Your Magic Blog: March 2012

Sunday 11 March 2012

Membangkitkan Potensi Diri Sejati Dengan Zikir

Salam :)

Di luar sana, ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk membangkitkan potensi diri kita. Bermula dari ilmu energy, ilmu psikologi, ilmu agama, ilmu hikmah, dan lain-lain lagi yang sehubungan dengannya. Semua ilmu-ilmu itu baik dan boleh digunakan untuk tujuan membangkitkan potensi diri terpendam kita. Kitalah yang akan menentukan ia efektif atau tidak.

Di sini saya ingin berkongsi pada semua pembaca budiman, satu teknik yang sangat mantap untuk membangkitkan potensi diri sejati anda dengan cara yang sangat mudah, alami, tanpa perlu amalan berat, attuenement atau pengisian.

Saya banyak mempelajari tentang teknik/amalan ini dengan Ust. Abu Sangkan melalui Group Majelis Zikrullah, juga dengan para teman-teman di milis itu. Caranya begini :

1. Dalam keadaan yang suci dari hadas.
2. Duduk sila atau di kerusi dengan tulang belakang tegak tetapi rileks.
3. Hadirkan rasa tunduk kepada Allah... Rasakan bahawa anda sedang benar-benar berada duduk dihadapanNya... Anda sebagai hamba yang sera daif sedang menghadap Tuhan yang serba Maha. Sedari perkara ini dihati anda. Biarkan tubuh semakin rileks dan tenang.

4. Kemudian mulakan berzikir dengan lisan anda, berbisik-bisik saja...Serulah, " Ya Allahhhhhhhhh...." sebut dengan pelan, lembut dan penuh rasa hormat kepadaNya. Lalu diam...diam...diam... Biarkan minda anda semakin tenang dan menghayati seruan zikir itu...Lalu ulang lagi, " Ya Allahhhhh"....diam...diam...hayati.... Lalu seru lagi, " Ya Allahhhhh......................Ya Allahhhhhhh............................Ya Allahhhhh...............Ya Allahhhhhhhh......teruskan dan teruskan lagi...Kuncinya adalah, zikir....diam dan hayati dengan rileks...zikir lagi...diam lagi dan hayati dengan rileks...lagi dan lagi selama yang anda mampu.
5. Sudahi zikir anda dengan mengucap kesyukuran kepada Allah.

Ketika melakukan zikir ini, usahakan agar tubuh tetap rileks.... Usah paksa fikiran untuk berkonsentrasi sebab itu akan membuat urat-urat tubuh jadi tegang. Rileks dan pasrah saja. Adakalanya ketika berzikir itu muncul gerakan-gerakan tidak terkawal dalam diri. Misalnya ingin menangis, ingin berteriak kerana muncul luapan rindu yang amat sangat di hati kepada Allah. Jika perkara ini timbul, ikuti saja insyaAllah itu semua adalah gerakan refleks dari kekuatan ruh anda yang sedang bangkit.

Pada zaman ini, kehidupan material terlalu banyak menyempitkan minda kita sehingga seriangkali membuat kita larut dalam persepsi-persepi dan emosi-emosi yang menekan dan menyesakkan dada. Alam material ini begitu terhad. Minda kita yang sering berurusan dengan alam material semakin lama juga semakin mengambil sifat material yang sempit dan terhad. Kemampuan minda kita adalah tidak terbatas...benar-benar tidak terbatas kerana potensi batiniah kita yang paling tinggi adalah ruh, yang mana adalah merupakan satu zat yang tidak tercipta, yang datang langsung dari sisiNya, atau bahagian dari diriNya sendiri. Namun potensi ruh ini semakin terpendam dan terbatas dalam perjalanannya terzahir ke alam fizikal. Dibalut dan dibalut lagi agar alam fizikal tidak terbakar oleh pancaran nurnya.

Dengan sering berzikir kepada Allah, perlahan-lahan kekuatan ruh yang terpendam ini semakin muncul. Hijab-hijabnya semakin terbuka sehingga akhirnya ia kembali ke potensi sejatinya tanpa memusnahkan jasadnya. Mengapa zikrullah mampu mengembalikan potensi ruh ini? Kerana Allah itu sangat bertentangan dengan sifat-sifat seluruh ciptaanNya. Hanya Allah saja yang sifatNya tidak terbatas. Oleh sebab itu, semakin kita berzikir kepada Allah, semakin jiwa kita mengikuti dan menghayati keluasan Allah yang tiada batasan. Semakin 'unbinding' jiwa kita dari semua batasan-batasan alam ciptaan. Semakin terbuka hijab-hijab diri, semakin banyak 'keramat' yang timbul... Sebab itu, sesiapas yang kejar Allah akan mengalami keluasan jiwa dan membangkitkan 'keramat-keramat'. Tetapi barang siapa yang mengejar 'keramat', jiwanya akan terhad oleh 'keramat-keramat'. Dalam kata lain, keramat itu menjadi hijab baru bagi kesedaran dirinya yang akan menghalangnya untuk mendaki keluasan yang lebih tinggi dan untuk kembali ke potensi sejatinya.

Silakan beramal dengan zikir di atas...semoga Allah membimbing anda dan saya selalu agar mendapat pencerahan demi pencerahan yang akan melapangkan jiwa serta memberi kekuatan untuk kita melakar sejarah indah di muka bumi ini untuk generasi seterusnya.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang tulus.
Semoga anda berbahagia selalu :)

Friday 9 March 2012

2012 - Kiamat kah ?

Salam :)

Lama rasanya tidak mengisi blog ini dengan coretan-coretan. Maklumlah, diri disibukkan dengan macam-macam urusan.

Tahun ini ramai yang 'ribut' dgn cerita kononnya inilah tahun di mana dunia akan kiamat sehingga ramai yang digeggam ketakutan. Filem-filem hollywood menggambarkan keadaan ini dengan peristiwa-peristiwa besar yang membawa kehancuran dalam skala besar. Misalnya tsunami yang menelan sebuah negara, hujan meteor yang memusnahkan sebuah bandr besar, dan lain-lain lagi lah.

Peristiwa kiamat pada tahun 2012 diramalkan oleh Kaum Maya berabad yang lepas. Kita juga tertanya-tanya, adakah ini benar? Apatah lagi sekarang ini fenomena bencana alam abegitu sering terjadi. Bagaiamana pendirian kita?

Dalam Quran sendiri, dikabarkan bahawa kiamat atau kehancuran alam secara besar-besaran hanya Tuhan yang tahu masanya yang tepat. Dalil dari Quran is untuk perkara ini adalah 'untouchable'. Kita hanya boleh kata wallahu'alam.

Dari perspektif ilmu metafizik, tahun ini memang 'kiamat', yang bermaksud 'akhir' bagi satu era di alami ini, dan bermulanya satu era baru yg akan mempengaruhi seluruh isi alam ini secara global. Ini adalah berkaitan dengan susunan planet-planet. Setiap 2000 tahun, susunan planet mengalami satu kitaran yang lengkap. Di bawah tahun 2000 adalah dikenal sebagai Zaman Aries. Zaman itu ada corak sendiri dalam semua aspek termasuklah keadaan alam, cara berfikir dan bentindak bagi manusia dan seluruh makhluk. Tidak kah anda perhatikan bagaimana alam ini sedang berevolusi? Bagaimana semua manusia sekarang semakin mengalami perubahan? Perhatikan maka anda akan memahami :)

Sekarang zaman itu sudah berakhir, dan 2012 inilah penghujungnya atau 'kiamat' nya. Zaman Aquarius akan muncul. Perubahan ini sangat jelas, getaran alam semakin berubah yang dulunya 7cps kini semakin tinggi. Perubahan ini mempengaruhi semua kehidupan di mana-mana, termasuklan tahap kesedaan manusia secara global. Ilmua metafizik barat menggelar tahap ini sebagai 'Crist Concious', atau dalam bahasa kita ' Kesedaran Isa'. Apakah pengaruhnya? Adakah sudah waktunya Nabi Isa muncul? Hanya Allah yang tahu.

Tapi yang jelas, perubahan zaman ini akan menghasilkan ledakan-ledakan alam yang agak ekstrem. Empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin akan mengalami pergolakan besar. Namun kemampuan manusia dengan kepintaran, kebijaksanaan dan teknologinya sudah mampu mengatasi perkara ini.

Begitulah serba sedikit kisahnya yang saya ketahui. Mudah-mudahan kita kekal dalam bimbingan dan perlindungan Allah.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...