @ Visudhi Chakra


Kita dapat berbicara kerana kita punya Cakra Kerongkong. Cakra ini letaknya di kerongkong kita. Ia yang memberkalkan energi ke mulut sehingga kita boleh mengelurkan suara, dan ke telinga sehingga kita boleh mendengar suara. 




Kita semua bersuara, dan sangatlah mudah untuk bersuara (kecuali yang ditakdirkan cacat). Daripada 7 cakra yang kita ada, Cakra Kerongkong inilah yang paling mudah digunakan, bila-bila pun kita mahu. Suara adalah cara paling mudah untuk menggerak dan mengarahkan energi. Suara adalah cara paling mudah untuk kita memasuki alam spiritual. Mengetahui hakikat ini, ilmuan dulu-dulu pun memanfaatkan sebaiknya fungsi Cakra Kerongkong mereka. Maka timbullah bermacam mantra-mantra, jampi-jampi, dan afirmasi-afirmasi.

Belajar ilmu spiritual pada zaman ini jauh lebih mudah daripada zaman sebelum. Ini kerana alam sedang meningkatkan frekuensinya sehingga kita tidak perlu meditasi terlalu dalam untuk ‘tune’ ke energy alam semesta. 

Pada tulisan kali ini, saya akan share kepada anda afirmasi-afirmasi mudah namun powerful untuk berkomunikasi dengan minda bawah sedar anda dan menggerakkan energy. Melalui afirmasi-afirmasi ini kita akan ‘Menanam benih energy di Ladang Quantum Alam Semesta’ untuk menjamin masa depan kita yang sentiasa cukup, melimpah dan terbaik.

Silakan terima Attunement energi ilahi dari saya di link ini, klik di sini (Attunement Energi Ilahi) untuk membuat anda lebih mudah dan powerful melakukan afirmasi-afirmasi yang akan saya share ini.


Jika anda telah melakukan attunement tadi, atau mana-mana aliran reiki dan sistem ilmu menggunakan cakra mahkota, boleh lah anda menggunakan afirmasi-afrimasi berikut ini untuk 'Menanam benih energi di Ladang Quantum Alam Semesta', sehingga energi itu tumbuh membuat masa depan anda jauh lebih baik.

Afirmasi-afirmasi berikut ini saya mudahkan untuk anda gunakan, telah saya sokong dengan energi yang kuat sehingga ia jadi lebih tajam dan kuat ketika anda ucapkan. Ucapkan dengan tenang dan perlahan di mulut, ayat demi ayat, dengan rileks dan santai, sambil senyum... Senyum, Rilek dan Pasrah sambil lakukan afirmasi-afirmasi ini. Anda boleh lakukan di mana pun, bila-bila pun.

1. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat semakin hari dalam semua keadaan, saya semakin baik dan semakin baik"

2. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya semakin hari semakin sihat dan kuat".

3. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya sentiasa menarik wang dari seluruh sumber di langit dan di bumi dalam semua keadaan dan di setiap tempat".

4. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya dan semua orang-orang yang saya sayangi sentiasa selamat sejahtera, gembira dan berbahagia".

5. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya semakin hari semakin cantik dan mempesona".

6. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya semakin hari semakin berwibawa, disegani dan dihormati oleh semua orang".

7. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya sentiasa bertuah".

8."Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat rumah tangga saya sentiasa rukun dan damai".

9. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat rumah dan kenderaan saya sentiasa selamat sejahtera".

10. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya semakin hari terbimbing mendekati dan mencintai  Tuhan"


Anda boleh menggunakan kod afirmasi ini untuk apapun hajat anda. 


"Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya.............................................."

Pastikan niat anda yang baik-baik sahaja,kerana hukum alam itu sangat teliti. Anda pasti akan menuia apa yang anda tanam. Hal yang paling penting anda perlu ingat adalah, KONSISTEN/ISTIQAMAH dalam melakukan afirmasi-afirmasi anda kerana semakin anda melaukan afirmasi-afirmasi anda maka akan semakin kuat dan subur benih energi yang anda telah tanam di Ladang Quantum Alam Semesta.

Sedarilah... Bahawa ucapan-ucapan dari mulut anda mengandungi benih-benih energi yang sentiasa terlontar ke Ladang Quantum Alam Semesta yang akan tumbuh dan bakal anda tuai buahnya. Ucapkanlah yang baik-baik dan bermanfaat sahaja agar anda selalu beruntung setiap hari.


Silakan share artikel ini jika anda merasa ia bermanfaat.


Salam cinta tulus dari lubuk hati yang terdalam.

~ from Qi with Love

Umar Paranoms
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.


******************************
Info ebook saya ada di sini E-BOOKS
Info perkhidmatan yang saya sediakan di blog ini ada di sini SERVICES












No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...