Your Magic Blog: Unbinding Process, Menjadi Diri Mu yang Sebenar

Saturday 6 June 2015

Unbinding Process, Menjadi Diri Mu yang Sebenar


Salam penuh rasa sayang.....


Anda adalah Peribadi Tidak Terbatas yang sedang terpenjara di dalam Peribadi Yang Terbatas!

Boleh tangkap maksudnya?


Anda punya badan... Betul!

Anda punya Roh... Betul!


Secara singkat inilah diri anda, ada dua bahagian.... Kemampuan badan anda hanya begitu sahaja. Badan anda berhenti tumbuh membesar ketika anda berumur lebih kurang 18-21 tahun. Kecuali melebar kerana lemak, atau pembesaran otot kerana latihan, ini lain cerita. Memang kita boleh melatih tubuh kita agar menjadi kuat, tapi kekuatan itu terbatas pada tahap tertentu. Anda tidak akan boleh melatih otot anda agar kuat mengangkat sebuah lori... Anda jangan percaya dengan cerita Hulk atau Superman. Itu hanya cerita fiksyen ciptaan Amerika.


Roh anda... Ini yang menarik. Kenapa? Kerana Roh anda TIDAK TERBATAS kemampuannya. 

Hayatnya..... Tiada penamat!
Ilmunya..... Tiada limit!
Cintanya..... Tidak memilih!
Indahnya..... Tiada cela!
Kuatnya..... Tiada kelemahan!
Kayanya..... Tiada kekurangan!
Gembiranya..... Tiada pernah ada duka!

Ini mungkin agak aneh, agak asing atau tidak logik bagi anda..... Memang tidak logik kerana Roh itu di luar batas logik. Tapi memang inilah sifat Roh anda, secara hakiki dari azali.

Lalu..... Ketika Roh ini menyatu dan tinggal di dalam badan anda, semua sifatnya yang TIDAK TERBATAS itu telah menjadi TERBATAS, kerana menyesuaikan sifatnya dengan rumah barunya iaitu tubuh anda yang sifatnya adalah TERBATAS.

Ketiak Roh anda telah menyatu dengan tubuh anda, Dia hanya dapat memancarkan potensinya melalui FIKIRAN dan PERASAAN.... Umpanya, Roh anda adalah sebuah tangki air yang besar entah bagaimana... Namun air yang begitu banyak itu hanya boleh kaluar melalui  dua pili air iaitu FIKIRAN dan PERASAAN anda..... Sebesar dan mana air boleh keluar, bergantung sebesar mana saluran pada pili air tersebut.


Imej : Pili Air

Apa yang perlu anda lakukan agar lebih banyak air keluar dari tangki besar itu? Sudah tentu dengan mengganti pili air itu dengan yang lebih besar kan?

Nahhhh.... Begitu jugalah jika anda ingin mengeluarkan dan mendayagunakan potensi Roh anda. Besarkan fikiran anda. Buang semua batasan, bersihkan semua sempadan yang membatasi kuasa Roh anda.

Fikiran anda berpendapat bahawa:

Aku ini lemah....
Aku ini mudah sakit.....
Aku akan gastrik kalau lambat makan.....
Aku akan selesama kalau tidur di bawah penghawa dingin....
Aku ini miskin.....
Aku ini orang susah......
Aku tidak boleh dapat rezeki kalau tidak kerja dengan orang.......
Aku harus sekolah tinggi kalau mahu kaya........
Aku anak orang susah jadi aku pun orang susah......
Aku tidak boleh melancong kerana ini dan itu.....
Aku ini jellek.....
Aku tidak boleh ini,.....
Aku tidak boleh itu........

Dan,...........Banyak lagi sempadan, batasan, dan limitation yang ANDA SEDANG PELIHARA SEKARANG.....

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian......... Anda itu terbatas, tidak boleh buat apa yang anda mahu, dan tidak boleh jadi apa yang anda mahu hanya kerana anda SEDANG MEMELIHARA BATASAN-BATASAN FIKIRAN yang membatasi kekuatan sejati Roh anda........

Ya... Betul... Itu semua kerana fikiran anda yang masih kecil.... Maka besarkan lah fikiran anda...... Selidik fikiran anda itu.... Apa saja batasan-batasan yang sedang anda pelihara sekarang, senaraikan satu persatu di atas kertas lalu hapuskan batasan-batasan fikiran tersebut....... Ikuti proses mudah ini:


DETECT > ACCEPT > ELIMINATE > RECONSTRUCT


Kesan batasan fikiran tersebut.... Senaraikan di atas kertas... Terimalah bahawa anda memang sedang memelihara batasan fikiran tersebut, terimalah bahawa ia tidak baik untuk diri dan hidup anda.... Lalu hapuskan tanpa sisa..... Kemudian bina semula fikiran yang lebih besar, yang tidak lagi membatasi diri anda.

Contoh:

Di fikiran anda, anda menganggap bahawa anda lahir dari keluarga miskin, dan anda pun memang wajar hidup miskin... Lalu anda rela berpendapatan rendah setiap bulan..... Fikiran ini membuat anda takut untuk bercita-cita tinggi, takut dan merasa mustahil anda boleh jadi kaya. Anda sedang membatasi diri anda yang sebenar.... Terimalah, bahawa anda sendang membatasi diri anda. Bahawa itu hanyalah fikiran anda.

Sekarang anda perlu buang batasan fikiran tersebut....... Anda datang dari Tuhan Yang Maha Kaya. Alam ini menyimpan kekayaan yang melimpah mencukupi untuk semua orang, bahkan semua jenis makhluk. Terimalah akan hakikat ini. Kemudian, mulakanlah bercinta-cita tinggi... Set lah niat yang besar. Sebesar manapun boleh... Dan yakinlah, bahawa anda boleh mencpainya.


Sebut selalu kata-kata ini, untuk membangun pemikiran baru yang tanpa batas:

"Aku adalah Roh yang yang datang dari Tuhan yang Maha Tidak Terbatas. Kerana itu aku pasti boleh melakukan ini.......... (apa anda mahu )......... aku boleh mencapai ini......... ( apa anda mahu )........


Buat pelajar-pelajar yang menyertai kelas saya, saya memberikan afirmasi ini:


Aku ( merujuk kepada Roh ) Lengkap.... Sempurna..... Kuat..... Berkuasa....... Pencinta...... Harmoni..... Riang gembira.

Aku ( merujuk kepada Roh ) boleh jadi apa sahaja yang aku inginkan.


Dengan selalu membaca afrimasi ini, akan perlahan-lahan menghapuskan semua batasan fikiran anda, dan sekaligus membina fikiran-fikiran baru yang lebih luas, besar, tiggi dan benar.

Saudara dan saudari ku....... Untuk mengubah hidup anda, anda hanya perlu mengubah fikiran anda jadi lebih besar, sehingga ia membenarkan Energi dari Roh anda mengalir dengan sempurna keluar.

Jadilah diri mu yang sebenar... Diri Sang Roh yang tiada batas...
Cukupalah engkau memenjara dirimu dengan fikiran-fikiran kecil mu selama ini...


Buat anda.......... yang ingin menyertai kelas-kelas belajar aura, membangun spiritual, menjadi manusia sukes, yang saya adakan di sekitar Kota Kinabalu silahkan KLIK SINI.

Atau anda......... yang ingin mengikuti kelas online saya secara fleksibel, KLIK SINI.



Kemarin........ saya baru membuka program online dan sekarang sedang promosi besar... KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut.


Semoga diri mu jadi lebih bahagia selepas ini.....

Salam sayang dari ku.......


... Love no Limits....


~ from Qi with Love


No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...