Your Magic Blog: Bermain Frekuensi Energi

Thursday 8 October 2015

Bermain Frekuensi Energi

Salam kedamaian buat semua pembaca budiman.......


Lama tidak update tulisan di blog ini......... Biasalah sebagai rakyat jelata yang biasa, saya tidak boleh melarikan diri daripada kesibukan hidup seharian.

Namun, walaubagaimana pun sibuk, sebagai pencinta ilmu metaifizk-spiritual, akiviti-aktiviti bermain dengan frekuensi energi tetap dijalani penuh keghairahan.

Selain aktiviti pembersihan dan peningkatan energi untuk pemantapan spiritual, satu lagi aktiviti bermain energi yang sangat saya minati adalah, mengubah realiti. Ya, mengubah realiti, mencipta suasana, keadaan dan kehidupan yang kita inginkan.

Bunyinya agak 'heavy', bahkan mustahil bagi sesetengah orang. Perkara ini akan kelihatan lebih jernih jika kita memahaminya dari sudut sains metafizik. Teorinya sedikit sebanyak saya huraikan di sini http://qalam-ilahi.blogspot.my/2012/11/terqi.html semoga membantu kefahaman pembaca budiman sekalian.

Jadi........ Berbalik ke tajuk tulisan ini.......

Kerja-kerja saya semuanya bermain di dimensi ke 4, iaitu di alam energi, di 'blue print' kehidupan. Kebanyakannya adalah untuk kemajuan diri sendiri serta lingkungan kecil saya (keluarga, rakan, murid), serta terapi kepada pesakit-pesakit dan juga untuk manfaat untuk komuniti yang lebih luas seperti mempengaruhi cuaca.

Saya share serba sedikit beberapa hasil kerja saya, semata untuk tujuan pencerahan dan pendidikan saja ya.........






Rajah 1


Rajah di atas adalah sebuah Radionics 2 dimensi. Dalam program energi ini saya banyak memanfaatkan pola energi dari 'sacred geometri' pattern, flower of life, crystal energy, colour energy, serta magnetron... Kemudian, frekuensi energi yang saya pancarkan (broadcast) untuk mencipta realiti adalah menggunakn teknologi radionics. Untuk projek ini, hajat saya adalah supaya target (orang tertentu) membayar hutangnya kepada saya. Sudah ditagih dengan pujukan beberapa kali, masih liat membayar hutang  maka terpaksalah main ilmu ghaib hahahahahaa..... Tiga hari kemudian, tentunya dengan izin Tuhan maka target pun membayar hutangnya lunas.





Rajah 2




Rajah 3


Rajah 2 dan 3 pula saya berhajat untuk membuat akaun bank saya berisi RM 100k. Rajah 1 adalah pemancaran energi menggunakan Radionics Broadcasting, manakala rajah 3 menggunakan Psionics Element dengan setting frekuensi tertentu. Projek ini 2 tahun lalu, dan sudah pun berjaya , Alhamdulillah..... Kenapa pada projek ini saya gunakan 2 kaedah? Kerana pada waktu itu, saya ada 'mental blocking' yang merasakan bahawa projek ini berat dan susah untuk terjadi. Maka untuk mengimbangi saya 'attact' dengan 2 program energi sekali. Bahkan ada sehingga 3 ke 5 kaedah saya gunakan, bergantung kepada suasana persepsi mental saya tentang apa yang ingin saya realisasikan heheheee

Ehhh.... Ada yang tanya, apa benda nombor-nombor tu? Itu adalah 'conversion' bagi frekuensi energi, atau nombor yang mewakili frekuensi energi yang saya pancarkan. 



Rajah 4


Rajah 4 ini pula adalah projek healing jarak jauh kepada pesakit, Ada 3 nombor di sebelah kiri tu bermakna saya memancarkan 3 jenis frekuensi kepada pesakit.



Rajah 5

Ini pula adalah projek membersihkan udara negeri Sabah daripada jerebu yang keadaanya begitu membimbangkan beberapa minggu lalu. Pemancaran frekuensi ini dimulakan pada malam 27 sept 2015. Pada siangnya hujan disertai guruh yang kuat terjadi selama selama beberapa hari. Hujan dan guruh itu tidak lah berterusan, cuma dalam sehari tu ada. Sehinggalah ke hari ini, udara semakin bersih dan semakin segar berbanding ketika jerebu tebal melanda dulu. Gunung dan bukit bukau serta bangunan-bangunan di kejauhan juga sudah nampak jelas tidak lagi tertutup kabus. Pastinya, energi dan doa-doa rakyat juga ikut memberikan sumbangan dan pastinya semua terjadi atas izin Tuhan yang maha kuasa.

(rajah ini adalah broadcasting energy murid saya, Master Cupi. Beliu pun ikut serta melakukan projek ini)


Bermain energi seperti ini, tidak lah mudah. Ada juga cabarannya yang susah, iaitu rasa malas hahahaa... Kerana untuk menyelam ke dalam lautan energi itu perlukan fokus, ketenangan, dan kekosongan emosi dan fikiran.

Sebegitu dulu tulisan saya pada kali ini. Penting anda tahu bahawa kerja-kerja saya ini tidak melibatkan unsur jin, setan, iblis,toyol dan suku-sakatnya sama sekali. Ini murni permainan energi, memanfaatkan hukum-hukum quantum fizik. Tidak perlu diperdebatkan, kerana saya pasti bagi anda menang ;)



Sekian,

Salam kasih sayang sedalam lautan........

~ from Qi with Love



No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...