Your Magic Blog: HANYA DIRI YANG KUAT BOLEH MENGUATKAN ORANG LAIN

Tuesday 2 May 2023

HANYA DIRI YANG KUAT BOLEH MENGUATKAN ORANG LAIN

Hari ini 11 syawal, bermakna sudah 11 hari Ramadan berlalu.

Hari ini juga aku baru mula mahu puasa 6, kerana baru hari ini betul-betul selesai cuti raya untuk aku.

Masa beraya di kampung, susah mahu elak ajakan makan-makan raya oleh sanak saudara.

Satu perkara aku perhatikan. perut yang lapar kerana berpuasa itu sangat membantu melembutkan hati. Ketika badan sedang lemah, ikatan 4 unsur yang menciptakan jasad ini jadi longgar, hati mudah untuk lepas bebas ke alam luas dimensi ilahi semasa zikir.

Kalau kenyang, hati jadi keras. Susah untuk merasakan feeling yang biasanya hadir ketika zikir.

Sebab itu, aku punya azam baru untuk semakin rajin berpuasa pasca ramadan ini. Semua itu demi memudahkan aku untuk zikrullah.

Aku masih ingat pesan guru dulu,

Orang mampu mengawal nafsu makannya, akan mampu mengawal Hatinya, dan seseorang yang mampu mengawal Hatinya akan mampu mengawal dunia dan hidupnya.

Ini adalah satu pesanan yang sangat powerful, bahkan boleh menjadi panduan hidup paling hebat.

Banyak orang mengalami sakit mental, sakit-sakit fizikal sampai melarat ke masalah kehidupan yang kronik kerana gagal mengawal perut. Perut yang selalu kenyang menghasilkan hati yang keras. Hati yang keras menghasilkan hidup yang keras.

Hanya hati yang lembut yang dapat terus menerus menerima ilmu kehidupan, samada hasil pengalaman, hasil renungan atau hasil ilham dari Allah.

Ilmu pengetahuan membuat kita mampu berevolusi ke arah kekuatan peribadi kekuatan komuniti, yang seterusnya memicu kepada kekuatan teknologi dan ekonomi.

Kepintaran otak boleh membawa kepada penyakit dan kemusnahan, kalau tidak dibimbing dengan kekuatan dari hati yang menerima kasih sayang Allah.

Dan... Hanya hati yang lembut, yang konsisten mengingatiNya akan akan sentiasa menerima aliran nur kasih sayangNya.




Serta... Dengan perut yang lapar kerana sengaja berpuasa yang akan membantu hati menjadi lembut dan lentur.

Lembutnya hati bukan suatu kelemahan. Otak itu energinya maskulin, short burst energy, direct, kasar, egois, dan forceful. Hati itu energinya feminin, memancar luas dan jauh, lembut namun powerful.

Tanpa kekuatan dari zikrullah, hati jadi lembut dan rapuh. Namun zikrullah, hati jadi lembut, lunak namun very powerful. 

Pada zaman ini, iklan makanan begitu menggiurkan, memancing nafsu untuk terus menerus makan dan minum seharian. 

Oleh kerana majoriti orang begitu, kita akan jadi rasa terasing kalau kita berpuasa dan berlapar. Rasa macam rugi pun ada sebab tidak menikmati hidup.

Rasa nikmat itu datang dari Hati yang telah hidup. Pasa setiap masa, di setiap tempat, mereka yang hidup hatinya oleh zikrullah akan menikmati kehidupan yang tulen, bukan nikmat dari ilusi fikiran yang telah diprogramkan oleh golongan 'marketers', ejen penyebar propaganda para elites.

Makin lembut hati kita oleh zikrullah, semakin cerah persepsi fikiran, makin jernih pandangan hidup, semakin mudah kita merasakan segala perasaan positif. 

Ada waktu kita terlalu berfikir positif dan optimis, sehingga mengabaikan suara hati yang merasa tidak nyaman. Akhirnya kita menghadapi masalah kerana terlalu berfikir positif dan optimis.

Aku adalah seorang yang berfikir sangat positif dan optimis, dan seringkali kepositifan dan keoptimisan itu membawa ke arah pilihan dan tindakan yang ternyata merugikan.

Namun aku dapati, apapun kesalahan yang terbit dari sikap terlalu positif dan optimis itu boleh diselamatkan, diperbaiki dan akhrinya winning, dengan memperbaiki kondisi hati melalui zikrullah.

Aku dapati juga, adalah lebih baik aku konsisten dengan amalan zikrullah, kerana ia membimbing fikiranku untuk positif dan optimis pada orang dan situasi yang tepat, berbanding aku zikir melakukan 'rescue mission' selepas melakukan kesilapan. 

Gabungan zikrullah + puasa itu, benar-benar hanya memberikan kesan yang penuh kebaikan dari semua aspek.

Alhamdulillah, barokallah.

~ Love and Peace



_____________________


Pelajari cara mengheningkan dan mendamaikan hati di sini: https://rb.gy/osz0m



Jika anda perlukan bimbingan dan pencerahan melalui 1 jam Personal Life Consultation dengan saya, klik di sini:


https://rb.gy/5bxfm








No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...