Your Magic Blog: July 2014

Tuesday 22 July 2014

Higher Self - Kesedaran Tertinggi



Salam sejahtera untuk anda para pembaca budiman :)


Diri menusia wujud di 7 lapisan dimensi alam. Ini bermakna anda memiliki 7 lapisan tubuh yg mana masing-masing satu tubuh menempati setiap satu lapisan dimensi tersebut.

Ada 7 dimensi alam ( sains metafizik )

Ada 7 martabat wujud ( tasauf )

Ada 7 maqam nafsu ( tasauf )

Ada 7 peringkat cakra ( ilmu aura )

Ada 7 lapisan tubuh ( ilmu aura )


“Sesungguh nya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )

Wednesday 9 July 2014

Aura Dan Batu Permata : Repost

Salam semua pembaca budiman :)

Pada post kali ini saya ingin menulis tentang aura dan batu permata. Bagaimana batu permata memberi kesan kepada medan aura kita?

Ingat selalu konsep ini:

Amalan mempengaruhi minda,
Minda mempengaruhi aura,
Aura mempengaruhi kehidupan.

Justeru itu, amalan positif membina minda yang positif. Minda yang positif akan membentuk medan aura yang positif. Medan aura yang positif pula akan menarik perkara-perkara positif ke dalam kehidupan anda. Begitulah juga sebaliknya.

Rajah 1: Model medan aura manusia.
Lihat kembali model medan aura manusia pada rajah di atas. Kod-kod energy untuk urusan duniawi anda terletak pada lapisan eterik(merah), emosi(jingga) dan mental(kuning). Apa saja gelombang energy yang anda isi pada lapisan-lapisan ini akan memberi kesan kepada kehidupan duniawi anda. Dunia adalah apa yang anda fikirkan dan berikan nilai perasaan. Misalnya wang. Ia hanyalah sebuah kertas. Fikiran dan dan perasaan kitalah yang memberikannya nilai dan menjadikannya berharga. Cuba berikan wang rm 1 juta kepada monyet. Oleh kerana monyet tidak memiliki persepsi seperti kita, maka wang itu langsung tidak akan memberikan efek kepada sang monyet. Cuba jika anda diberikan wang rm 1 juta, anda pasti melonjak kegembiraan kerana persepsi anda memberikan nilai sangat tinggi kepada wang tersebut.

Kesedaran sang monyet dan haiwan-haiwan lainnya terbatas pada kesedaran tubuh fizikal. Apa yang menyenangkan tubuhnya itulah yang akan dikejarnya. Sedangkan kesedaran manusia pula lebih advanced. Kita tidak hanya mengejar perkara-perkara yang menyenangkan tubuh fizikal kita, tetapi juga mengejar aspek-aspek yang menyenangkan emosi kita. Kekayaan, pangkat dan kuasa, nama dan kemasyhuran adalah aspek-aspek yang menyenangkan emosi kita. Haiwan tidak memerlukan semua ini, kerana kesedaran mereka masih terbatas hanya pada kesenangan tubuh fizikal iaitu makan dan seks sahaja.

Berusaha secara fizikal adalah bekerja sebagaimana yang kita fahami sekarang ini dengan menggerakkan tulang empat kerat kita untuk mengubah kehidupan kita. Imbalan daripada kerja yang sukses adalah kepuasan emosional seperti rasa gembira, bangga, dan syukur dengan apa yang kita telah capai. Ertinya di sini adalah, pencapaian kita didunia realiti akan menghasilkan emosi-emosi yang positif.

Manakala usaha secara aura atau spititual adalah terbalik 360 darjah. Kita harus lebih dulu mencipta imajinasi dan emosi-emosi barulah pencapaian didunia realiti akan datang kepada kita. Ini rumus Law of Attraction. 

If u think u feel,
if u feel u vibrate,
if u vibrate u attract.

Harap anda faham sekarang. Emosi menghasilkan getaran dan getaran inilah yang akan menarik peristiwa ke dalam hidup anda. Aspek emosi kita berada di lapisan tubuh energy yang kedua dan pusat kawalannya adalah cakra seksual. Di sinilah berada getaran-getaran perasaan yang inginkan kesenangan-kesenangan duniawi. Sebab itu dalam latihan rohani tubuh halus ini harus dibersihkan dari semua kehendak-kehendak duniawi agar tidak menghalang usaha menuju pencerahan/makrifah. Ianya sepadan dengan nafsu lawwamah dalam istilah kesufian. Namun untuk menuju dunia, tubuh aura ini harus diisi dan diaktifkan kerana tubuh aura inilah yang menghubungkan anda dengan aspek-aspek duniawi.

Bermacam amalan dan bermacam teknik yang digunakan oleh manusia dari pelbagai budaya dan disiplin ilmu untuk mengisi energy ke tubuh aura lapisan kedua ini. Salah satunya yang sangat popular adalah dengan menggunakan baru permata. Batu permata adalah cara yang sangat mudah untuk mengisi energy ke tubuh aura ini untuk menguatkan getaran dan mengaktifkan tarikan terhadap hajat-hajat duniawi pemakainya. Tubuh aura lapisan kedua ini bagi setiap orang memiliki frekuensi yang berbeza. Atas alasan inilah mengapa para peminat batu permata harus memilih batu permata yang sesuai dengan dirinya kerana jika getaran auranya tidak resonan atau selaras dengan batu permata tadi, tidak akan berlaku psoses 'charging' pada auranya. Anda perlu jumpa dukun atau bomoh atau orang pandai untuk melihat keserasian anda dengan batu-batu permata agar ia boleh men 'charge' aura anda dan menguatkan faktor 'attraction' anda terhadap apa yang anda hajati. Konsep ini akan membuat kita harus memilih batu yang sesuai dengan karakter aura kita.

Apabila aura anda batu permata adalah resonan atau selaras, akan muncul rasa 'nyaman dan damai' di hati anda apabila anda memegang permata tersebut. Ini adalah tanda bahawa permata itu sedang men 'charge' aura anda. 

Ada beberapa rakan-rakan yang bertanya, bagaimana saya menyelaraskan aura pesakit saya dengan batu permatanya. Ini adalah rahsia dan tidak boleh saya bagitahu hahaha...kidding :)

Pertama sekali, aura anda perlu di analisa. Aura mana yang kurang, kotor, atau tidak seimbang. Bagi tujuan analisa ini saya perlukan sebuah model aura yang saya akan hubungkan dengan sistem energy anda melalui kaedah 'resonansi'. Kemudian analisa aura saya lakukan dengan kaedah 'divination'. Selepas itu baru tentukan apa aura yang diperlukan. Ya, agak rumit juga jalan ceritanya. Somekind of Aura Engineering again.

Berikut adalah beberapa batu permata yg ada pada saya skrg utk dimaharkan, jenis 'permata air' yg diikat dgn 'stainless steel' yg boleh anda miliki jika berminat. Masing2 warna permata ada sifat gelombang aura dan ada fungsi tertentu. Gelombang aura pada batu permata dikuatkan dgn proses 'pengisian' energy positif dgn kaedah tertentu. Gelombang aura ini akan diselaraskan dan dharmonikan dgn aura anda agar berfungsi dgn baik.  Utk info lanjut boleh la hubungi saya.






Sekian dulu sharing ilmu kali ini.

Salam kasih dan sayang dari hati yang tulus. Semoga kedamaian dan kemakmuran sentiasa melimpahi hidup anda :)







Kesedaran Jasad, Vs Kesedaran Jiwa Vs Kesedaran Roh


Salam santun buat semua pembaca budiman :)

Di malam yang hening ini, mari kita sama-sama belajar ttg kesedaran.

Kesedaran adalah apa yg membuat masing-masing manusia melihat, mentafsirkan dan bereaksi terhadap sesuatu perkara. Berbezanya sudut pandang kita, pentafsiran kita, dan reaksi kita terhadap suatu perkara atau isu adalah kerana berbezanya level kesedaran kita.

Kesedaran paling dasar adalah Kesedaran Jasad. Pada tahap kesedaran ini, anda melihat dan memahami diri anda hanya sebatas batang tubuh fizikal anda. Anda hanya tahu bahawa diri anda adalah sebuah rangka jasad yg boleh bergerak, bersuara, mendengar, bercakap dan lain-lain pancaindera zahir, anda tahu anda boleh haus dan perlu minum, boleh merasa lapar dan perlu makan, boleh merasa ghairah dan perlu seks, boleh terasa lelah serta mengantuk dan perlu rehat dan tidur. Pendek kata anda hanya sedar diri anda sebagai sebuah tubuh yg hidup. Apabila anda berkata 'aku', anda merujuk aku itu adalah jasad anda sahaja. Seluruh aspek hidup anda semata-mata adalah utk memenuhi keperluan dan kehendak jasad anda.

Seterusnya adalah Kesedaran Jiwa. Di sini anda mula melihat dan merasakan bahawa anda memiliki perasaan. Anda boleh merasa takut, sedih, marah, kecewa, gembira, berharap dan sebagainya. Anda mula melakukan perkara-perkara yg boleh memenuhi keperluan emosi anda. Anda mula melakukan perkara-perkara yg anda suka dan senangi agar anda merasakan emosi-emosi yg positif dan menyenangkan. Anda membenci perkara dan keadaan yang boleh membuat anda dihidapi emosi-emosi negatif dan memberatkan dada anda serta berusaha mengubahnya. Kemudian anda juga mula melihat bahawa anda boleh berfikir, anda boleh berimajinasi membayangkan sesuatu. Anda berusaha melakukan perkara-perkara yg anda fikir dan rasakan baik dan bermanfaat utk diri anda. Di sini apabila anda berkata 'aku', anda merujuk 'aku' itu sebagai diri anda yg ada jasad, ada perasaan dan ada fikiran.

Pada dua level kesedaran tadi, masing-masing manusia mahu senang. Masing-masing manusia perlu memenuhi keperluan dan kehendak jasadnya. Masing-masing perlukan perkara dan keadaan yg menyenangkan perasaannya lalu masing-masing bertindak mengikut apa yg dia rasa baik dan benar menurut fikirannya. Oleh kerana pada level kesedaran ini semua bersifat individual atau masing-masing, lalu apa saja yg bertentangan dgn kepentingan individual samada kepentingan peribadi atau sebuah kelompok atau kumpulan, jika kepentingan ini terasa terganggu maka lahirlah konflik dan perbalahan sehingga mampu mencetuskan pertengkaran, pergaduhan, malah pembunuhan.

Pada dua maqam atau stesen kesedaran ini, setiap individu atau kelompok kumpulan berpegang pada prinsip  'kebenaran' masing-masing. Jika ada individu atau kelompok lain yg bertentangan dan menganggu serta  mengusik 'kebenaran' yg mereka pertahankan, akan lahirlah sebuah perbalahan. Inilah yg kita hadapi di kehidupan dunia kita pada hari ini. Majoriti manusia sedang berada pada dua level Kesedaran ini. Kerana itu masing-masing kita atau kumpulan kita ada prinsip 'kebenaran' yg kita pegang dan yakini. Kita saling tengkar-tengkaran, saling gaduh-gaduhan dan saling bunuh-bunuhan kerana prinsip ' kebenaran' yg kita pegang dan yakini saling berbeza dan saling mengganggu dan oleh kerana itu masing-masing kita akan mempertahankan prinsip kebenaran kita agar kekal bertahan wujud walaupun harus saling berbunuhan sesama sendiri.

Kesedaran Roh, adalah satu kesedaran yg sangat berbeza, sangat unik dan sangat unggul. Pada kesedaran roh, sang manusia melihat dirinya dan alam ini adalah satu kesatuan wujud yg dijalin oleh Cinta dan Kasih. Dia melihat alam ini adalah bahagian dari dirinya. Kerana itu dia mencintai dan mengasihi alam ini kerana alam ini adalah bahagian dari dirinya. Dia mencintai manusia lain kerana manusia lain adalah bahagian dari dirinya. Dia mencintai haiwan, tumbuhan dan segala maujud kerana dia melihat semua itu adalah bahagian dari dirinya. Kesedarannya sedang tenggelam dan menyatu ke paras atomik, sub atomik, sampai ke getaran energy paling halus yg membentuk kesatuan alam ini sehingga dia tidak merasa ada perpisahan dgn seisi alam ini. Dia melihat satu pada yang banyak dan melihat banyak pada yang satu. Ertinya, dalam lautan wujud energy ini, dia melihat wujud-wujud individual. Apabila dia melihat wujud setiap individual, dia melihat dan sedar bahawa individual itu adalah sebahagian daripada wujud mutlak yg luas ini. Pada level kesedaran ini, kita masih sangat jauh dari wangian syurga. Syurga-syurga kita masih syurga angan-angan. Mengapa bisa? Kerana 'kebenaran' yg kita yakini masih kebenaran yg ditafsir oleh emosi dan fikiran peribadi kita.

"Tidaklah kamu beriman selagi kamu belum mencintai saudara kamu seperti mana kamu mencintai diri kamu sendiri"

Mencintai saudara kamu seperti mana kamu mencintai diri kamu sendiri... ini adalah level kesedaran roh. Selagi anda berada di level Kesedaran Jasad dan Jiwa, anda tidak akan pernah melihat org lain sebagai diri anda sendiri. Hanya pada Kesedaran Roh barulah anda dapat melihat diri orang lain seperti diri anda sendiri, bahkan sebahagian dari diri anda sendiri lalu anda mencintainya seperti mana anda mencintai diri anda sendiri, kerana anda melihat melintasi sempadan tubuh, perasaan dan fikiran.

DAN... pada kesedaran roh ini, kesedaran anda menyatu dgn kesedaran kosmos atau 'universal mind', maka seluruh atom di alam ini terhubung baik dgn diri anda, dan anda mampu melakukan perkara-perkara yang dianggap ajaib oleh individu yang masih berada pada kesedaran jasad dan jiwa.

Ramadan ini, tuhan menyediakan medan latihan utk meningkatkan kesedaran anda daripada Kesedaran Jasad dan Jiwa, menuju Kesedaran Roh. Moga artikel lama ini sedikit membantu ke arah kefahaman yg lebih baik:  


Apa yg saya sampikan pada artikel ini sangat boleh jadi bertentangan dgn 'kebenaran' peribadi anda. Semoga kita boleh saling harmoni selalu. Kebenaran mutlak adalah milik Tuhan jua oleh kerana itu utk memahami kebenarn mutlak itu haruslah kita berililmu dgn ilmu tuhan. Moga saya anda ada rezeki ke situ... Amin ya Rabb.

Salam kasih sayang tertulus dari hati :)


~ from Qi with Love





Monday 7 July 2014

Cinta, Syukur dan Gembira



Rasa Cinta, Syukur dan Gembira adalah perasaan-perasaan yg hanya dimiliki oleh manusia-manusia yang bahagia. Anda tidak boleh mengatakan bahawa anda perlu bahagia terlebih dahulu barulah anda boleh memiliki perasaan-perasaan ini. Tapi sebaliknya anda HARUS lebih dulu memiliki perasaan-perasaan baru anda boleh mengecapi kebahagiaan.

Alam Mental mengatur Alam Fizikal. Anda harus lebih dulu memperbaiki Alam Mental anda barulah boleh anda perbaiki Alam Fizikal anda. Berbalik lagi ke Hukum Sebab dan Akibat. Mental adalah Sebab, manakala fizikal adalah Akibat. Jika anda ingin sesuatu yang  baik muncul dan terjadi di alam Fizikal anda maka anda harus menciptakan Sebab yang baik juga di Mental anda terlebih dulu. Bagaimana? Sudah tentu dengan mencipta fikiran-fikiran yang baik, niat-niat yang baik, imajinasi-imajinasi yang baik dan perasaan-perasaan yang baik. Dan tiada fikiran, imajinasi dan perasaan-perasaan yang jauh lebih baik daripada Cinta, Syukur dan Gembira.

Ibadah-ibadah dalam agama adalah bertujuan menjadi medium latihan di mana manusia boleh mengolah Alam Mentalnya agar menjadi lebih baik. Maka pastikan bahawa ibadah-ibadah anda boleh membuat anda semakin Mencintai, semakin Bersyukur dan semakin Bergembira. Rasa Cinta, Syukur dan Gembira adalah perasaan-perasaan positif yang yang anda perolehi ketika mental anda terhubung baik dengan aspek ketuhanan kerana Tuhan itu sesungguhnya Maha Positif dan sumber segala yang positif. Kalau selama ini anda beribadah namun Mental anda masih byk negatifnya, masih suka membenci kepada sesama, masih banyak mengeluh, dan selalu pula dirundung kesedihan, itu menjadi satu tanda jelas bahawa ibadah anda telah gagal menghubungkan mental anda kepada aspek ketuhanan. Lalu anda terhubung ke mana selama ini??? Anda perlu muhasabah diri sahabat...

Dengan itu, berhubunglah dengan aspek ketuhanan agar anda boleh memiliki rasa cinta, syukur dan gembira. Berhubung dgn aspek ketuhanan itu ada macam-macam versi. Apa saja kebaikan yang anda buat, itu adalah tali penghubung kepada aspek ketuhanan. Kerana itu setelah anda berbuat suatu kebaikan, anda akan merasakan satu perasaan yang positif yg mana adalah merupakan 'hadiah' hasil connection anda dgn aspek ketuhanan. 

Satu kaedah yang sangat-sangat berimpak besar utk mengasilkan medan energy Cinta, Syukur dan Gembira adalah melalui meditasi atau tafakur. Meditasi atau tafakkur adalah cara terbaik utk menyelam ke Alam Mental dan men'delete' semua fail fikiran dan perasaan negatif dan menggantikannya dengan fikiran dan perasaan yang positif, khasnya rasa Cinta, Syukur dan Gembira tadi. Dengan men'delete' fikiran-fikiran dan perasaan-perasaan negatif di Mental anda, maka anda memusnahkan punca semua perkara negatif yang terjadi di alam fizikal anda. Tafakur/meditasi membuat anda mampu menyelami dan menerokai Alam Mental di mana potensi-potensi sejati anda tersimpan kemas.

Bangkitkanlah dan pupuklah dari hari ke hari rasa cinta, syukur dan gembira di jiwa anda. Semoga anda merasakan kebahagiaan hidup yg semakin baik dan mekar. 

SRP Syukria atau Senyum-Rileks-Pasrah Syukur Riang Ria... Ini sikap yg selalu diterapkan kpd para pelajar dalam setiap kelas-kelas metafizik-spiritual di QI.

Salam kasih sayang terindah tulus dari hati :)










Sunday 6 July 2014

Rohani Penentu Kebahagiaan

Salam ramadhan yg mulia, salam kasih sayang yang hangat utk semua pembaca budiman.

Sekian lama tidak menulis apapa artikel di blog ini. Alhamdulillah berkah ramadan ini, tergerak hati kembali utk menulis. Puji dan syukur kepada tuhan semesta alam.

Manusia hanya punya dua aspek utama paa dirinya. Pertama adalah aspek ghaib iaitu rohani manusia. Kedua adalah aspek zahir iaitu jasmani manusia. Sering kali kita dengar atau baca org2 bijaksana berkata soal Hati. Hati yg diperkatakan di sini adalah merujuk kepada aspek rohani manusia, bukan hati fizikal.

Alam rohani adalah alam Kekuasaan. Manakala alam jasmani adalah alam di mana Kekuasaan tadi menunjukkan Kesan. Bahasa mudahnya, alam rohani adalah Sebab sedangkan alam jasmani adalah Akibat. Aas dasar ini, apa juga yg anda telah alami, sedang alami dan akan alami di alam kehidupan fizikal anda, itu semua adalah Akibat daripada daripada apa yang ada di alam rohani anda, atau Hati anda. Ya benar, begitu hukumnya. Samada menggembirakan atau menyedihkan, untung atau rugi, tuah atau sial dan sebahasa dan yg segolongan dengannya, itu semua adalah Akibat dari hati anda sendiri.

Hati anda yang mengakibatkan semua itu terjadi. Segala sesuatu yg terjadi adalah Akibat daripada suatu Sebab. Bila saya katakan bahawa Hati anda punca semua kejadian dalam hidup anda, sudah tentu ini sangat membingungkan bagi sesetengah kita. Kalau begitu, di manakah posisi Kuasa Tuhan? Ini pastinya satu subjek yg sangat menarik utk dibincangkan.

Kuasa Tuhan adalah kuasa mutlak. Di alam rohani Kuasa Mutlak itu berada di kedudukan yg Maha Tinggi, kemudian ia melalui beberapa level penurunan dalam prosesnya memberi Kesan ke alam nyata. Salah satu stesen atau mqam penurunan Kuasa itu terletak di Hati manusia sebelum ia menyatakan efeknya di alam 3 dimensi.

Oleh kerana itu, apabila anda berkehendak/berniat, maka sebenarnya anda sedang menyalurkan Kuasa tersebut pada darjah atau kadar tertentu yg ditentukan oleh sejauh dan sekuat mana rohani anda terhubung dgn sumber Kuasa tersebut. Majoriti manusia sangat lemah hubungnnya dgn sumber Kuasa ini, kerana merasa terpisah dgnnya. Semakin tenang Hati anda, semakin kuat hubungan anda dgn Kuasa tersebut dan semakin besar Power yg anda boleh salurkan. Ketenangan dan keheningan hati, ditentukan oleh amalan-amalan seharian anda, atau ritual-ritual ibadah anda. Dengan mengolah rohani anda secara utuh dan baik pasti anda akan temui kebahagiaan.

Setakat itu dahulu yg boleh saya kongsikan pada artikel ini utk mencetuskan fikir dan seterusnya zikir pada diri anda pembaca budiman sekalian dalam anda usaha mencari kebenaran dalam hidup ini.

Salam kasih sayang tanpa batas yg tulus dari hati utk seluruh isi alam :)



BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...