Your Magic Blog: Psychotronics Technology

Monday 30 January 2012

Psychotronics Technology

Salam semua :)

Posting kali ini akan menceritakan sedikit tentang Psychotronics. Apa itu Psychotronics? Ia merupakan bahagian daripada ilmu metafizik mindpower yang sangat advanced. Ritual biasa bagi seorang yang menggunakan kuasa mindanya untuk mengubah realiti atau mencapai sesuatu, adalah dengan duduk bermeditasi dengan cara tertentu dan memancarkan gelombang fikirannya melalui visualisasi.

Satu kelemahan bagi kaedah ini adalah, gelombang minda yang dipancarkan perlu masa yang panjang untuk satu sesi meditasi kemudian perlu pula diulang-ulang agar pancaran itu semakin kuat dan mampu mengubah realiti. Kerja-kerja mindpower adalah umpama memasak air. Haba perlu dibekalkan secara konsisten pada satu jangka waktu yang sesuai sehinggalah air itu mendidih. Semakin banyak air, semakin besar haba yang diperlukan untuk mendidihkannya. Jika haba yang dibekalkan kurang, atau terhenti-henti maka air takkan pernah mendidih. Ini hukum alam yang mengikat proses tersebut.

Begitulah juga dengan kerja-kerja mindpower. Jika anda ada satu tujuan, anda perlu memancarkan gelombang minda anda stabil pada frekuensi yang betul secara konsisten. Barulah Law of Attraction boleh bekerja untuk anda.

Psychotronics adalah satu 'mesin metafizik' yang digunakan sejak berkurun lamanya oleh masing-masing tamadun dan budaya di dunia dengan variasai mengikut kefahaman masing-masing mereka. Psychotronics membantu menambahkan Life Force, Chi, Orgone, Ki sehingga gelombnag minda yang dipancarkan menjadi lebih dahsyat lagi untuk menarik realiti yang diiginkan yang sesuai dengan hukum-hukum alam yang ada seperti Law of Attraction, Law of Physic Quantum, Law of Tree dan lain-lain lagi Law of Nature yang sudah ditentukan oleh Sang Pencipta. Dengan Psychotronics, frekuensi pancaran gelombang minda anda akan dikekalkan sekalipun anda sedang melakukan kerja-kerja lain atau bahkan ketika anda tidur sekalipun. Banyak lagi kelebihan serta variasinya.

Para saintis telah mengkaji berkenaan teknologi ini sejak dulu lagi. Namun oleh kerana potensinya yang begitu besar dan tak terbatas, ia dirahsiakan dari pengetahuan orang awam. Atas sebab itu juga, di sini saya hanya boleh memberikan sedikit info sebagai satu 'cetusan' agar anda melakukan pencarian seterusnya jika anda berminat untuk menguasai dan mendalaminya.

Di bawah ini saya sertakan satu bentuk Psionic ( satu cabang Psychotronics ) 2D ringkas yang saya bina daripada gabungan beberapa 'tools' pemancar energy semulajadi ( sacred geo, sacred math, simbol asmaul husna,  gelombang warna, dll ) yang sangat membantu dalam operasi-operasi mindpower yang di channel dengan teknik tertentu. Anda boleh merasakan atau melihat 'energy pattern' yang memancar darinya.

Selamat berkenalan dengan Teknologi Rohani. Ilmu Tuhan begitu  luasnya, hanya setitis kecil yang kita ketahui daripada selautan luas khazanah ilmuNya. Lakukan pencarian demi pencarian. Semoga rezeki anda untuk mempelajarinya :)

Selamat berbahagia untuk anda sentiasa. Salam kasih dan sayang dari dasar hati yang tulus :)

1 comment:

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...