Your Magic Blog: Aura Engineering : Teknik Penyembuhan Yang Mudah Bagi Semua

Saturday 9 July 2016

Aura Engineering : Teknik Penyembuhan Yang Mudah Bagi Semua



Salam damai buat semua pembaca budiman :)




Apa bah Aura Engineering ni?

Tulisan kali ini masih berkenaan Aura Engineering. Topik dalam bab Aura Engineering ini sangat luas.

Apa bah Aura Engineering ni?

Well... Aura Engineering adalah 'trademark' yang saya gunakan merujuk kepada bagaimana kita mengolah dan memanipulasi frekuensi energi untuk tujuan-tujuan tertentu melalui kaedah-kaedah yang ada di dalam dunia metafizik.

Prinsip pertama yang kita perlu ingat setiap kali kita berusaha untuk mengawal dan memanfaatkan energi untuk tujuan-tujuan kita adalah,



EVERYTHING IS ENERGY!





Segalanya adalah energi. Ini adalah Hukum Fizik Quantum. Mengetahui, memahami dan menyedari kebenaran ini sangat penting kerana tanpanya kita tidak memiliki dasar yang kukuh untuk mula mengawal dan memanfaatkan energi... Termasuklah melakukan penyembuhan penyakit yang ada pada diri sendiri.

Badan fizikal kita adalah jasad yang tersusun daripada beberapa sistem seperti sistem pernafasan, sistem otot, sistem tulang, sistem aliran darah, sistem saraf dan sebagainya. Jika diteliti, sistem-sistem ini terdiri darpada organ-organ misalnya jantung yang berada di sistem aliran darah, otak yang berada di kumpulan sistem saraf.

Jika dihalusi lagi, organ-organ ini tersusun pula oleh tisu-tisu. Tisu-tisu pula dibina oleh sel-sel dan semakin dihalusi maka sampailah kita ke atom-atom yang mana kalau di belah lagi akan terlihatlah partikel sub atom iaitu neutron, proton dan elektron dan sampailah kita ke alam energi, alam quantum yang penuh kemungkinan-kemungkinan.

Kita manusia adalah energi. Tubuh fizikal kita adalah energi. Tubuh emosi kita adalah energi, Tubuh Mental kita adalah energi.Semua tubuh spiritual kita dalah energi. Semua isi alam ini adalah energi. Lihatlah di keliling anda. Pokok-pokok, haiwan, kereta, rumah, wang, udara, air, semua adalah energi. Apa yang anda lihat sebagai jasad fizikal itu adalah 'wajah-wajah' fizikal bagi energi yang membentuk strukturnya.

Basic ini sering saya bahas dalam tulisan-tulisan saya. So lets get to the point.

Saya akan share kaedah penyembuhan quantum yang mudah untuk dilakukan oleh sesiapun lebih-lebih lagi bagi anda yang memang sudah biasa dengan seni penyembuhan energi.

Saya ‘initiate’ atau ijazahkan kepada semua pembaca budiman sekalian, dengan tulus ikhlas dan harapan agar anda membantu vibrasi alam ini semakin meningkat tinggi.

Langkah demi langkah:

1. Duduk dengan rileks. Anda boleh bersila di lantai atau boleh duduk di atas kerusi atau sofa dengan tapak kaki menyentuh lantai. Letak kedua tangan anda di atas paha, tapak tangan menghadap ke atas.

2. Pejam mata. Tarik nafas dengan panjang dan dalam, lalu hembus dengan pelan dan halus. Ulang 3 kali atau sehingga anda merasa semakin rileks.

3. Hubungkan cakra dasar anda dengan Bumi. Afrimasi/Niat “Saya niat menghubungkan cakra dasar saya dengan energy inti bumi secara sempurna. Terjadilah”. Bayangkan cakra dasar anda sedang terhubung dengan teras bumi melalui satu tiang cahaya putih.

4. Sekarang anda akan ‘grounding’ semua penyakit anda ke bumi. Afirmasi/Niat, 

“Saya niat membumikan secara terus menerus semua penyakit yang ada di tubuh fizikal saya khasnya sakit …kepala/darah tinggi/kencing manis/dan lain-lain…semua bloking energy, semua penghalang rezeki/sihir/ dan lain-lain… serta semua tekanan fikiran dan perasaan-perasaan yang menyusahkan saya sehingga saya menjadi semakin sihat, kuat, harmoni, bahagia dan gembira. Terjadilah dengan sempurna atas izin dan kuasa Allah/Tuhan”.

Meditasi selama 5-10 minit. Rileks, dan tenang. Enjoy the process.

5. Sekarang anda perlu terhubung dengan energi ilahi untuk pembersihan energi yang lebih baik dan menyeluruh. Afirmasi, “Saya niat terhubung secara sempurna dengan energy ilahi. Energi ilahi yang turun melalui cakra mahkota saya programkan untuk membersihkan semua cakra-cakra saya, semua jalur energy, tubuh fizikal dan semua lapisan tubuh energy saya daripada semua energy negatif, semua jenis penyakit, penghalang-penghalang rezeki, serta semua fikiran dan perasaan negatif diseret masuk ke dalam bumi secara terus menerus dan sempurna sehingga saya semakin sihat, kuat, harmoni, bahagia dan gembira. Terjadilah dengan sempurna atas izin dan kuasa Allah/Tuhan”.

Seperti tadi, anda perlu meditasi selama 5-10 minit. Rileks, dan tenang. Enjoy the process.

Sebenarnya kita manusia tercipta dari 2 unsur berbeza yang sangat bertentangan. Jasad fizikal kita dari unsur bumi yang plaing rendah frekuensinya. Manakala rohani kita pulad dari unsur langit/syurgawi/ilahi yang paling tinggi frekuensinya. Kita harus selalu terhubung dengan hakikat kita, atau asal muasal kita agar kita selalu seimbang, sihat, gembira dan berbahagia.

Penyakit dan kesengsaraan adalah kesan daripada putusnya hubung kita daripada kedua unsur diri kita dan akhirnya zahir dan batin kita kekeringan energi. Bumi adalah unsur yang menerima dan meneutralkan semua unsur negative, membekalkan kelimpahan dan kemakmuran kepada kita, manakala langit adalah sumber rahmat dan keberkatan.

Di Qi Center, kami menyediakan khidmat Rawatan Jarak Jauh (Distant Healing) untuk semua jenis penyakit dan permasalahan kehidupan. Jika anda mengikuti tulisan-tulisan saya selama ini, atau anda mengkaji ilmu sains metaifizik maka anda tentu telah faham bahawa segala penyakit dan masalah anda berpunca dari sistem energi anda yang sedang tersumbat atau tidak harmoni. Rawatan kami akan memperbaiki dan mengharmonikan aliran eneri anda sehingga anda akan melihat perubahan pada aspek fizikal yang berkaitan dengan masalah eneri yang berlaku sebelum ini.

Bagi anda yang berminat dengan rawatan ini, silakan hubungi kami.

Semoga isi artikel ini bermanfaat buat anda. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Berbahagia dan bergembiralah selalu.

Silakan share untuk manfaat semua.


Salam kasih dan sayang tanpa batasan.


~ From Qi With Love



No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...