Your Magic Blog: Sistem ilmu Sin Ilahi dan Sin Hu

Tuesday 12 June 2012

Sistem ilmu Sin Ilahi dan Sin Hu



Salam kedamaian, salam persudaraan untuk semua pembaca budiman J

Tulisan pada kali ini adalah khas ditujukan kepada para pelajar system ilmu Sin Ilahi dan Sin Hu sebagai rujukan untuk meningkatkan motivasi dalam latihan. Juga untuk anda yang masih belum kenal atau baru kenal sedikit dengan system ilmu ini. Credit sebesarnya untuk Grandmaster penemu system ilmu ini iaitu guru yang saya hormati GM Ahmad Ghozali J


Tahun 2000, tahun millennium menyaksikan satu dasar perubahan baru kepada manusia sejagat. Kesedaran material semakin melebur dan kesedaran spiritual pula semakin hidup mekar di jiwa manusia sejagat kesan perubahan frekuensi energy alam semesta pada skala besar. Dari hari ke hari semakin bertambah manusia yang menyedari kepentingan dan pengaruh kekuatan spiritual atau Spiritual Quotient kepada kemajuan dan kebahagian hidup sehingga semakin banyak muncul buku-buku panduan serta kursus-kursus dan seminar yang menjurus kepada pendedahan dan pembelajaran untuk mengembangkan potensi mental-emosi-spiritual manusia.

Anda mahu percaya atau tidak, hakikatnya kemajuan dalam semua aspek kehidupan kita samada kerjaya, kewangan, rumahtangga, sosial, pendidikan, dan lain lain lagi adalah sangat-sangat bergantung kepada potensi rohani kita. Ini kerana semua tindakan yang kita ambil dalam apa saja usaha atau aktiviti kehidupan kita adalah bergantung kepada apa yang kita fikir, rasa, dan yakini. Kegiatan fikir, rasa(emosi), dan keyakinan adalah kerja aspek diri rohaniah kita. Sangatlah berbeza kehidupan seorang manusia yang memiliki rohani yang kuat dan yang memiliki rohani yang lemah. Oleh kerana itu, pada hakikatnya anda tidak punya pilihan selain belajar ilmu atau cara mengurus aspek rohani anda jika anda ingin hidup yang makmur dan harmoni. Jika anda tidak mengenal dan mempelajari cara pengurusan aspek rohani anda, anda tetap boleh maju dari segi material namun anda tidak akan mencapai keharmonian hidup. Anda jangan salah faham. Bila saya kata belajar spiritual, saya tidak maksudkan dengan belajar ilmu agama. Ada beza yang ketara antara keduanya.

Hmm... cukup lah intronya hehe... ok berbalik kepada system ilmu sin ilahi dan sin hu. Rasanya ilmu ini sudah semakin ramai yang tahu melalui banyak sumber. Ini bukan satu ajaran agama yang baru. Tidak setidak-tidaknya. Ia adalah satu system ilmu untuk membangkitkan potensi-potensi terpendam di dalam diri manusia yang tersimpan di lapisan bawah sedar/subconscious mind. Apa potensi-potensi itu?

Untuk level 1:

1.   Pembersihan seluruh jalur energy/meridian tubuh sepertimana yang banyak dikaji dalam system ilmu akupuntur ditemui bahawa manusia memiliki lebih kurang 72 000 meridian tubuh yang berfungsi sebagai saluran tenaga yang membekalkan tenaga hayat kepada seluruh system tubuh dan jiwa manusia.

2.       Pembukaan 7 cakra utama dan cakra-cakra minor. Cakra merupakan gerator tenaga utama di dalam tubuh. Cakra-cakra berhubung dengan kalenjar-kalenjar utama tubuh. Seperti cakra mahkota berhubung dengan kelenjar pineal. Cakra ajna berhubung dengan kelanjar pituitary. Cakra kerongkong dengan kalenjar tiroid dan paratiroid. Cakra jantung dengan kalenjar thymus. Cakra solar plexus dengan kalenjar adrenalin. Cakra seks dengan kalenjar reproduksi. Dalam cakra-cakra inilah tersembunyi kod-kod energy yang menyimpan semua kehebatan bawah sedar manusia. InsyaAllah dilain kesempatan boleh kita bincangkan lebih dalam.


3.       Penyelarasan dengan energy kosmos frekuensi ilahi yang diakses melalui cakra mahkota. Energy ilahi adalah energy yang sangat halus dan hanya mengandungi nilai-nilai positif. Inilah energy yang diakses oleh mana-mana system ilmu aliran reiki. Mengikut pengalaman saya dan rakan-rakan merawat, daya penyembuhan energy ilahi tersangat tajam meliputi penyembuhan semua level penyakit dari fizikal, mental, dan spiritual.

4.       Pembangkitan kundalini sehingga menembus cakra mahkota. Kundalini adalah istilah Sanskrit yang merujuk kepada satu tenaga yang begitu besar yang terpendam di tubuh energy lokasinya di titik hui yin atau perineum atau di bahagian hujung tulang ekor. Ini adalah energy tertinggi dan terkuat yang dimiliki oleh setiap manusia. Istilah kundalini adalah bahasa Sanskrit tidaklah bermakna ianya ilmu penganut hindu. Setiap ilmu adalah milik tuhan pada hakikatnya namun kerana ilmu tuhan itu ditemui oleh budaya tertentu maka jadilah ilmu itu dinamakan mengikut budaya penemunya dan ditambah pula dengan unsur agama budaya tersebut. Namun ilmu itu tetaplah sebuah ilmu yang bebas dari nilai agama apapun. Sebab itu ilmu apapun juga kita hanya ambil ilmunya bukan agamanya yang telah ditambahkan disitu yang mana pada mulanya adalah tiada... Nah panjang lagi ni kalau mau di hurai. Apa boleh buat penjelasan sebegini sentiasa perlu kerana ramai manusia-manusia yang skeptik dan sempit kesedarannya yang tidak dapat melihat perkara-perkara sebegini... alah sory guys hehe... Kundalini adalah satu energy extrasuper. Anda boleh search di internet untuk info lanjut.




5.       Tuning dengan energy inti bumi, iaitu menyambungkan frekuensi system energy kita dengan frekuensi energy inti bumi agar resonan untuk memudahkan proses grounding energy-energy negative atau energy-energy berlebihan yang terakses ke dalam system energy. Umumnya, system ilmu reiki melakukan proses grounding secara berpisah daripada latihan biasa. Namun dalam system ilmu sin ilahi, proses grounding ini sentiasa berlaku secara auto. System aura manusia adalah dinamik. Kuat dan lemahnya bergantung kepada kondisi mental-emosional kita. Oleh itu melalui proses grounding auto, apabila system radar dari minda bawah sedar mengesan adanya energy negative atau energy berlebihan di dalam system energy akan terus disalurkan ke grid bumi. Energy inti bumi juga sangat efektif dalam membentuk shield atau energy protection dari sebarang serangan sihir, mental atau fizikal. Untuk kelebihan ini insyaAllah boleh saya huraikan pada kesempatan lain.


6.       Energy tambahan dari ayat-ayat ruqyah pilihan yang sangat membantu dalam proses healing dan peningkatan kesedaran rohani.

Sistem ilmu sin ilahi/sin hu menggabungkan sekian banyak disiplin ilmu energy dan spiritual dalam band frekuensinya. Pendek kata dengan sekali mengakses energy sin ilahi/sin hu, energy-energy yang saya sebutkan di atas akan turut terakses dalam apapa aplikasi energy sin ilahi/sin hu samada untuk rawatan, perlindungan, materialisasi, peningkatan kesedaran dan lain-lain lagi.

Pada level master sin ilahi, akan dibukakan cakra-cakra ilahi atau Shing Chi sebagaimana yang diistilahkan oleh Master Irmansyah Efendi guru besar Kundalini Reiki dari Yayasan Padmajaya Indonesia. Cakra-cakra ilahi adalah titik tenaga yang lebih tinggi daripada cakra mahkota, jumlahnya setakat ini belum ada teori yang tahu pasti namun jumlahnya terlalu banyak berlapis-lapis mengikut dimensi kewujudan aspek rohani manusia yang berperingkat. Semakin tinggi cakra ilahi semakin tinggi pula getaran energy yang boleh diakses dan semakin tinggi kesedaran boleh mendaki puncak-puncak alam spiritual.


Level akhir bagi system ilmu sin ilahi adalah sin hu. Bagi level ini, tidak banyak yang boleh saya huraikan dengan kata-kata kerana ia sudah banyak berlegar di area ‘rasa’ yang penuh dengan falsafah-falsafah tinggi yang penuh hikmah. Namun yang jelas, kelebihannya jauh melebihi level 1 dan level master sin ilahi.

Dengan terbukanya potensi-potensi ini maka akan terbukalah banyak kelebihan pada pelajar. Misalnya kemampuan merawat diri dan orang lain samada penyakit fizikal, kejiwaan, gangguan jin sihir, dan kemampuan menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan. Saya tidak ingin menambahkan kehebatan seperti kebal senjata tajam, boleh makan pecahan kaca, boleh jalan atas api, boleh bakar jin, atau mana-mana kehebatan yang sering diwar-warkan oleh para pengajar ilmu paranrormal. Semua itu adalah kehebatan-kehebatan yang memang sedia ada tersimpan pada cakra-cakra manusia dan boleh digali dan di asah bagi para praktisi sin ilahi kerana dalam system ilmu sin ilahi sin hu memang ada kelebihan esoteric (rohani) dan eksoterik (fizikal). Saya lebih suka memfokuskan kepada kelebihan-kelebihan (bukan kehebatan-kehebatan) yang lebih berguna untuk kehidupan mengikut trend terkini seperti rawatan penyakit, keselamatan, keharmonian sosial, peningkatan ekonomi dan lain-lain lagi.


Para pembaca boleh mendapat info lebih dengan melayari web rasmi Yayasan Persada Ilahi di www.persadailahi.org atau ke web forum kami www.paranorms.org atau ke grup fb Sin ilahi & Sin Hu http://www.facebook.com/groups/182819581748606/

Semoga menjadi info yang bermanfaat untuk para pembaca khasnya para pelajar sistem ilmu sin ilahi/sin hu. Latihanlah dengan rajin penuh senyum, rileks dan pasrah. Banyak lagi keajaiban yang boleh anda temui dalam perjalanan spiritual anda melebihi apa yang boleh saya sampaikan dalam tulisan yang terbatas ini.

Salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam :)




5 comments:

  1. Terima kasih tuan guru...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... :) Syukron dan Terima Kasih pada Tn Guru.... Ceria dan Salam penuh kasih dan sayang. :D

    ReplyDelete
  3. Saya dan keluarga serta sesiapa sahaja yang ambil atau terambil apa sahaja yang pernah saya ambil / terambil atau beli ilmu dan apa sahaja dari kamu dan dari pembantu pembantu kamu, kami pulangkan semula ilmu dan apa sahaja kepunyaan kamu dan kepunyaan pembantu pembantu kamu selama lamanya kepada kamu, apa sahaja yang kami ambil / terambil atau beli dari kamu dan dari pembantu pembantu kamu di masa lalu ,kini dan di masa akan datang..

    ReplyDelete
  4. Asallamualaikum.....adakah no hp/whats up?

    ReplyDelete
  5. Asallamualaikum.....adakah no hp/whats up?

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...