Your Magic Blog: Chi, Life Force, Orgone, Tenaga Alam.

Sunday 22 January 2012

Chi, Life Force, Orgone, Tenaga Alam.

Salam Kedamaian :)

Chi, Life Force, Orgone, Tenaga alam dan lain-lain istilah lagi adalah nama-nama yang diberikan oleh masing-masing budaya dan aliran keilmuan yang mengkaji dan memanfaatkan energi semulajadi yang berada dengan bebas di alam semesta raya ini.

Di sekeliling anda, energy ini menyelimuti semua kehidupan dan menjadi nadi kehidupan bagi kehidupan itu sendiri. Semua kewujudan dan semua aktiviti dari kewujudan itu disokong oleh energy ini. Bagi seorang yang mendalami ilmu-ilmu paranormal dan spiritual yang berbasis energy, sangatlah mudah untuk merasai kewujudan energy ini disekeliling kita. Energy ini adalah sumber yang tidak akan pernah habis, sentiasa melimpah untuk digunakan dan takkan pernah berkurang sedikitpun. Mengapa begitu? Hukum energy menyatakan bahawa energy tidak dapat dimusnahkan, tetapi ia boleh diubah. Oleh kerana semua kewujudan sebenarnya adalah energy, maka tidak ada satu apapun di alam ini yang boleh musnah. Yang musnah hanyalah bentuk-bentuk objek namun secara hakikinya, energynya tetap ada namun telah berubah ke keadaan yang lain.

Manusia zaman dulu memiliki ilmu pengetahuan yang sangat unik daripada kesedaran spiritual mereka yang begitu tinggi sehingga mereka mampu memanipulasi dan memanfaatkan energy bebas ini untuk kebaikan diri dan kehidupan mereka. Struktur binaan yang sekarang ini menjadi khazanah keajaiban dunia seperti piramid di Mesir, Tembok besar Cina dan banyak lagi ciptaan manusia zaman purba yang telah musnah adalah dicipta oleh mereka dengan bantuan teknologi canggih yang sangat asing bagi kebanyakan manusia zaman sekarang.

Bagi anda yang meminati sejarah atau ilmu-ilmu metafizik, mungkin pernah mendengar atau terbaca di mana-mana sumber berkenaan tamadun Atlantis dan Lemuria. Anda boleh mencari maklumat berkenaan dua tamadun ini di internet. Apa yang penting adalah, terlalu banyak informasi yang disembunyikan oleh para ilmuan dan saintis barat sehingga info berkenaan tamadun purba yang begitu hebat dengan teknologi spiritual mereka yang sangat canggih, terlepas dari pengetahuan kita. Sedarkah anda bahawa semua ilmu sejarah yang kita pelajari sekarang ini adalah 'hasil kajian' para sejarawan dan saintis, dan tidak mustahil ada maklumat yang sembunyikan atau dimanipulasi atas tujuan tertentu?

Dalam Quran sendiri, Allah menegaskan tentang kaum yang telah dibinasakan. Apabila kita terbaca berkenaan 'kaum yang dibinasakan' ini, persepsi kita sangat cenderung membayangkan umat yang bercawat, guna sampan dan haiwan sebagai kenderaan, tinggal di gua atau rumah-rumah pokok, ada pasar-pasar kecil dan lain-lain yang merujuk kepada tamadun yang begitu daif. Padahal jika kita mahu berfikir dan merenung, kita akan faham bahawa kehidupan 'tamadun daif'' tidak akan mampu membawa kebinasaan atau kerosakan yang besar kepada kehidupan. Lihat saja kehidupan orang kampung yang jauh dari kehidupan canggih, jenayah dan kerosakan yang mereka timbulkan sangatlah terhad. Tapi cuba lihat kehidupan kita sekarang ini, dengan kecanggihan yang semakin tinggi, jenayah dan kerosakan boleh dilakukan sampai ke tahap global.

Bermakna, kerosakan yang dilakukan oleh umat purba adalah jauh lebih global daripada kerosakan yang ada pada zaman kita sekarang ini kerana teknologi mereka jauh dan jauh lebih canggih lagi dan sebab itu mereka dimusnahkan oleh Allah sebagaimana yang dikhabarkan di dalam kitab suci. Rasanya tidak lama lagi tamadun kita juga akan dimusnahkan, kerana kerosakan yang semakin global sekarang ini. Nampaknya sejarah umat purba akan berulang lagi kepada kita. Setelah umat bertamadun musnah, semua ilmu dan teknologi akan hilang dan zaman batu akan bermula lagi lalu manusia mula membangun lagi tamadunnya, membuat kerosakan global, lalu dimusnahkan lagi...lagi...lagi... dan lagi. Sudah berapa kali kitaran ini berlaku dan bila ia akan berakhir? Adakah kita adalah penutup kitaran ini? Hanya Allah yang tahu. Cuba jadikan ini sebagai bahan fikir, mudah-mudahan kita dibimbing untuk memahami :)

Mari bersama kita menggunakan semua ilmu dan teknologi yang kita miliki, atas dasar cinta dan kasih kepada sesama makhluk kerana hanya dengan itulah kerosakan akan dapat dihindari. Semoga kedamaian dan kesejahteraan sentiasa kekal di alam ini.

Salam kasih dan sayang dari dasar hati yang terdalam :)

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...