Your Magic Blog: May 2012

Saturday 12 May 2012

Hukum Sebab Akibat Dari Sudut Mindpower

Salam kedamaian untuk semua. Semoga anda sihat dan sejahtera sentiasa :) 

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi kepada para pembaca berkenaan Hukum Sebab Akibat.Alam ini sarat dengan hukum-hukum semulajadi yang berfungsi sebagai garis panduan untuk 'universal force' bekerja mengatur alam ini. Tidak pernah sedikit pun hukum ini tergeser dari aturan semulajadinya kerana perancangnya adalah Yang Maha Bijaksana dan Maha Teliti.

Hukum Sebab Akibat ini saya batasi pada aspek mindpower sahaja. Saya ingin anda sedar betapa besarnya kuasa yang Tuhan telah letakkan pada minda anda. Setiap sesuatu yang terjadi di alam ini atau kepada anda adalah sebagai satu akibat yang muncul dari satu sebab. Minda anda adalah SEBAB dan kejadian yang datang kepada anda adalah AKIBAT. Minda anda adalalah alam batin dan peristiwa yang anda alami  adalah alam zahir.

Setiap gambaran yang anda fikirkan di minda anda akan selalu mencari kesempatan untuk muncul di alam luar. Ini kerana kewujudan di alam batin wajib ada pasangan di alam zahir. Itulah hukum yang tertulis di alam ini dan sentiasa valid sampai bila-bila. Fikiran anda mencipta melalui visualisasi yang mewujudkan struktur kejadian atau 'blue print' di alam energy atau alam eterik. Struktur-struktur ini sedang menunggu masa dan kesempatan yang sesuai untuk muncul di alam nyata untuk menjadi sebuah peristiwa.

Anda mahu mengaku atau tidak, namun semua peristiwa yang anda pernah, sedang dan akan anda alami adalah disebabkan oleh struktur-struktur atau 'blue print' energy yang ada di minda anda. Ada ramai yang bingung sendiri dengan kenyataan ini.

Saya tidak pernah mahu kemalangan, namun kenapa saya selalu kemalangan?
Saya tidak pernah mahu miskin, namun mengapa dari kecil sampai tuang bangka begini saya masih juga miskin?
Saya tidak pernah mahu dikecewakan namun mengapa saya sering putus cinta?

Anda tidak mahu kemalangan, namun mengapa selalu juga kemalangan? Ini disebabkan potensi minda bawah sedar anda tidak kenal istilah 'tidak mahu'. Jadi katakan anda berdoa atau berniat :

'Saya tidak mahu kemalangan'.... Sistem minda bawah sedar anda tidak kenal kata negatif 'tidak mahu'. Oleh itu ia hanya menerima arahan ini :

'Saya kemalangan'.... Lalu kemalangan lah anda. Sangat mudah dan ringan. Namun begitulah adanya.

Bahasa ajna atau bahasa fikiran adalah bayangan atau visualisasi. Bagaimana anda ingin membayangkan situasi 'tidak kemalangan', 'tidak miskin', atau 'tidak kecewa'? Anda boleh cuba sendiri. Pasti susah dan mungkin mustahil.

Inilah SEBAB-SEBAB yang sedang wujud di alam fikiran anda dalam bentuk-bentuk struktur energy atau 'blue print' yang sentiasa mencari jalan untuk termaterialisasi di alam nyata dan menjadi realiti anda. Mungkin anda akan berkata, 'saya tidak menyimpan fikiran-fikiran seperti itu'... Ya mungkin. Fikiran-fikiran negatif mungkin tidak lagi wujud di fikiran sedar anda namun kebanyakan struktur-struktur eterik atau 'blue print' fikiran sudah jauh tertanam di minda bawah sedar anda. Sebab itu seringkali kesialan tetap mengikuti anda ke manapun anda pergi. Minda sedar anda ingin kaya, namun 'blue print' kemiskinan sudah jauh tertanam di minda bawah sedara anda dengan itu kemiskinan saja yang datang kepada anda. Anda harus segera melakukan terapi pembersihan minda bawah sedar agar kesialan-kesialan dalam hidup anda segera hilang diganti dengan kurnia-kurnia.

Ada pula yang berkata, ' Ini semua karut. Menyalahi qadak dan qadar '... Steady saja kawan. Hanya kefahaman spiritual yang dalam akan dapat membuat anda mengharmonikan mindpower dengan sistem qadak dan qadar. Ada hubungan yang harmoni antara keduanya, ndada yang offside. Namun untuk perkara sebegitu belum boleh dihuraikan di sini sebab masing-masing pembaca berbeza tahap kefahamannya. Macam mana pun indah saya jelaskan, pasti ada juga sorang dua yang foul nantinya :)

Ada pula yang cakap, ' Ini semua pakai jin '... Kalau yang ini no komen lah hehe. Orang Brunei cakap, Ampit lah kau tangahnya :D

Sekarang yang penting ada tahu dan anda perlu yakin, bahawa Tuhan sudah menentukan minda anda punya 'kuasa' pada kadar tertentu sehingga boleh terlibat dalam Liga Penciptaan. Apa saja yang anda telah, sedang dan akan alami adalah hasil daripada 'blue print' atau idea-idea yang ada di minda bawah sedara anda. Sebab itu anda harus mula melatih diri anda sekarang untuk menggunakan 'kuasa' ini untuk mencipta kehidupan ideal yang anda idam-idamkan.

Kepada para pelajar saya, samada reiki, tenaga dalam, kundalini, sin ilahi/sinhu, terqi dan lain-lain, teruskan latihan-latihan anda sehingga anda mencapai kefahaman sempurna. Seorang master hanya memberi ilmu, anda sendiri yang harus mencari kefahaman. Tidak akan pernah sia-sia apa yang anda usahakan. Anda hanya lemah semangat kerana anda belum sedar betapa besarnya kurnia yang sedang datang kepada anda.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)



BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...