Your Magic Blog: August 2011

Saturday 20 August 2011

Attunement Energy Kepekaan

Salam :)

Selepas solat zohor pada hari ini saya tiba-tiba merasa ingin memberikan satu ilmu untuk membantu kemajuan anda yang sedang menggeluti ilmu energy.

Ramai pengamal energy termasuklah murid-murid QI yang mengadu tidak merasakan sensasi-sensasi energy. Walaupun sebenarnya bukan sensasi yang dicari dalam gelanggang ini, tetapi kepekaan terhadap sensasi sangat diperlukan untuk anda melangkah lebih jauh di arena spiritual.

Kepekaan adalah satu keupayaan batinih kita untuk merasakan getaran-getaran energy di sekitar tubuh, kemudian diluar tubuh yang semakin jauh jaraknya dan kemudian yang lebih tinggi lagi kepekaan untuk menangkap getaran-getaran ilmu yang ada di alam ini.

Bagi menajamkan lagi kepekaan anda, hari ini saya memberikan Attune Energy Kepekaan kepada anda yang berminat melalui getaran energy yang sudah saya programkan.

Level 1 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap getaran energy di tubuh.
Level 2 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap energy di luar tubuh, semakin dilatih semakin jauh jarak yang boleh dijangkau oleh kepekaan anda.
Level 3 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap getaran ilmu-ilmu yang ada di alam ini ( ilham ).

Cara menerima attunement ini:

1. Posisi tenang, boleh duduk atau berbaring yang penting tubuh rileks.
2. Senyum, Rileks dan Pasrah.
3. Baca Bismillah dan selawat bagi yang muslim. Bagi non-muslim silakan baca doa versi anda.
4. Berniat, " Saya sedang menerima Attunement Energy Kepekaan Level ......(sebutkan level).......secara sempurna. Terjadilah "
5. Meditasi minima 10 minit. Biarkan energy memasuki medan energy anda secara tenang dan mantap dan mengaktifkan kepekaan anda semakin baik lagi.
6. Sudahi dengan mengucap syukur kepada Allah.

Latihan penguatan Energy Kepekaan.

1. Posisi tenang, boleh duduk atau berbaring yang penting tubuh rileks.
2. Senyum, Rileks dan Pasrah.
3. Baca Bismillah dan selawat bagi yang muslim. Bagi non-muslim silakan baca doa versi anda.
4. Berniat, " Saya sedang menguatkan Energy Kepekaan Level ......(sebutkan level).......pada diri secara sempurna. Terjadilah "
5. Meditasi minima 10 minit. 
6. Sudahi dengan mengucap syukur kepada Allah.
7. Latih setiap level selama 7 hari. Setiap hari dilatih minima 1x tetapi semakin kerap semakin baik.


Penerangan:

Sensasi yang dirasakan bagi setiap orang adalah berbeza bergantung kepada keunikan sistem energy masing-masing. Tetapi secara umum, pada level satu akan terasa getaran hangat di permukaan kulit seluruh tubuh. Tubuh terasa kembang. Semakin lama anda akan semakin mampu untuk membezakan sifat getaran-getaran energy seperti beza suhu energy, kadar ketajaman getaran energy, positif dan negatif, dan lain-lain. Mulanya kepekaan hanyalah sekadar merasa, semakin lama kepekaan itu sudah menjadi 'merasa dan melihat'

Pada level 2, anda akan semakin mudah untuk 'keluar' dari wilayah diri anda. Mulanya hanya terasa fikiran atau kesedaran anda yang keluar tanpa melibatkan 'rasa' anda. Semakin lama latihan, maka kesedaan dan 'rasa' anda akan turut meluncur keluar dan anda pun mampu melakukan OOBE ( out of body experience ).

Pada level 3, jika dilatih dengan benar, kesedaran akan mampu mengakses ilmu-ilmu yang ada di alam ini secara ilham. Ilmu apapun yang pernah ada di alam ini wujud secara getaran di frekuensinya masing-masing. Dengan kepekaan yang tajam maka insyaAllah kesedaran anda akan mampu mengaksesnya.

Attunement untuk ilmu ini saya sediakan untuk siapa saja yang berminat. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah seperti yang saya tulis di atas maka energy attunement yang sudah saya programkan boleh anda terima. Yakinlah Allah membimbing anda. Sebarang pertanyaan atau persoalan  insyaAllah saya sedia menjawab.

Selamat sukses

Salam kasih dan sayang :)




Wednesday 17 August 2011

Tanda Kematian

Salam :)

Kematian adalah satu perkara yang wajib dilalui oleh setiap makhluk yang hidup. Satu masa nanti kita pasti akan mati. Entah bila, hanya Tuhan yang tahu. Namun jika masanya sudah tiba, tidak kira kita di mana atau apa juga keadaan kita pasti akan jalan juga.

Di internet sangat banyak ilmu berkenaan tanda kematian yang boleh kita pelajari. Misalnya di blog ini, http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/392-tanda-tanda-kematian.html

Namun kebanyakan tanda-tanda yang diberikan adalah berkaitan getaran-getaran di badan. Getaran sebegini sangat sering dialami oleh para pengamal ilmu energy. Jadi mungkin agak rumit sedikit untuk kita memastikan adakah getaran yang muncul itu adalah tanda kematian atau hanya sensasi energy. Bagi seorang yang hampir hatinya kepada Allah, akan diberikan tanda yang pasti melalui ilham berkenaan kematiannya, bukan lagi pada isyarat-isyarat di badan.

Di sini saya akan share ilmu tanda kematian yang diajarkan oleh bapa saya, di warisi dari generasi dulu-dulu. Terdapat 2 tanda yang sangat mudah untuk diperiksa oleh sesiapa pun juga.

1. Gesekkan lidah pada langit-langit mulut. Jika sudah tidak lagi terasa geli maka itu tanda pertama.
2. Lihat hidung anda. Dalam ilmu hakikat insan, hidung kita merupakan 'arasy kursi' alam kecil. Jika anda tidak lagi melihat hidung anda maka 'arash kursi' anda telah di angkat dan ruh anda tidak lama lagi akan dicabut.

Bapa saya selalu menasihatkan untuk memeriksa kedua tanda ini. Jika kedua tanda ini sudah tidak ada maka persiapkanlah diri untuk meninggalkan dunia ini. Bagitahu semua ahli keluarga dan sempurnakanlah apapa wasiat. Biasanya jika dua tanda ini sudah hilang, hayat kita tinggal dalam kiraan hari atau minggu saja lagi. Dulu masa muda, bapa saya sering mengembara ke mana-mana terutama di wilayah Indonesia untuk menuntut ilmu. Tidak jarang beliau berhadapan dengan situasi-situasi berbahaya. Namun selagi tanda ini masih ok maka beliau akan tenang saja kerana yakin waktunya belum sampai.

Semoga ilmu ini memberi manfaat untuk anda. Selamat berpuasa.

Salam kasih dan sayang :)



Wednesday 10 August 2011

Ilmu Pemanis dan Kerezekian

Salam :)

Duuuuuluuu punya kisah. Saya berjumpa seorang waliullah. Ada sebuah ilmu yang sempat di ijazahkan. Satu ilmu  yang sangat baik diamalkan untuk semua. Tujuannya untuk membuat muka selalu manis dipandang dan rezeki pula melimpah. Di bulan mulia ini saya ijazahkan untuk semua yang berminat. Versi asalnya dalam bahasa Bugis, yang ini versi melayunya.


1. Dalam keadaan yang tenang, pada awal pagi.
2. Gunakan kedua ibu jari untuk mengambil air liur di langit-langit.
3. Baca mentera ini, " Jika kering air telaga al kautsar, barulah kering rezeki Allah yang halal untukku. Muhammad membaca, Jibril menyampaikan, Allah memperkenan. Kun fayakun "
4. Kemudian sapukan kedua ibu jari yang ada air liur tadi ke tulang pipi ( di bawah bucu mata, yg biasa dimekap merah oleh perempuan ). Ibu jari kanan sapu pipi kanan dan begitu sebaliknya. Intinya, palitkan air liur tersebut ke pipi.
5. Sudahi dengan mengucap Alhamdulillah.

Nota : Telaga al kautsar adalah telaga nikmat yg tidak akan pernah kering, dikurniakan Allah utk Rasulullah. Oleh itu dalam pengamalan ini, keyakinan kita adalah bahawa rezeki yang halal utk kita akan sentiasa melimpah selagi tidak kering telaga al kautsar. Oleh kerana hakikatnya telaga al kautsar tidak akan pernah kering maka tidak akan pernah kering jugalah rezeki halal utk kita, begitu juga dengan perkara-perkara kebaikan akan selalu melimpah utk kita. Begitulah penghayatannya.

Selamat beramal.

Salam kasih dan sayang :)


Wednesday 3 August 2011

Melatih Diri Di Bulan Ramadhan

Salam :)

Masa begitu cepat berlalu dan sedar-sedar kini ramadhan menjelma lagi. Energynya sangat terasa memberi pengaruh kepada pemikiran dan perasaan kita dan membawa corak baru kepada kehidupan kita seharian.  Tibanya ramadhan bermakna tibanya bulan untuk melatih diri kita menjadi insan yang lebih baik zahir dan batin.

Dengan ibadat puasa pastinya tubuh dan jiwa kita akan menjadi lebih sihat. Tubuh kita sihat kerana seluruh sistem pencernaan yang memakan sangat banyak tenaga untuk mencerna makanan kini boleh berehat selama lebih kurang 12 jam dan memberikan lebihan tenaga untuk organ-organ lain berfungsi dengan lebih optimum.

Jiwa pula menjadi lebih sihat kerana kurangnya ikatan pada jasad. Unsur jiwa menjadi lebih mudah terbang menuju fitrahnya di alam kebebasan. Bebas dari ikatan persepsi-persepsi sempit. Bebas dari ikatan duniawi yang menghimpit dan akhirnya benar-benar fitrah sepenuhnya pada hari 'aidul fitri. Hari raya 'aidil fitri disambut untuk meraikan pulangnya jiwa kita kepada fitrahnya selepas latihan selama 1 bulan berpuasa di mana jiwa diberi pangkat 'Tattaqun' iaitu 'bertaqwa' oleh Allah.

Oleh itu, dengan tibanya ramadhan, ibadat harus ditingkatkan sepenuhnya. Energy ramadhan yang begitu besar akan membantu memberikan motivasi dan kekuatan bagi sesiapapun juga untuk kembali menuju fitrah. Bagi yang rajin membuat dosa akan menjadi kuat untuk membebaskan diri dari  belenggu nafsu, bagi yang rajin beribadat akan menjadi semakin kuat dan bersemangat beribadat, dan bagi yang melatih spiritualnya untuk menuju makrifatullah akan semakin dimudahkan dan diringankan jalannya.

Energy ramadhan begitu berkat dan kuatnya sehingga meredam frekuensi-frekuensi kejahatan yang membelenggu jiwa dari melihat cahaya-cahaya ketuhanan. Ramadhan ini adalah satu pembebasan jiwa dari segala penjara ghaib. Ramadhan ini menyediakan segala kemudahan kepada jiwa untuk kembali ke fitrahnya. Apa fitrah jiwa ini? Itulah kehampiran dan ketundukan kepada Allah. Tidak lagi terikat dengan mana-mana belenggu yang sifatnya duniawi. Jiwa bebas dari emosi-emosi yang menyesakkan dada. Tidak lagi berat untuk melakukan kebaikan-kebaikan pendek kata bebas dari semua sifat negatif.

Ramadhan sinonim dengan Lailatul Qadar. Berkenaan dengan perkara ini, sangat banyak pendapat yang kita sering dengar sehingga tidak sedikit antara kita yang salah faham mengenainya. Nabi memberikan 'hint' bahawa malam istimewa itu ada pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir bulan ramadhan bermula dari malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.  Mengapa agaknya Nabi tidak memberikan kata putus berkenaan perkara ini sedangkan segala rahsia ada di dalam tangan baginda? Pasti ada hikmahnya. Percaya atau tidak, hanya sebilangan orang yang akan 'menemui' malam istimewa itu sekalipun semua orang beribadat sepanjang malam ramadhan. Lailatul Qadar adalah malam 'pengijazahan' dari Allah bagi mereka yang telah melatih diri dengan sempurna melebihi 21 hari di bulan ramadhan. Bagi yang layak akan menerima 'pengijazahan' itu pada malam-malam terakhir bulan ramadhan. Oleh itu malam Lailatul Qadar bagi setiap yang layak mungin sama dan mungkin juga berbeza. Ada yang menerimanya pada malam 21, ada pula pada malam 23 dan begitu seterusnya.

Jika anda benar-benar menjadikan bulan ramadhan sebagai satu medan latihan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sekali lagi, mendekatkan diri kepada Allah, melalui ibadah-ibadah puasa, solat, zikir dan lain-lainnya dengan penuh keikhlasan insyaAllah anda akan menerima 'pengijazahan' rohani pada malam-malam akhir ramadhan dan itu adalah malam Lailatul Qadar untuk anda. Pengijazahan ini adalah sebagai tanda bahawa anda telah lulus sempurna dalam latihan anda sepanjang ramadhan. Sebenarnya ada kisah energy disebalik malam itu, namun terlalu umum untuk dicerita di sini memandangkan kefahaman setiap orang adalah berbeza.

Mudah-mudahan dengan tibanya ramadhan ini kita dapat melatih diri untuk menjadi peribadi yang lebih baik lagi. Dengan kesungguhan dan keikhlasan mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat-ibadat yang semakin berkualiti, insyaAllah kita akan menerima 'pengijazahan' di malam-malam akhir ramadhan.

Salam kasih dan sayang :)

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...