Your Magic Blog

Friday 30 October 2015

Stress Pembunuh Senyap

Salam kasih sayang seluas salam.........


Semalam, salah seorang pesakit saya dari Sweden chat melalui whatsapp........

Sudah 5 hari beliau menerima penyaluran energi penyembuhan jarak jauh secara rutin, dan beliau melaporkan bahawa keadaannya semakin hari semakin baik secara fizikal, emosional dan pemikiran..........

Beliau kemudian mengadu kepada saya bahawa pada hari itu dia merasa sakit, perasaan dan fikirannya tidak menyenangkan seperti hari-hari sebelumnya..........

Katanya, malam sebelumnya dia bermimpi terkunci di sebuah rumah, di mana ada begitu banyak jin yang berusaha menyerang dirinya...........

Beliau merasa sangat takut di dalam mimpi itu. Perasaan takut ini berterusan sehinggalah bangun dan melakukan aktiviti hariannya........

Saya faham kenapa. Pengalaman mengajar.......






Saya terus bertanya,

"Brother, have you stressed the day before that bad dream?".

Dia menjawab cepat.

"Oh yes brother. I did. Some problem came up and make me stressed". Dia cerita lah apa masalah tu.....

Well..... Ini perkara penting yang saya fikir semua orang perlu tahu......

Sakit adalah akibat daripada 'kekurangan energi'. Kekurangan energi menghasilkan ketidak seimbangan pada badan fizikal dan semua organ, hormon serta sistem saraf, lalu pada aspek emosional dan fikiran.........

Setiap aspek diri kita sudah ada 'peruntukkan' energi. Jika peruntukkan energi ini optimum maka sihatlah kita. Jika berkurang maka sakitlah kita. Semakin kurang energi semakin kita sakit..........

Hal yang sama terjadi pada kehidupan kita. Makin kurang energi yang berada pada cakra-cakra kita semakin banyak masalah-masalah dan kesialan-kesialan mengekori kita........

Tahu tidak.... Stress adalah ejen jahat yang paling kuat mengurangkan energi diri kita? Yaaa... Stress itu membuang begitu banyak energi!

Energi untuk berfikir dijana oleh pusat tenaga yang dikenali sebagai Solar Plexus. Lokasinya secara energi berada di sekitar ulu hati. Ia juga membekalkan energi ke seluruh sistem saraf........

Jika kita berfikir terlalu banyak dan berat, atau stress, maka bekalan energi ke seluruh sistem saraf akan terganggu.

Gangguan saraf akan memicu gangguan pada sistem hormon, otot-otot jadi tegang khasnya di sekitar bahu, leher dan kepala, dan hujungnya pasti membuat keseimbangan organ-organ tubuh juga jadi terganggu.......

Gangguan emosi pastinya tidak dapat dielakkan pada waktu ini. Fikiran juga semakin terganggu, suka berfikir perkara-perkara negatif seperti kematian, kegagalan dan lain-lain........

Di dalam kelas-kelas Belajar Aura, sering saya bahas agak lama bahawa fikiran adalah unsur apa. Ini salah satu dasar ilmu mengenal diri. Tapi terlalu panjang untuk dihuraikan di sini, lenguh jari-jari menulis hehee.........

Ok... So ada satu makhluk yang juga dicipta dari unsur api, tak lain dan tak bukan dialah artis terpopular sepanjang zaman..... Mr Jin!!

Jadi kita lihat di sini bahawa, fikiran dan Mr Jin dicipta dari unsur yang sama. Kerana itu, fikiran adalah 'gate of heaven' bagi Mr Jin 'merasuk' manusia............

Badan itu unsur tanah, fikiran itu unsur api. Keduanya adalah elemen alam yang frekuensinya jauh. Ini sains............,

Jadi sebenarnya Mr Jin tidak boleh 'masuk' ke.............. Mr Jin hanya boleh 'merasuk ke................ ( teks sengaja dihilangkan agar tidak melanggar kepercayaan yang dipelihara zaman berzaman oleh majoriti rakyat ).

Ok... Jadi kesimpulannya........

Jagalah fikiran kita selalu, elakkan berfikir yang keterlaluan, elakkan stress yang melampau kerana itu sebenarnya membuang sangat banyak energi dari sistem kita dan kesannya menimbulkan banyak efek negatif kepada kesihatan kita secara keseluruhan, dan.... Ia boleh mengakibatkan 'kerasukan'........

Percaya tidak.... Tidak ada kes kerasukan terjadi tiba-tiba kepada orang-orang yang fikirannya ceria gembira. Kerasukan pasti dimulai dengan gangguan pada fikiran selama beberapa hari......

Lakukan lah meditasi, tafakkur, zikir, membaca kita suci, dan apa saja yang efeknya menenangkan dan mendamaikan fikiran. Bergaul dan bersosiallah dengan baik. Dan... Buatlah senaman-senaman kardio semampu kita secara rutin kerana ia sengat baik sebagai 'ubat anti stress'........

Ingat selalu, jangan pandang mudah kesan stress pada kesihatan kita!

Ikuti kelas-kelas Aura secara offline dan offline, atau program terapi gelombang aura secara berdepan atau jarak jauh bersama team Qi Center. Hubungi Holine:

                                           019 892 6202 || 010 792 1880



Salam cinta dan kasih dari dasar hati yang paling dalam.........

~ from Qi with Love

Thursday 8 October 2015

Bermain Frekuensi Energi

Salam kedamaian buat semua pembaca budiman.......


Lama tidak update tulisan di blog ini......... Biasalah sebagai rakyat jelata yang biasa, saya tidak boleh melarikan diri daripada kesibukan hidup seharian.

Namun, walaubagaimana pun sibuk, sebagai pencinta ilmu metaifizk-spiritual, akiviti-aktiviti bermain dengan frekuensi energi tetap dijalani penuh keghairahan.

Selain aktiviti pembersihan dan peningkatan energi untuk pemantapan spiritual, satu lagi aktiviti bermain energi yang sangat saya minati adalah, mengubah realiti. Ya, mengubah realiti, mencipta suasana, keadaan dan kehidupan yang kita inginkan.

Bunyinya agak 'heavy', bahkan mustahil bagi sesetengah orang. Perkara ini akan kelihatan lebih jernih jika kita memahaminya dari sudut sains metafizik. Teorinya sedikit sebanyak saya huraikan di sini http://qalam-ilahi.blogspot.my/2012/11/terqi.html semoga membantu kefahaman pembaca budiman sekalian.

Jadi........ Berbalik ke tajuk tulisan ini.......

Kerja-kerja saya semuanya bermain di dimensi ke 4, iaitu di alam energi, di 'blue print' kehidupan. Kebanyakannya adalah untuk kemajuan diri sendiri serta lingkungan kecil saya (keluarga, rakan, murid), serta terapi kepada pesakit-pesakit dan juga untuk manfaat untuk komuniti yang lebih luas seperti mempengaruhi cuaca.

Saya share serba sedikit beberapa hasil kerja saya, semata untuk tujuan pencerahan dan pendidikan saja ya.........






Rajah 1


Rajah di atas adalah sebuah Radionics 2 dimensi. Dalam program energi ini saya banyak memanfaatkan pola energi dari 'sacred geometri' pattern, flower of life, crystal energy, colour energy, serta magnetron... Kemudian, frekuensi energi yang saya pancarkan (broadcast) untuk mencipta realiti adalah menggunakn teknologi radionics. Untuk projek ini, hajat saya adalah supaya target (orang tertentu) membayar hutangnya kepada saya. Sudah ditagih dengan pujukan beberapa kali, masih liat membayar hutang  maka terpaksalah main ilmu ghaib hahahahahaa..... Tiga hari kemudian, tentunya dengan izin Tuhan maka target pun membayar hutangnya lunas.





Rajah 2




Rajah 3


Rajah 2 dan 3 pula saya berhajat untuk membuat akaun bank saya berisi RM 100k. Rajah 1 adalah pemancaran energi menggunakan Radionics Broadcasting, manakala rajah 3 menggunakan Psionics Element dengan setting frekuensi tertentu. Projek ini 2 tahun lalu, dan sudah pun berjaya , Alhamdulillah..... Kenapa pada projek ini saya gunakan 2 kaedah? Kerana pada waktu itu, saya ada 'mental blocking' yang merasakan bahawa projek ini berat dan susah untuk terjadi. Maka untuk mengimbangi saya 'attact' dengan 2 program energi sekali. Bahkan ada sehingga 3 ke 5 kaedah saya gunakan, bergantung kepada suasana persepsi mental saya tentang apa yang ingin saya realisasikan heheheee

Ehhh.... Ada yang tanya, apa benda nombor-nombor tu? Itu adalah 'conversion' bagi frekuensi energi, atau nombor yang mewakili frekuensi energi yang saya pancarkan. 



Rajah 4


Rajah 4 ini pula adalah projek healing jarak jauh kepada pesakit, Ada 3 nombor di sebelah kiri tu bermakna saya memancarkan 3 jenis frekuensi kepada pesakit.



Rajah 5

Ini pula adalah projek membersihkan udara negeri Sabah daripada jerebu yang keadaanya begitu membimbangkan beberapa minggu lalu. Pemancaran frekuensi ini dimulakan pada malam 27 sept 2015. Pada siangnya hujan disertai guruh yang kuat terjadi selama selama beberapa hari. Hujan dan guruh itu tidak lah berterusan, cuma dalam sehari tu ada. Sehinggalah ke hari ini, udara semakin bersih dan semakin segar berbanding ketika jerebu tebal melanda dulu. Gunung dan bukit bukau serta bangunan-bangunan di kejauhan juga sudah nampak jelas tidak lagi tertutup kabus. Pastinya, energi dan doa-doa rakyat juga ikut memberikan sumbangan dan pastinya semua terjadi atas izin Tuhan yang maha kuasa.

(rajah ini adalah broadcasting energy murid saya, Master Cupi. Beliu pun ikut serta melakukan projek ini)


Bermain energi seperti ini, tidak lah mudah. Ada juga cabarannya yang susah, iaitu rasa malas hahahaa... Kerana untuk menyelam ke dalam lautan energi itu perlukan fokus, ketenangan, dan kekosongan emosi dan fikiran.

Sebegitu dulu tulisan saya pada kali ini. Penting anda tahu bahawa kerja-kerja saya ini tidak melibatkan unsur jin, setan, iblis,toyol dan suku-sakatnya sama sekali. Ini murni permainan energi, memanfaatkan hukum-hukum quantum fizik. Tidak perlu diperdebatkan, kerana saya pasti bagi anda menang ;)



Sekian,

Salam kasih sayang sedalam lautan........

~ from Qi with Love



Saturday 6 June 2015

Unbinding Process, Menjadi Diri Mu yang Sebenar


Salam penuh rasa sayang.....


Anda adalah Peribadi Tidak Terbatas yang sedang terpenjara di dalam Peribadi Yang Terbatas!

Boleh tangkap maksudnya?


Anda punya badan... Betul!

Anda punya Roh... Betul!


Secara singkat inilah diri anda, ada dua bahagian.... Kemampuan badan anda hanya begitu sahaja. Badan anda berhenti tumbuh membesar ketika anda berumur lebih kurang 18-21 tahun. Kecuali melebar kerana lemak, atau pembesaran otot kerana latihan, ini lain cerita. Memang kita boleh melatih tubuh kita agar menjadi kuat, tapi kekuatan itu terbatas pada tahap tertentu. Anda tidak akan boleh melatih otot anda agar kuat mengangkat sebuah lori... Anda jangan percaya dengan cerita Hulk atau Superman. Itu hanya cerita fiksyen ciptaan Amerika.


Roh anda... Ini yang menarik. Kenapa? Kerana Roh anda TIDAK TERBATAS kemampuannya. 

Hayatnya..... Tiada penamat!
Ilmunya..... Tiada limit!
Cintanya..... Tidak memilih!
Indahnya..... Tiada cela!
Kuatnya..... Tiada kelemahan!
Kayanya..... Tiada kekurangan!
Gembiranya..... Tiada pernah ada duka!

Ini mungkin agak aneh, agak asing atau tidak logik bagi anda..... Memang tidak logik kerana Roh itu di luar batas logik. Tapi memang inilah sifat Roh anda, secara hakiki dari azali.

Lalu..... Ketika Roh ini menyatu dan tinggal di dalam badan anda, semua sifatnya yang TIDAK TERBATAS itu telah menjadi TERBATAS, kerana menyesuaikan sifatnya dengan rumah barunya iaitu tubuh anda yang sifatnya adalah TERBATAS.

Ketiak Roh anda telah menyatu dengan tubuh anda, Dia hanya dapat memancarkan potensinya melalui FIKIRAN dan PERASAAN.... Umpanya, Roh anda adalah sebuah tangki air yang besar entah bagaimana... Namun air yang begitu banyak itu hanya boleh kaluar melalui  dua pili air iaitu FIKIRAN dan PERASAAN anda..... Sebesar dan mana air boleh keluar, bergantung sebesar mana saluran pada pili air tersebut.


Imej : Pili Air

Apa yang perlu anda lakukan agar lebih banyak air keluar dari tangki besar itu? Sudah tentu dengan mengganti pili air itu dengan yang lebih besar kan?

Nahhhh.... Begitu jugalah jika anda ingin mengeluarkan dan mendayagunakan potensi Roh anda. Besarkan fikiran anda. Buang semua batasan, bersihkan semua sempadan yang membatasi kuasa Roh anda.

Fikiran anda berpendapat bahawa:

Aku ini lemah....
Aku ini mudah sakit.....
Aku akan gastrik kalau lambat makan.....
Aku akan selesama kalau tidur di bawah penghawa dingin....
Aku ini miskin.....
Aku ini orang susah......
Aku tidak boleh dapat rezeki kalau tidak kerja dengan orang.......
Aku harus sekolah tinggi kalau mahu kaya........
Aku anak orang susah jadi aku pun orang susah......
Aku tidak boleh melancong kerana ini dan itu.....
Aku ini jellek.....
Aku tidak boleh ini,.....
Aku tidak boleh itu........

Dan,...........Banyak lagi sempadan, batasan, dan limitation yang ANDA SEDANG PELIHARA SEKARANG.....

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian......... Anda itu terbatas, tidak boleh buat apa yang anda mahu, dan tidak boleh jadi apa yang anda mahu hanya kerana anda SEDANG MEMELIHARA BATASAN-BATASAN FIKIRAN yang membatasi kekuatan sejati Roh anda........

Ya... Betul... Itu semua kerana fikiran anda yang masih kecil.... Maka besarkan lah fikiran anda...... Selidik fikiran anda itu.... Apa saja batasan-batasan yang sedang anda pelihara sekarang, senaraikan satu persatu di atas kertas lalu hapuskan batasan-batasan fikiran tersebut....... Ikuti proses mudah ini:


DETECT > ACCEPT > ELIMINATE > RECONSTRUCT


Kesan batasan fikiran tersebut.... Senaraikan di atas kertas... Terimalah bahawa anda memang sedang memelihara batasan fikiran tersebut, terimalah bahawa ia tidak baik untuk diri dan hidup anda.... Lalu hapuskan tanpa sisa..... Kemudian bina semula fikiran yang lebih besar, yang tidak lagi membatasi diri anda.

Contoh:

Di fikiran anda, anda menganggap bahawa anda lahir dari keluarga miskin, dan anda pun memang wajar hidup miskin... Lalu anda rela berpendapatan rendah setiap bulan..... Fikiran ini membuat anda takut untuk bercita-cita tinggi, takut dan merasa mustahil anda boleh jadi kaya. Anda sedang membatasi diri anda yang sebenar.... Terimalah, bahawa anda sendang membatasi diri anda. Bahawa itu hanyalah fikiran anda.

Sekarang anda perlu buang batasan fikiran tersebut....... Anda datang dari Tuhan Yang Maha Kaya. Alam ini menyimpan kekayaan yang melimpah mencukupi untuk semua orang, bahkan semua jenis makhluk. Terimalah akan hakikat ini. Kemudian, mulakanlah bercinta-cita tinggi... Set lah niat yang besar. Sebesar manapun boleh... Dan yakinlah, bahawa anda boleh mencpainya.


Sebut selalu kata-kata ini, untuk membangun pemikiran baru yang tanpa batas:

"Aku adalah Roh yang yang datang dari Tuhan yang Maha Tidak Terbatas. Kerana itu aku pasti boleh melakukan ini.......... (apa anda mahu )......... aku boleh mencapai ini......... ( apa anda mahu )........


Buat pelajar-pelajar yang menyertai kelas saya, saya memberikan afirmasi ini:


Aku ( merujuk kepada Roh ) Lengkap.... Sempurna..... Kuat..... Berkuasa....... Pencinta...... Harmoni..... Riang gembira.

Aku ( merujuk kepada Roh ) boleh jadi apa sahaja yang aku inginkan.


Dengan selalu membaca afrimasi ini, akan perlahan-lahan menghapuskan semua batasan fikiran anda, dan sekaligus membina fikiran-fikiran baru yang lebih luas, besar, tiggi dan benar.

Saudara dan saudari ku....... Untuk mengubah hidup anda, anda hanya perlu mengubah fikiran anda jadi lebih besar, sehingga ia membenarkan Energi dari Roh anda mengalir dengan sempurna keluar.

Jadilah diri mu yang sebenar... Diri Sang Roh yang tiada batas...
Cukupalah engkau memenjara dirimu dengan fikiran-fikiran kecil mu selama ini...


Buat anda.......... yang ingin menyertai kelas-kelas belajar aura, membangun spiritual, menjadi manusia sukes, yang saya adakan di sekitar Kota Kinabalu silahkan KLIK SINI.

Atau anda......... yang ingin mengikuti kelas online saya secara fleksibel, KLIK SINI.



Kemarin........ saya baru membuka program online dan sekarang sedang promosi besar... KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut.


Semoga diri mu jadi lebih bahagia selepas ini.....

Salam sayang dari ku.......


... Love no Limits....


~ from Qi with Love


Friday 5 June 2015

Program Online Pengaktifan Aura Pesona Sejati - Promosi Fasa 3


Program Pengaktifan Aura Pesona Sejati secara Online.





Salam penuh rasa cinta.......

... Tahukah anda bahawa Nabi Yusuf Alaihissalam adalah manusia paling tampan dalam sejarah manusia?

... Tahukah anda bahawa Nabi Yusuf ketika masih muda remaja pernah bermimpi melihat 11 BINTANG, MATAHARI dan BULAN tunduk sujud kepada Baginda? Dan adakah anda tahu bahawa secara metafizik BINTANG itu mewakili KEMASYHURAN/KEKAYAAN... MATAHARI mewakili KUASA/PENGARUH....dan BULAN mewakili cinta/wanita?

Anda boleh rujuk Surah Yusuf ayat 4......

... Tahukah anda bahawa mimpi itu adalah isyarat bahawa pada masa hadapan Baginda akan benar-benar direbut dan dikejar oleh KEMASYHURAN/KEKAYAAN, KUASA/PENGARUH dan CINTA/WANITA, di mana Baginda telah dilantik menjadi Menteri Mesir yang pastinya punya pengaruh dan kuasa besar dan dikejar-kejar oleh Zulaikha yang cantik luar biasa?

... Anda pasti tahu kan kisah di mana para isteri pembesar mesir tanpa sedar menghiris tangan mereka sendiri ketika mengupas buah-buahan dan Nabi Yusuf melintas di hadapan mereka? Indah dan berpengaruh seperti apakah Aura Nabi Yusuf itu?....

... Tahukah anda bahawa sifat Jamil/Keindahan Allah itu tersimpan kemas di dalam diri anda, iaitu Rohani anda yang suci tidak pernah tercemar?....

... Tahukah anda bahawa ada Pusat Energi Pesona Sejati yang semulajadi berada di dalam diri anda, spesifiknya di tengah Cakra Jantung anda dan bersedia untuk memancar anytime ia diaktifkan dengan cara yang benar?....

... Tahukah anda.... Bahawa Aura Pesona Nabi Yusuf itu boleh anda pelajari dan aktifkan lalu anda manfaatkan sebaiknya untuk memperolehi "3 Ta", iaitu HARTA, CINTA, DAN TAKHTA? ( Kekayaan/kemasyhuran, cinta, dan pengaruh/kuasa)....

... Cuba bayangkan... Diri anda memancarkan aura yang bersinar indah cemerlang... Dan di mana saja anda boleh memperolehi 3 perkara ini.......

1) Kekayaan dan kemakmuran selalu lancar dan berkelimpahan datang kepada anda tanpa kesulitan.
2) Anda punya mengaruh, dihormati dan disegani oleh rakan-rakan anda dan sesiapapun termasuklah Boss dan orang-orang atasan anda.
3) Di mana saja..... Jika anda lelaki, para wanita selalu melirik anda..... Jika anda wanita, anda sentiasa jadi perhatian lelaki. Keindahan anda tidak direndahkan, tapi dihormati, disanjung dan dihargai..... Anda sentiasa menjadi perhatian di mana pun anda berada, anda sentiasa menjadi 'center of attraction'... Dan anda mudah mendapat cinta yang anda impikan.


Berminat dengan ilmu ini?

Mari sertai program online saya ini... Jadilah manusia yang bersinar dengan aura cemerlang. Milikilah potensi semula jadi anda, dan sukses lah semahu dan sepuas anda....

Dulu saya mengajarkan ilmu ini dengan kos sebanyak RM 450..... Sempena Raya Aidilfitri, ini saya rendahkan yurannya menjadi hanya RM 300..... kerana saya ingin berkongsi dengan anda ( semoga anda adalah orang-orang pilihan untuk menguasai ilmu ini).... Rebutlah peluang ini sebelum kos belajarnya saya naikkan lagi pada bila-bila masa.......


*** Manual panduan ilmu ini akan diberikan kepada anda.
.

*** Saya akan bimbing melalui kelas online 2-3 jam di Closed Group Facebook, pada 24 Jun 2019, jam 9.00 pm - 12.00 pm.
.

*** Bimbingan sepanjang hayat.


Hubungi admin Qi segera untuk mendfatarkan anda ke program ini.
Klik link whatsapp di bawah:


http://qalamilahihq.wasap.my/
http://qalamilahihq.wasap.my/
http://qalamilahihq.wasap.my/


Saya selalu mengajarkan..... Bahawa dalam hidup ini kita harus selalu PASRAH agar kita dibimbing ke arah jalan terbaik mengikut ilmu Tuhan Yang Maha Tahu...... Dan, apabila kita sampai di suatu titik perjalanan hidup ini, lalu Tuhan memberikan 'signal' berupa peluang-peluang di depan mata, maka segeralah BERTINDAK merebutnya dengan segala daya dan upaya anda..... Begitulah hukum alam agar kita selalu beruntung.....


Mudah-mudahan rezeki anda untuk bersama menjadi pewaris ilmu yang luar biasa ini, dan mengubah hidup anda menajdi lebih sukses tanpa batas.....


Salam hormat, Salam cinta tanpa batas :)

~ from Qi with Love








Tuesday 2 June 2015

Stress Pembunuh Senyap, Musuh Utama Manusia Moden


Salam damai buat semua :)

Zaman dulu, keperluan manusia sangat sangat minima. Ada rumah, cukup makan, cukup pakaian, cukup tidur, isteri satu boleh ketawa bersama keluarga, itu sudah memadai. Mahu ke mana-mana cukup dengan jalan kaki. Kalau jauh sikit jaraknya ada kuda dan keldai, atau naik kerbau. Kalau di negara Arab ada unta. Begitu
nya hidup. 

Berbeza dengan zaman sekarang. Kehendak manusia sudah menjadi keperluan. Makanan mesti sedap-sedap, pakaian mesti cantik cantik, rumah mesti besar dan indah, isteri mahu lebih dari satu hahaha... pengangkutan mahunya yang ada kelas, ditambah pula dengan gajet-gajet canggih, perhiasan-perhiasan mahal, dan macam-macam lagi. Keinginan sudah jadi keperluan. Itu baru keperluan peribadi. Lain lagi dengan keperluan keluarga, tanggungjawab di tempat kerja, organisasi, hutang-piutang, dan sebagainya yang menjadi gaya hidup manusia moden.

Akibat keperluan dan tanggungjawab hidup yang sedemikian banyak dan padat, akhirnya semua orang stress. Siapa yang tidak stress? Orang gila saja yang tidak stress. Itu pun sejak dia gila. Sebelum dia gila pasti dia lebih-lebih stress sampai gila begitu.





Anda tahu... Menurut kajian ilmiah dalam perubatan, stress adalah pembunuh senyap. Dr. Hans Seyle, pakar endokrin dari Kanada (1956) membuktikan secara epidemologi ( kajian pola penyakit dalam sebuah populasi ) kaitan antara stress dengan barah usus (peptic ulcer). Kajian ini menunjukkan bahawa golongan pekerja yang banyak menerima tekanan seperti doktor, eksekutif perniagaan dan guru mudah mendapat penyakit ini. Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan. 80-90% kes berulang. Tetapi apabila mereka mengubah gaya hidup yang kurang tekanan, menjaga diet, bersenam dan meditasi, kesan pemulihan penyakit lebih baik dan berterusan.

Ivan Pablov, seorang ahli fisiologi Rusia (1849-1936) melakukan kajian terhadap pesakit gastrik tula. Perutnya ditebuk untuk melakukan pemerhatian. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa apabila pesakit marah atau stress, dinding perut berkilat seolah terbakar, dan asid hidroklorik iaitu komponen jus gastrik mencurah keluar, dengan lancar tanpa paksaan. Kajian ini juga mendapati bahawa dalam keadaan marah dan stress, H pylori iaitu sejenis bakteria di perut dengan mudah memberikan gangguan kepada perut berbanding jika marah dan stress itu dapat dikawal dengan baik.

Stress juga memberikan pengaruh sangat besar terhadap tekanan darah, saluran darah dan jantung. Stress membuat degupan jantung terganggu. Jika stress itu berpanjangan ia boleh menimbulkan penyakit pada jantung, dan memburukkan lagi masalah jantung yang sedia ada. Penyakit kardiovaskular ini adalah pembunuh nombor satu di dunia. Ada banyak penelitian demi penelitian dilakukan oleh individu mahupun badan-badan kesihatan bekenaan kesan stress terhadap kesihatan. Stress dikategorikan sebagai 'pembunuh senyap'. Stress... Stress... dan stress... akhirnya meninggal.

Stress... Membuat badan, perasaan dan fikiran kita berfungsi tidak optimum sehingga prestasi kita dalam apapun bidang kerja jadi merosot. Stress membuat emosi jadi tidak stabil, suka marah-marah, jadi cengeng, suka menyendiri dan lain-lain sifat yang tidak konstruktif. Kalau kita stress, idea-idea bernas selalunya malas mahu bertamu ke fikiran kita. Institusi keluarga boleh porak-poranda oleh stress. Sebuah syarikat yang pekerjanya banyak stress, akan mengalami kemerosotan prestasi dan keuntungan. Pokoknya Stress berlebihan membuat manusia jadi sangat jellek.

Tidak tahukah anda... Kes bunuh diri di Malaysia adalah penyebab kematian kedua utama setelah penyakit kardiovaskular, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007 bertajuk Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia. Menurut laporan tersebut, kadar kematian akibat bunuh diri pada tahun 2004 adalah 9 hingga 12 kes daripada setiap 100 000 penduduk manakala pada tahun 2006 dilaporkan 13 kes bunuh diri per 100 000 penduduk. Dipercayai jumlah kes bunuh diri yang sebenar melebihi daripada jumlah tersebut kerana ada banyak kes yang tidak dilaporkan kepada kementerian.

Apa puncanya? Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, kes bunuh terjadi akibat kecelaruan mental. Dalam banyak kes akibat kecelaruan mental, depresi atau stress menyumbang 60% daripada keseluruhan jumlah kes, menurut Natalie Staats Reiss, Ph.D., and Mark Dombeck, Ph.D. dalam kajian mereka The Nature of Suicide (2007).

Dari perpektif ilmu aura yang saya kaji, aktiviti berfikir dikawal oleh pusat tenaga di perut yang dikenali sebagai Cakra Pusat. Pusat tenaga ini tidak kelihatan pada perut fizikal anda, kerana wujudnya adalah berbentuk pusaran tenaga. Walaupun tidak dapat dilihat, ia dapat dirasakan dan kesannya nyata pada aktiviti fizikal anda. Cakra Pusat ini bertanggungjawab membekalkan energi untuk anda dapat berfikir termasuklah saraf-saraf dan neuron-neuron anda yang menunjang aktiviti anda ketika berfikir. Selain itu ia juga bekerjasama dengan Cakra Dasar anda bersama mengatur aliran tenaga untuk menyokong semua organ di sekitar perut anda iaitu usus besar dan kecil, limpa, ginjal, duodenum, kantung hempedu, hati serta ia juga mempengaruhi aliran tenaga di paru-paru dan jantung. Oleh kerana itu, aktiviti berfikir sangat mempengaruhi organ-organ berkenaan. Fikiran yang tertekan juga ikut menekan organ-organ berkenaan. Jika fikiran terlalu aktif, ia 'mencuri' benyak tenaga sehingga bekalan tenaga ke organ-organ tersebut akan berkurang lalu menghasilkan kesan negatif. Saya pernah menulis satu artikel yang agak mirip sedikit dengan tulisan kali ini berkenaan Solar Plexus. Klik di sini.

Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda kini sedar bahawa ilmu energi itu sangat berkait erat dengan kesihatan, kesuksesan dan kebahagiaan hidup anda? Eratnya kaitan antara hidup sihat, sukses dan bahagia dengan aura adalah seperti isi dengan kulit. Sangat-sangat dan sangat rapat kaitannya. Seluruh organ di tubuh anda dibina oleh struktur dasar penciptaan alam iaitu Energi atau Quantum. Seluruh perasaan dan fikiran anda adalah berbentuk gelombang energi/quantum yang boleh rasakan bahkan dilihat dengan teknik mind power/waskita yang advanced. Bahkan jin dan segala makhluk yang anda rasa misteri itu pun adalah makhluk energi.

Ilmu berkenaan Energi, Quantum, Aura itu penting bukan???

Ok... Jika anda merasa ilmu ini penting untuk kesihatan, kesuksesan dan kebahagiaan hidup anda, mari ikuti Kelas Belajar Aura yang saya anjurkan di Qi. Jadual kelas anda boleh Klik Di Sini.
Anda yang tiada masa datang ke kelas secara face to face dengan saya, jangan risau ada kelas online untuk anda di SINI.

Jika anda ingin tahu... Di dalam kelas yang saya adakan, ada satu slot di mana para peserta dibawa menghayati penyatuan sejati antara CIPTA-RASA-KARSA atau bahasa modennya, FIKIRAN-PERASAAN-BADAN melalui konsep SRP (Senyum-Rileks-Pasrah). Para peserta akan sangat cepat memasuki state of mind yang tenang, hening, dan damai walau betapa stress pun anda ketika itu. Ini saja sudah begitu bermanfaat meredakan tekanan darah, menyelaraskan degupan jantung dan seluruh tenaga organ-organ tubuh, serta... meredakan STRES yang anda benci itu!

Jom... Daftar segera untuk kelas akan datang. Jangan kasi lama. Jangan tunggu anda makin tua dan dunia semakin hampir kiamat... hahahaa

Itu saja dulu coretan kali ini.

Salam sayang setulus hati buat anda yang saya hormati dan kasihi :)


~ from Qi with Love






Monday 1 June 2015

Karma & Curse Cleansing : Bersihkan Sial Mu, Lancarkan Urusan Hidup Mu


Salam damai penuh cinta kasih :)


Situasi 1............
Anda inginkan sesuatu. Sesuatu yang sangat penting. Akan tetapi begitu susahnya keinginan anda tercapai....

Situasi 2............
Anda mengharapkan perjalanan anda ke suatu tempat mudah, lancar dan cepat. Namun apa yang terjadi adalah jauh dari harapan anda. Ada-ada saja halangan yang muncul dan menyusahkan anda.....

Situasi 3...........
Anda bercinta, tapi ada saja penyebab cinta ada putus. Bercinta hari ini, minggu depan putus. Bercinta minggu depan, bulan depan putus......

Situasi 4......
Wang anda mengalir keluar seperti air terjun. Ada saja keperluan yang datang yang memakan belanja. Pendapatan tinggi, tapi pengeluaran jauh lebih tinggi sehingga sentiasa deficit hujung bulan. Itu lebih baik. Ada pula yang pendapatan cukup makan, tapi pengeluaran berganda lebih besar daripada pendapatan sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang.




Rajah 1: Karma, anda buat anda di balas



Anda pernah mengalami situasi di atas? Atau sedang mengalami? hehehh... Anda sendiri yang lebih tahu...


Padahal, anda sudah menjaga ibadah, melaksanakan yang wajib, menjauhi yang dilarang, dan melakukan pula amalan-amalan kebaikan tambahan... Kenapa masih sial? Kenapa masih selalu malang? Kenapa belum bahagia? Tuhan benci aku kah? Apa salah ku? Di tahap ini, ramai orang akan menangis. Ramai orang akan berfikir untuk bunuh diri.

Anda mungkin belum menjeling ke arah karma, sehingga anda melupakannya. Atau mungkin anda belum faham soal karma. KARMA, mungkin ini nama seseorang yang saya belum kenal heheee... Tapi apa yang pasti, KARMA adalah istilah yang membawa maksud, KEJAHATAN/KERUGIAN yang yang diterima oleh orang lain disebabkan oleh apa yang kita telah lakukan.

Ibadah anda selama ini... Mungkin fokuskan hanya kepada hubungan anda dengan Tuhan sahaja. Kalau anda ada salah dengan Tuhan, itu sepertinya tiada masalah kerana Tuhan itu sifatnya Maha Pengasih dan Pengampun. Tetapi, salah anda kepada manusia, itu yang jadi masalah besar kerana tidak semua manusia itu pemaaf. Kalau pun ada yang pemaaf belum tentu dia memaafkan kesalahan anda dengan ikhlas dan sepenuh hati. Mungkin masih ada kesalahan anda sebesar kacang yang belum dia maafkan.

Inilah karma... Karma ini akan mengotori jalur energi anda, menyekat kelancaran aliran energi anda yang mengalir keluar masuk antara diri anda dan alam semesta sehingga menimbulkan sekatan-sekatan energi yang membuat perjalanan dan urusan-urusan hidup anda juga penuh sekatan dan halangan yang membuat anda selalu sakit hati, susah hati dan susah hidup. Ini bukan perkara main-main. Ini hal yang sangat serius kerana berkaitan dengan kebahagian hidup anda zahir dan batin. Anda harus segera membersihkan karma-karma ini. Kerana jika sistem alam yang harus membersihkannya, maka alam akan membuat anda membayar karma itu melalui situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang membuat anda menderita lagi sengsara.

Besihkan segera karma-karma anda... Teruskan membaca, saya akan share kaedahnya sekejap lagi...

Selain karma... Ada lagi satu punca yang mengotori jalur energi anda dan membuat anda selalu sial. Faktor ini selalu diabaikan oleh banyak orang bahkan oleh banyak guru-guru spiritual. Apakah bendanya tu? Ia adalah Cursed, atau sumpah!. Sumpah dari mana? Sumpah dari roh-roh leluhur atau nenek moyang anda. Kenapa mereka menyumpah? Kerana anda telah melupakan mereka... Di dimensi sana, mereka masih memerlukan energi atau bahasa yang anda mungkin lebih suka dengar, Pahala untuk tetap dapat berevolusi ke posisi makam yang lebih baik. Oleh kerana anda lupa mengirimkan mereka energi/doa mereka statik di makanya. Mereka merasa susah. Mereka merasa anak cucunya iaitu anda tidak mempedulikan mereka dan menyumpah anda. Macam cerita dongeng? Terserah anda mahu menilai apa. Saya tahu walau bagaiamana pun saya cuba menjelaskan, anda tetap tidak mahu percaya. Fikirkan ini... Kenapa ada ritual kenduri arwah baca yasin dan tahlil ke 7, ke 40, ke 100, ke 1 tahun? Untuk apa?.................

Apa? Tiada kuasa selain Tuhan? Makhluk tidak boleh memudaratkan? Ok cuba makan racun... Kita tengok dapat mudarat atau tidak... Hahahaha

Hah? Yang sudah mati tidak ada hubungan lagi dengan orang yang masih hidup? Baiklah... Mahu percaya bagus, tidak mahu percaya silakan.....


Ok... Bagi anda yang mahu percaya, keep reading. I will teach a very valuable lesson....

Jadi bagaimana anda ingin membersihkan KARMA dan SUMPAHAN ini?


Membersihkan karma itu ada 4 cara.

Pertama... minta ampun dan maaf kepada mangsa anda... Kalau susah atau tidak memungkinkan,


Kedua.... dengan banyak berpuasa.

Ketiga.... dengan banyak bersedekah apa saja yang berharga bagi anda.

Keempat dengan banyak menyalurkan Enegi Cinta Kasih kepada semua makhluk, khasnya mangsa-mangsa anda itu... Ini kaedah yang paling efektif, kerana anda bukan saja membersihkan karma-karma anda, tapi juga menanam Darma ( lawan bagi Karma ) sehingga bertambahnya saham-saham kebaikan anda di alam ini dan pasti membuat hidup anda lebih lancar, sukses dan bahagia nantinya.

Jika anda belum mendapatkan penyelarasan energi cinta kasih melalui Kelas Belajar Aura yang saya adakan (anda boleh mengikuti kelas saya disini), ada alternatif lain iaitu banyak-banyaklah mendoakan kebaikan kepada mangsa-mangsa anda tadi.

Bagaimana pula membersihkan Sumpahan dari leluhur atau nenek moyang anda?

Pertama... dengan menyalurkan Energi Ilahi dan Energi Cinta Kasih kepada mereka. Energi jenis ini akan sangat-sangat bermanfaat kepada mereka dalam proses evolusi mereka menuju ke makam rohani yang lebih tinggi.

Kedua... banyakkan berdoa untuk mereka. Sedekahkan pahala amalan-amalan ibadah kepada mereka.

Jika Karma dan Sumpahan anda telah bersih, dalam tempoh yang tidak berapa lama anda akan dapati hiudp anda semakin berubah menjadi lebih baik, lancar, indah, harmoni dan bahagia.

Anda yang belum ingin mempelajari ilmu-ilmu spiritual dan aura yang advanced, boleh cek jadual kelas saya di sini: Jadual Kelas Belajar Aura

Atau anda juga boleh mengikuti kelas-kelas online yang saya adakan. Klik di sini : Kelas Belajar Aura Online

Semoga bermanfaat untuk anda.

Salam damai penuh cinta kasih :)

~ from Qi with Love




Sunday 24 May 2015

Rumus Bahagia Itu Mudah!

Salam damai buat semua :)


Rumus untuk bahagia itu sangat sederhana, iaitu SYUKUR. Kan tuhan sudah menyatakan di dalam Quran bahawa sesiapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat dan kebaikan untuknya. Sedangkan sesiapa yang kufur, akan sengsara.

Pernyataan Quran ini sesungguhnya selari dengan hukum Law of Attraction bahawa, apa yang kita fikirkan secara fokus itulah yang kita akan dapat. Jadi kalau kita selalu bersyukur, kan kita fokus memikirkan kebaikan-kebaikan. Hasilnya kita menarik lebih banyak kebaikan. Maka bertambah lah nikmat tuhan buat kita.


Sebaliknya, kalau kita kufur, kan kita fokus memikirkan kekurangan-kekurangan, maka yang datang kepada kita pun sentiasa kekurangan-kekurangan. Semuanya kurang. Kurang perhatian, kurang cinta, kurang kasih sayang, kurang duit, kurang lancar, kurang pandai, kurang selamat, kurang ajar dan lain sebagainya... Ini semua akibatnya akan membuat kita sengsara. Firman-firman tuhan itu selari dengan hukum sains bukan?

So kalau sekarang anda selalu merasa kekurangan, itu sebetulnya adalah kerana anda kurang syukur dan banyak kufur. Anda lebih fokus memikirkan apa yang anda tiada berbanding apa yang anda ada.

Mungkin anda akan berkata,
"kalau saya dapat apa yg saya mahu sekarang ni saya pasti akan sangat bersyukur", atau,
"kalau masalah yang saya hadapi sekarang ini selesai saya confirm akan bersyukur"

Oh, hukum alam tidak begitu aturannya my friends. Ketika anda sedang berharap untuk dapat sesuatu, jauh di dalam jiwa anda yang terdalam anda sebenarnya lebih takut andainya harapan anda tidak menjadi. Tanpa sedar, anda sebenarnya lebih fokus memikirkan kemungkinan tidak dapat, berbanding memikirkan kemungkinan akan dapat apa yang anda mahu tadi. Maka di sini hukum alam bekerja lagi untuk anda dengan penuh adil, memberikan apa yang anda lebih fokuskan. Salah anda sendiri kan?

Seharusnya... Kita tidak perlu mendapat apa kita mahu baru kita bersukur.
Sebaiknya... Kita perlu bersyukur lebih dulu untuk mendapat apa yang kita mahu itu.

Apa yang mahu di syukuri? Kan belum dapat? Anda mungkin protes begitu...
Syukurilah nikmat-nikmat dan kebaikan-kebaikan yang anda dapat sebelum ini, agar dengan itu anda akan dapat lebih hanyak lagi nikmat dan kebaikan di hadapan. Manfaatkan masa lalu anda untuk mencipta masa depan anda. Manfaatkan nikmat yang lalu untuk memperolehi nikmat yang akan datang. Ini yang selalu saya kata sebagai 'energy leverage' iaitu memanfaatkan energi baik masa lalu untuk menarik energi baik di masa depan.


Rumusannya:

1. Kalau kita syukuri nikmat yang kita pernah dapat sebelum ini, tuhan akan bagi kita lebih hanyak nikmat pada masa yang akan datang, termasuklah apa yang sedang kita inginkan sekarang ini.
2. Jangan tunggu sukses baru bersyukur, tapi bersyukur lah lebih dulu agar kita sukses kemudian.
3. Hukum tuhan itu sentiasa selari dengan hukum sains, yang bererti,
hukum tuhan=hukum sains.


Semoga bermanfaat.

Salam sayang tulus dari dasar hati :)

~ from Qi with Love

Bola Energy



Salam damai buat semua pembaca blog ini :)


Salah satu aplikasi ilmu aura yang saya paling suka buat adalah Bola Energi.

Berdasarkan teori fizik quantum, bahawa semua yang ada di alam ini adalah energi, maka apapun yang kita mahukan samada sesuatu yang boleh disentuh seperti wang, rumah, kereta, emas, jet, kerbau, sapi, ayam, seseorang... atau sesuatu yang tidak boleh disentuh seperti cinta, kasih sayang, penghormatan, jawatan, kemasyhuran... itu semua adalah energi.






Rajah 1 : Ilustrasi membuat Bola Energi


Sesuatu yang kita inginkan pada awalnya hanya percikan energi (spark of creation), kita boleh kelaskan ia sebagai Peringkat Wujud Theta, iaitu energi yang masih sangt mentah dan halus.

Ketika keinginan itu di 'caj' dengan membekalkan energi yang mencukupi, ia menjadi lebih detail dan mantap, kita kelaskan ia sebagai Peringkat Wujud Alfa.

Keinginan pada Peringkat Wujud Alfa tadi jika di 'caj' lagi dengan membekalkan energi yang mencukupi, tidak lama kemudian ia akan menjadi cukup padat dan terlihat bentuk wujud kasarnya pada dimensi ketiga ini, yang boleh dilihat, disentuh dan dinikmati sepenuhnya. Ini Peringkat Wujud Beta.

Jika anda tahu... Setiap hari kita ada bermacam keinginan. Sayangnya kerana keinginan itu tidak di 'caj' dengan bekalan energi berterusan, maka ia kekal di Peringkat Wujud Theta, iaitu energi paling halus... Dan ia gagal termaterialisasi di alam nyata untuk kita nikmati. Setiap orang punya banyak keinginan, tapi tidak semua orang mencapai keinginannya. Rahsianya adalah, ramai yang gagal membekalkan energi berterusan untuk men 'caj' keinginannya.

Bagaimana membekalkan energi kepada keinginan-keinginan kita agar ia mampu termaterialisasi di alam nyata ini??? Sejak dari zaman turun temurun, kaedah Visualisasi Mind Power adalah jalannya. Ada yang melakukan visualisasi sambil membaca ayat atau mantra tertentu. Ada pula sambil melakukan tarian atau gerakan tertentu, ada yang sambil memegang azimat tertentu, ada yang melukis atau menulis keinginannya di kertas, atau apa saja kaedah mengikut keyakinan si pelaku, namun intinya adalah Memvisualkan atau Membayangkan keinginan-keinginan tersebut.

Namun... Masalah timbul kerana proses visualisasi itu perlu waktu lebih kurang 30 minit sampai beberapa jam, dan perlu pula dilakukan secara rutin. Maka timbullah inisiatif untuk mengatasi masalah ini, dan terhasillah beberapa kaedah dan yang sangat praktikal menurut saya adalah kaedah Bola Energi... Yang lebih advanced lagi adalah Radionics-Psionics.

Bola Energy, adalah satu bentuk Energy Programming. Keinginan kita boleh di 'caj' oleh bekalan energi berterusan tanpa harus ritual meditasi harian yang memakan waktu. Bola Energi menghasilkan 'structural link' yang menguhubungkan 'Minda-Sumber Energy-Hajat' yang berterusan dengan syarat prosesnya dilakukan dengan benar dan tepat.

Mencipta Bola Energi, tidaklah boleh energi itu dapat dilihat jelas oleh mata kasar kita kerana frekuensi auranya melebihi paras yang boleh di tangkap oleh retina mata kita. Tapi kucing anda mungkin boleh melihatnya. Gambar saya di bawah hanyalah ilustrasi untuk kefahaman. Tetapi... For sure anda boleh merasakan kedua tangan anda ditolak oleh satu medan tenaga magnetik yang semakin kuat sepanjang mencipta bola energi tersebut.

Mudah-mudahan para penggemar ilmu aura mendapat sedikit pencerahan, khasnya alumni-alumni saya di Kelas Belajar Aura. Jangan malas membuat bola energi ok :D :D :D

Oh and by the way... Apabila anda berdoa, tidak kira dengan cara apa, yang penting berdoa... the moment anda menyudahi doa anda, akan naik satu bola energi bercahaya ke atas. Terang atau malap, kuat atau lemah bergantung kepada kemantapan rasa penghayatan doa anda.


Semoga bermanfaat.


Salam sayang tulus dari hati :)


~ from Qi with Love

Sunday 17 May 2015

Aura Flow : Gerakan Luar Kawalan


Salam kasih sayang buat semua pembaca budiman :)


Hari ini, Ahad 17 Mei 2015, Kelas Belajar Aura di Ranau ada kejadian yang agak luar dari kebiasaan. Ketika sesi praktikal membuka dan merasakan lapisan tubuh aura yang kedua, umumnya akan terjadi kejadian luar biasa, namun pelajar hari ini agak luar biasa daripada yang luar biasa. Mari kita saksikan.....









Belajar aura itu memberi kita ruang untuk mengenali diri lebih dalam dan jelas. Selama ini kita hanya mengetahui diri kita terbatas pada badan fizikal dengan semua gerakannya. Kita belum berkesempatan untuk mengenali tubuh-tubuh kita yang lain yang frekuensinya lebih tinggi dan semakin tinggi dan luas jika ditelusuri semakin ke atas.

Gerakan yang terjadi dalam rakaman video pelajar saya ini tidak sama sekali berkaitan dengan jin, saka atau mana-mana makhluk alam ghaib. Gerakan ini terjadi apabila gerbang tenaga dari lapisan tubuh aura kedua nya diaktifkan dan diakses sehingga energi membuncah keluar dan menghasilkan gerakan di luar kawalan fikirannya. Gerakan pada awalnya sangat kaku, keras dan tiada irama. Namun lebih kurang 5 minit kemudian energi yang terhasil keluar semakin halus sehingga gerakannya pun semakin lembut, teratur dan kata beliau sangat mengasyikan, enak dan mendamaikan tubuh dan perasaannya.

Adakah ini tenaga dalam? Ya... Memang tenaga dalam kerana tenaga yang diakses adalah tenaga dari dalam dirinya sendiri bukan dari luar. Namun tenaga dalam ini bangkit tanpa memerlukan ritual berat, tanpa puasa apapa, tanpa mantra apapa, dan bahkan tanpa teknik pernafasan apapun seperti yang biasa diamalkan dalam proses pengaktifan tenaga dalam biasa. Tenaga ini murni dari cakra sacral serta lapisan tubuh aura kedua pelajar.

Kenapa gerakannya luar biasa? Kerana beliau memiliki sistem energi yang unik, hasil latar belakang keluarga, budaya dan kehidupan seharian beliau. Setiap orang punya sifat energi yang tersendiri dan unik. Masing-masing anda juga akan menghasilkan gerakan yang berbeza-beza sekiranya energi anda pada lapisan aura kedua diaktifkan, kerana uniknya diri anda masing-masing.

Pelajaran ini untuk apa? Lapisan tubuh aura kedua sangat banyak kegunaannya untuk hidup kita. Ia menentukan kesihatan dan kestabilan perasaan kita. Ia juga menentukan sekuat mana kita mampu melakukan proses 'law of attraction' secara sengaja atau tidak sengaja. Ia juga menentukan kesihatan dan kekuatan fizikal seseorang lebih-lebih lagi kekuatan seksual. Dan... Banyaaakkk lagiiiii... Ini pun baru lapisan tubuh aura kedua kita. Belum lagi yang ketiga, empat, lima, enam dan tujuh.

Umumnya, ketika pertama kali pelajar menyedari kewujdan medan aura di sekitar tubuh fizikalnya, mereka akan takjub, heran, bingung malah ada yang menangis terharu kerana baru menyedari bahawa dirinya ada 'sesuatu' yang sangat berharga yang  baru dia sedari, dan dia tahu selepas ini dia boleh melakukan perkara-perkara yang akan sangat memberi makna bagi diri dan kehidupannya.

Learning Aura is absolutely Awesomely Amazing!

Sekian dulu coretan kali ini... Jangan lupa ikuti sharing saya seterusnya berkenaan aura pada artikel akan datang.


Semoga anda semakin bahagia.

Salam sayang tulus dari lubuk hati yang terdalam :)


~ from Qi with Love


Friday 15 May 2015

Mengakses Energi Ilahi - Attunement Mudah

Salam damai buat semua pembaca yang budiman...


Saya ingin berkongsi ilmu melalui tulisan ini iaitu bagaimana untuk kita mengakses Energi Ilahi.


Apa itu Energi Ilahi?
Energi Ilahi adalah energi dengan frekuensi yang super duper halus dan tajam dari dimensi ketuhanan atau anda juga boleh memanaggilnya sebagai Energi Cinta Kasih Tuhan.


Dari manakah Energi Ilahi diakses?
Energi Ilahi diakses melalui gerbang energi manusia yang dikenali sebagai Cakra Mahkota atau Crown Chakra. Sumber energi Reiki juga berasal dari sini, kerana itu energi Reiki adalah sama dengan energi Ilahi.



Rajah 1 : Lokasi Chakra Mahkota


Apakah fungsi Energi Ilahi?
Energi Ilahi sangat sesuai dan efektif digunakan dalam proses terapi/rawatan apapun jenis penyakit medik dan non-medik kerana sifatnya yang sangat halus dan tajam mampu menembus ke semua sel-sel tubuh serta semua lapisan tubuh aura semua kehidupan.
Selain itu, Energi Ilahi juga sangat penting dalam proses peningkatan kesedaran spiritual iaitu usaha mengenal hakikat diri, alam dan tuhan. Bahkan, semua ritual agama dan spiritual tujuan sebenarnya adalah mencari jalan untuk mengakses Energi Ilahi.

Bolehkah kita 'orang biasa' mengakses Energi Ilahi?
Ya dengan izin, rahmat dan sifat pemurah tuhan kita semua boleh. Zaman ini adalah zaman di mana frekuensi alam sudah sangat kondusif dan menyokong serta memudahkan semua usaha-usaha memasuki alam spiritual sehingga proses mengakses Energi Ilahi pada zaman ini tidak lagi sesusah dan serumit zaman dulu. Dengan proses penyelarasan atau 'attunement' simple dari seorang master yang sudah terbuka baik cakra mahkotanya, maka cakra mahkota seorang murid boleh terbuka dengan mudahnya. Begitu saja, tidak serumit yang didakwa oleh pihak-pihak yang berkepentingan.


Bagaimana mengakses Energi Ilahi?
Baiklah... Dengan ini saya memberikan penyelarasan atau 'attunement' mudah untuk para pembaca memiliki kemampuan mengakses energi istimewa ini. Syaratnya anda harus ikhlas dengan niat ingin memanfaatkan Energi Ilahi sebagai medium penyembuhan dan sarana mendekatkan diri kepada tuhan.

Prosedur ringkas menerima penyelarasan Energi Ilahi ini:

1. Duduk dengan rileks. Anda boleh bersandar di sofa/kerusi/dinding. Boleh bersila ataupun kedua tapak kaki anda biarkan saja menghadap ke lantai. Tegakkan tulang belakang anda. Tidak perlu terlalu tegak sehingga anda merasa tegang. Luruskan je dengan santai. Kedua tangan anda letakkan di atas paha dengan posisi tapak tangan menghadap ke atas.

2.  Ingat moto ini... SRP... Senyum... Rileks... Pasrah. Ukirlah senyuman manis di bibir anda. Senyum tidak perlu lebar, asalkan anda sudah merasa senyum itu sudah memadai. Rileks... Kendurkan semua otot di badan anda. Mulakan dari kepala, kendurkan... Kening, kendurkan... wajah, dagu, tengkuk, leher, bahu, tangan sehingga ke jari-jari tangan, kendurkan... Kendurkan semua otot anda sampai ke hujung jari-jari kaki. Ambil masa anda tidak perlu tergesa-gesa. Rasakan benar-benar otot anda semua kendur... FOKUSKAN SEMUA FIKIRAN DAN PERASAAN ANDA MERASAKAN OTOT ANDA BENAR-BENAR KENDUR DAN RILEKS... Pasrah, di sini yakinlah di hati anda bahawa anda sedang menyerahkan semua urusan anda kepada Tuhan dan anda yakin Tuhan akan mengurusnya dengan cara yang terbaik... SRP, Senyum, Rileks dan Pasrah.

3. Baca doa sesuai dengan keyakinan anda. Inti doanya adalah memohon kepada tuhan agar anda dibimbing dan diberkati sepanjang proses penyelarasan Energi Ilahi ini dan mendapat manfaat maksima daripada energi ini.  Bagi yang muslim silakan baca Auzu, Bismillah, Syahadat dan Selawat masing-masing sekali... Mahu tambah Fatihan dan ayat-ayat lain pun boleh sesuaikan dengan selera anda.

4. Baca afrmasi/niat ini. "Saya sedang menerima penyelarasan Energi Ilahi secara langsung dari Master Umar. Dengan izin dan kuasa Allah/Tuhan terjadilah dengan sempurna". 

***Afirmasi ini sudah saya set dengan frekuensi energi yang anda perlukan untuk menjayakan proses penyelarasan Energi Ilahi ini.

5. Tutup mata anda... Kekal SRP. Senyum, rasakan semua otot anda sedang rileks dan pasrah kepada tuhan. Meditasi penyelerasan energi ini berlangsung selama 20 minit. Anda boleh set alarm anda agar anda tahu proses telah selesai. Sepanjang proses ini, anda hanya perlu SR
P, tidak perlu baca apapa. Jika anda merasa lebih selesa berzikir atau membaca apapa ayat silakan, yang penting anda tidak terganggu daripada sikap SRP. 

Umumnya anda akan merasakan beberapa sensasi penyelarasan energi di badan anda seperti berikut:

- rasa berdenyut di ubun-ubun, kening dan sekitar kepala anda.
- rasa ada aliran elektrik halus di sekitar tapak tangan dan kaki serta hujung-hujung jari.
- ada gerakan-gerakan halus di dalam perut.
- melihat penampakan cahaya warna warni.
- dada rasa berdebar.
- badan terasa hangat.
- bagi anda yang ada 'barang' (khadam, susuk, saka, dll benda mistik) di dalam tubuhnya mungkin akan merasa kurang selesa
- merasa pening atau mual.
- merasa emosi seperti takut, sedih, dan lain-lain.

Catatan penting: Tidak semua sensasi di atas harus anda rasai. Lain orang lain sensasinya. Jika anda merasakan sensasi kurang selesa, itu adalah kesan 'pembersihan ' oleh energi ilahi yang sedang memasuki sistem energi anda. Usah risau, tetaplah bersikap SRP.

6. Setelah selesai 20 minit, tarik nafas dalam dan hembus perlahan, ulang sebanyak 3x sambil gerakkan jari-jari tangan dan kaki anda sehingga badan anda terasa lebih selesa dan segar. Buka mata anda dan ucapkanlah syukur yang terikhlas kepada Tuhan,  kerana kini anda sudah boleh mengakses Energi Ilahi ( jika anda sudah melakukan prosedur penyelarasan di atas dengan lengkap ).




Rajah 2: Gambaran mengakses Energi Ilahi


Bagaimana menyalurkan Energy Ilahi?
Sekarang anda boleh merasakan kehadiran Energi Ilahi dengan mudah. Caranya adalah:

1. Duduk dengan rileks. Anda boleh bersandar di sofa/kerusi/dinding. Boleh bersila ataupun kedua tapak kaki anda biarkan saja menghadap ke lantai. Tegakkan tulang belakang anda. Tidak perlu terlalu tegak sehingga anda merasa tegang. Luruskan je dengan santai. Angkat kedua tangan anda seperti menadah sesuatu di depan anda, dengan tapak tangan yang terbuka.

2.  Ingat moto ini... SRP... Senyum... Rileks... Pasrah. Ukirlah senyuman manis di bibir anda. Senyum tidak perlu lebar, asalkan anda sudah merasa senyum itu sudah memadai. Rileks... Kendurkan semua otot di badan anda. Mulakan dari kepala, kendurkan... Kening, kendurkan... wajah, dagu, tengkuk, leher, bahu, tangan sehingga ke jari-jari tangan, kendurkan... Kendurkan semua otot anda sampai ke hujung jari-jari kaki. Ambil masa anda tidak perlu tergesa-gesa. Rasakan benar-benar otot anda semua kendur... FOKUSKAN SEMUA FIKIRAN DAN PERASAAN ANDA MERASAKAN OTOT ANDA BENAR-BENAR KENDUR DAN RILEKS... Pasrah, di sini yakinkah di hati anda bahawa anda sedang menyerahkan semua urusan anda kepada Tuhan dan anda yakin Tuhan akan mengurusnya dengan cara yang terbaik... SRP, Senyum, Rileks dan Pasrah.

3. Mulakan dengan menyebut nama Tuhan yang penyayang. Lalu baca afirmasi ini, " Saya sedang menyalurkan Energi Ilahi dari kedua tapak tangan saya. Terjadilah dengan izin dan kuasa Allah/Tuhan"

Tetap dengan sikap SRP... Anda akan merasakan gelombang energi yang sangat halus dan besar mengalir seperti banjir masuk dari ubun-ubun, turun ke dada dan mengalir di sepanjang tangan anda dan keluar memancar dari tapak tangan anda... Makin anda SRP, semakin terasa aliran energi tersebut. Jika anda tidak merasakan aliran energi tadi, perbaiki lagi sikap SRP anda. Anda pasti boleh :)

Bagaiman melakukan proses penyembuhan dengan Energi Ilahi?
Caranya sangat mudah... Saya akan membimbing anda. Berikut adalah caranya:

1. Baring dengan selesa.

2. Sikap SRP seperti di atas tadi.

3. Baca doa memohon kepada Tuhan agar anda disembuhkan daripada semua penyakit dan semakin sihat, kuat dan bahagia.

4. Baca afirmasi/niat ini, "Saya sedang menyalurkan Energi Ilahi untuk menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin yang ada di dalam diri saya sehingga saya semakin sihat, kuat dan bahagia. Terjadilah dengan izin dan kuasa Allah/Tuhan".

5. Letakkan tapak tangan di kening anda, serta tapak tangan kiri di pusat anda. Biarkan Energi Ilahi mengalir selama lebih kurang 5-10 minit. Kemudian alihkan tangan kanan anda ke dada diikuti oleh tangan kiri anda dan salurkan energi di situ juga selama 5-10 minit. Tetaplah bersikap SRP. Fokus hanya mengendurkan otot-otot seluruh tubuh anda dan nikmatilah aliran Energi Ilahi tersebut, tidak perlu baca apapa atau bayangkan apapa. SRP saja... Tidak akan ada jin atau apapa makhluk dari alam astral yang cuba mengganggu anda kerana mereka sangat tidak akan berani mengganggu anda yang sedang diselubungi oleh medan Energi Ilahi.


6. Setelah selesai, tarik nafas dalam dan hembus. Ulang 3x sambil gerakkan jari-jari kaki dan tangan serta selesaikan tubuh anda. Ucapkan syukur setingginya kepada Allah/Tuhan atas kesempatan yang diberikan kepada anda mengakses dan memanfaatkan Energi Ilahi yang penuh berkat itu.

Penting untuk anda ambil perhatian. Dalam beberapa hari ini anda mungkin akan mengalami 'healing crisis' yang mana tanda-tandanya adalah seperti berikut:

- badan terasa lemah
- mengantuk sepanjang masa
- badan terasa lebih panas dari biasa
- mudah terasa haus atau lapar
- sering buang air
- sakit makin terasa teruk
- dan lain-lain rasa tidak selesa...

Keadaan ini terjadi kerana Energi Ilahi dengan giat melakukan proses penyembuhan, pembersihan seluruh sistem energi, serta pembetulan semula seluruh sistem badan. Saya nasihatkan anda tetap melakukan proses penyembuhan melalui penyaluran Energi Ilahi seperti di atas secara rutin setiap hari dan banyak minum air jernih agar proses 'healing crisis' ini cepat berlalu.


Itu saja sharing pada kali ini. Doakan agar Tuhan menggerakkan dan memudahkan saya berbagi ilmu-ilmu bermanfaat kepada semua pada masa akan datang. Semoga tulisan kecil ini bermanfaat buat anda.

Jika anda berminat mendalami ilmu-ilmu Energi/Aura dan Spiritual yang lebih advanced anda boleh menghubungi saya dan menyertai kelas-kelas yang saya anjurkan di Qi Center secara berkala.


Salam kasih sayang tulus dari dasar hati yang terdalam :)


~ From Qi with Love









Saturday 9 May 2015

Supreme Aura Frequency (SAF) Healing System

Salam damai buat semua pembaca budiman :)

Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Salah satu faktornya kerana kesibukan dengan urusan-urusan duniawi yang fana ini, kedunya sebab saya banyak menulis di facebook saya, dan ketiganya kerana .... Malas hehehehee

Pada kali ini, ingin menulis tentang satu disiplin ilmu baru yang saya kembangkan, yang saya namakan sebagai SAF , singkatan daripada Supreme Aura Frequency. Nama 'supreme aura frequency' saya gunakan kerana sistem ilmu yang saya kembangkan ini khas mengakses energy frekuensi super halus dari Cakra Mahkota dan  Cakra Ilahi di atasnya.

Fokus utama disiplin ilmu ini adalah sebagai medium meningkatkan kesihatan, secara menyeluruh fizikal, mental dan spiritual melalui teknik-teknik memanipulasi dan memanfaatkan frekuensi-frekuensi energi. Lebih dari itu, energy yang diakses juga boleh di'channel' dan diaplikasikan untuk pelbagai tujuan. Jadi walaupun saya menitikberatkan 'healing' pada ilmu ini, namun aplikasi dan tujuannya adalah sangat luas. Bagaimana mungkin? Ya kerana dalam SAF kita belajar tentang dasar utama yang membentuk seluruh isi alam ini iaitu ENERGY. Mengenal, mengetahui, dan memahami ENERGY memberikan kita kemampuan yang 'lebih'.

Ilham untuk mencipta disiplin ilmu ini muncul pada tahun 2010 lagi. Awalnya saya hanya perkenalkan kepada ahli keluarga dan murid-murid terdekat untuk melakukan percubaan dalam sesi-sesi rawatan. Alhamdulillah kesannya sangat-sangat memuaskan hati. Dengan itu barulah saya mengorak langkah memperkenalkannya kepada masyarakat umum.

Di bawah ini saya share rakaman kelas SAF angkatan ke-12 di Ranau, Sabah pada 3 mei 2015 yang lalu. Kelas seterusnya untuk angkatan ke 13 akan diadakan pada 16 mei 2015 di Kota Kinabalu, Sabah.

Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk anda.

Salam kasih sayang tulus dari hati :)


Friday 6 February 2015

Perjalanan Horizontal Vs Perjalanan Vertikal


Salam sayang buat pengunjung blog Qi yang budiman :)

Sekian lama sepi di blog ini, hari ini alhamdulilllah diberikan kesempatan untuk kembali menulis.

Untuk pengetahuan para pembaca blog ini, sekarang saya berada di Bandung untuk beberapa tempoh waktu atas beberapa urusan.

Alhamdulillah... Sepanjang evolusi ilmu dan spiritual ini, saya menemui, berdiskusi, mengajar dan belajar-bersama ramai manusia. Ada dua kategori utama karakter yang saya temui, seperti tajuk artikel ini.

Pertama, mereka yang berjalan atau berevolusi secara Horizontal. Kedua mereka yang bejalan atau berevolusi secara Vertikal. Apa ini?

Bagi mereka yang berjalan secara Horizontal, fokusnya adalah untuk menambah koleksi ilmu atau teknik. Dari satu ilmu ke satu ilmu, dari satu teknik ke teknik-teknik seterusnya walaupun dia bukan lah keluaran mana-mana sekolah Teknik... hehee... Pendek kata, ini adalah perjalanan yang lurus di satu level, samada dari kanan ke kiri atau kiri ke kanan, ke depan atau ke belakang. Tidak naik ke mana-mana.

Manakala perjalanan berbentuk Vertikal adalah perjalanan yang mendaki ke atas. Dari satu level ke satu level... In terms of Vibration! Di sini kita bicara soal getaran energy atau maqam rohani. Perjalanan ini tidak fokus pada koleksi ilmu, tetapi fokus pada, bagaimana ilmu boleh meningkatkan vibrasi atau getaran energy, atau meningkatkan maqam rohani... Mana-mana saja ayat yang anda suka untuk mengistilahkannya, ertinya tetap sama.

So... Apa yang boleh saya amati di sini? Berdasarkan pengamatan yang jujur dan ikhlas....... Jika kita stuck di perjalanan Horizontal, mengumpul ilmu dan teknik, dan tidak menjadikannya sebagai 'leverage' untuk 'meningkatkan getaran energy' maka hidup kita tidak banyak berubah... We keep stuck on one level. Begitu-begitu saja. Perubahan yang paling banyak adalah 'penyuburan, pembesaran dan peninggian EGO'... Jujur ni. Bukan main-main, bukan cobaan bukan dugaan... Been there before. And still attracted to go there every once in a while.

Jika yang anda cari adalah ilmu dan teknik... Anda berada di Horizontal Journey.
Jika anda mencari peningkatan getaran energy, atau peningkatan maqam rohani, atau senang  kata Makrifat, maka anda harus berada di Vertical Journey.

Jika anda mencari kehebatan untuk ditakuti dan dikagumi orang, maka anda boleh meneruskan berada di Horizontal Journey.

Jika anda mahu mengubah hiudp anda jadi semakin bahagia, makmur, melimpah, harmoni, maka anda perlu berada di Vertical Journey.


Sekian dulu tulisan pada kali ini. Semoga anda manfaatnya buat anda.

Salam sayang tulus dari saya.

~ With Love from Bandung



BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...